Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Menang!!!

Assalamualaikum,


Hari ni rasa bersemangat nak berkerja kan? Alhamdulillah sebab Harimau Muda menang ke atas Indonesia malam tadi. Rasa berdebar macam kita yang main pun ada bila tengok dieorang turun padang. Penat bukan main. Hehe


Dah lama rasanya tak tengok bola ni. Bukan apa, kadang-kadang takut kecewa dengan prestasi pemain then rasa terkilan. Sebab tuu la. Tapi semalam tak tahu kenapa hati berdebar-debar dan sangat bersemangat nak tengok.


Bukan nak cakap apa la tapi kadang-kadang mungkin pemain Malaysia susah nak golkan bola sebab ada 'sesuatu'. Mungkinlah. Kalau perasan, pemain Indonesia, Bonai(Kott nama die..tak ingat) die kerap masuk dalam gol KFCM. Serius pelik. Sambil mulut berkumat-kamit. Masyallah. Den pun tak tahu. Hanya khuatir dengan pemain Malaysia. Jom tengok gambar-gambar kat bawah...


Gembiranya menang...hehe..Kami pun..=) (source:sini)



Alhamdulillah... (source:sini)


(source:sini)


Gigit sama itu Garuda. Tu la, biadap sangat.. (source:sini)



Okey, untuk pengetahuan korang, atas ni adalah gambar hero-hero kita yang telah pulang ke tanah air sejurus tamat perlawanan bola semalam. Bukan apa, mereka perlu berehat berikutan esok mereka akan bertemu dengan Syria untuk perlawanan ke Olimpik. So mereka kenalah rehat dan fokus untuk perlawanan yang lebih penting itu. Go go chaiyok.


Hah, kalau den tau dieorang tiba kat LCCT pukul 8.15 am tadi, boleh den cilok g sana jap. Maklumlah opis pun kat KL Sentral je. Rasa macam alamok, terlopeh pulok kalau tak boleh jumpo pakwe-pakwe ensem nie... Hahaha.. *tamparlajulaju*


Aummmm!!!



(source:sini)


Hah, sebelum den terlupa. Ni hah hero cheq yang paling cheq suko. Awat dok tukaq loghat? Maklumlah, Baddrol ni orang Kedah. hehe.. gatai. *tamparlajulaju* . Beliau adalah ketua skuad Harimau Malaya dan bagi den memang banyak duk selamatkan gawang Malaysia.


Asal bola datang dekat je, beliau akan dengan pantasnya tiba-tiba ada depan gol dan tendang bola keluar. Lap u manyak-manyak. hehe. Yang paling penting walau beliau ni selalu kena takle or KACAU dengan Bonai (orang paling aku benci sebab banyak kali sakitkan pemain Malaysia dan berpura-pura sakit/ tak bersalah), Baddrol tetap kekal di sana dan menjaringkan gol penalti yang membuahkan hasil sebutir emas. Terimas la sayang..opsss..hehee. lagi satu, sebelum terlupa nak mintak maaf la sebab malam tadi duk panggil-paggil nama ayah dia. Bukan salah tapi lebih suka panggil 'Bakhtiar'. Jangan marah. Hehehe


Trivia:


*Kalau perasan dalam kamera sewaktu siaran langsung, beberapa ekor burung kelihatan dalam kamera menyerupai buruk gagak hitam berterbangan. Wallahualam.


*Sewaktu babak pertama, pengadil kelihatan tidak adil. Tetapi selepas itu, beliau mula bertolak ansur kerana pemain Indonesia, Bonai sering kali berpura-pura sakit dan akhirnya tidak diendahkan. hahahaha..amik kaw!


*Pemain Indonesia amat kurang asam seperti Diego, Octo, Patrich (muka macam squid ward kawan sponge bob..ehhee) and Bonai. Pemain ni aku kenal sebab tahap kebiadapan dieorang mencederakan pemain Malaysia.


*Suka sebab pemain Malaysia, Asra (kalau tak salah dia lah..hehe) terus memaki dan menunjukkan jari tengahnya kepada pemain Indonesia yang melanggar dan menghentak lututnya di depan gol Indonesia. Yang ni paling I like sebab aku pun geram. Bagi sekali sama dia. Ingat tak sakit ker??!!hahaahaha


*Part nie aku tak ingat sape punya kerja tapi die tolak pemain Indonesia pakai tangan then bila jatuh, pengadil nampak. Terus die tepuk dahi nampak sangat macam kantoi. Kelakar giler sebab dia nie macam innocent giler la pulak aku tengok..kehkehkeh


*Diminta tiada sesiapa yang memarahi Fakri kerana gagal menyempurnakan gol penalti. Kalau korang perasan, sebelum penalti tuu dia dah dibawa keluar kerana kekejangan kaki rasanya beberapa minit sebelum penalti kott... Tolong faham ye. Orang tu main lebih 100 minit. Penat kott...


*Penonton tak sporting adalah paling penting dan memalukan Indonesia sendiri! Tolonglah be matured!!


*Last sekali, lepas je menang segelintir petugas cuba memarahi dan menghalang Pengurus, Coach and sesiapa yang sebelum ni berada di luar padang dari memasuki padang walhal perlawanan sudah pun berakhir di mana Malaysia menang dengan penalti 4-3.





Nota kaki: saya tahu KFCM pun hero so trimas jugak ya. Tapi saya lebih tertarik dengan leader nie. Manis orangnya. Jangan marah ye Aiman. Sekadar minat je..Hehhee

4 comments:

1612f said...

i pun loike baddrol bakhtiar hahaha XD

JQ said...

hahaha..masing2 gilerkan ketua manis nie..hahaha =DD

Unknown said...

love baddroll!

JQ said...

wahh..suke jugak ker?? oh mari kita suka beramai-ramai..hahaa