Monday, May 16, 2011

BoyFren Vs Family

Assalamualaikum,

Rasanyer lama giler tak update kot.. Yela, bila nak update minggu lepas tibe2 blogger tengah buat maintenance lak kan so kat situ dah buat aku malas nak update buat sementara waktu nie..hehehe. Banyak giler benda yang berlaku dan akan aku update.

Entry kali nie pasal one of my friends yang sedang mengalami kesulitan dengan BF die yang aku rasa agak sakit mental (sebab tengok pada tindakan die). Dalam entry nie aku tak nak sebut nama untuk mengelakkan aku masuk court kena saman malu..huhu.. Aku bercerita bukan nak buat aib orang tapi just nak buat my frens 2 sedar jek. Niat di hati bukan nak masuk campur tapi kawan macamne yang boleh biarkan kawannya diperlakukan macam 2?? Please dear. Be rational.

Aku memang sangat-sangat tak puas hati dengan BF kau tuu.. Bukan sekali, bukan dua kali tapi dah banyak kali (petikan lagu Sepah dalam Maharajalawak), die buat kau macam tuu. Aku tak sampai hati. Kami (rakan-rakan) pun tengok kau tak sampai hati. Tapi kau memang sampai hati nak back up budak yang tak berapa bertuah tuu kan kan kan..

Kami sebenarnyer memang dah agak dah kau akan lembut hati dan akhirnya dipijak berkali-kali lagi. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau. Banyak pengalaman kami dah bagitahu kau tapi kau still nak maapkan die? Boleh tak aku cakap yang kau buat baik macam mana pun belum tentu kau dapat payung emas sayang. Sebab kau TAK WAJIB dengar cakap die malah HARAM (berdosa) kau langgar cakap MAK AYAH kau. Aku tak tahu lah kalau kau lebih suka jadi 'PENCINTA YANG SETIA' and rela jadi ANAK DERHAKA berbanding kau jadi 'ANAK MITHALI'. Kami cuma boleh menasihati kau tapi kalau kau pun degil macam cipanzi sebab sekor cipan yang lain, what can I say is GO TO HELL *emo serta merta.maapmaap

Aku paham bila kau cakap kau susah nak lupakan die. Sayang, kami tahu kau tak banyak pengalaman bercinta. Aku pun pernah gak rasa macam 2. Sampai pepatah makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena pun aku rasa beb. Alhamdulillah aku dapat je lupakan orang 2. Semangat kena kuat. Lelaki yang sesuai dengan kita takkan menjatuhkan maruah kita. Dia akan cuba berubah dan terima perubahan kita. Bukan memaksa kita ikut telunjuk dia. Itu dah salah. Dia bukan SUAMI kau sampai kau kena tunduk merayu kat dia. Tak ada Hadith or apa2 ikatan yang menyuruh kau buat macam tuu.

Aku cuma boleh minta kau tolong sedar pe yang kau nak buat. Aku tak kisah sebab suatu hari nanti bukan aku yang tak ada maruah lagi dan kena kongkong dengan cipan tuu. Maybe suatu hari nanti, kau pun dah tak dapat jumpa MAK AYAH kau sebab kau kan kena dengar cakap SUAMI kau tuu. Masa tuu, jangan cari aku lagi sebab aku dah tak ada masa nak dengar rintihan cipan yang tak pernah nak hargai dan amik ikhtibar dengan apa yang aku nasihat.

Aku tahu aku sapa dan tak ada sebab kau nak dengar cakap aku. Tapi bila kau buat tak endah dengan nasihat kami semua, aku akan AMAT TERASA dan sedih teramat. Lepas tuu, kau tak payah datang nak berbaik or papelah. Aku tak kisah dan tak nak amik kisah lagi. Aku bukan ugut kau macam cipan tak guna tuu ugut kau okey. Ugutan dia boleh memusnahkan kau tapi apa yang aku tulis nie adalah nasihat + amanah MAK AYAH kau + ikhlas dari hati = kau bahagia. Andai kata kau salah paham akan mesej yang aku nak sampaikan nie, aku mintak maap sangat2. Maap gak kalau kau rasa aku sibuk nak masuk campur hal kau. Manusia biasanya tak akan biarkan dirinya dipijak berkali-kali tapi kau lak.....ermm.....

Aku sayang kau. Family kau sayang kau. Kawan-kawan sayang kau. Allah sayang kau. Kami semua sayang kau. Kau pikir-pikirkanlah ye. KAMI vs Bf kau tuu.. Kuasa kasih sayang kami lagi ramai dari mamat cipan sekor tuu. Seorang kawan, Sebuah keluarga, dan Tuhan yang Esa mempunyai kuasa yang lebih hebat dari cinta seorang lelaki. Kalau nak dikira di atas dacing, KAMI lagi hebat dan berat. Aku memang buat entry kali nie untuk kau nilai pe yang kami maksudkan. Kalau kau selalu terlupa, bukaklah entry ini selalu agar kau kembali kepada KAMI. Entry ini juga bukanlah berupa hasutan tapi ikhlas dari hati untuk aku menasihati dan mengingati kawantu. Tetapi jika kau rasa KAMI tak penting buat kau. Lupakanlah entry ini. Akan ku anggap entry ini hanya luahan nasib malangku sahaja. Tiada kena mengena dengan dirimu.

Pesan terakhirku, peluang hanya datang sekali. Sekali kau lepaskan peluang tuu, tak mungkin kau dapat peluang yang sama.

No comments: