Friday, October 9, 2009

Sedih

Semalam aku dapat award for my achievement untuk sem lepas.
Semalam gak aku dah tau sesuatu.
Semalam pun aku rasa sesuatu.
So, apa maknanya hari semalam bagi aku??
Ermm..........

1. Award

Aku rasa gembira untuk anugerah tu tapi aku sedar yang aku kena banyak usaha untuk meningkatkan prestasi aku.
My mom lak for first time die call aku selepas aku masuk kolej balik untuk tanya berita aku.
I really appreaciate it.
Love u mom!!

2. Sesuatu yang aku sedari

Aku sedar apa yang aku dah buat.
Aku sedar aku memang pernah buat salah.
Aku sedar cara dia layan aku sekarang sama macam cara aku layan dia sepanjang cuti sem lepas.
Aku memang sedar.
Aku gak sedar yang aku telah menyakiti dia kerana perasaan aku pun sakit bila dia buat aku macam ni.
Aku sekali lagi sedar apa yang aku dah buat kat dia.
Tapi...andai kata ini adalah yang terbaik buat kita, aku terpaksa redha.
Setelah apa yang aku lalui dan rasai, ingin skali aku berlari hingga hujung dunia...
Tolong lah buat aku sedar buat kali terakhirnya...........................

3. Perasaan aku

Apa yang aku rasa?
Kenapa aku rasa macam tu?
Macam mana nak hentikan perasaan ni?
Patutkah aku lupakan je?
..........

Banyak persoalan yang timbul sejak kebelakangan ni
Aku bagai keseorangan
Aku rasa terumbang-ambing
Sakitnya hati
Sakit sangat
Rasa seperti ada air hujan yang mengalir di pipi ku
Siapa yang dapat tolong aku?
Tolong lah
Aku mengharap ada seseorang yang menyahut panggilanku
Aku semakin sesak nafas
Tak tahan rasanya.........................
Erm...
Aku lupa tiada sesiapa pun yang mendengar panggilanku
Aku sekali lagi tidak sedar
Hakikat bahawa aku keseorangan


................................

Aku bukan ratu drama
Aku tak suka buat orang risaukan aku
Aku suka menyendiri
Aku bahagia bila orang sekelilingku bahagia
Aku tak tulis apa aku rasa kat blog aku sebab aku nak orang simpati
Aku BENCI orang simpati pada aku
Aku BENCI bila aku sedih
Aku sayang diri aku lebih dari aku sayang orang lain
Aku cinta diri aku sebab tak siapa cinta aku lebih dari diriku sendiri
Aku akan tetap bahagia walau aku hipokrit dengan diri aku sendiri andai ini caranya agar aku boleh jadi bahagia
Aku tetap kuat walau aku sedar aku tak sekuat mana
Aku akan tetap tersenyum dan ketawa walau hatiku terluka dan sedih
Kerana aku hanya aku...

Kenapa aku sedih?
Aku harap Tuhan dapat tolong aku hindari perasaan sedih ni
Aku cuba tahan agar airmataku ini tidak tumpah jatuh
Tapi aku tak tahu sampai bila aku boleh tahan
Sebab aku tak tahu sampai bila aku tak sedih lagi............


No comments: