Wednesday, April 15, 2015

Budget Trip to Singapore

Assalamualaikum,


It's been so long aku tinggalkan ruangan comel ni... (comel la sangat..hahah). Well, story ini berlaku pada Disember 2014. Sempena hadiah birthday diri sendiri kononnya. Memula plan memang nak pergi ramai but ramai yang last minute cancel. Then yang paling ohsem, secara tak sengaja yang pergi trip ini adalah December Birthday Girl sahaja.. Sangat-sangat teruja okey!!

Actually sebab dah lama sangat, so ada gak benda yang aku lupa. Contoh aktiviti dan nama tempat. Mana yang aku ingat, aku akan tulis la ye. Sorry.. *facepalm

Berbekalkan hanya SGD80 (which masa aku tukar duit currency jual RM2.58, so aku bayar RM206.40 untuk SGD80). Well, ramai yang tanya aku pasal duit tu. Cukup ke SGD80 tu untuk trip 2 hari satu malam??? Bagi kami, inilah percutian bajet kami. Seriously memang aku tekankan makna bajet untuk setiap ahli yang join. Sebab ini memang bajet okey... 

Prepare air botol (sebab dekat SG, sebotol air berharga SGD2.. sangat mahal okeyyyy). Beli maggi cup standby dalam bag dan beberapa makanan kunyah-kunyah sikit. 

Aku dengan nurul turun dari KL Khamis malam. Stay back dekat umah aku malam tu. Disebabkan aku dengan member aku lagi sorang, Fida memang orang Batu Pahat so agak senang bagi kami. Tips bagi orang Batu Pahat, tiket ke SG sangat murah ye. Hanya berharga RM 11.50 dari Batu Pahat > Larkin (transit bas lain) > SG. 


Gerak dari Batu Pahat bas pukul 7.30 pagi. Sampai Larkin dalam pukul 9 pagi macam tu. Then kiteorang makan nasi dulu dan beli pape yang patut. 

Berbekalkan tiket yang sama (JANGAN BUANG TIKET NI), kami naik bas transit Causewaylink ke Bugis MRT station). Aku rasa paling pening time dekat Kastam. Maklumlah semua first time, terabur..hahah.. 2 kali check Kastam la juga. Di Malaysia satu dan SG satu. Pastu nak cari bas lagi payah. Means naik jela mana-mana bas Causewaylink warna kuning ke Bugis station. Jangan lupa tunjuk tiket ke depa. Paling best semua macam teruja tengok tiket kiteorang sebab aku rasa tak ramai beli tiket tu.


Waktu transit tu korang kena alert la nak turun dekat mana. Kami pilih Bugis station ye sebab kalau pergi tempat lain, nanti susah nak beli SG Tourist Pass. Paling dekat adalah Bugis station yang jual. Rerajin la google pasal Pass ni ye dekat SINI. Bagi backpackers macam kami, memang berbaloi la. Perjalanan kami tidak ada limited.. cewahhh... hhahaa. Pass ini  SGD16. Tapi kena bagi extra SGD10 sebagai deposit. Kalau korang pulangkan balik, dapatlah depo SGD10 tu. 


Ini Cik Nuyui kita naa.. pura-pura baca maps... Kami check in agak lewat ke hostel kami. Maklumlah first time jejak kaki. So sesat tu perkara biasa. Instead naik bas, kami menapak jela. Sebab memang tak tahu jalan kan. Based on maps yang kami ambil dari Bugis Station tadi. Semua maps free so semua pun kami ambil. Alhamdulillah, hostel kami provide juga maps SG. So maps tu sangat berguna untuk kami jenjalan pusing-pusing sampai lebam. 



Around pukul 3 macam tu barulah kami mulakan pengembaraan kami. Kami minta advise pihak hostel. Dieorang advise untuk naik bas sahaja ke station. Sebab kes jalan kaki kami, agak jauh la nak menapak. hahaha




Kami Qada' solat di Little India (kalau tak silap)





After berjalan sakan, perut pun berkeroncong. Jam menunjukkan pukul 5 lebih. Then kami menuju ke Restoran Zam Zam yang femes amos tu. Makan pun jimat je. Sebab portion dia besar, then kami order 2 Beriyani ayam dan satu air. Sebab dah memang ada air bekal bawa dari Malaysia..hehe.. SGD14.50 (bahagi 3 orang, sorang hanya SGD4.83)


Jenjalan area Masjid Sultan


Souvenir pun banyak tapi kiteorang tak beli sebab orang kata ada tempat lagi murah




Pastu masuk macam tempat bersejarah sebelah masjid ni. Malay Heritage kot nama dia. Lupa..haha


Sementara menunggu maghrib, kami jenjalan area Masjid Sultan ni




Ini area Orchard Road. Meriah dengan pengunjung.



Tu dia tempat orang kaya di Marina bay



Yang macam durian tu, nama dia Esplanade ye..


Tu dia Merlion. Disebabkan kepenatan, malas nak turun ke sana.. Kiteorang duduk lepak kat jambatan je tengok pemandangan.




Then bila nak balik, kami lalu jalan lain untuk ke Raffles Place melalui belakang Fullerton Hotel. Belakang tu ala Paris. Cantik boleh bergambar. Paling best kiteorang terjumpa dengan orang Jepun ni. Dieorang katanya ada kerja dekat SG. Then jenjalan kejap. So kami sesama jalan mencari station MRT ni. 


Sampai di hostel semula dalam pukul 11 malam. It's time to rest dan melonggarkan lenguh-lenguh kaki dan badan semua. zzzzzzzzzz



So bangun pagi, makan maggi bekal yang dibeli. Hostel ni memang tema Green ye. Sangat nyaman je suasana. Usually hostel ini merupakan pilihan para bikers seluruh dunia. Sebab owner dia adalah seorang bickers.


Hujan mula membasahi bumi SG. Pembantu hostel yang peramah bagi kami pinjam payung depa. So kami terus menuju ke Chinatown for SHOPPING!!!!



We spend our money to buy some souvenir. Around SGD20 boleh dapat baju t-shirt SG (3 pasang for SGD10), key chain (25 pcs, SGD5) dan magnet (4 magnet, SGD5). Itu pun share dengan Nurul sebab nak jimat ye..hehe



Fida request untuk cari this kedai. Sedikit lost tapi tak susah nak jumpa pun. Kedai yang sangat menarik. Kalau korang book lover, then boleh datang ke sini.




After shopping dan jenjalan cari buku, kami terus menuju ke USS Studio. Makan dekat Mall. Tak ingat nama dia. Spend around SGD10 sorang.haha.. Tapi paling tak best, toilet tak ada air. Pakai tissue.. oh nooooo!!!!


Ada 2 cara nak pergi ke USS Studio, either naik kete cable or lalu je walk escalator ni. Free tak perlu bayar. Sambil enjoy view dia. 



Kalau nak pergi waktu genting, sila beli sesiap tiket ye. Sebab yang queue sangat ramai. Kami tak masuk pun tapi just pusing-pusing Pulau Sentosa ni.


Ini dia nama hostel kami pilih. Sangat best dan comfortable. Provide pantry dan water dispenser. So kami refill je air botol yang kosong. More jimat!!





It's the end of our journey. Kami lepak di Bugis streets untuk jamak solat zohor asar. Lepas pulang Tourist pass, ada balance SDG12.60 macam tu. Buat bekal balik sebagai kenangan. Tiket bas balik Larkin pula, kena bayar RM6 macam tu. Queue nak naik bas pun sangat panjang dan ramai. Kami beratur dari pukul 5.30 petang macam tu.

Unfortunately sebab lambat, tiket balik BP dah abis sebab bas akhir adalah pukul 8.30 malam sahaja. Kami lambat sampai ke Larkin sebab hectic dekat Kastam. Terlalu ramai queue nak naik bas. Around pukul 9 baru sampai Larkin. Nasib baik adik aku ada rumah, Then aku minta tolong dia datang amik aku jela..hahaha

Sekian saja trip bajet kami which aku rasa tak mahal pun untuk 2 hari 1 malam. Kami tak masuk USS semua tapi kami dah puas pusing 1 SG tu. Pengalaman ini amat aku hargai. 

Ok baiiiiii


2 comments:

1612f said...

Yay. Rindu nak jalan lagi. terima kasih kerana update hahahah, aku punya selamat dalam draft

Jeyqa Jovita said...

hahaha... Aku punya save draft berbulan.. pun baru berjaya..

Anda bila lagi? hahaha