Wednesday, June 20, 2012

Samsung Galaxy Mini 2 Pilihan Anda?

Assalamualaikum dan Hi,


Ini bukan promosi tapi aku cuma nak share dengan korang yang cumils je beberapa info menarik yang membuatkan aku rasa naik gila mengilai sensorang dalam toilet bila dengar telefon bimbit *skema gila ayat Jenama Samsung.


Macam budak menang main galah panjang, berlari satu kampung bila terfikir nak menaip entri hebat ini. Fuhhh.... relax..relax.. Menggelabahlah Jaz ni nak tulis entri ni.


Korang sekarang pakai handphone jenama apa? Aku tahu mesti mahal-mahal kan kan kan? *sambil sorok handphone kat belakang


samsung galaxy mini2


Seyes nak citer pasal Samsung Galaxy Mini 2 yang hebat sekarang ni dengan korang semua. Aku tau mau nanti ada geng Mak Jemah belakang umah duk ngumpat aku sebab tak share benda hebat macam ni. kehkehkeh 

samsung galaxy mini 2


Sekarang pakai handphone cabuk sahaja tapi bila terpandang handphone cute dan ohsem macam ni siapa boleh tahan kan kan kan? Harga di pasaran pula cuma berharga RM599!! WoWWW....*terlompat keriangan


Dengan kewujudan prosesor 800MHz menjelaskan keadaan si cumil ini merupakan sebuah android hanya seberat 105g adalah ciptaan yang sungguh bagus untuk dimiliki oleh para peminat tegar teknologi terkini.


Selain itu paling hebat dan bagus sebab ada wifi so dengan lajunya aku akan senang nak update twitter dan facebook malah tidak lupa kehebatan si cumil ini apabila dilengkapi juga dengan A-GPS....wah....bestnyer... *berlari sambil lompat-lompat


Hebat tak? Aku rasa sangat berbaloilah harga Samsung Galaxy Mini 2 ni. Rasa macam nak lari sekarang juga pergi kedai walaupun sekarang baru pukul 8.00 pagi. kehkehkeh..









nota kaki : kacing...kacing....korek tabung

No comments: