Monday, June 11, 2012

Caroline Pemenang Mentor 6 (Protege Ella)


Sememangnya telah dijangka. Itulah ramalan paling mudah boleh diberikan untuk kemenangan Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 dari Tanah Merah, Kelantan yang berjaya merebut gelaran juara unutk Mentor musim keenam malam tadi. Stadium Malawati , Shah Alam menjadi saksi kemenangan besar Caroline yang merupakan protege kepadanya mentornya Ella.
Stadium Malawati malam tadi menyaksikan persembahan Caroline yang hebat dan mantap. Jadi kemenangan sebantak 71 markah yang diterimanya sememangnya tepat walaupun menerima saingan hebat daripada protege Ogy Ahmad Daud, Zatul yang mendapat tempat kedua (60 markah) dan protege Faizal Tahir, Anas yang mendapat tempat ketiga (50 markah).
Kesemua peserta tampil dengan sebuah lagu baru sebagai pengenalan identiti mereka. Caroline membawakan lagu ciptaan Ajai berjudul Harus Cintamu, Zatul dengan Tinggalkan Yang Lalu (Manusia Putih) & Anas bersama Hanya Dirimu (Audi Mok & Omar K). Puteri Caroline Mohd Kamel, protege kepada Ratu Rock Ella berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam yang berlangsung di Stadium Malawati malam tadi. Caroline berjaya mengutip 71 markah.
Dengan 39% kemenangan berpihak kepada Caroline, dia telah membawa pulang RM100,000 berserta trofi. Manakala RM30,000 berserta trofi untuk Zatul dan RM30,000 beserta trofi untuk Anas.
Finalis Mentor musim keenam diadili oleh juri profesional sebanyak 50 peratus markah, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam.
Untuk pengetahuan anda, kesemua protege mempunyai masalah kesihatan semasa pentas akhir berlangsung. Namun mereka dapat membuat persembahan dengan hebat lebih-lebih lagi Caroline yang pengsan awal pagi semalam. Tahniah kami ucapkan kepada kesemua mentor dan protege ini. Maka dengan ini berakhirlah Mentor 6.

OH ARTIS: AGAKNYA REZEKI ELLA KOT SEBABKAN NAK BERKAHWIN TIDAK LAMA LAGI. NAMUN MACAM ADA SEDIKIT KEKURANGAN DI MENTOR 6 INI. MUNGKIN MENTOR 7 AKAN LEBIH HEBAT HENDAKNYA.

sumber : sini



2 comments:

diari farisha said...

sy sokong anas pada mulanya.tapi psmbahan malm tadi mmg mgecewakan. suara btul2 sumbang dan persembahan lagu yang santai iaitu cinta muka buku, slmt mlm n lagu baru langsung x mcabar vokal anas. kecewa! mmg dh agak caroline menang

JQ said...

Masing-masing tak berapa sihat malam tu. Ada juga yang tweet kata penyalahgunaan teknik nyanyian sampai suara sumbang + serak sbb walaupun ada masalah tekak, kalau guna teknik yg betul xkn sumbang + serak. Anyway, rezeki Caroline... =)