Wednesday, May 16, 2012

Rumah Kaca Nampak Dalam

Assalamualaikum and Hi,


Siapa berani untuk tinggal di dalam rumah yang hanya diperbuat daripada cermin kaca? Serius siapa yang suka skodeng rumah orang, ini mesti rumah kegemaran korang kan? hehe


Well, pereka rumah ini adalah pemenang anugerah arkitek Tokyo Sou Fujimoto. Beliau juga salah seorang pensyarah di Universiti Kyoto. Rumah ini diberi nama House NA.




Menurut beliau, rumah ini direka dengan tema sebuah pokok. Mesti korang pelik kenapa pokok kan? Ini kerana sebuah pokok mempunyai ranting dan dahan-dahan di mana setiap bahagian pokok tersebut saling berkaitan antara satu dengan yang lain. 




Kalau korang nak privasi di rumah seperti ini, korang kena pasang langsir. Itu saja cara untuk memberi ruang privasi korang. Yela, nak tidur terbongkang pun susah. Buatnya terselak sana-sini siapa nak tanggung? Dah tersebar pula gambar-gambar privasi korang.




Bila bangun tidur korang kena pastikan korang dah bersiap elok-elok. Buatnya serabut semacam, mesti jiran sebelah nampak muka korang yang benyek tuu. Hehe


sumber: sini 















nota kaki: tak ingin aku nak duduk rumah macam ni. nampak dalam. haha. Esok aku post entry GA!! =)

MORE INFO:
Help Yuna
BMW 320i Sport Sedan
Train Concert Live in KL
RM500,000 Untuk Dimenangi!

2 comments:

Unknown said...

memang cantik .. tapi kalau aku nak buat .. minta maaf!!!

JQ said...

tahu tak apa... nasib kat jepun. kalau kat malaysia confirm sekeliling rumah ramai orang..haha