Saturday, May 5, 2012

Pemikiran

Assalamualaikum,


Aku nak berkongsi pendapat aku mengenai Pemikiran. Bagi aku setiap manusia di dunia lahir dengan karakter yang berbeza namun ada yang hampir sama. Walaupun fikiran kita berfikir bahawa wujudnya persamaan dari segi pemikiran, rasanya kita juga perlu sedar yang tak semua akan sehaluan kata dan pendapat.


Normal jika ada yang bertentangan walau kita berasa sesama kita masih sehaluan. Korang faham tak maksud aku ni? Apa yang aku cuba sampaikan, tak semestinya korang BFF atau kawan baik macam mana pun mesti ada juga perselisihan faham. 


Kaum keluarga pun sama. Mesti wujudnya kekangan di kalangan ahli keluarga untuk saling memahami atau senang kata tak sebulu / tak sekepala. Ya, kalau nak bercakap dari segi masa sekalipun masih sama situasinya. Tak semua akan sekepala. Family yang kita kenal sejak lahir lagi lah boleh bertelagah sesama sendiri. Betul tak?


Bagi pendapat aku, kita masih boleh menerima buah fikiran orang lain walaupun kita tak setuju 100% dengan mereka. Ketepikan ego dan juga perasaan ingin menang. Mengalah tak semestinya kalah. Bagi aku orang yang mengalah itu adalah pemenang. Menang dalam perlawanan secara halus dengan gangguan syaitan yang menghasut manusia untuk bertegang urat.


Well, korang ingat korang betul? Semua orang pun boleh fikir diri mereka betul. Sejauh mana korang rasa bahawa pemikiran korang tu betul? Sebab ramai like status yang korang update kat Facebook? Ke sebab kawan-kawan sibuk duk cakap korang betul?


Fyi, aku rasa sebagai manusia, aku akan cuba mencegah. Mencegah apa? Ermmm... mencegah daripada mengiyakan. Bila kita berani berkata tidak, bermakna kita berani meluahkan cara pemikiran kita sendiri. Banyakkan membaca perkara-perkara elok dan berhubung dengan mereka yang lain dari kawan-kawan anda yang selalu. Kerana kadang-kala mereka sedar dan nampak salah kita. Selain itu, kita juga boleh je kalau nak mintak pendapat mereka yang ilmuan lagi-lagi dari segi agama. Kita kena tahu bahawa semua masalah kita hadapi ada jawapannya di dalam kandungan Al-Quran. So, still tak salah kalau nak mintak pendapat dari para Ulama. Kalau rasa nak best boleh je tanya Ustaz Don atau Ustaz Azhar. 


Kesimpulannya, bagi aku setiap orang ada pemikiran mereka yang tersendiri. Tak sama mungkin tak serupa namun tak pelik jika ada yang sekepala. Percaya la. Jika korang ada terjumpa pasangan atau kawan-kawan yang sekepala rasanya jika ada benda yang tak sehaluan masih boleh dibawa berbincang. Tak kan gaduh sikit nak putus kawan kott... *menasihati diri sendiri jugak ni..hehehe


Papehal, saling menghormati sesama sendiri. Tiada yang salah, tiada yang betul. Sebab kita sama-sama buat salah dan kadang-kadang kita pun ada juga yang betul. Ye...Betul tuuu.. Aku pun bukan nak poyo bagus tapi tak salah berkongsi perkara yang membina jati diri kita ke arah kebaikan.... =)









nota kaki: saling menasihati. jika entry ini ada yang salah bolehlah betulkan saya. Tq

































No comments: