Friday, December 23, 2011

Special Birthday Wishes

Assalamualaikum,


Hari ini 23 December 2011 jam 11.50 malam waktu aku taip entry ini. Entry khas untuk insan yang aku rindui selama beberapa tahun. Hampir lebih 8 tahun. Waktu yang aku rasa agak lama untuk mematangkan aku dan ahli keluargaku yang lain.


Dulu aku pernah tulis satu entry khas mengenai Dia dan keluargaku yang lain. Sapa-sapa yang nak tengok boleh tekan SINI. Entry yang aku tulis tahun lepas.


Bila masa berlalu, aku sedar makin lama perasaan Dia ada di sisi aku makin pudar. Tiap masa aku cuba kekalkan perasaan itu. Aku rindu perasaan itu. Perasaan yang sepatutnya aku kekalkan dan jangan pernah hilang.


Aku rindu Dia dan aku akan selalu kenang Dia. Bagi aku perasaan itu tak pernah mati walau kadang kala aku terlupa. Bukan aku sengaja melupakan perasaan itu namun aku cuba untuk kekal kuat. Tiada tangisan buat Dia lagi. Aku ingin Dia bahagia di sana. Tempat yang hakiki buat Dia malah buat semua insan di dunia ini.


Bila aku tulis entry ini bukanlah kerana aku mahukan simpati malah aku benci bila simpati yang diberi. Layan aku seperti yang lain. Tiada beza walau status berbeda. Tiada Dia tak bererti aku tak bernyawa. Kerana Dia aku inginkan perbedaan malah membuatkan setiap saat dalam hidupku bermakna. Dia pendorong dan pembakar. Dia adalah separuh dari diriku ini.


Yes...I really love Him even I've made a lot of mistake with Him. I'm really sorry. I will do my best next time. Please do trust me because I really will made it happen soon. Pray for Him and I need His prayer too....


Kalau korang nak tahu siapa yang aku maksudkan, sila scroll ke bawah. Gambar lama yang sememangnya menggamit perasaan aku berulang kali aku menatapnya.




Dia kekasih aku. Sampai bila-bila. *tahan air mata wooo*


Semoga Dia kekal bahagia disana. Walau apa pun yang berlaku dulu, aku tetap sayang Dia. Hingga bila-bila. Dia hanya satu tiada dua. Dia tiada penggantinya.


Letter to Ahamad Jailani A. Hamid:


Papa,
Ika rindu papa. Setiap kali terpikir pasal papa ika rasa nak nangis. Ye, papa pun tahu ika memang gembeng (cengeng) kan? Ika sedih sangat bila pikir pasal papa. Bila tahu orang tuu buat papa ika sampai macam tuu. Kalau ika tahu siapa yang buat, sampai bila-bila ika tak dapat nak maafkan apa yang dieorang buat. Semua yang dieorang buat kat keluarga kita pun ika tak dapat maafkan. Mungkin juga ini hanya perasaan sekarang. Masa depan mungkin kemaafan itu akan hadir. Ika tidak pasti akan itu.

Ika tak tahu kenapa. Tapi ika selalu dapat rasa papa di sekeliling ika. Walaupun ika tahu i'm not your best child kan. Ika tahu. Ika sedar hakikat itu. Walau pun macam itu ika selalu harap papa sokong ika. Dan memang itu yang ika selalu pikirkan. Ika harap benda yang ika pikir tuu betullah...

Sayang dan maaf antara dua benda yang sukar dalam keluarga kita. Sukar untuk meluahkannya. Tapi ika nak bagitahu even papa dah tak dapat baca andai kata papa ada disekeliling ika, I really LOVE and MISS you papa. Maaf jika ika banyak buat salah dahulu. Jika dapat diputarkan masa, ika tak nak semua ini berlaku. Ika akan cuba ubah semuanya walau ika tahu sukar keadaannya nanti.

Kami sayang papa. Kami mintak maaf jika kami sekeluarga banyak susahkan papa. Sayang papa. Tahun depan ika wish lagi ye. Jumpa nanti. Selamat ulang tahun kelahiran ke-60 papa. Wish you live there full of peace.



*Doakan lah Dia disana. Amin~~


nota kaki: Ahamad Jailani A. Hamid (23 December 1951 - ** December 2002)

2 comments:

fhmk-- said...

he is dearly miss by everyone :') may he rest in peace, al-fatihah.

Princess^of^Hemp said...

Thanks..=)