Tuesday, December 27, 2011

Tagged by Rico

Assalamualaikum,


Untuk pengetahuan mamat yang telah mengge'tag' aku, aku pernah buat entry tag ini oleh seorang rakan aku yang bertanya soalan juga iaitu DIA ni hah dan entry reply itu di sini. Sekarang disebabkan incik Rico beria mintak aku balas dan buat satu entry khas untuk die, so aku buat la satu. Itu pun setelah aku digelar 'Jazz the Wonderwoman' *sengih kepuasan. Hehe


Well, aku malas nak ulang tayang pe yang incik Rico suh kat sini. Click jela ye kalau nak tahu syarat-syarat die. Ok, sekarang nak bagitahu 11 perkara yang bosan tentang aku:


1. Nama aku memang original okay. Jangan cakap aku sengaja tukar nama sebab nak femes and papela. Tak ada keje nak buat macam tuu. Buang masa + tenaga je = dosa menipu. Paham?

2. Ye, berkaitan nama juga. Walaupun nama aku tak ada maksud di dalam Al-Quran or nama-nama Islam, aku masih jaga diri aku sebaik boleh agar tak tercemar agama dan maruah kaum keluarga aku. So, aku sendiri tak boleh tukar nama aku kepada Bedah or Senah. Harap maklum.

3. Aku tak gila korea aku enjoy semua music which yang aku rasa easy listening bagi telinga buruk aku ni. So jangan sesekali cakap aku ni fanatic Korea or Orang putih. Ikut mood aku la. Jangan kecoh-kecoh janji aku tak kacau kau. Ok?

4. Mulut aku ni memang tak reti nak diam. Kadang-kadang suka cakap menyakitkan hati orang. Ye, aku sedar dan paham. Aku cuba untuk kawal. Tapi kalau kau diam, aku pun diam jela. Aku bukan orang yang akan memulakan perbualan dan terus jadi kawan baik. Aku tengok dan kaji dulu.

5. Aku sudah ada kekasih hati. Itu sudah pasti. Tapi masih belum berkahwin. Tunggu saja nanti..=)

6. Sudah bekerja tapi masih mencari satu peluang pekerjaan yang lebih baik. Insyallah kalau ada rezeki mahu sambung belajar.

7. Aku suka kalau dapat kawan baru yang cambest dan cool. Malah aku rindu nak hangout dengan senior/junior kolej aku. Rindu semua itu..=(

8. Aku orang Johor, keturunan Jawa tapi aku tak pandai speaking Jawa. Aku tahu cenonet je perkataan Jawa.

9. Aku ketinggalan zaman dari segi teknologi which aku tak ada handphone touch screen bagai, kereta, motor malah basikal pun tak ada. Aku tak mampu.

10. Target nak backpack next year (2012). Harap aku mampu..=)

11. Aku rasa bosan nak main tag tag ni. Binatang pe nie? Aish Rico ni...hahaha


Okey, sekarang dah tahu 11 benda paling bosan pasal aku kan. Mesti kau orang dah tak mahu tengok lagi pe aku tulis kan. Tapi maaf sebab ada lagi yang incik Rico mintak aku buat iaitu jawab soalan tah pape die tu..ermm


*1. 10 Perkara tentang aku yang korang suka
Well..well...aku pun tak tahu banyak mana yang aku suka pasal kau la Rico. Sebab aku tak pernah kira dan kalau kira boleh cukup ke 10? hehhehe... Simple je aku boleh jawab. Aku suka kawan dengan orang yang anggap aku kawan dia, hormat aku macam kawan, kongsi dengan aku macam kawan, berjimba dengan aku sebagai seorang kawan malah hargai aku sebagai seorang kawan. Sampai bila-bila aku tak akan lupa kat kau. Walaupun dulu kau buat tak layan aku (ingat lagi takk? hahahaha)


*2. 10 perkara tentang aku yang korang tak suka
Not sure bout this. Mungkin aku tak suka part kau tak present hirarc. Aku rasa macam nak cakap, WTH dengan kau Rico!. Tapi itu cuma kata-kata hati. Aku tak tahu kenapa kau buat macam tuu. Hah, baru aku ingat. Aku tak suka cara kau berhabis duit dan tenaga buat perempuan. Kena beringat sikit la. (bukan Nadnod kau tau..ni dengan orang lain dulu..)


*3. Perkara yang paling korang ingat tentang aku @ bersama aku
Paling best dan paling aku ingat. Hangout time exam sampai pagi. Keluar jenjalan sampai mentari terbit. Paling gila. Rindu korang la...=(


*4. apa yang pernah aku lakukan yang paling gembirakan korang
Tak ada pun...ermmm...hahaha. Eh, ada-ada..Time kat McD bila kau mintak maaf kat aku sebab buat tak layan aku bila depan-depan. Hahhaha..sengal punya Rico..


*5. apa perkara yang pernah aku buat korang sedih
Tak ada kot. Tak ingat pun kalau ada...??


*6. first impression korang pada aku
Cute, Tegang, Poyo, Pelik, Bajet hot bila tiba time nak flirt pompuan..hahahaha


*7. perkara yang korang nak aku ubah, yang korang rse salah
Aku rasa kau boleh baca yang kat atas tadi. Part yang soalan 2 tadi. =)


*8. apa Dream@cita2 korang?
Banyak sangat. Salah satunya agar kawan-kawan aku dapat apa yang dieorang inginkan. Insyallah..=)


*9. apakah pengalaman yang paling menakutkan bg korang?
Bila buat BOSET. Kena terjun berapa meter tinggi and anything related with water. Scared enough! Lagi satu part bila kita kuar, ada mamat motor yang mabuk cuba bukak pintu kereta. Fuhh....


*10. kalau ade perkara yang korang rse nak aku buat untuk korang, apakah itu?
Panggil yang lain-lain. Buat reunion. =)


*11. korang adakah no telefon aku?
Kalau kau tak pernah tukar memang aku tak ada pun. Aku tak pernah simpan no kau. Bagi aku, kalau kawan tak semestinya ada no phone. At least aku kenal kau siapa itu dah cukup bagi aku untuk aku panggil kau kawan aku. =)


Aku dah jawab soalan kau. So aku nak kau jawab soalan yang kau ajukan buat aku itu. Aku tak ada soalan lain nak tanya. Jawab soalan kau tu sendiri untuk aku. Anyway, maaf kalau kadang-kadang aku kasar dengan kau. Sebab aku kan Wonderwoman. Mana boleh lembut-lembut kan? Pakwe pun kasar. Apa mau bikin? hahaha...=)



Nota kaki: tak mahula main tag tag ni lagi. penat nak reka ayat. hehe

2 comments:

RicoRidzhuan said...

well aku tak dapat buat hirarc pasal yuran tertunggak stu sem, sem 5, smpi skang aku ta dpt nak simpan pasal ade je hal nak pakai duit, so aku sabau je la :)

Princess^of^Hemp said...

yeke? kalau ada rezeki mau present ke?