Thursday, December 22, 2011

You Kau Me Aku

BAB 1

Sinaran matahari memancar terus ke dalam kamar tidur sehingga membuatkan aku bangkit dari tidurku. Sejenak fikiranku merawang ke memori lalu. Peristiwa yang sememangnya membuatkan aku terleka sebentar.

Deringan lagu pesanan ringkas telefon bimbitku membuatkan aku terlena dari mimpi lama yang sebenarnya hanyalah ingin mengganggu hari-hariku. Perasaan aku ketika ini berkecamuk. Marah, geram, sedih, malu dan semuanya bercampur menjadi satu. Aku hanya mampu terkedu tanpa bicara. Aku nekad tidak mahu berfikir mengenai perihal itu lagi. Bila aku fikir mengenai peristiwa itu, ia hanya membuatkan aku seorang yang tidak mahu pandang ke hadapan. ‘Itu hanya memori lepas yang harus aku jadikan ikhtibar.’ Detik hatiku.

“Woi!” Jerit Mira, rakan sebilikku aku setelah beberapa tahun aku berada di kolej pilihan emakku ini.

“Iskh, terkejut aku. Kau nak aku kena Parkinson ke?” gurau aku sambil menyabur rasa geram disergah dengan Mira, rakan yang hampir 2 tahun dikenalinya. Mereka walaupun berlainan karakter dan berbeza jurusan, namun tetap menjadi kawan rapat sepanjang Aliana di sini.

Diiringi gelak besar, Mira menambah “Yela, salah siapa yang pergi terbang ke Paris pagi-pagi ni? Dah-dah, kau pergi mandi cepat. Kang lambat pula nak masuk kelas lecturer kesayangan kau tu.” Siapa yang tak kenal dengan Madam Siti Zubaidah yang sememangnya sinonim dengan gelaran Mem Zubai di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Kolej CONSIST. Perangai pensyarahnya itu garang dan tegas dalam apa jua keadaan. Mira sengaja mahu membuatkan Aliana geram. Lalu, dicubitnya betis Mira sambil berlari ke bilik air sambil gelak besar.

“Woi! Kureng asam punyer minah. Siaplah kau nanti.” Jerit Mira sambil ketawa. Aku tahu Mira hanya bergurau. Kami selalu bergurau senda seperti adik beradik. Mungkin kerana aku rindu dengan keluargaku yang jauh nun di Batu Pahat, Johor. Mira pula berasal dari Gombak. Jadi dia selalu pulang ke rumah apabila dia mula rasa bosan di rumah sewanya itu.


“Wah, ramainya student baru,” bisik aku kepada Mira. CafĂ© yang biasanya cukup-cukup muat untuk pelajar sedia ada, semakin sesak dengan sebilangan pelajar baru. Rasa rimas dan sesak mula menyelubungi mereka. Mereka kini berada di tahun akhir semester akhir hadir ke kolej untuk menghadiri kelas yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Walaupun hampir 3 tahun mereka belajar di situ, mereka hanya rapat antara satu sama lain apabila mereka sewa di rumah yang sama.

“Eh, kau tak jadi mentor masa orentasi pelajar junior ker? Boleh la usha mana-mana yang patut,” tanya Mira kepada Aliana. Aliana adalah salah seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar atau pun dikenali sebagai MPP.

“Kau ni, sudah tahu lagi mau tanya. Aku kan pelajar terpinggir. Siapa nak amik aku jadi ahli MPP? Lagi pun aku malaslah. Kan kita dah nak exam. Aku nak fokus belajar ni. Kalau tak pass semester ni, memang kena hamunlah dengan ibu aku.” Aku memberi alasan kepada Mira. Aku bukannya apa, aku memang malas nak aktif masa semester akhir ni. Banyak benda yang aku perlu fokus selain menjadi mentor semasa orentasi pelajar baru. Orentasi tu pula bukannya sehari dua tetapi selama seminggu. Bayangkan kalau aku tertinggal kelas selama seminggu. Rugi yang teramat bagi aku.

“Ala, macam aku tak tahu. Kau nak lari dari budak tu kan?” Usik Mira sambil menjeling ke arah seorang budak lelaki.

“Argh, kau ni. Pandai-pandai je. Itu semua kan gosip je. Aku dah rasa macam aku ni artis dah.” Aku tak mahu perbincangan ini semakin serius dan melibatkan sesiapa. Budak lelaki yang ditunjuk Mira adalah Danis. Danis sememangnya jejaka idaman beberapa pelajar perempuan di kolej ini. Lebih-lebih lagi pelajar perempuan jurusan Ergonomics. Kadang-kala aku sendiri seperti dipandang serong oleh pelajar perempuan jurusan itu hanya kerana gosip yang tak berasas itu.

Aliana bingkas bangun menuju ke kelasnya. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa kerana tidak mahu Mira mengusiknya lagi. Mira yang terkejut melihat Aliana bangun terus mengekorinya ke atas. Sepasang mata dari jauh hanya memerhatikan tingkah laku mereka.


**bersambung


nota kaki : rekaan semata-mata. Maaf mengenai format penulisan sebab aku dah edit tapi tak boleh nak ketengahkan perenggan. komen la ye..bagi pendapat...thanks..=)

No comments: