Tuesday, November 29, 2011

Kahwin Vs Bola

Assalamualaikum,


Masih sihatkah semua? Hujung minggu yang agak sibuk. Maklumlah tak kahwin lagi so kena lah tolong-tolong orang yang nak kahwin supaya mudah urusannya dikemudian hari..(Cewahhh).


Well, since that day ada event yang clash iaitu Majlis Santapan Perdana PiSpa. Maaf kepada rakan-rakan kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Malam tu adalah majlis akad nikah. Boleh dikatakan majlis akad nikah tersebut berlangsung agak cepat berbanding majlis di Johor which memakan masa hampir 1 setengah jam. Tok kadi kena bagi tazkirah and membaca akad taklik buat dua-dua pengantin. Bukan sorang saja ya. =)


Sebagai orang luar, kadang-kadang rasa macam saudara rapat pula sebab buat kerja yang macam saudara buat (tak kisah sangat pun) cuma rasa pelik dengan sikap segelintir manusia yang tak ambil kisah. Macam tak ada majlis perkahwinan yang berlangsung. Agak-agaklah kan. Saudara sendiri kot.


Apa-apa hal pun, rasanya majlis masih berlangsung dengan jayanya. Yeah. Kumpulan Ghazal diimport dari Simpang Lima memang dekat dengan kampung aku pun. So, dapat rasa feel Johor punya wedding since Mak Long pun orang Johor. =)


Serius pengantin laki dan perempuan sama padan. Cantik dan hensem. Gambar mungkin akan menyusul kemudian ye..=)


Lepas je siap-siap majlis, rasa takut sebab ? Jeng jeng... Takut sebab terlepas perlawanan bola. Yela, rumah pengantin masih tidak siap berkemas. So, agak khuatir tidak berkesempatan untuk menonton perlawanan bola Malaysia VS Bahrain.


Alhamdulillah, memang sempat jugak. Mandi siap-siap semua then pergi rumah nenek (nenek kawan aku). Tonton ramai-ramai dengan sanak saudara kawan aku. Tak malu sangat sebab pernah sekali berkunjung ke rumah itu. So, ada jugalah kenal-kenal. hehe


Agak geram sampai rasa nak migrain bila Malaysia kalah dalam masa 6 minit. Serius. Rasa nak pitam. Dahlah badan penat. Bila tengok tuu, memang bernasib baik je aku tak K.O. hehe. Anyway, its okay. Sebagai penyokong Team Malaysia / Harimau Muda (tak macam KOSMO), aku masih setia di sini. Anggap semua seperti pengalaman.


Apa yang agak memalukan bagi aku sebab aku rasa time tengok bola malam tuu macam ter'over' la pula. Yela, excited. Dengan penonton-penonton lain pun lebih kurang juga, memang aku pun terlajaklah. Lagi-lagi bila Malaysia dapat gol. Terlompat aku atas kerusi. So memalukan. Tapi aku pun buat derk jela..Sangat-sangat malu. Hahaha


Anyway, still support Malaysia!!! =)



Nota kaki: Moral storynyer, janganlah tengok kat rumah orang. hahaha

2 comments:

1612f said...

tengok ramai-ramai adalah seronok okay, tpi lebih seronok jika pasukan yang kita sokong tu menang hahaha

JQ said...

haha..memang seronok..tapi malu bila teringat aksi luar biasa yang dah aku lakukan. hahahaha... xkisahla menang or kalah.jnji semgt berpasukan itu ada..=)