Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Makeup Ala Soft Rock Gothic

Assalamualaikum dan Hi,


Sila tepuk tangan lelaju sebab kali ini aku nak tunjuk dekat korang apa yang berlaku akibat gatal tangan nak conteng muka ye. Walhal ilmu di hujung jari yang keras membeku ni amatlah kurang dan tidak berapa kretif untuk menjadi ala-ala pelukis femes amos picasso.


ye ye. betul la. Ini bukan citer dongeng yang aku karang tatkala angin bayu menghembus pipiku seperti angin di pesisiran pantai.. Opsss... Okey, i know i failed to impress u'olss kan kan?


Sila jangan menjerit macam Mak Jemah yang asyik mengilai sebab muka aku yang bareface atau muka togel ini amatlah buruks. i know..i know... *sambil mengipas tangan kemaluan




Nak tengok hasilnya tak? Malulah. hehe... jeng jeng jeng




Posing lagi sikit... wahh...




Tak lawa kan? Anyway aku conteng sebab nak gaya ala soft rock gothic sikit. Perghhh..nama make up nak hebat pulak kan? yela, dah hentam je kan. Haruslah hebat..kekekeke


Aku pun tak bercadang nak bercerita apa yang berlaku ketika detik pencontengan ini dan bagaimana ianya terjadi sebab hasilnya tidaklah membanggakan. Pakai pun produk-produk tiruan yang murah sebab tak mampu nak pakai mahal-mahal.. -_-"


Tapi kalau korang nak tahu, boleh je komen je. Nanti kalau aku baik hati boleh je post 1 entri untuk share ilmu aku yang tak cukup bagus ni..hehee








nota kaki: malunya makeup buruks...hehehee

Thursday, June 21, 2012

Tips : Simptom dan Pemulihan Migrain

Assalamualaikum dan Hi,


Woo....siapa pernah rasa sakit migrain ni? Wa rasa seyes macam nak hentak kelapa dekat dinding tau tau... Opsss...sorry ter-emo sebentar.. -_-*




Semalam aku tengah relax-relax nak buat kerja dan baru je update blog tetiba datang pula sakit yang kureng asam tak bagi salam mengetuk-ngetuk kasar. Ini bukan bebudak nakal kampung berlari sana sini dengan lastik dieorang dan aim sesiapa dieorang nak dan terus lastik melulu. bukan ye...


Korang boleh rujuk gambar di bawah. So senang aku nak terangkan apa yang berlaku pada aku semalam *macam cikgu sekolah dan mula keluarkan pembaris kayunya yang panjang




Simptom atau Petanda yang pertama *sila lihat dari kiri

1) Sinus ataupun bak kata Mak Jemah yang baru balik dari kedai Pak Tam hujung kampung tu, hingus. Nak sopan sikit macam anak gadis sunti baru umur 18 tahun, kita boleh panggil dia Selesema. Okey? Paham tak? Hehe.. Doktor ada cakap kalau kita selesema, hingus itu akan menjadi salah satu faktor pencetus Migrain. Lagi-lagi kalau tersumbat ye. 


2) Cluster ataupun pem-fokus-an di satu tempat sahaja. Semalam aku rasa yang berlaku kat mata aku ialah sebelah kiri. Aku nampak macam lampu-lampu kecik kat mata aku. Tapi lampu tu buat mata den silau je. Rasa macam ada taik mata pun ada juga cuma dah pakai eyemore pun sama juga. Selain itu, orang kata kalau nampak garis-garis cahaya ke, bentuk tegak ke, zig zag ke... sama je.... Korang kena get ready la...


3) Sakit kepala. Oh...Ini yang berlaku kat aku lepas semua simptom tu muncul ala-ala hint nak menang duit 3 juta konon jela. Sakit dia... Masyallah.. Memang korang akan rasa satu sakit yang korang sendiri tahu ianya bukan sakit biasa. Belakang leher pun sakit-sakit. Semalam doktor ada tanya pasal history aku. Penah sakit ala-ala macam ni ke tak. Baru aku teringat yang dulu-dulu memang ada sakit macam ni. Sampai aku kena duduk dalam bilik gelap baru okay. Cuma kali ini memang tak tahan la pulak... hihi

Time ini juga simptom lain seperti mual, loya, sakit perut dan pening semua bergabung menjadi satu. Aku pun macam orang tak tentu arah semalam tau. Harap-harap tak ada orang ingat aku ni adik beradik hantu Kak Limah...kehkehkeh


4) Ini paling kronik. Sebab peringkat ini dah sampai Migrain. Semalam sebenarnya aku baru sampai tahap no 3 je. Tapi disebabkan aku fikir baik aku pergi jumpa doktor dulu sebelum melarat. Doktor pun tak dapat detect dan tak boleh nak declare aku ada Migrain sebab badan yang mengada ni bila jumpa doktor tetiba sihat. Tak sakit pun.. Ni kalau Mak Jemah sebelah umah tahu pun confirm dia lari balik Thailand nyahhh.. hihi

So doktor berikan aku pain killer atau pun ubat tahan sakit sebab dia tak berani bagi aku ubat Migrain. Nak tahu apa jadi? Keluar je dari bilik doktor, terus sakit tu datang balik. Memang bengang gila la kot.. *fuhhh..fuhh..sabar...

Doktor pun ada nasihatkan aku, kalau perlu sahaja baru makan pain killer tu. So naik ke opis dan sakit tu macam tak boleh blah, terus aku call klinik nak minta MC. Lepas dapat MC, aku pun terus makan ubat pain killer tu sebab kepala pun lain macam je. Sebelum balik, aku rehat dulu dalam bilik..tup tup..terus kena Migrain tau. Sakit sesangat. Memang hentak hentak kepala pun tak lega. 


Seyes...macam nak lompat sana sini bila sakit tu datang. Lesu sesangat tau semalam. Balik umah terus rehat. Nak makan pun tak lalu sebab kat tekak rasa loya semacam je. *buat muka comels mintak perhatian


Jom tengok beberapa tips untuk pulihkan Migrain yang aku baca, dengar, lihat dan paling penting rasa ye. Bezanya tak rasa manis pun..pahit je pengalaman Migrain ni..hehe




Tips Pemulihan Migrain:

1) Tido. Setakat ini, tidur memang menyelesaikan masalah. Kadang-kadang salah satu punca Migrain bila tak dapat rehat yang mencukupi. So bila tidur, seluruh anggota badan akan berehat. Alhamdulillah semalam balik rumah dan tidur puas-puas. Lepas tu terus lega.


2) Muntah. Ini kawan aku yang beri petua ni. Katanya kalau muntah baru lega. Sebab semua pun keluar cuma sakit bila tang nak uwekkk uwekkk tu ler..hihi


3) Hindari cahaya lampu yang terang dan bunyi yang bising. Berehat di tempat yang redup dan sunyi. Macam sesedap rasa secubit sahaja..cewahhh... 


4) Tadi ada juga baca yang kalau boleh kita pergi akupuntur, buat bekam dan pape yang boleh buat kita relax. Okey, seyes cara ni aku tak pernah cuba pula. Hah, lagi satu kena amalkan cara hidup yang sihat dan banyakkan bersenam ye. Biasalah. Bila badan sihat dan kuat penyakit pun susah datang menyerang...hihi


*letakkan pembaris di atas meja


Ini antara yang aku boleh kongsi dengan korang supaya korang tak adalah dapat susah pula nanti kan. Bila dah baca at least ada ilmu yang aku kongsikan. Bila korang amalkan insyallah dengan izin Allah aku pun dapat ler tempias serba sedikit pahala. 


Anyway kalau korang ada tips lain, boleh share juga. Jangan malu jangan segan. =)







nota kaki : sharing is caring

Monday, June 18, 2012

Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger!

Assalamualaikum dan Hi,


Raya dah nak dekat, puasa lagi lah. Siapa yang tak ganti puasa lagi??? Well, aku pun sama je. Ada lagi 2 hari je...tapi mengganti tu masyallah. Cuaca sekarang kan tak menentu. Susah sikitlah nak mengganti kali ini. Insyallah minggu ni aku kena ganti juga! Go go chaiyok!!


Siapa dah beli baju raya?? La.. sayanglah. Mana tau size boleh kecik sikit kan kan? hehe.. Macam mana, korang tanya?? Senang je. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..kehkehkeh.. Berfalsafah la pulak pepagi ni...


Korang semua kenal tak dengan Kevin Zahri?? Ala, yang femes masa kat AF tu. Tak ingat ker? Yang ensem dan badan sesedap mata memandang tuu. Tak hengat jugak? Meh tengok bawah...




Ensem kan kan? Jangan ngengada lah korang sebab dia dah kahwin la. Ada anak pun.. Sayang..melopeh lor..hehe... So, berbalik pada motif entri ini, aku nak ajak blogger yang mana rasa nak dapatkan tips dan info lebih lanjut mengenai 'Kurus' boleh join event yang akan diadakan pada bulan Julai ini. Jom cekedout *checkitout


PERHATIAN : Jom Join Small Contest Ni
jom kurus percuma bloggers 485x297 Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger Tips kesihatan seminar kevin zahri Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger jom kurus event blogger
  • Topik: Jom Kurus bersama Kevin Zahri (maklumat lanjut)
  • Tarikh: 8hb Julai 2012
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
  • Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.
Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus (klik di sini) dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kriteria Pemilihan
  1. Ada blog
  2. Buat blog post
  3. Submit url ke email puanbee
  4. Sebelum mencukupi 40 peserta penyertaan di terima
Sumbit email kepada Puan Bee tau. Korang jangan hantar kat den pulak. Tak dapek den nak tolongnya. haha. 

Hah, best tak? kan kan kan *tamparlelaju. Kalau nak tau apa yang akan dibincangkan semasa sesi ini, korang boleh je usha laman web Kevin Zahri sendiri. Apa lagi??? Jom la... Siapa cepat dia dapat...hehe








nota kaki : nak kurus dan sihat! yeah

Wednesday, June 13, 2012

Tips Kurus : Apakah Jenis Makanan Seimbang?

Assalamualaikum dan Hi, 


Lepas aku post entri Tips Kurus: Jangan Salahkan Nasi dan Tips Membunuh Lipas, ramai juga yang view tau. Apa yang mengkagumkan aku, entri membunuh lipas itu dilihat oleh pengunjung online hampir 4++ kali dalam masa sehari.  So impressive kan tahap ingin tahu korang. Thanks la ye. So kali ini nak share pasal makan berkhasiat ataupun seimbang.


Korang tau tak bahawa makanan yang sihat adalah tubuh badan kita menerima khasiat lebih dari kalori yang ada di dalam makanan tersebut.  



Untuk memastikan korang mengetahui khasiat tubuh badan yang diterima, pastikan pengambilan makanan sihat diambil dengan kuantiti yang mencukupi setiap hari agar ada keseimbangan di dalam badan. Jangan pilih kasih antara makanan tak elok. hehe


Baca artikel ini untuk mengetahui jenis-jenis makanan berkhasiat bagus untuk badan kita! 




Bijirin
Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Bijiran yang telah diproses menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum. 

Sayur-sayuran
Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6. 

Buah-buahan
Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita. 

Produk tenusu
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik. 

Daging dan kekacang
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium. 

Ikan Salmon
Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.



sumber : sini







nota kaki : kurangkan atau kekalkan berat badan secara sihat


Tuesday, June 12, 2012

Tips Membunuh Lipas

Assalamualaikum dan Hi,


Pernah dengar tak orang kata jangan pukul lipas tu sampai mati sebab kalau mati, dia lagi membiak banyak? Ke aku sorang je yang pernah dengar? hehehe


Sejak dua menjak ni rumah aku telah menjadi pusat peranginan bagi puak lipas. Sungguh pening kepala aku tau tak. 


Di sebabkan aku geram, aku telah membeli serbuk racun lipas di Uptown, Danau Kota. Murah dan senang je. Harganya cuma RM2 je sepeket. Kalau korang nak aku belikan boleh je, no hal. Janji bagi duit...hehe




Korang taburkan di kawasan penginapan atau laluan utama  puak lipas dan biarkan sahaja. Jangan disapu pula lepas tu. Membazir je korang tabur. hehe. Esoknya korang akan terus nampak beberapa ekor dari puak lipas telah pun terdampar kaku. 


Ini cara aku, korang macam mana? Dulu aku letak juga ubat gegat si sekeliling rumah aku tapi tak berkesan pun. So, terus aku bubuh racun. alhamdulillah setakat ini berjaya. Cuma aku kena fikirkan cara macam mana nak bunuh lipas yang tak bergerak ke mana-mana. Sebab yang aku perasan lipas ni jenis yang tak berjalan-jalan sangat. Dia akan stay je 1 tempat tu. Aku tak tahulah kalau dia tengah menternak baka-baka dia or memang lipas jenis macam tu. 


Kalau korang ada tips lain, bolehlah kongsikan dengan aku ye. Sharing is caring.. =)








nota kaki : hapuskan serangan puak luar!!!hahaa

Monday, June 11, 2012

Tip Kurus : Jangan Salahkan Nasi


Assalamualaikum dan Hi,



RAMAI yang menyalahkan nasi kerana beranggapan sumber karbohidrat itulah punca masalah kegemukan. Justeru, mereka elak makan nasi semasa ingin kuruskan badan, tetapi adakah kita boleh makan nasi untuk kekalkan atau kurangkan berat badan?
Banyak salah faham mengenai nasi. Hakikatnya, nasi menyumbang kepada jumlah kalori yang sama seperti jika anda mengambil gandum. Apa yang penting adalah jumlah nasi yang dimakan. 

Nasi adalah sumber karbohidrat kompleks yang baik dan bertindak sebagai sumber protein yang baik bagi menggantikan daging untuk mereka yang mengamalkan diet sayur-sayuran. 


Selain itu, ramai juga yang bertanya kepada saya kalau hendak makan nasi, berapa kuantiti yang sepatutnya diambil? Jawapannya, pasti saja boleh untuk anda mengambil nasi dan nasihat saya, ia perlu diambil sebanyak segenggam sebelah tangan anda saja.




Ia sudah memadai dan mengenyangkan ditambah dengan sumber protein lain seperti ikan atau ayam dan sayur-sayuran. Ingat, nasi dalam kuantiti segenggam itu adalah jumlah sumber karbohidrat untuk sekali makan saja.




Anda mungkin makan nasi sekali, dua, tiga atau lima kali sehari, tetapi ia harus dalam kuantiti segenggam itu. Jika anda menukar nasi dengan mengambil roti, pasta atau mihun, cuba bayangkan kuantitinya sebanyak segenggam tangan saja. 



Sebenarnya, memang lebih elok anda makan nasi lima kali sehari supaya kadar metabolisme badan tinggi. Namun ia bergantung juga kepada kemampuan diri seseorang. 



Lain orang lain keadaan dirinya dan anda mesti memahami diri sendiri sebelum melakukan sesuatu yang drastik dalam usaha mengekalkan atau menurunkan berat badan. 



Saya tidak nafikan tanpa nasi, ia boleh membuatkan berat badan seseorang turun, tetapi ia perlu diimbangi dengan bentuk makanan termasuk sarapan yang mengandungi kalori sewajarnya. 



Mengenai amalan tidak makan nasi semata-mata untuk menurunkan berat badan, saya juga akui ramai yang melakukan hal sedemikian. 



Namun, banyak aspek yang perlu diambil kira sama ada daripada segi ketinggian, berat badan dan umur seseorang kerana diet yang betul akan memberikan impak yang lebih baik untuk kesihatan diri. 



Seseorang yang ingin berdiet boleh makan nasi, tetapi hendaklah mengurangkan kuantitinya seperti separuh daripada segenggam tangan itu. Ia diimbangi pula dengan pengambilan sayur atau lauk. 



Selain itu, tenaga yang keluar dan masuk harus diseimbangkan mengikut cara yang betul. Semakin berusia seseorang itu, metabolisme semakin berkurangan. Oleh itu, perlu dicari formula untuk menyeimbangkannya. 



Contohnya, anda lepak di kedai mamak dan makan segenggam nasi, lauk ayam, sedikit sayur dan minum segelas air kosong. Hidangan ini elok bagi mereka yang mahu mengekalkan ataupun cuba untuk menurunkan berat badan. Ini disebabkan ia seimbang kerana hanya ada satu bentuk karbohidrat saja iaitu melalui nasi. 




Namun berbeza sekiranya anda mengambil segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan minum air manis seperti teh tarik atau jus oren. Ini kerana di dalam menu ini terdapat dua sumber karbohidrat iaitu nasi dan minuman manis tadi. Sebab itu saya katakan, anda mesti tahu dan pandai mengimbangi jumlah pengambilan makanan seharian. 



Saya tidak galakkan anda meninggalkan nasi malah berasa ia sesuatu yang praktikal lebih-lebih lagi ia makanan ruji kita sebagai masyarakat Asia. Tetapi semua itu terpulang kepada anda sendiri. 



Sekali lagi saya tegaskan, jangan salahkan nasi dan amalkan diet praktikal setiap masa. Kemudian, pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.




sumber : sini 







Wednesday, June 6, 2012

Tips Usha/Ngorat Visitor Blog

Assalamualaikum dan Hi,


Tetiba hari ni rasa nak share tips yang kalau aku jumpa atau nampak, automatik memang aku picit tekan laju-laju. Sebab tips yang macam ni memang semua orang yang tak tahu ingin tahu malah ada juga yang memang tahu tapi nak tambahkan informasi kepada diri sendiri. Yela, aku tahu aku noob sikit part ni kan. Ayat pun skema je. Haha


So buat julung kalinya aku nak kongsi dengan korang yang rasa atau terfikir apa yang menyebabkan orang datang ke blog kita yang kita rasa ala-ala cute sekali *silamuntahlaju-laju


1. Penggunaan Ejaan Penuh / Betul

Ini biasanya bila aku buat blogwalking, memang kebanyakannya okay je. Yang tak okay biasanya bila yang tak sedar atau kebanyakan blogger-blogger baru. Macam aku dulu lah. Nak menggeja penuh pun malas. Contoh - Sy rse blog sy hbat sgt tau- atau pun yang menggunakan ejaan manjeww. Contoh - Sayew sukew awak. Oh, memang sweet ler sangat *tangandidadamatakeatas. Bukan tak boleh nak tulis macam tu tapi kalau dah penuh 1 blog atau 1 entri penuh ayat macam tu, siapa nak baca? Kalau aku, memang aku skip jew...hehe


2. Blog Berat

Ye, aku tahu yang korang suka tengok widget atau benda-benda canggih dalam blog korang. Konon boleh nampak macam up-to-date kan? Tapi kalau dah serabut 1 blog dan nak loading pun sampai 5-10 minit, pe kesssss?? Memang sesiapa yang tengah mood bengang + internet kurang laju, terus tutup secepat yang mungkin. Contohnya aku. Hehe. 

Hah, sebelum terlupa. Kalau korang nak timbang berapa berat nak loading blog korang, senang je. Ada cara. Kan sekarang zaman IT. Tekan je sini. Korang taip / salin semula link URL korang dan tekan untuk keputusan. Tapi bagi aku, ianya bergantung juga kepada jumlah pengunjung waktu itu. Kalau tak ada orang, memang ringan jela. Macam blog aku kat bawah ni. Ringan gila. hahaha. Kalau ramai visitor memang berat sikitlah dicampur, darab dan bahagi dengan widget korang tu. hehe




3. Gambar Itu Hebat

Bagi aku, aku suka sangat bila ada gambar dalam satu entri itu. Baru ada mood nak baca kan. Kalau korang buat entri panjang-panjang pun tak apa sebab masih ada selingan dengan gambar. So sambil bercerita letaklah gambar-gambar menarik korang. Lagi best kalau gambar tu korang ambil sendiri. Tak adalah orang cakap setakat copy dari internet je kan? *akusendiripunsamaje..ehehe



Hah, suka tak baca bila ada gambar? Menarik kan? Aku kecik je dalam gambar ni. Sebelah kiri baju biru dan tudung kelabu sebelah kiri. Ini antara event yang aku join dengan Nuffnang. Best tau. =)


4. Tulisan Yang Jelas

Aku ni rabun tau. Bila korang tulis kecik-kecik tenonet, memang buat aku pening dan serta merta aku tutup. Bukan kejam tapi buat apa aku nak menyeksa diri baca sesuatu yang membuatkan aku sakit kan kan kan? Hehe. Memang blog korang, hak korang but kalau rasa korang nak tulis itu untuk diri sendiri sampai tak hirau orang lain nak baca, senang je. Privatekan. Sebab dengan cara itu korang tak adalah membuatkan orang lain bengang. Lepas tu jangan promote pula nanti paham-paham sendirilah ye. 


5. Mesra Pengunjung

Ini paling aku suka. Kita kenalah friendly dengan sesiapa yang komen dekat blog kita. Walau sesibuk mana pun kita, kalau dah approve komen pengunjung sila balas. Tak banyak pun tak apa janji balas. Sebab tak adalah orang cakap kita sombong sampai tak ada komen pun dibalas. Aishh... *gelengkepala



6. Muzik Mu, Pilihan Ku

Yang ini lagilah. Tak ada dalam kamus hidup semua yang Muzik Mu, Pilihan Ku pon. I know that you all designed and choose what to be displayed on your blog but please... Tak best bila buka-buka dengar lagu yang membuatkan orang tu rasa teringat zaman bekas pakwe dia ke, bunyi kuat sangat ker atau pun lagu yang korang pilih tu, korang je yang tahu siapa penyanyi dia. Well, tak semua orang punya citarasa yang sama. Apa kata korang berhenti dari letak apa yang korang rasa sesuai dari melihat sudut kebaikan pandangan sesiapa yang datang membaca. Tak semua yang korang suka tu sesuai. Kadang kala kita kenalah tanya pendapat orang lain dan belajar menerima teguran. Barulah ramai orang yang follow dan singgah blog kita. =)


Apa-apapun, aku rasa ada banyak lagi banda yang kita boleh kongsi dengan topik macam ni. Nanti aku update lagi tips yang berguna untuk blogger yang sedang tercari-cari apa yang korang perlu buat. Insyallah. Kalau salah, tegurlah ye. Tinggalkan komen. Chill!








nota kaki: berpeluh tulis tips nie. Aish...hahaa




















Thursday, May 24, 2012

Nenek Angau Ditipu!

Assalamualaikum dan Hi,


‘Jeneral’ umpan cinta


Korang tahu kan kes-kes yang macam ni? Aku serius tak suka dengan orang yang macam ni. tak kisah lau kau dari mana, orang apa, bangsa mana atau kau kat buat apa. Tapi bila kau nak menipu, memang aku tak suka. Siapa yang rasa-rasa berkenalan dengan mereka yang tidak dikenali, diharap dapat berhati-hati.


Well, aku sendiri pernah jumpa orang yang aku rapat hampir ditipu. Tak pasti dari email atau Facebook tapi ianya hampir menjadi teruk. Dia sudah memberi no akaun cuma nasibnya sangat baik kerana dia tidak tahu mengenai no switch / swiss *aku tak sure ejaan* akaun banknya. 


Apa yang aku tahu, no switch / swiss adalah satu no kod bank yang membolehkan sebarang transaksi dilakukan di luar negara. Jadi berhati-hatilah sebelum korang sesuka hati memberi apa yang diminta. Sebab itu aku setuju dengan kata-kata orang dulu-dulu. Kalau sayang berpada-pada. Jangan kau nak serahkan semua. 


Itu saja aku nak bagitahu. Kesian dalam kes di atas *gambar* sebab nenek tu dah serahkan banyak hartanya pada lelaki afrika yang menipu tu. Lain kali, gambar pun jangan dipercaya. Ada yang siap call bagai sebab nak cairkan hati perempuan. Ingat! Jangan layan sesiapa yang menelefon tanpa korang kenali!














nota kaki: berhati-hati juga ketika berbelanja online! 











Thursday, May 19, 2011

Tips Kawal Marah/Geram/etc

Assalamualaikum,

Hari ni hari Khamis. Aku tahu semua orang pun tahu hari ni hari pe kan. hahaha..Jangan marah wei... Relax..CHill...huhu.. Entry kali ni nak cakap pasal tips macam mana nak kawan perasaan marah/geram/or papelah yang bersangkutan dengannya. Aku pun bukanlah mahir sangat bab-bab bagi nasihat ni. Ini adalah salah satu cara aku nak kawal perasaan tuuu semua okay. Nak baca boleh. Tak nak dengar pun boleh sebab blog aku nie aku tak ade buat recorder suara aku yang sumbang nie punn...So tak matii k..hahahaa

Mesti korang nak tahu kenapa aku tetiba buat entry nie kan kan kan... Sebab kalau korang jenis suka baca blog aku (walau tak ada lah femes mana punn), mesti korang tahu aku nie jarang bagi tips-tips nie semua. Bukan nyer aku kedekutlah mekk...aku takut lah kalau bagi tips salah, berdosa lakk...hahaha... Tapi macam yang aku cakap, ini tips yang berguna untuk diri aku (setelah buat experimen 100 bulan, 37minggu & 29hari) dan tak tentu berjaya or sesuai dengan korang lah...

Aku buat entry nie sebab aku rasa FEEL babe...hahaha... Saja jadi gila lak..Opsss... maapmaap.. Dah-dah banyak lak membebel. Jom zoom in..hahahahaha

1. Relax


Hah...menatang nie paling best kott... Sape yang tak tahu pe jadah nie, memang nak kena sekeh. Relax nie aka tenangkan diri & pemikiran. Kalau tak relax pikiran punn tak leh pikir pe yang kita patut buat. Aku akan merelexkan diri kalau marah dengan cara MAKAN.. OMG!!!Hahhaaa... Memang tak baguskan. So sape-sape yang rasa tak suka aku boleh buat aku marah sebab aku akan makan dan membesar...Hahaha.. Selain tuu, boleh gak kita buat aktiviti pe yang kita suka. Macam aku lah tadi. Aku suka makan so aku makan. So korang buatlah pe yang korang suka tapi jangan lakk korang buat aktiviti yang tak elokk...Noooo goooddd la kalau macam tu.

2. Sabar

Fuh....perkataan paling susah semua orang nak buat. Sabar nie kan separuh daripada iman. Kalau kita sabar, kita takk rugi pun. Bagus pe untuk kesihatan kita. Yela, bila sabar tak ada lah kess darah tinggi tuu semua. Kurang kes kat negara kita nie dari penyakit hypertension. Huhu.
Banyak-banyakkan lah bertakafur dan berdoa kepada Tuhan masing-masing k. Tak salah kita mintak banyak-banyak kat Tuhan kita sebab Dia suka kita mengadu kat Dia. Dia tak akan marah ye. Dia marah pun kalau kita tak sabar dan buat sesuatu tanpa pikiran yang waras.

3. Think positiveMaksud aku bukan korang kena pikir pe tuu positif pe tuu negatif yang kat bateri tuu. Yang ni maksud aku korang kena pandang kehadapan dengan pemikiran yang bersih. Jangan pikir yang buruk-buruk tapi pikir yang baik-baik. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnyer kan kan kan.. So lepas kita relax dan bersabar, kita pikir pe yang berlaku nie mesti ada sebabnya. Jangan mudah melenting tiba-tiba. Orang sekeliling kita nak gosip pe pun lantak pii lah. Hahaha.. Time macam nie memang kita akan mudah terpengaruh dengan hasutan NatEs! Bahaya woo...Kena hati-hati.. Kadang-kadang kawan pun boleh jadi batu api. Sebab tuu kena pikir pe yang penting dulu ye...

4. Cari punca + jalan penyelesaian

Setiap apa yang berlaku mesti ada puncanya kan kan kan. Kata orang, 'Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin' (walaupun maybe ada orang yang goyangkan pokok tuu kan...hahaa). So cari punca kenapa semua ni berlaku dan kita buat treatment die. Serumit mana pun masalah tuu mesti ada jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang memang kita tak tahan semua dugaan yang mendatang. Rasa macam tak leh go on je kan. Sabar ye.. Allah tak kan turunkan dugaan tu buat kita kalau Allah tahu kita tak bolah hadapinya. Setiap dugaan yang kita hadapi tuu adalah hadiah dari Allah buat kita. Allah akan beri umat yang Dia sayang dengan dugaan dan cabaran supaya umat-Nya akan hargai setiap pengalaman, titik usaha, pengorbanan dan semua yang dialaminya dan tak akan sia-siakan semua itu. Dengan itu, cariklah jalan penyelesaian yang molek ye. Jangan gopoh dan gelojoh ye. hehehe.

5. Buat pencegahanIni bukan nak cegah denggi tuu. Kita kenalah cegah masalah tuu dari berlaku lagi, lagi dan lagi tah bpe banyak lagi daa.. Kalau rawatan dah dibuat tapi still berlaku sebab tak buat pencegahan, korang jangan nak bebel banyak k. Sebab korang yang tak buat pencegahan tuu. So, paham-paham sendiri ye. Huhu. Cegahlah dengan cara yang elok supaya tak akan mendatangkan mudarat kepada kita buat masa akan datang. Riso gak kalau tibe-tibe ada side effect kan kan kan. Hahhahaa

6. Doa & tawakalIni step lastlah. Sebab pe last? La...takkan cikguu korang tak bagitahu? Mesti ada yang tahu kan. Doa dan tawakal last sebab Allah nak kita berusaha, berpikir dan lakukan semua yang terdaya dahulu sebelum berdoa. Allah tak nak kita jadi seorang manusia yang tak berguna tak nak berusaha, tak nak buat apa, tak nak pikir dan tak nak papelah. Kita berusaha sedaya upaya dulu dan barulah berdoa kepada Allah semoga apa yang kita usahakan itu ada hasilnya. Bertawakal dan redha dengan apa yang akan berlaku ye..

Itu jela yang aku nak bagi tips. Aku pun malas nak taip banyak-banyak nie.hahaha.. Giler jahat takk??? Hahaha. Aku tulis entry nie pun kiranya sebagai salah satu cara untuk aku mengingati diri aku sendiri jugakk. Itu yang penting. Korang nak dengar ke tak, uptoU tapi tak ada paksaan ye.. Ok lah... Daa....


*Lepastulisentrynieakurasabaik+sucijek...hahhahaa...