Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Pemanasan Global

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah sudah masuk bulan baru, tahun baru. Well, cuma aku je yang tak perbaharui post blog aku ni. haha. Sorry, sejak kerja pakai laptop ni memang aku malas sikit nak menaip. Walhal orang lain kalau pakai laptop lagi rajin kan. Tapi den ni terbalik pula.. kehkehkeh


Okey, murid-murid. Kali ini ada topik serius nak post sebab lama tak update punya pasal. So nak jadi cikgu GARANG!! hahaha.. (poyo jek.. kekekek)


Actually, aku sendiri pun tak berapa mahir. Tapi aku baru je google info dan beberapa gambarajah yang boleh membantu pemahaman kita bersama. Disebabkan aku perlu menyediakan satu info untuk bulan Mac ini, maka marilah kita bersama-sama memahami topik ini.






Okey, biar aku berterus terang. Actually aku cuba besarkan gambarajah kat atas tapi tak dapat tengok details tulisan tu. hahaha.. So kita boleh rujuk gambarajah terakhir jela ye murid-murid...huhu..


Akhir kata, kita kenalah menjaga bumi kita ini dari menjadi mangsa kepada segala keburukan yang kita lakukan. Lagi manusia, robot dan haiwan boleh sakit dan rosak, lagi la pula bumi dan alam sekitar.


Papai!!

Thursday, July 5, 2012

GAMBAR UNCLE SEEKERS DI MAHKAMAH



Kedua suspek direman 4 hari untuk membantu siasatan polis mengikut Seksyen (8)(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.



sumber : sini






UNCLE SEEKERS DITANGKAP UNTUK SIASATAN


Awal pagi tadi saya terbaca laporan ringkas di beberapa blog mengatakan Uncle Seekers ditahan polis.

Saya kemudian menghubungi blogger, Hazrey di Johor Bahru, Johor dan dimaklumkan pihak polis telah mengeluarkan kenyataan berhubung tangkapan terbabit.


Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Mohd Akhir Ishak, seorang lelaki dipercayai pengendali laman blog Uncleseekers.blogspot.com ditangkap kerana didakwa memfitnah Sultan melalui lamam blog.

Tangkapan dilakukan semalam pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Butiran tangkapan, Syed Abdullah Syed Husein atau lebih dikenali dengan gelaran Uncle Seekers, 46 tahun dan Siti Nadhirah Mohd Zain, 26 tahun. Kedua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen (8)(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972, berikutan laporan dibuat pada 13 Jun 2012.

Siti Nadhirah dikatakan teman wanita Syed Abdullah.

Apapun mereka berstatus suspek dan belum didapati bersalah selagi tidak diputuskan oleh mahkamah.

Kini, wakil media cetak dan elektronik dilaporkan sedang menanti kedua suspek hadir di Mahkamah Majestrit Johor Bahru untuk pihak polis mendapatkan perintah tahanan reman.

Maaf, ruang komen TIDAK dibuka untuk entri ini kerana diklasifikasikan sebagai kes polis.


sumber : sini 







Friday, June 29, 2012

Norish Karman Lahirkan Anak Luar Nikah?

Assalamualaikum dan Hi,


Aku pun tak tahu nak cakap apa but korang boleh baca dan nilai sendiri cerita panasss sekarang ni... Oppsss....

*****


26 Jun – Penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan seorang wanita dipercayai Norish Karman berada di hospital seakan memberi jawapan kepada spekulasi hangat mengenai aktres tersebut sebelum ini.
Menerusi laman Rotikaya, Foto- foto yang dimuatnaik oleh seorang peminat hiburan di forum Cari beberapa hari lalu menyaksikan wanita yang didakwa sebagai Norish bersama seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.

Terdapat gambar yang menunjukkan tag yang tertera maklumat hospital dan butiran peribadi si ibu yang bertulis, 'Nor'asikin Karman' (sama dengan nama sebenar Norish Karman), tarikh lahir pada 11/05/74 (yang juga merupakan tarikh lahir pelakon berusia 38 tahun ini) dan bayi lelaki yang diberi nama Alexander Bin Abdullah.
Jumaat lepas, program hiburan sensasi TV9 ada menyebut mengenai seorang aktres wanita yang sanggup memakai tudung labuh dan purda dipercayai demi menyembunyikan identitinya yang baru lepas bersalin. Laporan tersebut adalah susulan daripada dakwaan seorang pengguna laman Facebook yang menyiarkan foto seorang wanita didakwa Norish, berada di atas kerusi roda (dipercayai baru keluar dari bilik bersalin) sambil mengenakan tudung labuh lengkap purda.

Tahun lepas heboh seketika dunia hiburan Malaysia apabila memperkatakan tentang seorang aktres yang khabarnya menetap di Bali, Indonesia bukan kerana melebarkan sayap karier lakonannya sebaliknya cuba menyembunyikan kandungan luar nikahnya.
Maka ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan aktres tersebut adalah Norish Karman lantaran ketiadaan kelibatnya pada masa khabar angin itu hangat diperkatakan. Walaubagaimanapaun, Norish kemudiannya menafikan dakwaan tersebut sekitar Disember 2011 lalu.


Norish sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Eksekutif syarikat Perspec Prime (M) Sdn Bhd, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 13, Muhammad Hady Amieran,9, dan Nur Hanyz Amanda,9 sebelum bercerai pada 15 Julai 2008 selepas Norish didakwa menjalin hubungan sulit dengan Mohd. Luqman Mohd. Amin, abang kepada penyanyi Farahdhiya.

sumber : sini

*****







Thursday, June 28, 2012

Odor Fighter With Libresse

Assalamualaikum dan Hi,




Tutt....tuttt.....tutt....tumpang lalu. Kereta comel ku berbunyi... Marilah adik mari naik.. Bolehku bawa jumpa nenek. *konon kereta kecil tapi jenama mini cooper..kihkih


Wahh...gembiranya aku ye. Siap menyanyi riang. Siapa yang tak tahu lagu kanak ribena waktu skola ni? Hah...tak ingat? Tipulah tu.. ngaku jela yang korang pun sama obses dengan lagu ni kan? Hihi..


Okey.okey. sila kembali ke posisi tempat duduk korang. Jangan bergerak walau nak terkentut pun.. Opss..sila beralih siaran blog jika anda ingin berbuat demikian sebab blog ini tak ada pengudaraan yang mencukupi ye. kihkihkih *menjeling manja dekat korang sebab nak target sape yang kentut


Ni hah, aku nak share sedikit info berguna buat kaum hawa yang cute and havoc kat luar sana. tak pe kalau korang rasa korang tak cute or tak havoc. it's ok. Bagi aku, yes you are. Setiap orang pun ada kelebihan masing-masing. Contoh paling senang dan mudah adalah aku. Ye, aku gemuk dan pendek. Kerjaya juga tidaklah memberangsangkan tapi cukup untuk aku makan, minum dan berhibur sensorang. Malah aku juga tidak tamat pengajian dari universiti awam seperti yang mak aku harapkan. So, korang rasa aku ini cute dan havoc? bagi aku tidak sebab aku adalah gorgeous di mata aku. Aku tak kisah apa orang lain nak cakap janji aku boleh hidup dengan kerja aku yang tak seberapa even kawan-kawan aku kebanyakannya kerja separuh mati dalam bidang aku ni. Well, takdir semua orang berbeza. Apa guna gaji bebanyak tapi tak ada masa nak enjoy.


Pape pun semua kena happy sebab walau kita ada masalah pun tak semestinya kita harus tunjukkan. Hah, satu lagi masalah berkaitan kaum hawa ni. Alang-alang bercerita, mesti harus sebut ye. 


Ini masalah agak sensitif tau tau. Sorry kalau korang tak selesa. Tapi bebaru ni Libresse ada kawalan bau sepanjang masa bendera jepun datang... Perghh...hebat sungguh teknologi sekarang ni kan?


Aku sekarang pun pengguna Libresse ni tau. Siapa kata wanita tak boleh? Cewahhh... 



Hah, Libresse juga ada buat game dekat FB dieorang. Tekan je perkataan Libresse dekat entry ni. Nanti korang boleh main game dengan Master Odor dalam perlawanan Pure Fresh Game namanya. Wah wah wah.. Game pun ada tau. Kemain Mak Jemah bergosip pasal Libresse ni. Hebat tak? So, apa tunggu lagi. Sambil berhibur dapat juga berilmu bersama Libresse







nota kaki : lumba lari ke kedai pak atan carik Libresse

Wednesday, June 27, 2012

BB Plaza Akan Diruntuhkan

Assalamualaikum dan Hi,


Wahh...jangan...jangan...!! *jerit manja-manja sikit


Panas weyh..kenapa nak tutup? katanya sebab projek MRT Rapid KL. Kalau tutup mana den nak shopping weyh! Seyes tahap 34 Celcius ni. Kalau nak tahu lebih, boleh baca artikel kat bawah ni ye..

*******





KUALA LUMPUR, 26 Jun —  Bangunan Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) milik anak syarikat Kementerian Kewangan (MoF), UDA Holdings akan diruntuhkan untuk pembinaan projek stesen Myrapid Transit (MRT) oleh MRT Corp.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden Kanan UDA Holdings, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman hari ini ketika sidang media selepas pertemuan dengan peniaga-peniaga di bangunan berkenaan.
"Kami perlu menuruti agenda nasional. Bangunan BB Plaza ini akan diruntuhkan untuk pembinaan stesen MRT yang terbesar.
"MRT Corp telah mengesahkan bangunan ini akan diruntuhkan. Semua peniaga, termasuk kakitangan UDA Holdings di sini terpaksa akur dan berpindah," kata Syed Ahmad Nazri.
Namun kenyataan beliau itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan MRT Corp sebelum ini yang mana hanya kawasan pintu masuk dan kawasan tempat meletak kenderaan akan digunakan untuk pembinaan tersebut.
"Ada kekeliruan di sini. Kami dalam perbincangan telah mengatakan penyewa-penyewa perlu berpindah kerana bangunan ini akan dimusnahkan.
"Kami turut terkejut apabila ini berlaku ... UDA perlu menyerahkan bangunan bersejarah ini," katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, Syed Ahmad Nazri menjelaskan, pihaknya akan cuba berunding dengan pemaju MRT Corp supaya menunda kerja-kerja mereka untuk tempoh enam bulan akan datang, bagi memastikan peniaga-peniaga di kompleks dengan 60 peratus peniaga Melayu Bumiputera itu akan dapat menjalankan perniagaan mereka sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Projek mereka (MRT Corp) ini telah tertangguh selama sembilan bulan. Tapi akan cuba untuk meminta mereka tunda. Itu keutamaan kami," katanya lagi.
Bangunan yang memiliki 167 penyewa itu perlu dikosongkan penghujung tahun ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan stesen MRT terbesar negara itu dapat dilaksanakan.
"Kami telah diberi notis untuk kosongkan kawasan hadapan bangunan. Notis kami beri sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kerja pembinaan itu bermula," tambahnya lagi.
Keputusan yang ternyata tidak memihak kepada penyewa-penyewa di bangunan tersebut ternyata telah menimbulkan rasa tidak puas hati peniaga.
Mereka melalui wakilnya, Hassan Saad berkata, UDA Holding dilihat cuba mengambil jalan mudah dengan menyerahkan bangunan tersebut kepada MRT Corps bagi mengelakkan syarikat itu menaik taraf bangunan berkenaan.
"Kenyataan pengurusan UDA seolah-olah direlakan untuk buat stesen MRT, dan UDA mengambil jalan mudah apabila menyerahkan BB Plaza kepada MRT Corp tanpa melihat kepada kepentingan penyewa.
"Kami tidak mendapat sebarang maklumat daripada UDA Holdings, sebaliknya hanya diperintahkan keluar," kata Hassan.
Peniaga-peniaga berkenaan sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Barisan Nasional, apabila Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang, Frankie Gan Joon Zin mengadakan pertemuan dengan mereka.
Dalam pertemuan tersebut, Hasan menegaskan, peniaga-peniaga di bangunan itu tidak menolak rancangan pembinaan MRT tersebut, namun pihaknya kesal kerana UDA Holdings tidak memberikan penjelasan berkenaan status mereka sama ada bangunan itu akan diruntuhkan ataupun kekal.
"Kami tidak mengetahui status kami. Bangunan ini akan kekal atau sebaliknya. Kami mengharapkan agar pihak UDA Holdings akan dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi membela kami," tambahnya.
Sementara itu, Syed Ahmad Nazri menjelaskan, pihaknya akan memanggil pihak MRT Corps, dan penyewa untuk berbincang berhubung masalah itu.
"Kami perlukan masa seminggu untuk cadangan menganjurkan perbincangan antara MRT Corp, UDA Holdings, dan penyewa."
Sebelum ini, The Malaysian Insider telah melaporkan, UDA Holdings telah terikat selama 40 tahun dengan  BB Plaza, yang mana menempatkan ibu pejabatnya dan juga menyediakan ruang kepada masyarakat Melayu di kawasan tumpuan membeli belah utama bandaraya ini.
Sebelum ini juga, kira-kira 50 peniaga terbabit telah mengadakan bantahan di luar pintu masuk pusat beli belah berkenaan, apabila mendakwa mereka diusir daripada perbincangan antara pemilik, pemilik MRT, MRT Corp Bhd dan Perbendaharaan terhadap nasib bangunan berkenaan.
Pemilik pusat beli belah berkenaan dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan mereka tidak memperolehi sebarang notis daripada MoF sama ada BB Plaza akan dikekalkan atau dimusnahkan, atau dimiliki pihak lain.
MRT Corp juga turut menjelaskan mereka tidak berminat untuk memiliki bangunan berkenaan walaupun mereka akan menggunakannya sebagai besmen, dan laluan bagi pembinaan mereka.
“Bagaimanapun, UDA telah mengeluarkan notis pengosongan bangunan kepada tiga penyewa, Starbucks Coffee, Gloria Jeans dan Hot & Roll, menurut kepada arahan yang dikeluarkan MRT Corporation kepada kami,” kata agensi milik Kementerian Kewangan itu.
The Malaysian Insider telah melaporkan awal bulan lalu rancangan oleh MRT Corp untuk mengosongkan penyewa BB Plaza menjelang 2013 bagi memudahkan urusan pembinaan stesen terbesar, yang dijangka bermula dengan foyer bangunan tersebut dan bangunan Yayasan Selangor.
BB Plaza menempatkan majoriti peniaga Melayu, dan peniaga Cina menjalankan perniagaan mereka di Sungei Wang Plaza kawasan premis perniagaan berhampiran.
MRT Corp telah berunding berkenaan pemilikan tanah untuk projek berkenaan, namun tergendala di kawasan pemilik Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang. Bagaimanapun, kata putus dijangka bakal diperolehi di beberapa kawasan seperti di Jalan Imbi.
The Malaysian Insider pada 21 Mei lalu melaporkan, penangguhan di kawasan Jalan Bukit Bintang telah memaksa Kementerian Kewangan untuk memanggil MRT Corp dan beberapa pihak yang berkenaan untuk menghadiri mesyuarat tergempar, untuk mempertimbangkan projek insfrastruktur mega negara ini akan beroperasi menjelang tarikh tamatnya pada 2017.


sumber : sini 


*****








nota kaki : alamak..kena cari port shopping yang baru lah pula

Tuesday, June 26, 2012

JIKA TIDAK BERSELERA MAKAN SILA BACA DAN TONTON KLIP VIDEO DI ENTRI INI


"Makanlah, ini sahaja ada untuk hari ini. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya Allah memberikan kita rezeki," ujar ibu.

Barangkali sebilangan kita pernah mendengar kenyataan itu sewaktu kecil. Ketika itu mungkin kita hanya makan nasi putih berlaukkan ikan masin dan kicap pekat sahaja.

Saya dibesarkan di kampung dan pernah makan hidangan sebegitu di rumah jiran. Namun selera tidak pernah terbantut kerana kemeriahan makan bersama 10 anak jiran terbabit. 

Makan di atas lantai buluh, berpinggan ayan.

Peristiwa itu berlaku kira-kira 40 tahun lalu.

Makanan anak sekarang mewah. Mereka dihidangkan ayam, daging dan pelbagai jenis ikan.

Apapun kita semua sebenarnya amat bertuah samada makan ikan masin atau lauk lain berbanding mereka tinggal di Haiti. Dilaporkan, pendapatan purata penduduk pulau terbabit kurang RM6 sehari. Justeru mereka tidak mampu untuk membeli beras, akibatnya 80% penduduk memakan 'mud cookies' atau biskut tanah liat.

Bisku sama juga digelar 'dirt cookies'.

Lihat lidah anak kecil di bawah selepas memakan mud cookies di negara termiskin di hemisfera barat. Dilaporkan biarpun biskut dicampur garam, gula dan serbuk perasa berasaskan sayuran, rasa tanah kekal di lidah buat jangka waktu agak lama.

Tonton bagaimana mud cookies diperbuat.


Selepas menonton klip video di bawah, kita semua seharusnya berasa bersyukur dengan pelbagai makanan dihidangkan di atas meja setiap hari.

Sekaligus hargailah keamanan dan kemakmuran dikecapi di negara kita ini berbanding negara dilanda krisis politik dan gempa bumi itu.


Sila kongsikan kandungan entri ini bersama anak, agar mereka semua lebih menghargai  juadah kita sediakan setiap hari.


sumber : sini







Monday, June 25, 2012

GADIS INGIN MENJADI ARTIS ... AYAH TAWARKAN KERJA GRO ( Eksklusif )


"Assalamualaikum bang!," ucapnya.

Saya membalas salam gadis manis, memakai baju berwarha hitam bersama seluar separas betis. Ketika itu saya dan Penerbit 999, Harris Farouk Alex sedang berjalan perlahan menuju ke gerai menjual masakan Thailand, berhampiran Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur.

"Jom minum," pelawa saya.

Dia mengikut kami ke gerai berhampiran. Sebaik duduk, gadis berasal dari Rawang, Selangor itu  memperkenalkan dirinya sebagai 'Bela',  berusia 21 tahun.

Saya mempelawa Bela menjamu selera namun dia cuma memesan ais kosong. Perut sebu, itu alasan diberikan.

Bela mendakwa dihalau oleh ibunya dari rumah sekitar Disember 2011 dan kemudian dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak selama 6 bulan.


Tambah gadis itu, bayi lelaki dilahirkannya, kini berusia setahun setengah, di bawah jagaan keluarga angkat di Klang, Selangor.

Manakala bekas teman lelakinya berusia 30 tahun, penagih dadah tegar, meninggalkan Bela sebaik mengetahui dia mengandung.

Kata Bela, dia meninggalkan Pusat Pemulihan Akhlak pada bulan Mei lalu.


Harris kemudian mengemukakan soalan berikut dan dijawab petah oleh Bela.


Anak ke lapan daripada dua belas adik beradik itu mengaku menjadi penagih gam sejak hampir 6 tahun lalu.


Teman lelaki terkini Bela berbangsa Iban, berasal dari Sarawak, 23 tahun, insan berjaya mendesak Bela  membebaskan dirinya dari dibelenggu gam.


Bela mengaku menjadi play girl sejak menuntut di sekolah rendah lagi.  Berbekalkan wajah manis dan kepetahan berkata-kata, saya mempercayai kenyataan gadis itu. 


Dengarkan luahan Bela berhubung cita-citanya.


Lazimnya, sebilangan gadis dihalau keluarga dari rumah dan berasa tertekan,  memilih jalan mudah untuk mencari wang sekaligus meneruskan kehidupan. 

Bela tidak begitu. 


Ayah dan ibu Bela tinggal di lokasi berasingan sejak 10 tahun lalu.


Saya amat berharap Bela mampu meneruskan kehidupannya secara lebih sempurna di masa akan datang. 



sumber : sini








Friday, June 22, 2012

KISAH GADIS SIMPANAN DAN ANAK IKAN



Saya kira ramai wanita membela anak ikan.

Anak ikan emas, ikan kelisa atau ikan puyu dipelihara di dalam bekas kecil dihiasi pokok kecil tiruan atau di akuarium di sudut rumah. 

Pun begitu 'anak ikan' saya maksudkan, lelaki muda, berusia awal 20 an.

Lazimya, kita mendengar lelaki berusia, hidup mewah dan digelar 'Sudar Saddy' menyimpan gadis muda cantik untuk memuaskan nafsu berikutan isteri mereka sedang dimamah usia. Berikutan kemampuan, Sugar Daddy sudi menyewakan unit kondomininum mewah untuk gadis belaan tinggal dan berkunjung ke rumah itu sekali sekala untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Sebagai balasan, sebahagian atau sepenuh kos keperluan hidup gadis terbabit ditanggung oleh Sugar Daddy.

Teringat saya kepada antara kenyataan kenalan, gadis berusia 22 tahun ketika saya temui di Bangsar, Kuala Lumpur, kira-kira 12 tahun lalu, 'Zu'.

"Sugar Daddy saya sekarang ini bekerja di Afrika Selatan, balik ke sini, dua kali setahun. Sebulan, dia masukkan duit ke dalam akaun RM7,000," jelasnya ringkas.

Zu berasal dari Sungai Petani, Kedah dan sewaktu ditemui mempunyai teman lelaki berusia lebih kurang sama.

"Ada Sugar Daddy, ada boyfriend sekali?," soal saya.

"Sugar Daddy jarang berjumpa. Cuma beberapa kali saya terbang ke Afrika Selatan, bercuti di sana. Tetapi berbanding dia, rimas juga bila ada boyfriend macam ini, kuat jelas, kuat marah dan kekadang tangan dan kaki naik ke badan kita," Keluh Zu. 

Berbeza dengan nasib seorang lagi gadis simpanan Sugar Daddy, biarlah saya namakan dia, 'Amy'.  Dia saya temui secara kebetulan sewaktu kenderaan dinaiki gadis itu  terbabit dalam kemalangan jalanraya di Subang Jaya, Selangor.

Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2006.

Amy mendakwa disimpan oleh pemimpin politik berusia awal 30 an dan dia sering dibawa bercuti di luar negara. Satu daripada gambar ditunjukkan kepada saya, Amy dan Sugar Daddy sedang mandi di kolam renang hotel terkemuka di luar negara.

"Untunglah," komen ringkas saya.

"Gambar itu dirakamkan kira-kira setahun lalu. Sekarang dia sibuk dengan kerjaya politik. Setiap bulan dia masih memasukkan duit ke dalam akaun bank saya tetapi tidak banyak, cukup untuk menampung kos kehidupan sebagai orang bujang," ujar Amy.

Ketika itu Amy berusia 23 tahun, kini saya anggarkan 31 tahun. Barangkali dia sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.

Rumusannya, jarang wanita disimpan lama oleh Sugar Daddy. Sebaik usia mereka meningkat dan bakal mencecah 30 an, lazimnya perhubungan dinoktahkan. Akibatnya, sebilangan bekas gadis simpanan terkapai-kapai mencari rezeki dan cuba berdikari untuk meneruskan kehidupan mereka. Kebergantungan sepenuhnya terhadap wang disumbangkan oleh Sugar Daddy mereka sebelum itu akhirnya memerangkap diri.

Kepada pembaca terlepas membaca entri kisah Marsha Si Perempuan Simpanan, klik di sini.

Barangkali gegendangan telinga sebilangan daripada kita sudah kematu mendengar kisah Sugar Daddy dan gadis simpanan mereka.

Jadi mari kita beralih menganalisa kisah anak ikan, belaan Sugar Mummy. 

Sugar Mummy lazimnya wanita berstatus janda atau isteri. Ramai berkata, mereka menjadi Sugar Mummy akibat diabaikan oleh suami, terlalu sibuk mengejar kekayaan sehingga meninggalkan isteri mereka kegersangan. Di waktu terluang, isteri bersama rakan seangkatan, mencari ruang dan peluang untuk ditemankan lelaki jauh lebih muda.

Anak ikan mungkin diperkenalkan kepada mereka.

Selalunya kita terdengar, anak ikan harus kacak dan bijak melayan kehendak wanita lebih berusia. Seks barangkali bukan soal utama. Layanan itu lebih kepada emosi, biarpun kaya, Sugar Mummy kesunyian dan berasa dikesampingankan oleh suami mereka. 

Sedikit belaian jiwa dan fizikal pastinya dihargai.

Berbanding gadis belaan Sugar Daddy, jarang benar kita mendengar luahan hati mahupun keluhan anak ikan. Barangkali, bekas teman wanita Sugar Daddy ditinggalkan selepas tubuh mereka puas digunakan untuk memuaskan nafsu lelaki. Manakala kesan fizikal tidak dapat dikesan langsung di tubuh anak ikan.  Mereka mampu hidup mewah, menutup sebelah mata  atau lampu bilik jika Sugar Mummy tua dilayan di ranjang. Andai kata perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi, mereka berlalu pergi dan berkebarangkalian mencari Sugar Mummy baru.

Pengalaman sebelum itu, boleh digunakan untuk menawarkan perkhidmatan lebih berkualiti kepada wanita gersang dan kesunyian.

Sila baca kisah anak ikan dan pasangannya berusia 20 tahun lebih tua, klik di sini.

Ternyata, sebilangan wanita berusia kekadang cenderung ingin dibelai lelaki lebih muda, mungkin seusia anak mereka sendiri. 


Anak ikan bertubuh sasa, suami pula barangkali berperut boroi justeru kurang menyelerakan. 

Jika anak ikan di luar sana ingin berkongsi cerita bersama pembaca blog ini, sila klik di sini dan hubungi saya. Seperti biasa, identiti diri akan dirahsiakan.



Sumber : sini







Thursday, June 21, 2012

MENAGIH SEKS LELAKI NIGERIA (18SX) SATU LAGI KISAH BENAR DICERITAKAN SECARA EKSKLUSIF


Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan perasannya dari hati tulus ikhlas.

"Kita kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana masih dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan sedang mereka lakukan," ujar saya.

Jun bersetuju.

Saya berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.

"Saya dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari situ kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu, Charles beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia  hanya mengguakan avatar kartun sahaja," ujar Jun.


Berikutan pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong, Selangor.

"Waktu itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan harga RM1,250 sebulan. Charles memberitahu  saya, ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik. Saya pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia? Charles kemudian berkongsi kisah sedih ditempuhnya. Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayah meninggal dunia, dia dan adik beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka, diketepikan oleh keluarga ayah. Akibat hasad dengki, ahli keluarga ayah didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo, terhadap dirinya. Berikutan itu Charles terpaksa melarikan diri. Katanya, dia datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai 200 US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat saya terlalu cepat berasa simpati apabila  mendengar kisah sedih diceritakan kepada saya," kata Jun.

Tambah Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas kekasihnya itu.

"Kalau dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles berpeluang menuntut di kolej di Puchong?," soal saya.

"Satu hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan mendakwa ada orang bertanya hendak belajar ke tidak? Dia kata ditipu semasa memasuki kolej itu. Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan. Cerita itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah orang berada dalam kesusahan. I felt terrible for him. Charles memaklumkan saya, dia mengambil jurusan teknologi maklumat, IT. Pada awalnya, dia mendakwa berasal dari Bahamas tetapi di kad pelajar mencatatkan dia warga Nigeria," kata gadis itu lagi. 


Menurut Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika bersama rakan, mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.

"Antara ayat digunakan awak suka dengar?," tanya saya.

"Dia selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I will dream of you in my sleep tonight and hopefully that you will be safe out there, I love you always. Dia selalu cakap, no matter what, I am in this  with you forever. Dia juga berjanji untuk mengahwini saya," jelas gadis berusia 30 tahun itu.

"Berapakah lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan mengahwini awak?," soal saya lagi.

"Selepas seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia memuji saya kerana pandai memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk saya ketika berada di rumah dia. Keluarga saya memang tidak mengetahui  perhubungan kami. Tetapi kemudian kakak saya terjumpa gambar kami berdua dan my sister called me stupid sebab dia kata lelaki Nigeria tidak boleh dipercayai, tujuan mereka hanya untuk menagih wang, kegembiraan dan seks," terangnya.

"Your sister is right," celah saya.

Menurut Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang pinjaman pelajarannya kepada Charles. 

"Kalau kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak pernah memberitahu saya samada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi apabila sampai di kaunter juruwang, tiba-tiba duit tidak tidak mencukupi, dia akan meminta saya menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia masih berhutang dengan saya lagi," kata Jun.

Ternyata beberapa entri saya nukilkan berhubung lelaki Nigeria di blog ini memberikan kesan kepada tindakan dan fikirannya.

"Bila saya terbaca entri di mazidulakmal.com dan berita di akhbar, saya mula bercerita hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah dia pegawai polis di Bukit Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya mula tersedar. Saya membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali membaca, saya berada di dalam state of denial. Kekadang ada masanya, Charles menyuruh saya menghantar dia kekelas dan pernah dia meminta saya  membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri Sembilan, kononnya ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah berhubung thesis dia. Bila saya bertanya dia mengambil degree, master atau Phd? Dia hanya berkata, IT," jelas Jun.

"Sepanjang perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah awak rasa dicurangi?"

Soalan itu saya kemukakan.

"Pernah saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah. Apabila saya berkunjung ke apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa toilteries, baju perempuan, tuala tetapi bukan milik saya, rambut panjang sedangkan rambut saya pendek pada ketika itu. Bilik pula bersepah. Bila saya bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik angin, meluru keluar bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah. Tetapi dia tidak pernah memukul saya, selalunya hanya memberikan amaran supaya saya tidak mengambil tahu dengan siapa dia berkawan. Jangan sesekali mengusik barangan di rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia ," ujar Jun.

"Penah terjumpa kondom terpakai?," tanya saya.

"Banyak sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan dia. Kondom terpakai di dalam bakul sampah," jelasnya.

Tambah Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu dilengkapi peti ais besar dan televisyen berskrin besar. 

"Menariknya, selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk seorang rakan serumah dia, kononya pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak pernah pergi ke kelas," kata Jun.

"Saya tidak mahu tahu tentang perincian kerana mungkin terlalu peribadi. Bilakah awak mula mengadakan hubungan seks dengan Charles?," tanya saya.

"Hujung November 2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang di laman sosial pada pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi semakin serius," ujarnya.

"Adakah hubungan itu kerana duit atau seks? Seperkara lagi, adakah lelaki Nigeria ini memang pandai membelai wanita tempatan sebelum dan selepas seks?"

Berat rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.

"Dia tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya. Fasal soalan kedua itu, yes! It is true.They really treat you like a queen. Sebelum mengadakan hubungan seks, Charles membelikan saya barangan, melayan dengan baik, membawa saya keluar makan dan kemudian memberikan urutan kaki. Bila dia membawa saya balik ke rumah, dia akan mengurut tubuh saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu, seks menjadi satu ketagihan. Dia bijak menyentuh bahagian tubuh dan tahu titik kelemahan wanita sekaligus membuatkan saya berasa khayal. Kalau kita kata jangan, dia akan berhenti dan kemudian memujuk kembali sehingga dia berjaya. Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya lakukan salah tetapi dia membuat saya berasa selasa. Baby, this is a way how to experiance life and normal for adults and you are a woman now," terang Jun tanpa ragu.

"Itu kali pertama awak mengadakan hubungan seks?," soal saya.

"Ya," balasnya ringkas.

Tambah Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arak.


"Apabila saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arak), untuk mengambil hati saya, dia mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti ais dan buang. Dia kemudian berkata, I don't drink anymore because of you baby," katanya.

"Awak memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita lain?," soal saya.

"Gadis Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar. Saya percayi gadis Cina itu sering datang ke rumah Charles terutama pada hujung minggu. Dia juga menjalinkan dengan gadis orang asli berasal dari Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin dia bekerja. Menurut Charles bil internet Maxis dia lebih murah kalau menggunakan nama rakyat tempatan, nama gadis orang asli itu. Dia pada awalnya mendakwa, gadis itu teman wanita rakan lelaki dia," jelasnya.

Charles mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan terkini memaklumkan Jun, dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membiayai kos pulang semula ke negara asal. Selama kira-kira 7 tahun berada di Malaysia dia mendakwa menyara kehidupan dengan menjual barangan kenderaan.

"Dia pernah beberapa kali bertanya kepada saya, bagaimanakah cara untuk ke Pulau Pinang dan kemudian menaiki bas ke utara," celah Jun.

Tambah Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih kerap ditemuinya.

"Kalau lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan mereka hanya menagih wang dan seks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis tempatan, majoriti mereka berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat berkahwin atau janda, ramai berbangsa Cina tetapi saya dilarang untuk bertemu  dengan mereka. Jika menghadirkan diri ke keraian seperti sambutan hari ulang tahun kelahiran rakan dia, saya tidak begitu bergaul," jelas Jun.

Jun dikatakn pernah dijemput oleh Charles untuk merayakan Krismas di Nigeria tetapi ditolaknya. Perbualan kami kemudian dirumuskan dengan kenyataan berikut.

"Lelaki Nigeria sebenarnya memburu gadis tempatan berkerjaya, mesti memiliki kenderaan dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa. Menurut mereka, wanita berusia lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakkan. Jelasnya, lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa amat dihargai. Mereka tahu bila waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak. Sentiasa berada di sisi, apabila kita dilanda keresahan dan amat mengambil berat tentang diri kita, caring"

HEBAHKAN

Sumber : sini







Tuesday, June 19, 2012

Polis Pakistan Perlu Berdiet


ISLAMABAD: Komander polis Pakistan memberi arahan kepada berpuluh ribu anggota polis yang berperut buncit supaya berdiet atau berhenti daripada bertugas di barisan hadapan, kata pegawai, semalam dalam satu usaha yang disebut dalam akhbar tempatan sebagai “perang menentang kegemukan.”

Jurucakap, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, wilayah paling padat penduduk, Habibur Rehman, memberi arahan kepada 175,000 anggota untuk memastikan ukuran pinggang mereka tidak melebihi 38 inci (96 sentimeter).


“Saya sedang berdiet, dan sekiranya saya boleh melakukannya, kenapa tidak anda?” kata Nabila memetik kata-kata Habibur kepada pegawainya, di wilayah itu, bulan lalu.


Katanya, sekurang-kurangnya 50 peratus pegawai polis Punjab, gemuk.


Akhbar tempatan, The News berkata, jumlah polis gemuk di bandar Rawalpindi, ibu pejabat tentera yang banyak kali menjadi sasaran serangan Taliban, adalah 77 peratus dan menambah, “anggota polis nampaknya kalah dalam peperangan menentang kegemukan.” Polis berkata, pegawainya diberi masa hingga 30 Jun untuk mengurangkan berat badan dan bermula 1 Julai, sesiapa yang didapati terlalu gemuk tidak akan diberi tugas di luar. “Pegawai polis kini menyertai gimnasium, berjoging dan melakukan senaman termasuk berlari untuk menjadi kurus,” kata Nabila.



Anggota polis gemuk tidak efektif dan “tidak boleh mengejar penjahat, perompak dan penjenayah lain dengan baik,” katanya dan menyalahkan masalah itu kerana kekurangan kakitangan.


“Kami mengalami kekurangan kakitangan. Apa yang boleh anda harapkan bila seorang pegawai melakukan kerja enam orang? Mereka tidak punya masa untuk kecergasan fizikal,” katanya. - AFP


sumber : sini








nota kaki: siapa buncit benti keje..hehe