Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Pemenang Giveaway Ramadhan Cik Jajika

Assalamualaikum dan Hi,


Parapp pap paaa... tadi sudah selesai mengundi di Random.org bagi Giveaway Ramadhan Cik Jajika yang telah berakhir pada 27 Julai 2012. Fuhh...berdebar-debar kan? kekee

Sebelum itu mari kita lihat hadiah yang ditawarkan.. jeng jeng jeng...




Hadiah Set A :  Sebuah Beg + Topup RM 5





Hadiah Set B : Sebuah Beg + Topup RM 5



Giveaway kali ini telah disertai oleh 46 orang blogger. Yay...tahniah...so nak tahu siapa yang menang? Tadaaaaa


Jom lihat senarai pemenang:

Set Hadiah A : 




Set Hadiah B :



Wahh..congrats ye... Buat para pemenang, sila email Cik Jajika sebelum 8hb Ogos 2012 di jaz_firstlove@yahoo.com.my .. Siapa lambat kita akan process untuk peserta lain pula. Yay yay.... Cepat feedback details seperti Nama, Alamat, No hp dan Nick name sebab nak post hadiah before Jumaat ni tau.. cepat.... @_@


Kejap lagi akan diadakan speeding Giveaway Raya tau. Nak tahu lebih lanjut? Follow entri seterusnya k. Tunggu.... 






nota kaki: duit raya..la la la...

Monday, July 30, 2012

Giveaway Ramadhan Cik Jajika Tamat

Assalamualaikum dan Hi,



Hari dan minggu serta bulan yang tersangat sibuk ataupun boleh je nak cakap buat-buat sibuk. kekeke.. so nak announce penutupan Giveaway Ramadhan Cik Jajika. yay yay yay. suka sangat.


Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa korang untuk join dan korang sangat best! next time aku bagi hadiah lagi gempaxxx punya... yay yay yay


nantikan pengumuman pemenang Giveaway Ramadhan Cik Jajika minggu ini ataupun selewat-lewatnya pada minggu depan k. Tungguuuuuu....






nota kaki: meloncat-loncat nak pilih pemenang

Thursday, July 26, 2012

Pilihan Kerjaya : Executive Vs Blogger

Assalamualaikum dan Hi,


om nom nom *mengunyah sesuatu


Opss....kantoi tak pose ea... ala, kan aku tulis 'sesuatu' tak semestinya makanan kan? tak baik tau tuduh bebukan. Aku sedang mengunyah perkataan yang aku nak tulis ni hah.


Tersangat maap ikhlas dari hati sebab jarang update blog sekarang. Buat korang yang join Giveaway Ramadhan Cik Jajika jangan risau. Senarai peserta memang up to date punya. kompom tau..kikiki.. Kalau ada yang nak join pun boleh. Tarikh tutup minggu depan je tau. 


Hari ini nak tulis sesuatu. Pasal future aku. Well well well...kekadang aku sendiri masih bingung. Sorry je sebab entri kali ini adalah bersifat peribadi dan juga nak minta pendapat korang.


ce cite ce cite..


Macam ni, aku sekarang bekerja dalam bidang yang aku belajar dedulu. Bila dah keje aku dapati minat aku tidaklah datang 100% daripada pekerjaan aku sekarang. Malah mungkin 60% sahaja? also myself can't ensure about that.




Sekarang dalam diri aku ada lagi juga minat yang agak samar samar kelabu asap..


jeng jeng jeng


Aku bercita-cita nak jadi blogger yang berjaya. eh, kira cecita ker tu? kikiki. Mesti korang rasa entah pape je kan cita-cita aku?




Meh aku terangkan. Blogger tak semestinya seorang yang menulis kerana hobi dan masa lapang. no no no. Ada juga freelance blogger yang buat review. Review atau kata nama nak mudah lagi senang adalah Ulasan. Dia dibayar untuk pergi ke tempat / majlis atau pape yang dipanggil. Setiap ulasan mahupun undangan tersebut akan diberi bayaran tertentu. Kira macam tu...


Atau pun aku nak buat online shop. perghh... disebabkan aku amat suka shopping sampai aku sendiri tak sedar duit tak cukup. kronik gila kan tahap keghairahan aku terhadap minat tu? kekeke... Dedulo *dulu time study ada buat online shop juga. Tapi biasa-biasa jela. Aku buat pun sebab suka dan nak cari income. Cuma tak adalah seyes sangat kan? Biasa je.. income dia pula boleh tahan juga sebenarnya walau aku buat pun sesuka kan. 


Selain itu, darah bisnes memang ada dalam darah aku sebab arwah ayah aku dulu pun buat bisnes juga. Macam-macam jenis lah dia buat even dia masa tu ada kerja tetap.Yela, nak menyara anak-anak dia yang kalau tiba bab makan macam dinasour kebuluran 100 tahun..kekeke


So sekarang peluang hampir tiba. Apa aku nak buat ye? stay dalam bidang aku sekarang sebab masa depan or ikut apa yang aku minat? masa depan tak pasti tapi kita boleh merancang. Yang pasti 1 sahaja. Aku kerja bukan kerana wang. Aku bekerja kerana aku mahu dan aku ikhlas. Wang hanya sebab kedua mahupun ketiga. eh, boleh percaya ker? kekeke






nota kaki: tolong den yo... =))

Friday, July 20, 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum dan Hi,


BEN ASHAARI
tekan banner untuk join

Alhamdulillah seperti semua yang sedia maklum esok akan mulanya jelajah Ramadhan kita. Sambil itu, aku pasti ramai yang suka nak berkongsi kan? Kongsi apa? Ala, kita berkongsi pendapat dan bertukar link sambil merapatkan silaturahim antara kita... ce ce ce


Well, cantik kan header Abang ben yang terbaru ni? Meletoppsss... hehehe...


So, Abang Ben yang tetiba dilantik menjadi lawyer yang kureng bertauliah ini mengatakan kita kena bagitau kenapa korang nak kawan dengan kita.. Amboi...manjanya... =)


Bagi aku senang sahaja, korang boleh tengok older entries dari aku dan kenali aku dari situ. Terpulang nak jadi member blogger aku atau tidak sebab kita tak boleh paksa orang suka dengan kita kan? Even Mak Jemah pun duk membebel kalau member kaki gosip dia memilih orang nak kautim. Apa cer??


Kalau nak bertukar link, boleh sahaja komen di bawah ni ye... Thanks... papai... *lambai tangan lelaju 







nota kaki: ramadhan sudah menjelma, semoga kita kekal bersama..insyallah

Tuesday, July 10, 2012

Finalist Bakal Pemenang Tiket Nuffnang Blogopolis 2012

Assalamualaikum dan Hi,




Alhamdulillah. Banyak yang kita perlu panjangkan rasa syukur kita atas kurniaan-Nya. Aku pun tak sangka sebab aku terpilih menjadi finalist bakal pemenang Tiket Nuffnang Blogopolis oleh Abang Eyriqazz. 


Perghhh...rasa tak percaya sampai feeling nak loncat sana sini depan Mak Jemah sebab impian yang kabur selama ini tetiba datang macam David Copperfield buat magis depan mata. kehkehkeh


Bagi sesiapa yang ingin membuat pilihan sebab Abang Eyriqazz sudah memilih 3 orang finalis dimana aku adalah salah sorang daripada mereka dan aku amat-amat berbesar hati walau tercalon sahaja. Kalau tak menang pun tak apa beb. 


Nak tahu kenapa? Kalau korang tengok entri dieorang yang lain, sumpah hebat tau tau. Aku ni apa jela yang ada. Tulis pun merepek jadah. Entri mereka penuh dengan info dan pengetahuan apa yang mereka tahu. Malang memang tak berbau sebab aku punya entri memang malanglah sapa yang baca. hihi


Untuk pengetahuan korang semua, walaupun intipati kandungan yang tak berapa sarat dan longgar sana sini dalam entri aku tu tapi kalau sesiapa yang pasan la kan memang aku sengaja punnn. Sebab aku nak tulis sesuatu yang menggembirakan pembaca. Kalau nak baca entri aku boleh tengok dekat sini tau tau.. 


Aku tak nak dieorang bosan membaca entri tu sebab nak copy info tu semua, kompem Mak Jemah sebelah umah aku yang duk terbongkang pun boleh kan kan kan. Aku ekspressikan keinginan aku melalui penulisan aku supaya korang yang baca have fun dan tak terasa skema sangat gaya penulisan aku. 


Tapi kan kan...terpulang pada korang juga. Aku tak kisahlah siapa yang korang nak pilih sebab korang semua ada hak. Kalau tak suka entri kosong..kosong *nyanyi lagu najwa latippp tak apalah. Boleh pilih ikut sesedap rasa secubit sahaja. hihi


no feeling feeling tau.


Hak mengundi adalah hak mutlak korang. Ape pun, thanks sebab baca aku membebel layan emo sensorang sebab Mak Jemah tangkap cintan sama Abang Eyriqazz sudahh.. Opsss...


Ok, papai!







nota kaki: meh undi...meh... 1 undi 1 kupang..meh..lai lai lai...

Monday, June 18, 2012

Cun Tak Header Baru Blog?

Assalamualaikum dan Hi,




Apa pendapat korang dekat blog comels ni? Okey tak header yang Jaji edit? Please please buat muka comel korang tuu. 


Fyi, Jaji buat sendiri menggunakan kemahiran cetek Jaji *palmface dalam dunia IT ni. Korang rasa teruk takk?? Meh..lai lai sila tinggalkan pendapat korang untuk pembaharuan masa akan datang. Cewahh... ayat nak hebatlah Cik Jajika ni. hehe


Yela, Jaji tak ada software hebat-hebat malas download, tak reti nak guna benda-benda hebat blur dalam IT dan Jaji guna tahap maksima tahap ke-kretif-an *sesuka reka perkataan sendiri yang lahir semula jadi. kehkehkeh *hidung kembang kempis 180 k/m sejam


Sila komen untuk pembaharuan. Lupa lak si nyanyuk *Jaji la..bukan korang nak bagitahu. Jaji buat ni semua pakai word, paint dan tak lupa atok Google. So, hasilnya pun tak adalah vavavooom. hehe... Apa lagi? Tolonglah Jaji dengan kasi pinjam pandangan genius tahap dewa korang. Boleh kan kan kan? Tak eloklah nak kedeks kedekut dengan Jaji yang baik hati jahat nates, comels huduh dan rajin pemalas gila. hehe...


Hah, kalau korang nak Jaji share tutorial macam mana Jaji buat header guna cara paling senang di alam semesta ni pun boleh. Bagitahulah..tak susah pun..hehe








nota kaki : macam pelik pulak bila ditenung lelama...pink sangat ker?? haha

Blog Terkontang Kanting

Blog under renovation... hehehe

Awana International Bird Race 2012 (Part 1)

Assalamualaikum dan Hi,


Nak tulis entri best macam ni kena ambil mood tau. Sambil nyenyanyi *kununcomellasebutmacamtu manja, kuatkan radio, kuatkan radio anda...la la la... Okey-okey, nyanyi sampai lupa nak tulis apa..kehkehkeh


Kali ni aku nak jadi comels kejap boleh tak? Bolehlah...ye ye ye *kelipmatalelaju. Haha.  Seyes tak comels la Cik Jajika oi... Tak apalah. Bagi comel kejap pun jadilah...


Hari Jumaat lepas Jaji *namapanggilanakuyangcomels buat senaman jari dengan taip lelaju dekat incik Nuffnang untuk join event dieorang kat Awana Genting Highlands. Ye, first time ever Jaji rasakan inilah masa yang sesuai sebab event tersebut berlangsung pada hari Sabtu and Ahad. Dapatlah tinggalkan dua tiga keping peta buatan air liur berharga Jaji kan..hehe


Sesampai je dekat Wisma Genting, ada bas yang menanti. Naik bas jumpa blogger cute yang seyes comels tau tak? Jaji rasa nak cubit-cubit pipi dia *matakeliplelajusambilsenyumkecomelan. hehe.. Siapa dia? Tunggulah...nanti korang pun macam tak caye je Jaji dapat jumpa blogger hot and spicy ni..hehe..nyum nyum *kunyahgulagetah




Apa korang tau pasal Awana International Bird Race 2012? Jaji tau mesti ramai yang tak pernah dengar kan? Ini adalah buat julung kalinya dilangsungkan di Awana Genting Highlands oleh Tourism Pahang bersempena Pahang International Bird Race Circuit 2012. Sebelum ini hanya berlangsung di Fraser Hills sahaja. So, bila rasa macam hebatnya dapat join... *tepuktangansensoranglelaju


Bird Race? Biar betik. Yela korang ni. Jangan lurus sangat. Bukan suh burung tu lumba jalan kaki tengah awan la. Race yang dimaksudkan adalah pertandingan mengenalpasti jenis burung. Listkan dalam buku dan dapatkan cop. Jaji pun join je bebudak sekolah yang ada. 


Wakil Blogger ada 3 orang termasuk Jaji. So bila dapat join sama malah layanan dari staff Awana dan semua secretariat pun ala VIP, memang best tau tau tau. hehe. Jeles tak?? Sila jeles okey.. =P




Kiteorang datang dan terus di sambut oleh staff Awana Genting. Lepas di terangkan sepatah tiga lapan puloh kata dan agak-agak paham-paham lupa terus angguk kepala lelaju. hehe. 


Kami bukan Media ye. Kami Blogger. Seyes penat sebab kena bagi ucapan.. ucapan?? Poyo je Jaji nak bagi ucapan kan? Cakap depan-depan pun menggigil lutut.. -.- . Ramai duk interbiu kiteorang. Apa itu Blogger? Sama macam Media ker? Tapi kenapa layanan berbeza? Macam mana, dimana, berapa, siapa....wahhh... seyes otak ting tong nak jawab semua soalan tu... *mataberpinar-pinarnakpitam


Okey, skip...next..... *mukawatslumberbiarkanperenggantergantung




Ketibaan Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Wakil Kedutaan dan mereka-mereka yang terlibat. Ramai sangat sampai Jaji pun blur-blur..kehkehkeh




Majlis perasmian dimulakan dengan Tarian Sewang dari SK Sg. Dua. Semua bebudak kecik yang cute je nyanyi dan joget macam tu. Kalau Jaji yang atas pentas tu mesti semua lari kan?... *sambiljoget-joget.




Ini kira macam Flag Off atau boleh je panggil kalau korang nak, Pelepasan Para Peserta. Wah.. bunyi macam best kan? Memey la...


Time ni ada pula photographer majalah mana tah, siap suh kiteorang posing tau. Konon-konon bajet cun je walhal muka semua blur-blur..




Press conference dengan media semua. Apa-apa soklan boleh diajukan time ni. Cuma korang janganlah tanya soklan bila burung tu nak membiak or boleh bawak balik burung ke tak pula. Nanti Jaji bagi sekeh pale sedas dua kang. 



Ini antara media yang hadir. Ada NST, Libur, Santai dan banyak lagi la.. Jaji pula wakil dari Nuffnang tau. Jangan korang tanya lagi. Lotih nak menjawab soklan yang ke dua ratus lapan puloh tiga. hehe




Kini, masa yang ditunggu telah pun tiba. Perut comels ku meminta dilayani. Wah, kau perut. Patut makin kelangit sekarang...


Makanan dia, okey la. Boleh tahan. Ingatkan makan dekat Medan Ikan Bakar *namamainhentamje tuu.. Rupanya tidak.. Kecewa sikitla cik perut ni tapi terhibur dengan menu yang disediakan. Cuma style meja agak kureng sikit. Jaji tau dieorang nak buat ala Inggeris. Ada meja saja tanpa kerusi. So semua makan berdiri. Apa feel? Ye dakk?? Kami bertiga apa lagi, dengan muka slumber derknya terus duk dekat rumput ala piknik! Seyes feeling Kuch Kuch Hota Hai.. Haha




Ada booth juga lah...best best best *lompatkeriangan. Ada jualan binocular teropong mak Jemah , buku tentang burung, frame dan banyak lagi. Yang penting semua hasil jualan akan pergi ke badan kebajikan terpilih. Baguslah tu. Dapat manfaat berguna juga kan.


Nampak awek cute dalam tu tak? Boleh teka siapa Blogger tue?? Tau? Tak tau? jeng jeng jeng *matakelipkelip




Korang semua, sila beri perhatian.. Jaji tetiba ada dekat rumah panjang la. La..bukan dekat Sarawak tu. Bila pulak Jaji terbang ke sana? Ce tengok bebetul. Ini rumah panjang di Awana Genting. Tak ada apa yang spesel cuma rumah ini memang ala-ala yang ori. Ada 5 bilik keseluruhan. Yang penting, kalau berborak semua orang boleh dengar. So, dilarang mengumpat! kehkehkeh




Comels gila awek sorang ni. Phewiittt... Nak sign boleh? hehe. Kenal tak siapa ni? Hah, tak kenal? Apa la... Kalau yang kenal tu baguslah. Senang sikit keje Jaji.


Inilah Yuyu Zulaikha. Wah, Jaji dapat spend masa dengan Yuyu si Kupu-kupu kecik la.... Untunglah.. Sambil tengok burung dapat sekali kupu-kupu. Kehkehkeh. Alhamdulillah. Kami berdua sahaja Blogger yang hadir tapi Cik Yuyu ni bawak awek sorang tau. Comels juga. Nanti Jaji tunjuk... =)




Ini antara bebudak yang ada. Mereka diberikan binocular teropong mak Jemah setiap 1 kumpulan. 1 kumpulan mempunyai 3 orang ahli kumpulan dan penerangan diberikan oleh mereka yang bertanggungjawab. Kiteorang bertiga pun berpecah.




"Wei, ada awek la kat sana". "Mana?". "Tu hah, yang berbulu-bulu". "Wah..cunnya". Okey, sila abaikan skrip paling huduh Jaji reka ye. Hehe. Masing-masing duk skodeng burung tau. Tau apa burung tu cakap? "Auw..auw..malunya ada orang usha kitew". Hahaha




This is my team!!! Yeah..yeah.. Dieorang seyes cute dan baik. Tak sombong tau. Yang penting Jaji rasa Jaji dah tua sangatlah!! Nak feeling comels jadi budak skolah boleh? Boleh jela..hehe.


Jaji tak ingatlah nama dieorang dan skolah mana. Tapi yang Jaji ingat ada Dayat, Mira dan Syira kot.. sorry dik, akak dah nyanyuk -_-* ... kalau tak silap dieorang dari skolah Kuala Kubu, Selangor. Mereka fully sponsored by Selangor Tourism untuk event ini.




Eee....cutenyer..... Time jenjalan jumpa ni. Rasa macam nak bawak balik laks...Hehe.. Sian adik-adik Jaji, semua terkezut tau nampak natang ni bersiar-siar makan angin. hehe




Ini my geng dengan bebudak MRSM. Ini checkpoint 1. Terus masuk ke hutan dan tempat ini tersangatlah nyaman dalam dan best tau masuk sini penat giler... Bila nak keluar tu, masyallah! Tangga dia setiap satu tinggi dalam 1 kaki. Pergh...memang best mati !! -_-


Penat gila tau tak.... Jaji sendiri blur nak cari burung tu. Mata dahlah rabun kuasa 239348732. Rama-rama pun macam burung. Daun kering nampak haiwan. Adeh.. Probs betul Jaji ni. Hehe. Tapi adik-adik ni memang teror! Dari jauh dah nampak kaler apa, jenis apa dan bunyi pun dah tau burung apa siot. Awesome! Akak sungguh kagum wahai adik sekalian. Nak pergi beli kuasa lebih bagi mata macam X-Men. hehe


Thanks buat yang baca semua. Entri ini akan bersambung.... 









nota kaki : tidur berdengkur sambil posing muka comels..haha

Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger!

Assalamualaikum dan Hi,


Raya dah nak dekat, puasa lagi lah. Siapa yang tak ganti puasa lagi??? Well, aku pun sama je. Ada lagi 2 hari je...tapi mengganti tu masyallah. Cuaca sekarang kan tak menentu. Susah sikitlah nak mengganti kali ini. Insyallah minggu ni aku kena ganti juga! Go go chaiyok!!


Siapa dah beli baju raya?? La.. sayanglah. Mana tau size boleh kecik sikit kan kan? hehe.. Macam mana, korang tanya?? Senang je. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..kehkehkeh.. Berfalsafah la pulak pepagi ni...


Korang semua kenal tak dengan Kevin Zahri?? Ala, yang femes masa kat AF tu. Tak ingat ker? Yang ensem dan badan sesedap mata memandang tuu. Tak hengat jugak? Meh tengok bawah...




Ensem kan kan? Jangan ngengada lah korang sebab dia dah kahwin la. Ada anak pun.. Sayang..melopeh lor..hehe... So, berbalik pada motif entri ini, aku nak ajak blogger yang mana rasa nak dapatkan tips dan info lebih lanjut mengenai 'Kurus' boleh join event yang akan diadakan pada bulan Julai ini. Jom cekedout *checkitout


PERHATIAN : Jom Join Small Contest Ni
jom kurus percuma bloggers 485x297 Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger Tips kesihatan seminar kevin zahri Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger jom kurus event blogger
  • Topik: Jom Kurus bersama Kevin Zahri (maklumat lanjut)
  • Tarikh: 8hb Julai 2012
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
  • Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.
Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus (klik di sini) dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kriteria Pemilihan
  1. Ada blog
  2. Buat blog post
  3. Submit url ke email puanbee
  4. Sebelum mencukupi 40 peserta penyertaan di terima
Sumbit email kepada Puan Bee tau. Korang jangan hantar kat den pulak. Tak dapek den nak tolongnya. haha. 

Hah, best tak? kan kan kan *tamparlelaju. Kalau nak tau apa yang akan dibincangkan semasa sesi ini, korang boleh je usha laman web Kevin Zahri sendiri. Apa lagi??? Jom la... Siapa cepat dia dapat...hehe








nota kaki : nak kurus dan sihat! yeah

Thursday, June 14, 2012

Maria Elena Private Blog!

Assalamualaikum dan Hi,


Tadi aku baca blog Mr. Jocko mengenai blog Maria Elena. So bila aku check, sah. Maria Elena sudah limitkan reader beliau kepada invited reader sahaja. Oh my english... hehe






Nampak tak apa yang berlaku? Bagi aku it's okayla. Itu hak dia nak tutup ke, nak buat apa pun. Aku paham. 


Sesiapa yang selalu follow dia mesti perasan sejak akhir-akhir ini sebelum dia bertunang lagi, dia sudah banyak menunjukkan minat untuk berubah ke islamic. Aku selalu baca dan kadang kala tersentak juga sebab apa yang dikatakannya ada benarnya.


Aku bukan nak berceramah tau tapi cuba korang fikir. Apa guna pakaian dah ala muslimah tapi upload dekat blog untuk tatapan umum. Semua yang ada dekat badan kita semua ditenung dan dijamah oleh pembaca. So, dekat mana aurat kita dan manakah relevannya kita sebagai seorang muslim? 


Aku tahu aku pun banyak buat salah. So, bila korang baca entri dia yang berunsur islamic secara tak langsung korang akan rasa nak berubah kan? Fyi, aku sendiri tak ada akaun facebook sekarang. Bukan tak pernah buat. Tipulah kan? Tapi aku dah delete. 


Dulu aku memang obses dengan Facebook. Sejam kalau tak bukak or tak update rasa nak mati tau tak?? haha. Banyak kenangan manis dan pahit aku bersama Facebook. Sekarang aku dah delete dan tidak mempunyai Facebook peribadi aku sendiri. 


Ajaibnya aku rasa tersangatlah gembira tanpa Facebook. Betul. Aku punya banyak masa untuk buat benda lain. Untungnya blog aku juga sering dikemaskini tau. Hidup aku memang berbeza tanpa Facebook malah ianya ke arah kebaikan pula tu. 


So, aku nak bagitau walau Maria Elena nak delete akaun dia pun aku boleh faham. Semua orang ada hak. Lagipun kita bukan tahu kalau dia tengah nak renovate blog dia kan? Siapa tau kan?? Hehe 



nota kaki: sokong Maria Elena sepenuhnya!

Tuesday, June 12, 2012

Hadiah Bagi Pemenang 'GA Cik Jajika Senang Je'

Assalamualaikum dan Hi,


Akhirnya aku berjaya juga! Bukan apa, berjaya menghantar atau mengepos hadiah GA buat pemenang 'GA CIK JAJIKA SENANG JE' tu.. Maaf lah ye sebab seminggu lepas umum pemenang baru hantar. hehe


Sejak akhir-akhir ni banyak benda nak disiapkan. So ambil masa nak balut bungkusan untuk korang. Nantikan bungkusan korang sampai insyallah minggu ini atau awal minggu depan. Tapi aku jangkakan minggu ni pun dah boleh sampai. Hehe..


Nak tengok hadiah korang tak?? Jom skodeng kat bawah. Untuk pengetahuan korang, warna dipilih secara rambang tau. Hope korang suka.. Kalau tak suka boleh hadiah bagi sesiapa yang korang nak. Janji topup dah dapat kan? hehe... =)




Kad ni direka khas untuk korang tau. Comel tak? Aku paling suka gambar kartun tu. Macam teletubies. haha... =D




Hah, ini hadiah korang. Shawl satin tau. Kalau tak nampak nama, senang je. Tengok jenis topup dah tahu mana satu korang punya. =)



Yeah...delivered to post office! Tunggu....








nota kaki : rasa macam nak buat lagi GA macam ni..hehe

Friday, June 8, 2012

Tips : Kelebihan Seorang Blogger

Assalamualaikum dan Hi,


Kadang-kadang ramai yang duk tanya apa motif aku berblog bagai nak rak dan apa kaitan dengan Nuffnang? Penat dan letih nak menjawab soalan yang sama berulang kali. Jadi aku nak kongsi beberapa fakta mengenai kelebihan menjadi jawapan korang.


Kelebihan Seorang Blogger Yang Mendaftar Dengan Nuffnang

1. Paling common dan senang citer, kita boleh buat duit. Siapa tak suka duit tapi opss...bukan bermakna kita ni mata duitan. No..no..no...tak elok pikir macam tu tau. Bagi aku, kalau korang dapat buat side income sambil fixed income apa salahnya? Bukan susah bebenor pun nak dapat side income macam ni. Tak banyak pun tak apa at least dari tak ada. Janji kita buat pun kita happy dan dapat duit pun happy. Kita akan mula menjana pendapatan bila iklan mula dipaparkan diblog kita.   

2. Fakta yang kedua pula, bukan pihak Nuffnang yang pilih blog siapa, iklan apa dan bila. Bukan tau. Yang pilih adalah para pengiklan itu sendiri. Berdasarkan apa? Berdasarkan tempat iklan itu dipaparkan, isi kandung blog, dan juga bilangan visitor unik.

3. Nuffnang juga bekerjasama dengan rakan strategik seperti syarikat pembekal web untuk memberikan kita, para blogger ganjaran tambahan. Nuffnang juga akan update dengan kita apa perkara terbaru untuk pengetahuan kita.

4. Kalau korang nak tahu, Nuffnang juga mempunyai ruang 'Blogger Pilihan' yang tersendiri tau. Ianyakan akan dipilih secara bulanan. Bagi blogger cabuk macam aku, memang susah sikitlah kan. Selalunya yang memang dah top akan dipilih. Tapi rezeki kita, siapa yang tahu kan? hehe

5. Fyi juga Nuffnang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik yang sentiasa menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan untuk ahli blogger yang menghadirkan diri. Jangan risau kalau korang fikir mesti mahal kena bayar sebab event pun gempak-gempak kan? Salah andaian anda tu sebab selalunya ianya adalah PERCUMA. Ya, percuma. Contoh event Genting Charity Movie Screening hari tu. Free je kot. Cuma untuk kebajikan, perlu bawa hadiah untuk budak-budak tu. Ok what...


So, apa korang tunggu lagi? Jom join dan daftar dengan Nuffnang. Bukan susah. Register macam biasa sudah cukup. Janji ada blog dan email. Orang tua-tuan kata "Sambil Menyelam Minum Air". Insyallah rezeki kita ada dimana-mana janji kita berusaha. 


Yang pasti, korang perasan tak perkataan Nuffnang tu aku highlight dengan warna biru? Sebab itu adalah warna rasmi Nuffnang. So saja nak bodek la kononnyer. hehe. Nanti aku akan kongsikan pula cara nak letak iklan dan tips lain ye. 







nota kaki : kacing..kacing... *bunyi duit

Wednesday, June 6, 2012

Tips Usha/Ngorat Visitor Blog

Assalamualaikum dan Hi,


Tetiba hari ni rasa nak share tips yang kalau aku jumpa atau nampak, automatik memang aku picit tekan laju-laju. Sebab tips yang macam ni memang semua orang yang tak tahu ingin tahu malah ada juga yang memang tahu tapi nak tambahkan informasi kepada diri sendiri. Yela, aku tahu aku noob sikit part ni kan. Ayat pun skema je. Haha


So buat julung kalinya aku nak kongsi dengan korang yang rasa atau terfikir apa yang menyebabkan orang datang ke blog kita yang kita rasa ala-ala cute sekali *silamuntahlaju-laju


1. Penggunaan Ejaan Penuh / Betul

Ini biasanya bila aku buat blogwalking, memang kebanyakannya okay je. Yang tak okay biasanya bila yang tak sedar atau kebanyakan blogger-blogger baru. Macam aku dulu lah. Nak menggeja penuh pun malas. Contoh - Sy rse blog sy hbat sgt tau- atau pun yang menggunakan ejaan manjeww. Contoh - Sayew sukew awak. Oh, memang sweet ler sangat *tangandidadamatakeatas. Bukan tak boleh nak tulis macam tu tapi kalau dah penuh 1 blog atau 1 entri penuh ayat macam tu, siapa nak baca? Kalau aku, memang aku skip jew...hehe


2. Blog Berat

Ye, aku tahu yang korang suka tengok widget atau benda-benda canggih dalam blog korang. Konon boleh nampak macam up-to-date kan? Tapi kalau dah serabut 1 blog dan nak loading pun sampai 5-10 minit, pe kesssss?? Memang sesiapa yang tengah mood bengang + internet kurang laju, terus tutup secepat yang mungkin. Contohnya aku. Hehe. 

Hah, sebelum terlupa. Kalau korang nak timbang berapa berat nak loading blog korang, senang je. Ada cara. Kan sekarang zaman IT. Tekan je sini. Korang taip / salin semula link URL korang dan tekan untuk keputusan. Tapi bagi aku, ianya bergantung juga kepada jumlah pengunjung waktu itu. Kalau tak ada orang, memang ringan jela. Macam blog aku kat bawah ni. Ringan gila. hahaha. Kalau ramai visitor memang berat sikitlah dicampur, darab dan bahagi dengan widget korang tu. hehe




3. Gambar Itu Hebat

Bagi aku, aku suka sangat bila ada gambar dalam satu entri itu. Baru ada mood nak baca kan. Kalau korang buat entri panjang-panjang pun tak apa sebab masih ada selingan dengan gambar. So sambil bercerita letaklah gambar-gambar menarik korang. Lagi best kalau gambar tu korang ambil sendiri. Tak adalah orang cakap setakat copy dari internet je kan? *akusendiripunsamaje..ehehe



Hah, suka tak baca bila ada gambar? Menarik kan? Aku kecik je dalam gambar ni. Sebelah kiri baju biru dan tudung kelabu sebelah kiri. Ini antara event yang aku join dengan Nuffnang. Best tau. =)


4. Tulisan Yang Jelas

Aku ni rabun tau. Bila korang tulis kecik-kecik tenonet, memang buat aku pening dan serta merta aku tutup. Bukan kejam tapi buat apa aku nak menyeksa diri baca sesuatu yang membuatkan aku sakit kan kan kan? Hehe. Memang blog korang, hak korang but kalau rasa korang nak tulis itu untuk diri sendiri sampai tak hirau orang lain nak baca, senang je. Privatekan. Sebab dengan cara itu korang tak adalah membuatkan orang lain bengang. Lepas tu jangan promote pula nanti paham-paham sendirilah ye. 


5. Mesra Pengunjung

Ini paling aku suka. Kita kenalah friendly dengan sesiapa yang komen dekat blog kita. Walau sesibuk mana pun kita, kalau dah approve komen pengunjung sila balas. Tak banyak pun tak apa janji balas. Sebab tak adalah orang cakap kita sombong sampai tak ada komen pun dibalas. Aishh... *gelengkepala



6. Muzik Mu, Pilihan Ku

Yang ini lagilah. Tak ada dalam kamus hidup semua yang Muzik Mu, Pilihan Ku pon. I know that you all designed and choose what to be displayed on your blog but please... Tak best bila buka-buka dengar lagu yang membuatkan orang tu rasa teringat zaman bekas pakwe dia ke, bunyi kuat sangat ker atau pun lagu yang korang pilih tu, korang je yang tahu siapa penyanyi dia. Well, tak semua orang punya citarasa yang sama. Apa kata korang berhenti dari letak apa yang korang rasa sesuai dari melihat sudut kebaikan pandangan sesiapa yang datang membaca. Tak semua yang korang suka tu sesuai. Kadang kala kita kenalah tanya pendapat orang lain dan belajar menerima teguran. Barulah ramai orang yang follow dan singgah blog kita. =)


Apa-apapun, aku rasa ada banyak lagi banda yang kita boleh kongsi dengan topik macam ni. Nanti aku update lagi tips yang berguna untuk blogger yang sedang tercari-cari apa yang korang perlu buat. Insyallah. Kalau salah, tegurlah ye. Tinggalkan komen. Chill!








nota kaki: berpeluh tulis tips nie. Aish...hahaa




















Thursday, May 31, 2012

First Giveaway!

Assalamualaikum dan Hi,

*sticky post*



Hari ini aku nak umumkan Giveaway atau GA aku yang buat julung kalinya di blog aku ini. Ini sebagai tanda terima kasih aku buat semua yang sanggup berhabis masa walau sesaat untuk singgah, tertekan atau terlalu blog aku. Maksud aku, sesiapa sahaja ye.. =)


GA ni aku dah plan sejak minggu lepas lagi. Jadi sudah tiba masa yang dinanti-nantikan. Tak susah pun nak dapat GA aku ni. Senang sahaja.


Hadiah bagi GA ini aku berikan beberapa kelonggaran. Korang boleh pilih nak set hadiah yang mana. Set hadiah GA adalah:


Set A: Sehelai tudung satin / bawal plain (warna rambang) + topup RM10 

Set B: Sehelai tudung bawal plain (warna rambang) + sehelai tudung satin ( warna rambang)

Set C : Topup RM15


Apa yang korang kena buat adalah:

1. Tekan ini link ini dahulu. -->> here <<-- (jangan risau, bukan virus pun)

2.  Lepas tu buat satu entry di blog korang. Then post banner GA ini dan backlink semula ke entry GA ini.

3. Masukkan juga senarai hadiah untuk pemenang GA ini.

4. Di akhir entry post tersebut, sila tulis "GA Cik Jajika Senang Je" dan backlink kan ke post ini ye.

5. Komen di entry ini dan jangan lupa bagi link entry post korang tu untuk aku tengok. Jangan bagi link blog semata ye, tak dapat nak tolong.


Pemilihan pemenang tak susah. Aku buat cara biasa je. Siapa dapat most referred adalah pemenangnyer. Lagi satu aku nak tekankan. Aku tak akan batalkan GA ini even tak ramai yang join. Contoh, kalau yang join antara 1-10 orang aku akan bagi seorang pemenang (bergantung pada jumlah referred). Kalau 11 ke atas yang join, aku akan pilih lebih dari seorang pemenang (bergantung pada jumlah referred). Korang mesti tanya kenapa kena letak 'bergantung pada jumlah referred' kan? Sebabnya jika jumlah mereka referred sama, then mungkin akan ada lebih dari seorang pemenang. Yeah. Senang tak? hehe.


GA ini bermula dari 17hb Mei 2012 sehingga 31hb Mei 2012, pukul 12.30 petang. So ada masa 2 minggu untuk korang promote GA ini kat blog korang. Pemenang pula akan diumum pada 4hb Jun 2012. Semoga berjaya. Tak sabar nak share hadiah kat korang nie. Yeah Yeah Yeah =)

GA TAMAT!!! GOOD LUCK SEMUA..NANTIKAN PEMENANG PADA 4 JUN 2012!!


Update: Aku nak tukar cara pemilihan pemenang. Aku akan pilih melalui Random.org ye. Harap Maklum. kalau ada yang top referral maybe akan dapat juga. =)


Senarai Peserta:

2) Faridah Hanim - http://fahamokha90.blogspot.com/2012/05/114-first-giveaway-by-cik-jajika.html 
3) Eyda - http://eydawoit.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
4) Amer - http://amercorner.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
5) Farisha - http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-pap-pa-le-oo-lei.html
6) Lina Kah - http://kata-kata-kiki.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html   
7) Afiqah - http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html 
8) Aien - http://aiendaksempoi.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-pap-pa-le-oo-lei-set.html
9) Ainie - http://ainiesempoy.blogspot.com/2012/05/fist-giveaway-by-cik-jajika.html
10) Nor Hazwanie - http://rosepurple92.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
11) Eyna - http://malyhah.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
12) Eira Yusoff - http://ceritaceritaeirayusoff.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
13) Khuzaimah - http://khuzaimahbahari.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
14) Ira - http://iraathira.blogspot.com/2012/05/first-giveaway315.html
15) Mirah Halim - http://erahonlinediary.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
16) Ibu - http://afiman81.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
17) Nurul Ain - http://gilecontest.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
18) Hana - http://justforfund.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
19) Munirah Ezzaty - http://mun-rah.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
20) Farah Majdiah - http://farahmajdiah.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
21) Cik Zombie - http://shimaituaku.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
22) Eurika Afiqa - http://blossominmay.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
23) Miss Iqah - http://ashahirah.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
24) Aini Aqilah - http://ainiaqilah.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
25) Fisya Isya - http://cyahok.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
26) Pink Lavender - http://pinknlavender.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
27) Syiera - http://thisforjoin.blogspot.com/2012/05/cik-jajika-first-giveaway.html
28) Syazliyana - http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
29) Cik Orange - http://nerd2aku.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika-d-click.html
30) Nur Farah - http://nurfarahfadzil.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
31) Farra Izaty - http://farra-izzaty.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
32) Nawa - http://capitalkismylife.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
33) Katawe - http://kataweup.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
34) Kesuma Angsana - http://kesumaangsana.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
35) Hairuliza - http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
36) Fiqra - http://fiqrakendet.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
37) Syahirah - http://mylifestory-secretofhiramin.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
38) Mayang - http://mayangbakingmadness.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
39) Cik HoneyBee - http://storycikhoneybee.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
40) Hasmiza - http://duanmizastory.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
41) Hanis Syazana - http://rightnot.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
42) Salina - http://foolishlovevictim.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
43) Myza - http://diariesaya.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
44) Ibu Lala - http://ibulala.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
45) Cik Bunny - http://giftcikbunny.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
46) Iera Ziera - http://theieraziera.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
47) Cek Pipah - http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
48) Nurain - http://liltingmelody.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
49) Epal Chiby - http://epalchiby.blogspot.com/2012/05/giveaway-by-cik-jajika.html
50) Gee - http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
51) Ayinn - http://yiyinnyonnsenget.blogspot.com/2012/05/first-give-away-by-cik-jajika.html
52) Nyna Amani - http://neenaamanee.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
53) Noris - http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-cik-jajika.html
54) Zaidatul - http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
55) Killa - http://akuceritakualkisahku.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-cik-jajika.html
56) Noor Husna - http://scandalforlife.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
57) Diyana - http://winnersjourney.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
58) Kyle Lina - http://menariksanasini.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
59) Nabila - http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
60) Iema - http://saiapunyacherita.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
61) Scya - http://shasha-pendek.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
62) Ainur - http://ainuraqidah.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
63) Iswilma - http://miss-oranges.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
64) Athirah - http://atirahhayati.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
65) Mimie - http://www.feetdrunk-lightlove.co.cc/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
66) Nadhdiya - http://nadhdiya.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
67) Waheeda - http://waheedaonair.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
68) Hafiz - http://3259thelittleboy.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
69) Mira - http://missmashimaaru.blogspot.com/2012/05/giveaway-first-giveaway.html
70) Akma - http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
71) Cik Lynn - http://lynnlinda.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
72) Suehana - http://suehanasueha.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
73) Fiqah - http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
74) Miss KK - http://sweetmisskk.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
75) Botol Air Kosong - http://luluselalu.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
76) Nur Za - http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
77) Cik Fafa - http://fafazukri.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
78) Farrah Mawan - http://feeraakira.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
79) Nur Saidatul Azwa - http://nursaidatulazwaa.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
80) Yumida - http://umikasum.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
81) Farah farzana - http://farahfarzanaroslan.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway.html
82) Farhanah Adzlan - http://farhanahadzlan2.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
83) Myself - http://iris-everythinggonnabealright.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
84) Zatty - http://musyuxmusyux95.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway-by-cik-jajika.html
85) Fieza Sani - http://chintahati81.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
86) Little Peach - http://honeylittlepeachteehee.blogspot.com/2012/05/1st-c-o-n-t-e-s-t-in-my-l-i-f-e.html
87) Myra - http://sheismyra.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
88) Nida - http://alongnidar.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
89) Mardihah - http://madieygadis98.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
90) CBB -  http://chebethomekbong.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
91) Siti Zarith - http://ceritaakulahh.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
92) Jari-jemari - http://opspintuhatiku.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
93) Nanakimie - http://nanakimie.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
94) Azreen - http://lollalicious-azreen.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
95) Cik Angah Humairah - http://giveaway-only.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
96) Lieyna Rosli - http://lieyna-story.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
97) Fara Chew - http://farachew.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
98) Ain Vanilla - http://aenvanilla.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
99) Zyraa - http://zyraaaaaa.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
100) Mieraa Mohammad - http://secondbmm.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
101) Fazleen - http://fazleenkamarudin.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html








More info:

Menarik Tentang Yuna



nota kaki: prepare hadiah