Monday, June 18, 2012

Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger!

Assalamualaikum dan Hi,


Raya dah nak dekat, puasa lagi lah. Siapa yang tak ganti puasa lagi??? Well, aku pun sama je. Ada lagi 2 hari je...tapi mengganti tu masyallah. Cuaca sekarang kan tak menentu. Susah sikitlah nak mengganti kali ini. Insyallah minggu ni aku kena ganti juga! Go go chaiyok!!


Siapa dah beli baju raya?? La.. sayanglah. Mana tau size boleh kecik sikit kan kan? hehe.. Macam mana, korang tanya?? Senang je. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..kehkehkeh.. Berfalsafah la pulak pepagi ni...


Korang semua kenal tak dengan Kevin Zahri?? Ala, yang femes masa kat AF tu. Tak ingat ker? Yang ensem dan badan sesedap mata memandang tuu. Tak hengat jugak? Meh tengok bawah...




Ensem kan kan? Jangan ngengada lah korang sebab dia dah kahwin la. Ada anak pun.. Sayang..melopeh lor..hehe... So, berbalik pada motif entri ini, aku nak ajak blogger yang mana rasa nak dapatkan tips dan info lebih lanjut mengenai 'Kurus' boleh join event yang akan diadakan pada bulan Julai ini. Jom cekedout *checkitout


PERHATIAN : Jom Join Small Contest Ni
jom kurus percuma bloggers 485x297 Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger Tips kesihatan seminar kevin zahri Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger jom kurus event blogger
  • Topik: Jom Kurus bersama Kevin Zahri (maklumat lanjut)
  • Tarikh: 8hb Julai 2012
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
  • Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.
Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus (klik di sini) dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kriteria Pemilihan
  1. Ada blog
  2. Buat blog post
  3. Submit url ke email puanbee
  4. Sebelum mencukupi 40 peserta penyertaan di terima
Sumbit email kepada Puan Bee tau. Korang jangan hantar kat den pulak. Tak dapek den nak tolongnya. haha. 

Hah, best tak? kan kan kan *tamparlelaju. Kalau nak tau apa yang akan dibincangkan semasa sesi ini, korang boleh je usha laman web Kevin Zahri sendiri. Apa lagi??? Jom la... Siapa cepat dia dapat...hehe








nota kaki : nak kurus dan sihat! yeah

No comments: