Assalamualaikum dan Hi,
Pernah dengar tak orang kata jangan pukul lipas tu sampai mati sebab kalau mati, dia lagi membiak banyak? Ke aku sorang je yang pernah dengar? hehehe
Sejak dua menjak ni rumah aku telah menjadi pusat peranginan bagi puak lipas. Sungguh pening kepala aku tau tak.
Di sebabkan aku geram, aku telah membeli serbuk racun lipas di Uptown, Danau Kota. Murah dan senang je. Harganya cuma RM2 je sepeket. Kalau korang nak aku belikan boleh je, no hal. Janji bagi duit...hehe
Korang taburkan di kawasan penginapan atau laluan utama puak lipas dan biarkan sahaja. Jangan disapu pula lepas tu. Membazir je korang tabur. hehe. Esoknya korang akan terus nampak beberapa ekor dari puak lipas telah pun terdampar kaku.
Ini cara aku, korang macam mana? Dulu aku letak juga ubat gegat si sekeliling rumah aku tapi tak berkesan pun. So, terus aku bubuh racun. alhamdulillah setakat ini berjaya. Cuma aku kena fikirkan cara macam mana nak bunuh lipas yang tak bergerak ke mana-mana. Sebab yang aku perasan lipas ni jenis yang tak berjalan-jalan sangat. Dia akan stay je 1 tempat tu. Aku tak tahulah kalau dia tengah menternak baka-baka dia or memang lipas jenis macam tu.
Kalau korang ada tips lain, bolehlah kongsikan dengan aku ye. Sharing is caring.. =)
nota kaki : hapuskan serangan puak luar!!!hahaa
No comments:
Post a Comment