Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Kenapa Marah Bila Pinjaman PTPTN Dibekukan?


Anwar Irresponsible Leader

Semasa menyampaikan ceramah di Permatang Pauh akhir minggu lepas, Anwar Ibrahim secara terbuka menghasut pelajar IPT yang telah meminjam dengan PTPTN supaya tidak lagi membuat pembayaran wang pinjaman tersebut.
Alasannya pakatan pembangkang akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang. Sebagaimana biasa, juak-juak dan balaci pakatan pembangkang menyambutnya dengan sorakan gembira – tanda menyokong.
Manakala rata-rata rakyat Malaysia yang berfikiran waras langsung tidak teruja dengan hasutan tersebut kerana tahu sudah menjadi kewajipan siapa saja yang meminjam wang mesti berusaha untuk membayar hutang.

Malah kalau kita selidik di portal pembangkang yang mengapung hasutan Anwar itu ramai kalangan kaum Cina yang selama ini dikatakan pro pembangkang juga agak terkesima dengan gesaan tersebut.
Masyarakat Cina tahu hasutan Anwar itu jelas melanggar prinsip kehidupan massa selain boleh menyebabkan ada anggota masyarakat memandang remeh pada tanggungjawab patuh pada kontrak penjanjian yang ditandatangani.
Dengan hasutan sedemikian rupa, Anwar sebenarnya secara sedar telah membuktikan kepada umum yang dia bukanlah seorang pemimpin yang bertanggungjawab.
Semalam pula kecoh dengan tindakan drastik PTPTN membekukan sementara pinjaman kepada pelajar UNISEL yang dikelolakan oleh kerajaan Selangor.
Tiba-tiba pula juak dan balaci PAS yang sebelum ini menyokong hasutan Anwar pusing 360 darjah mengecam langkah PTPTN membekukan pinjaman tersebut.
Pelik bin ajaib, tatkala Anwar menghasut rakyat mengabaikan tanggungjawab membayar wang pinjaman, mereka bersorak sokong. Bila PTPTN mengambil langkah pembekuan sementara pinjaman tersebut, mereka marah dan kecam. Bangang.
Hatta apa saja bank atas dunia ini sekalipun tidak sanggup mengambil risiko meluluskan permohonan pinjaman kepada orang yang liat dan malas membayar hutang, apatah lagi PTPTN.
Bila Anwar sengaja menghasut pelajar jangan membayar hutang itu maknanya dia semacam dah cukup yakin boleh tanggung keseluruhan kos pendidikan pelajar di IPT dan kolej yang dikelolakan kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.
Jadi, apahal nak marah bila PTPTN bekukan pinjaman kepada pelajar UNISEL? 
Suruhlah kerajaan Selangor yang di ketuai Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Selangor (Anwar Ibrahim) tanggung semua kos pengajian di IPT tersebut.

Berjanji bukan main, menghasut tak ingat dunia. Nah, sekarang buktikan semua pelajar UNISEL, KUIS dan apa saja kolej di bawah kerajaan pakatan pembangkang dapat realisasikan sekarang juga pendidikan percuma.
Tak usah berdolak dalik nak kena tunggu ambil alih kerajaan pusat, sekarang kamu dah hasut jangan bayar hutang maka sekarang jugalah kamu kena tanggung semua kos pengajian pelajar. Ada berani? Takkan sembang je lebih kot.

* Yuran pengajian KUIN di Kedah pun mencanak naik, peminjam wang pendidikan Pulau Pinang di buru hingga lubang cacing, chaisss… boleh pulak Anwar nak kelentong dan menghasut rakyat jangan bayar duit PTPTN. Buntut kuali punya haprak.



sumber : sini 









Tips : Kelebihan Seorang Blogger

Assalamualaikum dan Hi,


Kadang-kadang ramai yang duk tanya apa motif aku berblog bagai nak rak dan apa kaitan dengan Nuffnang? Penat dan letih nak menjawab soalan yang sama berulang kali. Jadi aku nak kongsi beberapa fakta mengenai kelebihan menjadi jawapan korang.


Kelebihan Seorang Blogger Yang Mendaftar Dengan Nuffnang

1. Paling common dan senang citer, kita boleh buat duit. Siapa tak suka duit tapi opss...bukan bermakna kita ni mata duitan. No..no..no...tak elok pikir macam tu tau. Bagi aku, kalau korang dapat buat side income sambil fixed income apa salahnya? Bukan susah bebenor pun nak dapat side income macam ni. Tak banyak pun tak apa at least dari tak ada. Janji kita buat pun kita happy dan dapat duit pun happy. Kita akan mula menjana pendapatan bila iklan mula dipaparkan diblog kita.   

2. Fakta yang kedua pula, bukan pihak Nuffnang yang pilih blog siapa, iklan apa dan bila. Bukan tau. Yang pilih adalah para pengiklan itu sendiri. Berdasarkan apa? Berdasarkan tempat iklan itu dipaparkan, isi kandung blog, dan juga bilangan visitor unik.

3. Nuffnang juga bekerjasama dengan rakan strategik seperti syarikat pembekal web untuk memberikan kita, para blogger ganjaran tambahan. Nuffnang juga akan update dengan kita apa perkara terbaru untuk pengetahuan kita.

4. Kalau korang nak tahu, Nuffnang juga mempunyai ruang 'Blogger Pilihan' yang tersendiri tau. Ianyakan akan dipilih secara bulanan. Bagi blogger cabuk macam aku, memang susah sikitlah kan. Selalunya yang memang dah top akan dipilih. Tapi rezeki kita, siapa yang tahu kan? hehe

5. Fyi juga Nuffnang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik yang sentiasa menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan untuk ahli blogger yang menghadirkan diri. Jangan risau kalau korang fikir mesti mahal kena bayar sebab event pun gempak-gempak kan? Salah andaian anda tu sebab selalunya ianya adalah PERCUMA. Ya, percuma. Contoh event Genting Charity Movie Screening hari tu. Free je kot. Cuma untuk kebajikan, perlu bawa hadiah untuk budak-budak tu. Ok what...


So, apa korang tunggu lagi? Jom join dan daftar dengan Nuffnang. Bukan susah. Register macam biasa sudah cukup. Janji ada blog dan email. Orang tua-tuan kata "Sambil Menyelam Minum Air". Insyallah rezeki kita ada dimana-mana janji kita berusaha. 


Yang pasti, korang perasan tak perkataan Nuffnang tu aku highlight dengan warna biru? Sebab itu adalah warna rasmi Nuffnang. So saja nak bodek la kononnyer. hehe. Nanti aku akan kongsikan pula cara nak letak iklan dan tips lain ye. 







nota kaki : kacing..kacing... *bunyi duit

Wednesday, March 21, 2012

Raja Lawak 6

Assalamualaikum,


Rasa nak menulis dalam bahasa. Okay je kan? Yela, malu sebab bahasa omputih aku tunggang terbalik. hehe


Baiklah, berbalik pada tajuk entry hari ini memang nak story pasal Raja Lawak 6. Dimana sewaktu kejadian tersebut aku pergi menonton.


Hujan lebat. Aku paksa Aiman pakai macam ni. Comel! Hahaha


Balik-balik kerja terus tunggu kawan-kawan bf dari Kluang sebab Shiro (pemenang Raja Lawak 6) adalah kawan-kawan dieorang dan juga abang kepada salah sorang dari mereka. So aku pun tumpang sekaki jela. Apa lagi. hehe


Boleh aku cakap yang semua pakai selawa mungkin. Tapi aku jela relax. Selebet kot *Selekeh* Hehe


Sorry bukan aku tak nak melawa tapi aku dahla baru balik kerja. Penat la. Lagipun tak rasa nak makeup giler-giler. Buat apa kalau sekadar plastik? Sampai Aiman cakap kat aku yang die rasa kawan-kawan die tengok aku, biasa-biasa je.


Tahu apa aku cakap? If dieorang nak tengok patung semata, boleh toleh tempat lain. Aku lagi suka orang tak pandang aku sebab aku bukan 'PLASTIC'. Biar buruk di luar tapi emas di dalam. Paling penting dan sememangnya aku. Aku tak suka menarik perhatian orang. Bukan nak bangga or cakap besar tapi aku memang lagi suka down to earth. Tak mati pun kalau tak dapat perhatian.



Okay-okay, berbalik pada apa yang aku nak cerita. Mula-mula ingatkan tak dapat masuk sebab tiket limited. Lepas tu dapat lak tiket VIP dan duduk la depan. Tapi sayang sebab muka tak dapat masuk tv even penat aku ketawa cute-cute cover macam kelakar giler. Namun masih gagal masuk tv. Hahha *palm face




Gambar pun aku tak amik sangat sebab bagi aku, dieorang still orang biasa. So, kalau sebelum ni aku boleh je buat relax dengan dieorang jadi kenapa aku nak jadi plastik lagi dan sibuk-sibuk ank ambil gambar?


Lepas tu semua menggelumpur kelaparan. Terus pecut ramai-ramai pergi kampung baru. Makan malam pukul 2 pagi. Memang bestla. Perut pun dah masuk angin. Balik-balik terus kepenatan. Tidur lak pukul 3 lebih. Hampir pukul 4 okay.


Keesokannya bangun pukul 7 dan bergegas ke Puchong pulak tapi naik ERL sebab nak cepat. Memang rushing giler. Teman along pergi repair kete sampai pukul 4 lebih then pergi OU jalan-jalan and window shopping (along belanja). Balik rumah pukul 8, mandi-mandi terus teman Aiman pergi makan kejap.


Balik pukul 10 terus flat! Penat giler. Terus tidur tak mati sampai hari ahad. Masih ada appointment okay. Dengan bff ke Matta fair. Kalau nak tahu, boleh baca next entry. Trimas!! hehehe


Gambar dari tempat duduk. Congrats Shiro!



nota kaki:busy giler mengalahkan YB!!

Friday, January 20, 2012

Obsesiku oleh Aqasha

Assalamualaikum,

Siapa yang follow cerita Gemersik Kalbu di slot Akasia TV3? Hah, aku dulu pun masa awal-awal memang tak suka cerita tu sebab bosan (yela, sebab hero and heroin tak berjumpa lagi). Cerita yang diadaptasi dari novel Gemersik Kalbu oleh Anis Ayuni.




Sekarang aku memang OBSES dengan cerita tu. Best betul. serius romantik bila part Aqasha nak ngurat Ayu Raudhah. Hehe.




Cuma episod semalam agak geram sebab si Aqasha telah merogol Ayu walaupun hakikatnya nampak macam Aqasha tak buat pape pun. Aku rasa dia terlampau nak kat Ayu sebab tu dia buat macam tu bila Ayu tolak cinta dia. Mungkin la. Aku pun tak tahu.


So bila cerita tu abis je mesti ada lagu Aqasha main gitar. Lagu Obsesiku. Best giler. Agak-agak lucah pun ada juga bila dengar but romantik..hehe..


Ni lirik lagu dia ye..hehe


OBSESIKU

Matamu....Bibirmu...
Pipimu & juga senyummu..
Membuat aku lebur..
Hanyut di dalam ghairah..
Kerna mu..

Tubuhmu.. harummu..hatimu..
Oh! semua aku mahu...

Inginku gigit² cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku..
& membisikkan aku cinta kamu..

Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu..
Semoga kau tahu... ku gila kamu

Auramu... Pujuk rayu hatiku..
Sering bergoncang jiwa ini..
Siang malamku gundah,
Tiada melihat wajahmu..
Ku rindu...

Kau obsesiku....


Nota kaki: layan lagu sampai habis office hours

Friday, December 23, 2011

Friday

Assalamualaikum,


Aku bukan nak nyanyi lagu Friday (nyanyian Rebecca Black) ye. Cuma nak bagitahu hari ini hari Jumaat. Jumaat yang relax lagi cool. Cewahh..ehhe


Sekejap lagi pukul 11 aku ada meeting post mortem Fire Evacuation yang telah berjaya dilaksanakan minggu lepas. Setakat ni itu saja yang aku tahu (which masa aku banyak terluang).


Secara tidak langsungnya aku nak bagitahu aku akan pulang ke Batu Pahat hari ini. Tiket sudah settle. Pukul 7.30 pm di Terminal Bas Selatan / Sepadu? Entahla. Aku pun tak pasti nama terminal tuu...hahaa. Aku mintak sesiapa yang tolong beli tuu beli tiket bas Mayang Sari sebab aku nak berhenti depan rumah. Harap-harap bas tuu lalu Muar dan berhentilah ye. Kalau tak aku kena turun bandar. Sungguh tak rajinn..haha. Anyway thanks kepada sesiapa yang tolong beli tu ye.. =)


Perancangan hujung minggu ni untuk pergi ke Kluang hari Sabtu sebab malam tuu ada kenduri doa selamat sempena kelahiran anak lelaki kawan aku. Hehe. Nak tengok baby. Mesti comel. hahaa


Sebelum itu pergi cari hamper dulu kat sana. Tak sabar rasanya. Heheh.. Hari ahad pagi baru gerak balik ke rumah aku then hari isnin baru pulang ke KL. Owh..rasa macam schedule agak pack la pula ye..


Oh, baru terima satu panggilan. Lunch hour aku kena jaga counter bawah sebab akak reception bawah tuu cuti. So, tak dapat nak survey barang-barang sale Guardian (makeup) kat KL Sentral. Lepas office hour sah-sah aku nak rush balik. Malas nak menyinggah. Leceh.. So rasa ruginyer.....hehe


Doakan perjalanan pulang saya..ehhe..=)



nota kaki: bungkus nasi beriyani untuk akak opis..

Friday, May 20, 2011

Jumaat oh Jumaat

Assalamualaikum,

Firstly nak cakap yang ini adalah fast entry sebab aku menaip dengan laju dan pantasnya dek kerana ada beberapa kerja yang perlu aku siapkan (sampai banyak kali salah eja kott). Harini memang nyaman jek sebab arini kan Jumaat. Full of bless okay. I loike. Esok cuti membuatkan kau rasa lagi gumbira giler..Hahhaa...

Tapi bila teringat yang ada orang renovate umah, rasa nak lari dari umah jap esok n ahad nie. Malas nak duk umah..hehe.. Ada beberapa gak entry dari blogger-blogger yang aku follow yang aku tertarik untuk meng'skodeng' sampai aku kadang-kadang lupa aku ada kerja..Boleh takk macam tuu??hahaha...

Harini lunch makan sorang-sorang (macam biasa) *senyumcomel*. Ini sebab my sista tak jadi nak lunch sama sebab die kata busy nak buat kerja. Akhirnya die janji nak belanja saya Subway of the Day arini iaitu Smokey Chicken (kalau takk silap laa)..Huhu... Jangan die lupa sude..melopes...hahaha

Okay-okay..Rasanya tak ada ape lagi nak tulis. Sebab takut jap lagi boss datang jenguk.. mati den oi...Hahahahaha....Daaa

*LuvJumaatsoooomuch!!!hahahahhahaa