Friday, December 23, 2011

Friday

Assalamualaikum,


Aku bukan nak nyanyi lagu Friday (nyanyian Rebecca Black) ye. Cuma nak bagitahu hari ini hari Jumaat. Jumaat yang relax lagi cool. Cewahh..ehhe


Sekejap lagi pukul 11 aku ada meeting post mortem Fire Evacuation yang telah berjaya dilaksanakan minggu lepas. Setakat ni itu saja yang aku tahu (which masa aku banyak terluang).


Secara tidak langsungnya aku nak bagitahu aku akan pulang ke Batu Pahat hari ini. Tiket sudah settle. Pukul 7.30 pm di Terminal Bas Selatan / Sepadu? Entahla. Aku pun tak pasti nama terminal tuu...hahaa. Aku mintak sesiapa yang tolong beli tuu beli tiket bas Mayang Sari sebab aku nak berhenti depan rumah. Harap-harap bas tuu lalu Muar dan berhentilah ye. Kalau tak aku kena turun bandar. Sungguh tak rajinn..haha. Anyway thanks kepada sesiapa yang tolong beli tu ye.. =)


Perancangan hujung minggu ni untuk pergi ke Kluang hari Sabtu sebab malam tuu ada kenduri doa selamat sempena kelahiran anak lelaki kawan aku. Hehe. Nak tengok baby. Mesti comel. hahaa


Sebelum itu pergi cari hamper dulu kat sana. Tak sabar rasanya. Heheh.. Hari ahad pagi baru gerak balik ke rumah aku then hari isnin baru pulang ke KL. Owh..rasa macam schedule agak pack la pula ye..


Oh, baru terima satu panggilan. Lunch hour aku kena jaga counter bawah sebab akak reception bawah tuu cuti. So, tak dapat nak survey barang-barang sale Guardian (makeup) kat KL Sentral. Lepas office hour sah-sah aku nak rush balik. Malas nak menyinggah. Leceh.. So rasa ruginyer.....hehe


Doakan perjalanan pulang saya..ehhe..=)



nota kaki: bungkus nasi beriyani untuk akak opis..

No comments: