Friday, June 8, 2012

Kenapa Marah Bila Pinjaman PTPTN Dibekukan?


Anwar Irresponsible Leader

Semasa menyampaikan ceramah di Permatang Pauh akhir minggu lepas, Anwar Ibrahim secara terbuka menghasut pelajar IPT yang telah meminjam dengan PTPTN supaya tidak lagi membuat pembayaran wang pinjaman tersebut.
Alasannya pakatan pembangkang akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang. Sebagaimana biasa, juak-juak dan balaci pakatan pembangkang menyambutnya dengan sorakan gembira – tanda menyokong.
Manakala rata-rata rakyat Malaysia yang berfikiran waras langsung tidak teruja dengan hasutan tersebut kerana tahu sudah menjadi kewajipan siapa saja yang meminjam wang mesti berusaha untuk membayar hutang.

Malah kalau kita selidik di portal pembangkang yang mengapung hasutan Anwar itu ramai kalangan kaum Cina yang selama ini dikatakan pro pembangkang juga agak terkesima dengan gesaan tersebut.
Masyarakat Cina tahu hasutan Anwar itu jelas melanggar prinsip kehidupan massa selain boleh menyebabkan ada anggota masyarakat memandang remeh pada tanggungjawab patuh pada kontrak penjanjian yang ditandatangani.
Dengan hasutan sedemikian rupa, Anwar sebenarnya secara sedar telah membuktikan kepada umum yang dia bukanlah seorang pemimpin yang bertanggungjawab.
Semalam pula kecoh dengan tindakan drastik PTPTN membekukan sementara pinjaman kepada pelajar UNISEL yang dikelolakan oleh kerajaan Selangor.
Tiba-tiba pula juak dan balaci PAS yang sebelum ini menyokong hasutan Anwar pusing 360 darjah mengecam langkah PTPTN membekukan pinjaman tersebut.
Pelik bin ajaib, tatkala Anwar menghasut rakyat mengabaikan tanggungjawab membayar wang pinjaman, mereka bersorak sokong. Bila PTPTN mengambil langkah pembekuan sementara pinjaman tersebut, mereka marah dan kecam. Bangang.
Hatta apa saja bank atas dunia ini sekalipun tidak sanggup mengambil risiko meluluskan permohonan pinjaman kepada orang yang liat dan malas membayar hutang, apatah lagi PTPTN.
Bila Anwar sengaja menghasut pelajar jangan membayar hutang itu maknanya dia semacam dah cukup yakin boleh tanggung keseluruhan kos pendidikan pelajar di IPT dan kolej yang dikelolakan kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.
Jadi, apahal nak marah bila PTPTN bekukan pinjaman kepada pelajar UNISEL? 
Suruhlah kerajaan Selangor yang di ketuai Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Selangor (Anwar Ibrahim) tanggung semua kos pengajian di IPT tersebut.

Berjanji bukan main, menghasut tak ingat dunia. Nah, sekarang buktikan semua pelajar UNISEL, KUIS dan apa saja kolej di bawah kerajaan pakatan pembangkang dapat realisasikan sekarang juga pendidikan percuma.
Tak usah berdolak dalik nak kena tunggu ambil alih kerajaan pusat, sekarang kamu dah hasut jangan bayar hutang maka sekarang jugalah kamu kena tanggung semua kos pengajian pelajar. Ada berani? Takkan sembang je lebih kot.

Yuran pengajian KUIN di Kedah pun mencanak naik, peminjam wang pendidikan Pulau Pinang di buru hingga lubang cacing, chaisss… boleh pulak Anwar nak kelentong dan menghasut rakyat jangan bayar duit PTPTN. Buntut kuali punya haprak.



sumber : sini 









No comments: