Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Perkhabaran November

Assalamualaikum dan Hi,


Lama gila aku tak update blog kesayangan aku ni. Well, bila hidup bergelora. Agak kucar kacir memang tak menentu. Dulu keje opis boleh la update blog empatpulohlapanjam tanpa henti. Sekarang memang tak ada masa. Opss...bukan tak ada masa tapi tak ada tenaga nak update.


Mesti pelik kan? Nak update blog bukan guna tenaga pun. Tekan je papan kekunci tu. Senang je. Yela...memang senang tapi keja aku sekarang memerlukan banyak tenaga dan kebanyakannya sudah habis di sana. Hari ini rest day so tetiba rasa rindu pulak dekat blog ni.


Keja sekarang yang aku buat memang lari bidang. Yela, aku plan nak sambung belajar so saja nak keje cari duit poket sekali. Cuma sekarang aku sendiri tak pasti nak sambung belajar ke tak.


Nanti takut nak susahkan mak aku lagi pasal duit belanja. Aishhh... Susahla kalau macam ni. Apa nak buat ni? Keja sekarang memang guna result spm je. Tak pakai pun dip aku. Memang aku sengaja pun tak guna dip aku. 


The best thing is aku dapat turunkan berat badan aku... Baru sebulan lebih tapi aku dah berjaya turunkan berat aku dekat 9kg. Fuhh...kalau sampai hujung bulan ni mau dekat 20kg aku turun. hahahha..... *-*


Serius aku konfius. Nak terus keje dulu then baru sambung belajar or terus je sambung belajar. Kalau ikutkan plan aku sambung belajar bulan 1 ni. Tapi entahla... Keliru la...


Oklah..aku nak try apply BR1M 2.0 la...hehehe... =))

Sunday, September 16, 2012

Pork The Only Non-Halal Food or Ingredient?

Assalamualaikum dan Hi,




After a few weeks fulled with my bad swing mood, hari ini aku nak cuba kembali normal jap. Boleh kan? Biasalah, hidup ini kalau tiada masalah tak sah. Bila ada masalah barulah kita ada pengalaman untuk menghadapi dan juga mempelajari lebih banyak tentang diri kita ni. 


Dalam entri kali ini aku nak bercerita tentang Halal Haram. Oppss...bukan nak mengajar. Aku lebih suka berkongsi pendapat dengan korang. Jika ada ilmu kita kongsilah bersama. Tak mau kedekut. Bila berkongsi pendapat dan berdiskusi barulah ilmu itu berkembang.


Well, back to the topics. Bukan nak cerita pasal pakwe makwe, bos pekerja or yang sewaktu dengannya. Mari baca statement di bawah dan korang kenal pasti benar, tipu, kenyataan or macam mana.

"We do sell alcohol in this end high bistro. But we do not sell pork and non-halal food. No problem with tudung as being a cashier you just need to handle cash!"

Okay, apa yang korang paham tentang kenyataan di atas? Mana aku dapat kenyataan ni? Macam ni. Kalau korang selalu follow blog aku kompem korang tahu yang aku sekarang jobless. So sementara mencari keje yang sesuai dengan certificate aku, aku mencarilah keje pape yang ada dulu. 


Bila aku tanya dia ada jual alcohol and non-halal food ke dan aku tanya okay ke kalau aku pakai hijab keje kat sana? So itulah yang dia balas.


Kat sini aku nak berkongsi dengan korang bahawa kebanyakan non-muslim fikir bila non-halal mesti pork. Kenapa? kenapa? Kesian dia pork disalahkan korang tau.. hihi... =)


Actually, for your info bukan hanya pork. Kita menilai halal haram sesuatu daripada puncanya. Tak semestinya pork tu mesti dalam bentuk  ketulan daging. Kita tengok juga sumbernya. Untuk pengetahuan korang yang tak tahu, air alcohol ataupun dalam bahasa melayu, ARAK pun haram. Non-halal lah tu. It's not must be a pork only. There is a lot of source that must be clearly determine before you declare it's halal or not. Jadi bila ada sumber jualan dari arak, kompem tak halal ye... =))


Ada sekali tu juga aku tengok citer korea. Sana makanan pemes amos dia pork dan daging tau. So bila g sana makan kena hati-hati. Dalam citer tu ada orang muslim sebagai guest dia. So bila tiba time makan diaorang masak sayur-sayuran sebab takut kita tak makan *sebab takut diragui cara sembelih dia tu. Kalau diikutkan nak makan yang lain pun takut juga. Dia masak pakai minyak apa? Sayur-sayuran dia ada pakai racun or baja apa? Barangan atau peralatan memasak pula pernah guna untuk masak pork tak? Semua tu kena pikir tau. Lagi-lagi duduk luar negara. Susah nak tahu. Kalau negara Islam macam Arab ke, tak apalah. Walhal dalam Malaysia pun bukan semua benda yang kita makan kita tahu halal-haramnya. Betul takk?


Hah, korang boleh rujuk gambarajah dibawah ni. Good for add-value untuk kita semua.. =))




Yeah, clearly memang ramai yang non-muslim tak tahu benda ini dan sila jangan terkejut jika ada antara sahabat sesama agama kita pun tak tahu benda ni. Just for your info sebab ramai yang cakap kenyataan macam dekat atas tu. Bila kita yang tahu ni dengar terus macam...hah??? *blurr


Last but not least, sekarang aku pun tak amik keje tu. Tempat tu pun aku nak mintak dielakkan. Semoga yang baik-baik akan hadir dengan perlahan. Insyallah. Korang macam mana? Pernah alami dilema sebegini takk? =)


Wednesday, August 8, 2012

I'm Just A Kid

Assalamualaikum dan Hi,




Hari ini ada beberapa perkara yang telah berlaku. Tak semua yang tak elok atau sedih. Tapi sekarang aku rasa agak sedih. Sekarang bulan puasa. Ya, aku tidak seharusnya bersedih. 


Dulu korang pernah tak mak korang cakap yang kalau nanges batal puasa? Aku masih ingat sebab dulu masa kecik aku kuat nanges. Kata orang jawa, 'gembeng' = kuat nanges. Ya, memang itu aku.


Bila besar aku kadang harap aku tidak selemah dulu. Tapi kita kena sedar akan hakikat yang terang lagi nyata kan? Aku tak mahu tapi kenyataan tetap kenyataan. Perasaan aku masih sama. Walau luaran sahaja berubah. 


Jangan salah paham dengan keadaan aku. Aku cuma sedih. Sedih memikirkan aku perlu meninggalkan sesuatu yang tidak harus bersama denganku lagi. Bukan sedikit tapi banyak bilangannya.


Sedih...


Apa pun yang berlaku tapi tadi ternyata aku telah berjaya mengawal emosiku. Aku berjaya menjadi hipokrit sebentar di hadapan semua orang. Aku berjaya berlakon menjadi seorang yang riang menerima segala yang akan berlaku. Aku terpaksa. Sebab aku sedar akan semua ini tak lama dahulu.


Cuma.... Sedih. Itu saja aku nak cakapkan. Tiada apa yang aku kesalkan.


Dulu masa aku nanges aku selalu pikir aku masih kecik jadi aku memang layak menangis. I'm Just A Kid. Itu dulu. Kini, apa wajarkah tangisan aku diambil kira sekadar tangisan seorang budak perempuan?


Jadi.....aku berharap aku masih boleh berkata 'I'm just a kid' lagi.....





                       

nota kaki : tak elok menangis tapi aku tak terdaya. Air mata cuma boleh bergenang tanpa dilepaskan ='(

Tuesday, June 12, 2012

Mickey Mouse Mengganas Di Midvalley!

Assalamualaikum dan Hi,


Hari ini banyak kerja tertangguh dan tak cukup masa nak buat semua kerja. Entri semalam yang aku perap pun meronta-ronta nak dikeluarkan hari ini. Walaupun seharian aku sibuk dengan kerja aku tapi blog kesayangan aku ni pun perlu di ambil berat. Kang kalau touching apa mau bikin??? hehe


Sebelum ini aku ada baca beberapa entri mengenai pameran Mickey ini. Rasa macam tak percaya tau tak sebab gambar yang dieorang ambil menampakkan sudut berbeza incik Mickey. Pameran ini berlangsung agak lama sempena 'Mickey Mouse Through The Years Since 1928' dari 24 May - 17 September 2012! Dah tua pun incik Mickey ni. So siapa yang rasa nak jumpa incik Mickey, masih ada banyak masa lagi tau..


Yela, kan selalu kita nampak Mickey dalam tv warna hitam putih je dengan seluar merah bintik putih kan? Kali ini korang tengoklah apa perbezaannya.... Aku tak nak tulis panjang-panjang ye. Korang tengok sendiri betapa kreatifnya design incik Mickey ni.. hehe




























Korang tengok betapa ramainya yang datang nak buat photoshoot dengan incik Mickey. Femes tau incik Mickey ni..hehe










Lepas jenjalan jumpa pula 1 lagi booth di bahagian sebelah lain. Road To London. Agak best sebab ada screen besar yang detect image kita tau. Hebat. Dan korang boleh tandatangan kat wall yang disediakan. Rasa bangga sekejap. hehe





Bila haus terus pergi mencari Chatime yang jauh ke bawah sana. Serius super tired tau. haha. Tengok-tengok line up dah panjang. Beratur dan order. Tengok no giliran. Oh, 6487.






Oh, kat screen baru 6469. Alamak. Lama lagilah...sabar jela menanti airku...kehkehkeh




Disebabkan kehausan, minum dan buat-buat lupa nak tangkap gambar. Aku beli Strawberry Puding Au-Liat dan tambah pearl ye, harga pula RM8.90. Nyummy. But incik bf tak suka pulak. hehe... yang penting aku suka sudahlah..hahaha =)








nota kaki : tetiba rasa nak minum lagi...nyumnyum

Monday, June 11, 2012

Artis Melayu Islam Berjudi Di Australia

Assalamualaikum dan Hi,


Selamat hari Isnin buat semua. Hari ini kebanyakan budak sekolah dah pun memulakan persekolahan mereka. Bagi pantai timur dan utara, semalam pun dah mula kan? Mesti ramai yang mula buat perangai tak mahu pergi sekolah. Tang ni lah sakit kepala, sakit perut, dan berbagai sakit datang. Sebenarnya ada kerja sekolah tak siap lagi..haha. Perkara biasa.. =)


Buka-buka yahoo terus keluar gosip baru nyah. Ada retiss*artis yang berjudi di Australia. Kalau retiss agama lain, no issue at all but ini retiss ini agama Islam tau.. Malas nak sebut siapa tapi korang kalau baca artikel tu confirm tau punya sebab dia tulis nama retiss tersebut.


Kalau ye pun nak berjudi, rasanya tak perlulah nak umum kat awam apa kau buat. Nak berbangga lagilah tak elok. Buat jahat tu senyap-senyap sudahlah. 


Mula-mula aku pun tak percaya tapi lepas aku baca artikel tu, terus aku kaji kebenarannya. Ternyata. Benar sekali. Aish. Apa nak jadi? Nak tahu siapa dia?? Korang tengok sendirilah gambar bawah ni. Semoga kebaikan datang menyedarkan kita semua. Astarghfirullah al'azim...




Sumber gambar dari laman twitter retiss ini sendiri. Boleh tengok di sini


Sumber artikel yahoo pula di sini.








nota kaki : dunia akhir zaman...masyallah..

Friday, June 8, 2012

Jom Jakarta Murah Dengan Air Asia

Assalamualaikum dan Hi,


Minggu ni musim cuti sekolah hampir tamat. So, jalan pun confirm jem punyakan? Sebab itu aku tak plan untuk balik kg minggu ni. Sekali stuck dekat Seremban entah berapa lama nak lepas. Macam tak berbaloi pula kan?


Aku lebih suka plan cuti aku dengan lebih awal. Insyallah hujung tahun ini aku plan untuk backpack dengan my bff ke Sabah. Well, harapnya semua persediaan aku sudah mencukupi masa tu. Rasa nebes + excited nak tunggu masa tu tiba. Kami akan backpack berdua dan menariknya ini adalah kali pertama aku nak naik flight dan juga first time ever buat backpack! Hope everything will be fine *crossfinger


Hah, cuba korang tengok iklan Air Asia kat bawah ni. Ada promo la... Jom Jakarta pula. Aku teringin nak pergi Jakarta dan Seoul, Korea. Cuma tak ada rezeki lagi. Insyallah aku akan cuba jejakkan kaki aku ke sana! Haha. 


tekan sini untuk lihat promo dengan lebih lanjut


Sesiapa yang nak merancang untuk bercuti lebih baik korang rembat tiket cepat sebab harga akan jauh lebih murah bila tengah promo dan bila korang beli awal-awal. Last minute punya harga memang mahal lebih-lebih lagi kalau jatuh time cuti. Aish. Kopak ler time tu. hehe


Apa korang tunggu lagi? Jom Jakarta!!! =)










nota kaki: buat list nak beli barang backpack

Thursday, June 7, 2012

Review Movie Men In Black 3

Assalamualaikum and Hi,


How's your day peeps? Today I keep thinking what I should write about as my workload *can'twaittobefulltimeblogger, and also I'm having headache right now. So, I'm kinda in pain while writing this entry.


Have you take a chance to take a look at least it's trailer? Well you better skip it and go directly to nearest cinema and watch it by yourself. I heard some of peeps said that the Men In Black 3 are weak than Men In Black 2. Well for your information that I really enjoyed and love the Men In Black 3! It s super cool and enjoyable. Yet, really funny too *asusual.




I watched this movie at Genting Highland during our Charity Movie Screening. Fyi, it is my first time ever watching in 3D! yeah.. Pap Pa Le Oo Lei!! haha. I enjoyed myself and for me the movie should be the top movie this month. Below are some of the synopsis for the movie  


 

The intergalactic criminal Boris the Animal (Jemaine Clement) is aided in escape by his girlfriend, Lily Poison (Nicole Scherzinger), from the LunarMax prison on Earth's moon. He is intent on going back in time and killing Agent K (Tommy Lee Jones), who on July 16, 1969, shot off his arm and captured him. After investigating a spaceship crash in New York City, and following a skirmish in a Chinese restaurant, Boris appears, and K and J give chase. Boris reveals to K, "you are already dead, you just don't know it yet," and then disappears in an explosion. K deduces that Boris has escaped, and K regrets not having killed him. He returns to his apartment, where all traces of him disappear. Agent J (Will Smith), however, still remembers K, though no one else at Men in Black headquarters does. source : here





This is Boris The Animal. He really hates being called that. When anyone call him by that name, he will really mad! Haha. But when you think about that, the name fits him because he's also not a normal human. He's animal.. He also will kill Agent K because of his old revenge! Oh, Agent K!!!






This is new rides for this movie. Totally awesome and impressive with it's flexibility! I really want it for real. Mr. Polis, can I ride this on the road? 


Agent J back to history and try to save Agent K! Right there he met the younger Agent K which I see him so handsome and different than older one! Like seriously, why they are different attitude? You need to watch this movie and understand the main reason why he changed a lot... 





In the middle is Griffin. Boris hunt him and want to destroy his generation. He capable to look to the future and also know our history. I really love his capability! So cool right?


In this movie also, we will know much about the Agent K & Agent J. We never aspect it will be like that but yes it is. The real answer why Agent K called Agent J to be his partner will be answered too. So what are you waiting for? Don't waste your time and be the next that grab the Men In Black 3 at the cinema!! Yeahh!!!


Star = 4.5/5











foot note: planning to Madagascar 3 soon =)

Thursday, May 31, 2012

Featured Post At Innit!

Assalamualaikum and Hi,


Today is Thursday and I'm quite excited for tomorrow event which you can view on last post >here<. I hope my partner will be available for tomorrow or I have to find other partner to accompanied myself! Oh no....


Also, my previous Giveaway session ended and already stated maximum about 101 participants! Yeah! Yeah! Pap Pa Lee Oo Lei!! Hahaha.. I know some of you can't wait the announcement come out right? Keep patient everyone. Even myself can't stop to think about it too. Yes...really...hehe


Do you ever heard about Innit? Innit is one of advertisement under Nuffnang that special for Glitterati members only! Fyi, it is same as busuk.org or others but yet it still special for me okay. I've post an entry about Tips Income Dari Nuffnang that the copyright come from Jejariruncing


Surprisingly the post become one of the top when I copy screen the picture below *now it is more than that!!*.   I'm proud enough with the tips so I want to dedicate my thanks to Miss Jejariruncing or Elia for her brilliant entry that could generate so much information and better ideas for the others blogger. 




This is not a poyo's entry but a sincere entry for her. Thanks and good luck Elia for your upcoming DiGi WOWWW Awards on Fave Kay Poh & Blogger Of The Year Category! Hope at least you will bring back home 1 award for yourself! Will pray you dear. Anyways, don't forget to the others Glitterati members who 'nanged' my post at Innit! Thank you soooooooooo muchi muchi okay! 










foot note : smiling until ears!

Monday, May 28, 2012

Shiloh Jolie Pitt vs. Suri Cruise: Style Showdown

Assalamualaikum and Hi,


Shiloh Jolie Pitt vs. Suri Cruise: Style Showdown

Based on the picture above, can you determine who is more fashionable? Both are girls but in different style. Siloh with her tomboy character while Suri with her adorable princess character. So, who's your favorite stylista? For myself, I will choose Suri! =)








foot note : Suri looks so cute and adorable!

Priscilla Wanita Genius


PRISCILLA dan Zuckerberg pada hari perkahwinan mereka, baru-baru ini.

PALO ALTO: Ketika Priscilla Chan melangsungkan perkahwinannya dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg minggu lalu, dia kelihatan seperti pengantin perempuan dalam cerita pari-pari.
Dengan memakai gaun panjang putih, Priscilla, 27, tersenyum ketika bertukar ikrar dengan Zuckerberg, 28, yang bernilai RM60 bilion, dalam satu majlis yang diadakan secara mengejut.

Transformasinya kepada isteri bilionair paling muda dunia, bagaimanapun lebih menakjubkan daripada yang boleh dilihat memandangkan Priscilla ialah anak kepada lelaki keturunan Cina-Vietnam yang tiba di Amerika Syarikat bersama keluarganya pada 70-an selepas menghabiskan masa di sebuah kem pelarian

Bapanya, Dennis Chan, 47, kemudian mengumpul wang secukupnya untuk membuka sebuah restoran makanan Cina dan bekerja keras selama 18 jam sehari untuk mencapai cita-cita melihat anak sulungnya itu menjalani kehidupan yang menjadi impian setiap warga Amerika.

Priscilla dibesarkan oleh neneknya kerana ibunya, Yvonne juga menghabiskan masa yang panjang setiap hari dengan bekerja di restoran Taste of Asia di Boston.

Foto 

Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Quincy, Priscilla terserlah sebagai pelajar pintar dan yakin untuk pergi lebih jauh.
Guru sainsnya, Peter Swanson, 66, yang juga jurulatih tenisnya berkata: “Dia datang kepada saya pada tahun pertamanya, ketika dia berusia 13 tahun dan bertanya: ‘Apa yang perlu saya lakukan untuk memasuki Universiti Harvard?’” “Saya terkejut.

Sepanjang hidup saya mengajar, tidak pernah ada pelajar 13 tahun bertanya soalan seperti itu.

“Dia tahu apa yang diinginkannya.

Saya menggalakkan dia menyertai pasukan tenis kerana saya tahu Harvard memerlukan dia memiliki resume yang bersifat menyeluruh.

“Dia dibesarkan oleh neneknya berbangsa Cina yang langsung tidak tahu berbahasa Inggeris. Dia wanita yang mempunyai perwatakan terhormat dan mempengaruhi kehidupan Priscilla.

“Neneknya memberi sokongan emosi. Ibu bapanya bekerja 18 jam sehari di restoran itu.

“Kerana kesungguhannya belajar, Priscilla menduduki tempat teratas dalam kelas pada tahun akhir persekolahannya. Dia memberikan saya baucar makan percuma di restoran keluarganya.

“Adalah jelas mereka datang dari keluarga miskin tetapi bersedia untuk bekerja sepanjang hari bagi mencapai sesuatu dalam kehidupan mereka di Amerika.

“Priscilla mempunyai ciri-ciri itu dalam dirinya.

Dia melakukan apa saja untuk memperoleh resume yang baik dan menarik untuk memasuki Harvard.

“Dan dia menyertai kelab tenis. Walaupun bukan atlit semula jadi, dia bekerja keras.

Apabila berjaya diterima ke Harvard, dia berlari ke arah saya dengan senyuman yang lebar dan berkata: “Saya sudah memberitahu anda saya akan ke Harvard!” Swanson mengunjungi Priscilla dan Zuckerberg di kediaman mereka berharga RM17.5 juta di Palo Alto, California tahun lalu.

“Zuckerberg berada di meja dapur dengan komputernya.

Priscilla memperkenalkan kami dan Zuckerberg berkata: ‘Di belakang lelaki yang hebat ialah wanita yang hebat.’ “Orang ramai bercakap mengenai betapa beruntungnya Priscilla dapat mengahwini Zuckerberg.

Tetapi bagi Zuckerberg, dia tahu dia yang bernasib baik.

Menurut biografi rasmi Priscilla, dia belajar di Sekolah Menengah Quincy sebelum belajar biologi di Harvard.

Dia berkenalan dengan Zuckerberg ketika mereka beratur untuk ke tandas ketika satu majlis pada 2003.

Zuckerberg bagaimanapun gagal menamatkan pengajiannya selepas mengasaskan Facebook dalam bilik asramanya. - DM



sumber: sini 













nota kaki: bestnyer jadi genius..dapat kahwin billionair..hehe

Thursday, May 24, 2012

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012

Assalamualaikum dan Hi,



Tekan banner untuk join


Jom join...hehhe  =)










nota kaki: tunggu apa lagi?

Artis Balik Umrah Mabuk?

Assalamualaikum dan Hi,


#01 Selebriti Masih Ke Kelab Hiburan Selepas Pulang Kerjakan Umrah


Terkedu dan kaku. Aku cuma doakan yang terbaik. Aku rasa semua yang baca boleh agak siapa selebriti di dalam gambar ini kan? Beliau dikatakan mabuk dan tidak sedarkan diri setelah penat berpesta hingga baju yang dipakainya terselak. Ini kerana pakaian yang dipakai oleh beliau tidak panjang dan agak pendek.


Selebriti Masih Ke Kelab Hiburan Selepas Pulang Dari Kerjakan Umrah


Aku tak mahu komen banyak cuma kita tak tahu asal usul cerita yang sebenar. Jika gambar ini di ambil sebelum beliau pergi ke umrah, siapa yang tahu? Yang paling penting berlandaskan niat apakah yang mengambil gambar menyebarkan gambar ini?


Semoga yang menyebar dan mengambil gambar diberikan hidayah. Kita cuma boleh doakan semua yang terlibat baik sesiapa yang di dalam gambar mahupun mengambil gambar ini berubah ke arah kebaikan. Insyallah. 


sumber: sini











nota kaki: jangan berkata buruk jika kebenaran tidak dipastikan


Tuesday, May 22, 2012

Shila Amzah & Jaclyn Victor ke Jakarta Demi Ahmad Dhani?

Assalamualaikum,


Gaya Ahmad Dhani sebagai ‘sifu’ bagi empayar hijau dalam program Mania yang disiarkan di Astro Ria.


Berulang alik dari Jakarta ke Malaysia sejak bulan lalu demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai ‘sifu’ dalam program realiti Mania yang disiarkan di Astro Ria, pemuzik dan komposer dari Indonesia, Ahmad Dhani berhasrat mencipta lagu untuk Jaclyn Victor.


Memuji kelantangan dan kehebatan vokal Juara Malaysian Idol musim pertama itu, Ahmad Dhani melihat Jaclyn atau mesra disapa Jac sebagai penyanyi yang cukup berpotensi dan berbakat besar.


 


Dhani yang ditemui semasa majlis pelancaran album Ahmad Dhani & The Triad berjudul Istimewa di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, setiap kali melihat persembahan hebat Jac di konsert Mania setiap minggu, dia terfikir untuk menghasilkan lagu yang sesuai dengan vokal penyanyi itu.

Mengakui setiap penyanyi yang bertanding di dalam Mania mempunyai vokal yang tersendiri dan bagus, Dhani bagaimanapun merasakan kekurangan pencipta lagu di Malaysia merupakan salah satu sebab mengapa penyanyi di sini tidak berapa menonjol dengan lagu masing-masing.

“Pada pendapat saya, pengarang lagu di Malaysia cukup terhad dan tidak ramai berbanding di Indonesia. Oleh sebab itu, kebanyakan penyanyi yang bersuara bagus seperti Jaclyn Victor tidak mendapat peluang untuk menonjolkan vokalnya.

“Namun, saya akan buktikan vokal sebenar Jaclyn dengan menghasilkan lagu yang sesuai dengan vokalnya itu,” katanya yang turut mengagumi suara Shila Amzah.

Selain merancang menghasilkan lagu untuk Jaclyn, Dhani juga berhasrat mengajak Shila untuk menyanyikan lagu ciptaannya yang akan dimuatkan di dalam album berjudul Antara KL dan Jakarta.

“Banyak perancangan yang ada dalam fikiran saya. Kini, saya sedang fikir untuk mengajak Jaclyn dan Shila Amzah menyanyikan lagu ciptaan saya kerana selain Jaclyn saya lihat Shila juga mempunyai potensi dengan suaranya yang unik.


 


“Saya sudah dengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Shila Amzah, dan saya fikir saya boleh menghasilkan lagu yang lebih baik untuk suara seperti Shila,” katanya lagi.

Sebagai perancangan awal, Dhani kini sedang menjalin kerjasama dengan pihak Astro bagi menghasilkan album yang membariskan lima penyanyi dari Malaysia dan lima lagi penyanyi dari Indonesia.

Menurutnya, lima penyanyi dari Indonesia akan dipilih untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer dan pemuzik dari Malaysia sementara lima lagi penyanyi dari Malaysia akan menyanyikan lagu ciptaan Ahmad Dhani sendiri.

“Setakat ini, perancangan untuk album itu sedang berjalan. Terbaru, Stacy sudah merakamkan lagu ciptaan saya berjudul Kimia Di Antara Kita duet bersama Alexa Key.

“Selain itu, artis Indonesia lain yang akan terlibat dalam album ini adalah Mahadewi yang akan menyanyikan lagu Yuna berjudul Cinta Sempurna dan Agnes Monica akan menyanyikan lagu ciptaan Aubrey Suwito berjudul Ingin Bersamamu,” katanya yang menganggap usaha itu sebagai salah satu cara untuk mempromosikan muzik Malaysia di Indonesia



Sumber: sini












nota kaki: Untung juga masuk Mania. Dapat melebarkan sayap ke seberang. =)





SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS.

Assalamualaikum,





Jom join...Click banner untuk join...=)















nota kaki: masih tiada siapa nak join GA ker? ermm

Monday, May 21, 2012

Awal Ashaari Sah Gantikan Dira Di Melodi

Assalamualaikum,


Panas sungguh sejak dua menjak ni kan. Aku baru dapat berita yang Awal akan menggantikan Dira untuk rancangan femes amos melodi tu. Mungkin ini rezeki pengantin kot. Yela, baru je kahwin dah dapat job. Baguslah sebab Awal pun ok pe? hehhe




Kita nantikan je kemunculan semula Awal dari bulan madu beliau bersama Scha. Yela, dah beberapa minggu Melodi dikendalikan oleh pengacara jemputan sahaja. So harap Awal tak lemau lepas kahwin ye. =)













nota kaki: tak sabar tunggu Awal mengacara semula



Gambar Bulan Madu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya di New York

Assalamualaikum,

Entri pendek berisi dengan gambar.

gambar honeymoon awal dan scha


gambar honeymoon awal dan scha


gambar honeymoon awal dan scha



gambar honeymoon awal dan scha



gambar honeymoon awal dan scha

Kredit kepada Beautiful Nara.












nota kaki: bestnyer pegi honeymoon kat eropah..=)