Assalamualaikum dan Hi,
Hari ini banyak kerja tertangguh dan tak cukup masa nak buat semua kerja. Entri semalam yang aku perap pun meronta-ronta nak dikeluarkan hari ini. Walaupun seharian aku sibuk dengan kerja aku tapi blog kesayangan aku ni pun perlu di ambil berat. Kang kalau touching apa mau bikin??? hehe
Sebelum ini aku ada baca beberapa entri mengenai pameran Mickey ini. Rasa macam tak percaya tau tak sebab gambar yang dieorang ambil menampakkan sudut berbeza incik Mickey. Pameran ini berlangsung agak lama sempena 'Mickey Mouse Through The Years Since 1928' dari 24 May - 17 September 2012! Dah tua pun incik Mickey ni. So siapa yang rasa nak jumpa incik Mickey, masih ada banyak masa lagi tau..
Yela, kan selalu kita nampak Mickey dalam tv warna hitam putih je dengan seluar merah bintik putih kan? Kali ini korang tengoklah apa perbezaannya.... Aku tak nak tulis panjang-panjang ye. Korang tengok sendiri betapa kreatifnya design incik Mickey ni.. hehe
Korang tengok betapa ramainya yang datang nak buat photoshoot dengan incik Mickey. Femes tau incik Mickey ni..hehe
Lepas jenjalan jumpa pula 1 lagi booth di bahagian sebelah lain. Road To London. Agak best sebab ada screen besar yang detect image kita tau. Hebat. Dan korang boleh tandatangan kat wall yang disediakan. Rasa bangga sekejap. hehe
Bila haus terus pergi mencari Chatime yang jauh ke bawah sana. Serius super tired tau. haha. Tengok-tengok line up dah panjang. Beratur dan order. Tengok no giliran. Oh, 6487.
Oh, kat screen baru 6469. Alamak. Lama lagilah...sabar jela menanti airku...kehkehkeh
Disebabkan kehausan, minum dan buat-buat lupa nak tangkap gambar. Aku beli Strawberry Puding Au-Liat dan tambah pearl ye, harga pula RM8.90. Nyummy. But incik bf tak suka pulak. hehe... yang penting aku suka sudahlah..hahaha =)
nota kaki : tetiba rasa nak minum lagi...nyumnyum
No comments:
Post a Comment