Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Monday, July 30, 2012

[BREAKING] CCM announces Hwayoung will leave T-ara


T-ara‘s parent company Core Contents Media announced today that one of its members, Hwayoung, will be leaving the group.
CCM’s CEO, Kim Kwang Soo, announced the departure in a press release written by the president himself. “In deference to the complaints by T-ara’s staff of 19 people (5 stylists, 7 hair & makeup, 5 on-site managers, 2 team managers), Hwayoung’s contract as an artist will be voided effective immediately with no conditions.”
Kim Kwang Soo denied any correlation with the recent controversy that erupted following tweets from the T-ara members that were interpreted by many as one-sided bullying against Hwayoung. “We wish to impress upon the fact that this has nothing to do with the ‘bullying’ reports surrounding T-ara,” CCM said. “Although the staff of Core Contents Media stayed up into early morning discussing with the T-ara members who all wanted to stay with Hwayoung, we apologize in saying that we could not forsake the arguments of the staff members.”
“We deeply apologize for the many incidents which made everyone who loved T-ara nervous and worried, and we have nothing but sadness to convey such an unsettling incident on their third anniverary. We also apologize again to the T-ara members and wish Hwayoung all the best as a powerful rapper,” CCM continued since Hwayoung has great potential as a rapper we decided to end her contract without conditions and we believe that she will grow into the future as a free artist.
Hwayoung will leave T-ara after 20 months, leaving original members Boram, Qri, Eunjung, Soyeon, Hyomin, and Jiyeon, as well as new member Ahreum.
Source: Star News via Nate or here


foot note : next time better watch your attitude!

Friday, June 15, 2012

T-Ara Reveled Their New Members

Assalamualaikum and Hi,


Before this, there is rumor when T-Ara will add their current members and suddenly when I check the internet the true story revealed! They are welcoming 2 others members that much younger and they are about 14 years old! Do you know the elders member in T-Ara is around 27 years old? It is really 13 years old differences okay. Sound like Ah-Jumma already... ermmm


This is current T-Ara members. From left : Qri, Eunjung, Jiyeon, Hyomin, Hwa-young, Soyeon and Boram

T-ara to Release Sci-Fi Music Video For July Comeback


Let's check their new members...


Official Profile of T-ara’s New Member, Ah Reum Revealed

This is 8th T-Ara new member, Ah Reum. I can see her face that does not matured yet..hehe.


T-ara's 9th member revealed

Last but not least, Dani which is 9th T-Ara member. She is only 14 years old okay. While her face barely look like Yoona, SNSD! Still kids.


For myself, I really don't think T-Ara need to place any more member because they are good enough with 7 members. Why their CEO need others member? I hope there is no one will be out of the team! If that happen, I will not support T-Ara anymore. Really!








foot note : the stage will be more crowded!!!

Thursday, June 14, 2012

Pelakon Anzalna Kecut Perut Dengan Tuntutan Saman Neelofa?


Selepas Neelofa mengadakan sidang media semalam untuk memaklumkan tentang notis tuntutan yang telah dihantar terhadap Anzalna, Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Anzalna sedia memohon maaf kepada Neelofa untuk menyelesaikan persengketaan ini. Menurut Anzalna, perkara ini hanya kecil dan boleh diselesaikan dengan berbincang.
anzalna sedia mohon maaf
Abang Nara pun setuju dengan tindakan Anzalna yang mahu memohon maaf dan tidak memanjangkan cerita ini. Bak kata Anzalna, industri hiburan Malaysia ini kecil sahaja. Tak perlu gaduh-gaduh. Alih-alih akan jumpa orang yang sama juga.
Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman. Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali? Industri ini tidak besar mana pun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita. Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara terbuka.
Abang Nara cadangkan agar Neelofa dan Anzalna buat sidang media bersama-sama dan masing-masing memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Apa kata anda?



sumber : sini








nota kaki : bila buat salah nak kena saman baru kecut perut. lain kali fikir matang sikit sebelum keluar cerita bukan-bukan



Anzalna Akan Disaman?



PETALING JAYA: Pelakon, Noor Neelofa Mohd Noor memberi tempoh tujuh hari kepada Anzalna Nasir bagi membuat penjelasan dan mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang ditujukan kepadanya melalui media, baru-baru ini.


Neelofa mendakwa, kenyataan Anzalna dalam artikel bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’ yang disiarkan dalam sebuah akhbar 10 Jun lalu, tidak benar dan menjatuhkan maruahnya. 


Pada sidang media, semalam, Neelofa, 23, yang ditemani peguam, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada Ahmad Hidayat Md Nor & Co berkata, dia terpaksa menggunakan peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.



“Saya tampil dengan kenyataan rasmi mengenai artikel itu yang menyebut aktres baru dakwa pengusaha jenama BellaVita pernah menghiris perasaan.




“Saya ingin berikan kenyataan semua tuduhan yang dilemparkan Anzalna dalam artikel berikut tidak benar. Justeru itu, saya melantik peguam mengendalikan kes ini dan mengeluarkan notis tuntutan kepada Anzalna,” kata Neelofa



sumber : sini







nota kaki : apa nak jadi ni? ermm


Wednesday, June 13, 2012

Tiz Zaqyah Layan Buruk Remy Ishak



Menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital tengah hari tadi akibat demam panas yang agak teruk. Maklumlah sekarang ini Remy sibuk dengan promosi filem Jiwa Taiko sehingga tiada masa nak berehat.


Selalunya disaat sedang sakit, ubat yang paling mujarab ialah belaian ataupun berhatian dari kekasih hati. Tapi kesian bagi pelakon pujaan ramai Remy Ishak.



Remy telah mengadu kepada peminatnya di Twitter. Tiz Zaqyah di’katakan melayan beliau seperti sampah hari ini.

“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” Remy Ishak menulis tengah malam tadi sebagai pembuka cerita.

Remy Ishak menulis sebenarnya beliau sudah lama bersabar dengan karenah teman wanita beliau itu & harapan beliau untuk mendapat kata kata semangat & perhatian di’balas hampa oleh Tiz Zaqyah dengan alasan penat.

Setelah lama bermain teka-teki dan memberi berbagai alasan bahawa hubungan mereka masih kuat, adakah ini tanda yang sebenarnya hubungan percintaan mereka sudah retak menunggu belah sahaja? Sudah berakhir hubungan mereka???




sumber : sini 







Tuesday, June 12, 2012

Shila Amzah Demand Harga, Berlagak Diva?


Assalamualaikum dan Hi,


Di bawah ini merupakan temu bual antara seorang wartawan dengan Shila Amzah. Benarkah Shila sudah berlagak diva dan demand harga? Ikuti temu bual di bawah.


******************************************
bold : Wartawan
Biasa : Shila Amzah




APA yang menyebabkan Shila buat keputusan menaikkan harga? 

Setiap tahun tentunya kita mahukan perubahan yang lebih baik. Sebagai artis, kami juga mahu perubahan yang baik dari segi hidup dan pendapatan. Zaman sekarang, semua benda naik harga. Jadi, apa yang saya lakukan ini demi kelangsungan hidup, sesuai mengikut perkembangan ekonomi semasa.


Adakah kerana naik harga sebab Shila menyertai program realiti Mania baru-baru ini?

Harga saya sudah naik sejak saya menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) Februari lalu. Tak ada kena-mengena dengan program Mania.


Layakkah Shila naikkan harga begitu sekali?

Sebenarnya ini bukan satu masalah. Harga yang saya letak adalah sejajar dengan kualiti persembahan yang saya tawarkan. Rasanya ini terletak kepada sejauh mana kesanggupan pihak pengurusan majlis itu untuk membayar saya pada harga yang saya tetapkan. Terpulang pada mereka. Kalau mereka mahu, mereka bayar. Kalau mereka tak mahu, tak jadi masalah.


Tak bimbangkah nama Shila terjejas kerana isu ini?

Sebenarnya, situasi yang saya selalu bimbang ialah bila mana ada pihak ejen yang menguruskan soal bayaran dan kemudian menaikkan harga bayaran berkali ganda. Sedangkan harga sebenar sudah saya tetapkan. Namun apabila di pihak ejen, mereka telah menaikkan harga contohnya dua kali ganda. Itulah sebabnya kebanyakan klien mengatakan harga saya terlalu mahal. Walhal, pihak ejen yang menaikkan harga yang melampau.




Dah pernah kenakah sebelum ini?

Ya. Sebab itulah saya risau kerana mereka inilah yang merosakkan nama saya sebenarnya.


Dalam keadaan sekarang, Shila dikatakan masih menaikkan harga walaupun harga Shila sememangnya sudah mahal?

Orang yang kerja di sektor kerajaan pun mahu kenaikan gaji. Ingat kami artis ni tak mahu kenaikan pendapatan jugakah? Sudahlah kami ni kerja pun tak tentu masa, berkejar ke sana ke mari. Dah tentulah artis macam saya ni pun mahu pendapatan yang sejajar dengan kerja yang kami lakukan. Saya ni bukannya penyanyi budak sekolah lagi. Usia pun dah 22 tahun. Saya ada tanggungjawab dan komitmen macam orang lain juga.


Bila Shila naikkan harga, ada juga yang kata Shila dah mula berangan diva. Kononnya dah rasakan diri tu setaraf dengan Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain. Apa komen?

Ini bukan soal diva atau tidak. Tak ada kaitan pun. Saya ni artis yang bekerja sendiri dan nyanyian adalah satu bisnes, jadi bila soal kerja, saya kena serius. Lagipun, harga yang saya letak boleh dikatakan masih berpatutan berbanding artis lain setaraf saya. Ada artis lain, harganya lebih tinggi berbanding saya. Tetapi kenapa saya saja yang asyik diiritik? Tak adillah macam ni.


Kalau letak harga tinggi, persembahan juga haruslah mantap. Apakah persembahan Shila memang cukup hebat?

Saya tak kata 100 peratus saya ni bagus tapi sekurang-kurangnya saya cuba berikan yang terbaik setiap kali buat persembahan. Orang bayar saya untuk tengok persembahan yang berkualiti, jadi saya tak boleh ambil mudah. Saya nak kerja dalam bidang ni lama lagi jadi kenalah jaga nama baik. Saya tahu sejauh mana kredibiliti saya dan yang penting ia bersesuaian dengan harga yang saya letak.


Adakah tindakan ini menunjukkan yang Shila cuba menjadi jaguh di kalangan artis muda seangkatan Shila dalam soal bayaran persembahan?

Saya tak anggap begitu. Apa yang saya buat ini adalah untuk saya. Lagipun atas kapasiti apa untuk saya seru artis lain buat benda yang sama. Itu terpulang pada mereka sebab hanya mereka yang tahu di mana tahap mereka.


Tak adakah peluang untuk klien buat tawar-menawarkah dalam soal harga?

Saya ni orang yang fleksibel dan sentiasa boleh berbincang. Tapi kena lihat dari segi apa. Kena timbang-tara soal lokasi, lagu, masa dan sebagainya tetapi yang penting harganya mesti munasabah.




sumber : sini 








Monday, June 11, 2012

Caroline Pemenang Mentor 6 (Protege Ella)


Sememangnya telah dijangka. Itulah ramalan paling mudah boleh diberikan untuk kemenangan Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 dari Tanah Merah, Kelantan yang berjaya merebut gelaran juara unutk Mentor musim keenam malam tadi. Stadium Malawati , Shah Alam menjadi saksi kemenangan besar Caroline yang merupakan protege kepadanya mentornya Ella.
Stadium Malawati malam tadi menyaksikan persembahan Caroline yang hebat dan mantap. Jadi kemenangan sebantak 71 markah yang diterimanya sememangnya tepat walaupun menerima saingan hebat daripada protege Ogy Ahmad Daud, Zatul yang mendapat tempat kedua (60 markah) dan protege Faizal Tahir, Anas yang mendapat tempat ketiga (50 markah).
Kesemua peserta tampil dengan sebuah lagu baru sebagai pengenalan identiti mereka. Caroline membawakan lagu ciptaan Ajai berjudul Harus Cintamu, Zatul dengan Tinggalkan Yang Lalu (Manusia Putih) & Anas bersama Hanya Dirimu (Audi Mok & Omar K). Puteri Caroline Mohd Kamel, protege kepada Ratu Rock Ella berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam yang berlangsung di Stadium Malawati malam tadi. Caroline berjaya mengutip 71 markah.
Dengan 39% kemenangan berpihak kepada Caroline, dia telah membawa pulang RM100,000 berserta trofi. Manakala RM30,000 berserta trofi untuk Zatul dan RM30,000 beserta trofi untuk Anas.
Finalis Mentor musim keenam diadili oleh juri profesional sebanyak 50 peratus markah, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam.
Untuk pengetahuan anda, kesemua protege mempunyai masalah kesihatan semasa pentas akhir berlangsung. Namun mereka dapat membuat persembahan dengan hebat lebih-lebih lagi Caroline yang pengsan awal pagi semalam. Tahniah kami ucapkan kepada kesemua mentor dan protege ini. Maka dengan ini berakhirlah Mentor 6.

OH ARTIS: AGAKNYA REZEKI ELLA KOT SEBABKAN NAK BERKAHWIN TIDAK LAMA LAGI. NAMUN MACAM ADA SEDIKIT KEKURANGAN DI MENTOR 6 INI. MUNGKIN MENTOR 7 AKAN LEBIH HEBAT HENDAKNYA.

sumber : sini



Artis Melayu Islam Berjudi Di Australia

Assalamualaikum dan Hi,


Selamat hari Isnin buat semua. Hari ini kebanyakan budak sekolah dah pun memulakan persekolahan mereka. Bagi pantai timur dan utara, semalam pun dah mula kan? Mesti ramai yang mula buat perangai tak mahu pergi sekolah. Tang ni lah sakit kepala, sakit perut, dan berbagai sakit datang. Sebenarnya ada kerja sekolah tak siap lagi..haha. Perkara biasa.. =)


Buka-buka yahoo terus keluar gosip baru nyah. Ada retiss*artis yang berjudi di Australia. Kalau retiss agama lain, no issue at all but ini retiss ini agama Islam tau.. Malas nak sebut siapa tapi korang kalau baca artikel tu confirm tau punya sebab dia tulis nama retiss tersebut.


Kalau ye pun nak berjudi, rasanya tak perlulah nak umum kat awam apa kau buat. Nak berbangga lagilah tak elok. Buat jahat tu senyap-senyap sudahlah. 


Mula-mula aku pun tak percaya tapi lepas aku baca artikel tu, terus aku kaji kebenarannya. Ternyata. Benar sekali. Aish. Apa nak jadi? Nak tahu siapa dia?? Korang tengok sendirilah gambar bawah ni. Semoga kebaikan datang menyedarkan kita semua. Astarghfirullah al'azim...




Sumber gambar dari laman twitter retiss ini sendiri. Boleh tengok di sini


Sumber artikel yahoo pula di sini.








nota kaki : dunia akhir zaman...masyallah..

Friday, June 8, 2012

Gambar Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Assalamualaikum dan Hi,


Aku teringat zaman dulu-dulu time Nurul ni masih isteri si Ajai. Lagu Keliru yang pernah menang Anugerah Juara Lagu *tahun tak ingat*, memang aku berulang kali duk nyanyi lagu tu sampai mak aku pun bising. Haha. Super obes kan? 


Yang penting itu semua zaman dulu ye. Bukan sekarang. Sekarang aku universal. Semua lagu aku layan kecuali lagu hard metal yang buat kepala aku nak pecah! Haha


Berbalik pada si Nurul ni, kat entri ini aku nak share dengan korang gambar perkahwinan beliau dengan suaminya warga Perancis, Eric Depp. Wah..wah...glam nyah *gedikgila..haha. Meh kita tengok gambar beliau yang telah berlangsung di Duchess Place. Paling best bagi aku. gaun dia cantik gila! Serius nak kahwin pakai tema macam tu lah. 3 tone. Hehe =)


Photobucket



Photobucket
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
kredit to : RED Photography


Hah, cantik kan gaun Nurul ni? Wah...tak nak kahwin pakai gaun cantik macam ni. Tapi badan kena kurus lagilah, baru cantik dah la pendek pulak tu. Kalau aku pakai confirm kena kerat gaun tu bagi pendek. Habis warna yang kat bawah. Hahaha. 


Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat beliau dan suami ye. Harap-harap perkahwinan kedua beliau ini akan berkekalan dan minta dijauhkan perpisahan seperti artis lain yang kahwin dengan warga luar. Ceh..ceh... Insyallah. Semoga dipermudahkan. 








nota kaki: nak kahwin..nak kahwin..hehee

Tuesday, June 5, 2012

Nora Danish Enggan Komen Isu Seluar Dalam


Sudah agak lama rasanya tersebar gambar yang kononnya milik Nora Danish sedang mabuk di sebuah kelab sehingga menampakkan seluar dalamnya. Namun sehingga hari ini, Nora Danish tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, sama ada mengiyakan atau menafikan wanita di dalam gambar itu adalah dirinya.
gambar nora danish
Dan semalam, menerusi BiPop, Nora Danish mengeluarkan beberapa persoalan tentang kesahihan gambar tersebut. Sekali baca, memang ada betul juga kata Nora Danish seperti di bawah:-
Saya nak tanya, adakah gambar yang tersebar di internet itu ada menunjukkan botol arak berselerak? Adakah gambar tersebut menunjukkan gadis berkenaan berada dalam keadaan mabuk, tak ada! Gambar itu juga tidak menunjukkan sebarang tarikh, kononnya dilakukan sekembalinya saya dari umrah. Kebenarannya memang tak ada langsung. Lepas itu kata nampak seluar dalam, kemudian dikaburkan. Saya malas nak komen, lagipun pengurusan MIG Productions, bos saya, David Teo tidak membenarkan saya membuat sebarang ulasan berhubung gambar berkenaan. Cerita di dalam blog itu pun tidak menyebut sebarang nama, lainlah kalau ada nama saya, pasti saya ambil tindakan.
Abang Nara dah tengok gambar tersebut dan segala persoalan yang dikeluarkan oleh Nora Danish di atas memang ada kebenarannya. Memang tak ada gambar botol arak, atau tarikh pada gambar tersebut. Malah gambar tersebut memang samar-samar dan sukar untuk membuat pengesahan siapakah gadis di dalam gambar tersebut. Kata Nora Danish lagi:-
Sekiranya benar itu gambar saya, ramai peminat yang bertanya, apa bukti yang mengatakan saya mabu, mana tarikh yang dikatakan insiden itu berlaku selepas saya balik umrah? Sekembalinya saya daripada umrah, saya tidak terbabit dengan sebarang penggambaran, saya hanya bercuti dengan anak, jadi benda ni memang tak logik.
Dan Nora Danish enggan memberi sebarang pengesahan sama ada gadis di dalam gambar itu adalah dirinya atau pun tidak. Abang Nara itu satu tindakan yang patut dibuat oleh Nora Danish. Lebih baik tumpukan perhatian kepada kerjaya daripada menghabiskan masa melayan cerita sebegini. Tak gitu?

sumber : sini 



Monday, May 28, 2012

Bukti Datuk K Dengan Rozita!



Akhirnya..., gambar intim Datuk K dan Rozita tersebar juga kepada umum.. Walaupun selama ini orang-orang ramai kurang senang dengan gossip yang melanda hebat couple sensasi ni, jodoh dorang ternyata kuat beb.. Dengan pendedahan gambar intim ni diharapkan dapat menjelaskan dan menjernihkan kembali keadaan sebenarnya..

 Rozita yang kelihatan masih malu-malu, menyatakan kepada orang kampung bahawa perkahwinan dengan Datuk K dibuat atas dasar suka sama suka.. Tak timbul soal rampas merampas dalam diari hati beliau.. Walaupun sedar Datuk K sudah agak berumur dan juga telah mempunyai isteri dan anak berderet, Rozita tetap kekal dengan cintanya kepada lelaki tersebut..

 Ketika membuat sessi penjelasan kepada orang ramai, Rozita yang ditemani suaminya Datuk Kumaresan berharap gambar intim mereka akan menutup segala gossip liar yang tersebar sebelum ini.. Datuk Kumar sambil tersenyum berkata..., 'cinta tak mengenal usia, masa dan juga jarak..., yang penting ayat mau power..

|

|

|

|

|

|

|

|

|
   
Datuk Kumar Bersama Rozita Chendori


P/s- Cerita Ini Tiada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Atau yang Mati


sumber : sini







Tuesday, May 22, 2012

Neelofa Berkemban Ala Bunny Girl?

Assalamualaikum,


Ermm..Katanya dia sedang merakamkan sebuah video klip dengan Yusri KRU. Cuba tengok dan komen sendiri. No comment...=)


Neelofa Berkemban

Neelofa Seksi

Neelofa

Neelofa Berkemban

Neelofa Ala Bunny Girl

sumber: sini 











nota kaki: ermmm???

Monday, May 21, 2012

Awal Ashaari Sah Gantikan Dira Di Melodi

Assalamualaikum,


Panas sungguh sejak dua menjak ni kan. Aku baru dapat berita yang Awal akan menggantikan Dira untuk rancangan femes amos melodi tu. Mungkin ini rezeki pengantin kot. Yela, baru je kahwin dah dapat job. Baguslah sebab Awal pun ok pe? hehhe




Kita nantikan je kemunculan semula Awal dari bulan madu beliau bersama Scha. Yela, dah beberapa minggu Melodi dikendalikan oleh pengacara jemputan sahaja. So harap Awal tak lemau lepas kahwin ye. =)













nota kaki: tak sabar tunggu Awal mengacara semula



Gambar Bulan Madu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya di New York

Assalamualaikum,

Entri pendek berisi dengan gambar.

gambar honeymoon awal dan scha


gambar honeymoon awal dan scha


gambar honeymoon awal dan scha



gambar honeymoon awal dan scha



gambar honeymoon awal dan scha

Kredit kepada Beautiful Nara.












nota kaki: bestnyer pegi honeymoon kat eropah..=)









Hafiz Juara Mania Astro

Assalamualaikum,


Siapa yang mengikuti rancangan Mania ini mesti tahu siapa yang dinobatkan sebagai pemenang kan? *ala,tengok tajuk post entry pun tahu. Malam penentuan itu pun saingan siaran agak tinggi dengan final bola Kelantan-Sime Darby di stadium bukit jalil. 


Artis yang terlibat


Ahmad Dhani, Dato' M.Nasir dan Aubrey Suwito


Top 5 - Finale


Stacy- Naib Juara, Hafiz - Juara dan Jaclyn Victor-Tempat ke-3


Hafiz yang di bawah naungan Empayar Ahmad Dhani membawa pulang RM500,000 dan Stacy pula di bawah naungan Dato' M. Nasir membawa pulang RM200,00. Manakala Jaclyn Victor membawa pulang RM100,000 di bawah naungan Aubrey Suwito. 


Bagi aku, kalau dapat tempat ketiga pun dah cukup bagus. Paling kurang bila tolak cukai, dapat juga tak kurang RM80,000. Tahniah buat yang menang dan buat yang tak menang, mungkin rezeki anda ada di tempat lain. Insyallah.


Bagi sesiapa yang tak tengok lagi boleh cari kat youtube je. Tunggu beberapa hari lagi, mesti ada dan korang boleh lihat kemantapan artis-artis di finale Mania Astro. Cewahh..macam iklan pula. =)
















nota kaki: Mania Astro gempak!



Mark Zuckerberg Married Priscilla Chan

Assalamualaikum and Hi,


Today I was so shock while reading the news on internet. Facebook's founder & CEO married his long-time love Priscilla Chan. Okay, I was so surprise because there is no news but suddenly they are married after Mark updated his Facebook status.








So, to all of young and single ladies out there please keep in mind that Mark Zuckerberg does not available anymore and please proceed to the other single and rich guys. Hahaa


I want to congrats to Mark for his wedding that such simple and low-profile as no bigger event like the others millionaire. Thanks and keep your low profile identity Mark. People will pleasant with your own attitude. 


For my last word, I am so angry with you. Even you want to marry her, at least please call and invite me! I know I'm your past memory only. But.... Hahahaha... Just kidding Mark. Enjoy your newlywed!!! 







foot note: checking on others single guy out there! =)