Thursday, November 1, 2012

Perkhabaran November

Assalamualaikum dan Hi,


Lama gila aku tak update blog kesayangan aku ni. Well, bila hidup bergelora. Agak kucar kacir memang tak menentu. Dulu keje opis boleh la update blog empatpulohlapanjam tanpa henti. Sekarang memang tak ada masa. Opss...bukan tak ada masa tapi tak ada tenaga nak update.


Mesti pelik kan? Nak update blog bukan guna tenaga pun. Tekan je papan kekunci tu. Senang je. Yela...memang senang tapi keja aku sekarang memerlukan banyak tenaga dan kebanyakannya sudah habis di sana. Hari ini rest day so tetiba rasa rindu pulak dekat blog ni.


Keja sekarang yang aku buat memang lari bidang. Yela, aku plan nak sambung belajar so saja nak keje cari duit poket sekali. Cuma sekarang aku sendiri tak pasti nak sambung belajar ke tak.


Nanti takut nak susahkan mak aku lagi pasal duit belanja. Aishhh... Susahla kalau macam ni. Apa nak buat ni? Keja sekarang memang guna result spm je. Tak pakai pun dip aku. Memang aku sengaja pun tak guna dip aku. 


The best thing is aku dapat turunkan berat badan aku... Baru sebulan lebih tapi aku dah berjaya turunkan berat aku dekat 9kg. Fuhh...kalau sampai hujung bulan ni mau dekat 20kg aku turun. hahahha..... *-*


Serius aku konfius. Nak terus keje dulu then baru sambung belajar or terus je sambung belajar. Kalau ikutkan plan aku sambung belajar bulan 1 ni. Tapi entahla... Keliru la...


Oklah..aku nak try apply BR1M 2.0 la...hehehe... =))

2 comments:

1612f said...

Rindunye kat post anda cik jajika :')

Plan slow-slow, InsyaAllah ada jalannya ^^

Cik Jajika said...

RIndu ye? biasalah.. sekarang keje susah sikit. tak macam dulu.

Doakan ye...insyallah... =)