Thursday, July 26, 2012

Pilihan Kerjaya : Executive Vs Blogger

Assalamualaikum dan Hi,


om nom nom *mengunyah sesuatu


Opss....kantoi tak pose ea... ala, kan aku tulis 'sesuatu' tak semestinya makanan kan? tak baik tau tuduh bebukan. Aku sedang mengunyah perkataan yang aku nak tulis ni hah.


Tersangat maap ikhlas dari hati sebab jarang update blog sekarang. Buat korang yang join Giveaway Ramadhan Cik Jajika jangan risau. Senarai peserta memang up to date punya. kompom tau..kikiki.. Kalau ada yang nak join pun boleh. Tarikh tutup minggu depan je tau. 


Hari ini nak tulis sesuatu. Pasal future aku. Well well well...kekadang aku sendiri masih bingung. Sorry je sebab entri kali ini adalah bersifat peribadi dan juga nak minta pendapat korang.


ce cite ce cite..


Macam ni, aku sekarang bekerja dalam bidang yang aku belajar dedulu. Bila dah keje aku dapati minat aku tidaklah datang 100% daripada pekerjaan aku sekarang. Malah mungkin 60% sahaja? also myself can't ensure about that.




Sekarang dalam diri aku ada lagi juga minat yang agak samar samar kelabu asap..


jeng jeng jeng


Aku bercita-cita nak jadi blogger yang berjaya. eh, kira cecita ker tu? kikiki. Mesti korang rasa entah pape je kan cita-cita aku?




Meh aku terangkan. Blogger tak semestinya seorang yang menulis kerana hobi dan masa lapang. no no no. Ada juga freelance blogger yang buat review. Review atau kata nama nak mudah lagi senang adalah Ulasan. Dia dibayar untuk pergi ke tempat / majlis atau pape yang dipanggil. Setiap ulasan mahupun undangan tersebut akan diberi bayaran tertentu. Kira macam tu...


Atau pun aku nak buat online shop. perghh... disebabkan aku amat suka shopping sampai aku sendiri tak sedar duit tak cukup. kronik gila kan tahap keghairahan aku terhadap minat tu? kekeke... Dedulo *dulu time study ada buat online shop juga. Tapi biasa-biasa jela. Aku buat pun sebab suka dan nak cari income. Cuma tak adalah seyes sangat kan? Biasa je.. income dia pula boleh tahan juga sebenarnya walau aku buat pun sesuka kan. 


Selain itu, darah bisnes memang ada dalam darah aku sebab arwah ayah aku dulu pun buat bisnes juga. Macam-macam jenis lah dia buat even dia masa tu ada kerja tetap.Yela, nak menyara anak-anak dia yang kalau tiba bab makan macam dinasour kebuluran 100 tahun..kekeke


So sekarang peluang hampir tiba. Apa aku nak buat ye? stay dalam bidang aku sekarang sebab masa depan or ikut apa yang aku minat? masa depan tak pasti tapi kita boleh merancang. Yang pasti 1 sahaja. Aku kerja bukan kerana wang. Aku bekerja kerana aku mahu dan aku ikhlas. Wang hanya sebab kedua mahupun ketiga. eh, boleh percaya ker? kekeke






nota kaki: tolong den yo... =))

2 comments:

1612f said...

as long as u enjoy the work, u'll be happy insyaAllah n_n so yes for this! go! haha

RawsoulArt Photos said...

erm kalau u jd blogger u boleh jadi BOSS...hehehe kawan-kawan jom FOLLOW blog saya...uolls memang best: rawsoulart-photos.blogspot.com