Wednesday, June 6, 2012

Tips Usha/Ngorat Visitor Blog

Assalamualaikum dan Hi,


Tetiba hari ni rasa nak share tips yang kalau aku jumpa atau nampak, automatik memang aku picit tekan laju-laju. Sebab tips yang macam ni memang semua orang yang tak tahu ingin tahu malah ada juga yang memang tahu tapi nak tambahkan informasi kepada diri sendiri. Yela, aku tahu aku noob sikit part ni kan. Ayat pun skema je. Haha


So buat julung kalinya aku nak kongsi dengan korang yang rasa atau terfikir apa yang menyebabkan orang datang ke blog kita yang kita rasa ala-ala cute sekali *silamuntahlaju-laju


1. Penggunaan Ejaan Penuh / Betul

Ini biasanya bila aku buat blogwalking, memang kebanyakannya okay je. Yang tak okay biasanya bila yang tak sedar atau kebanyakan blogger-blogger baru. Macam aku dulu lah. Nak menggeja penuh pun malas. Contoh - Sy rse blog sy hbat sgt tau- atau pun yang menggunakan ejaan manjeww. Contoh - Sayew sukew awak. Oh, memang sweet ler sangat *tangandidadamatakeatas. Bukan tak boleh nak tulis macam tu tapi kalau dah penuh 1 blog atau 1 entri penuh ayat macam tu, siapa nak baca? Kalau aku, memang aku skip jew...hehe


2. Blog Berat

Ye, aku tahu yang korang suka tengok widget atau benda-benda canggih dalam blog korang. Konon boleh nampak macam up-to-date kan? Tapi kalau dah serabut 1 blog dan nak loading pun sampai 5-10 minit, pe kesssss?? Memang sesiapa yang tengah mood bengang + internet kurang laju, terus tutup secepat yang mungkin. Contohnya aku. Hehe. 

Hah, sebelum terlupa. Kalau korang nak timbang berapa berat nak loading blog korang, senang je. Ada cara. Kan sekarang zaman IT. Tekan je sini. Korang taip / salin semula link URL korang dan tekan untuk keputusan. Tapi bagi aku, ianya bergantung juga kepada jumlah pengunjung waktu itu. Kalau tak ada orang, memang ringan jela. Macam blog aku kat bawah ni. Ringan gila. hahaha. Kalau ramai visitor memang berat sikitlah dicampur, darab dan bahagi dengan widget korang tu. hehe




3. Gambar Itu Hebat

Bagi aku, aku suka sangat bila ada gambar dalam satu entri itu. Baru ada mood nak baca kan. Kalau korang buat entri panjang-panjang pun tak apa sebab masih ada selingan dengan gambar. So sambil bercerita letaklah gambar-gambar menarik korang. Lagi best kalau gambar tu korang ambil sendiri. Tak adalah orang cakap setakat copy dari internet je kan? *akusendiripunsamaje..ehehe



Hah, suka tak baca bila ada gambar? Menarik kan? Aku kecik je dalam gambar ni. Sebelah kiri baju biru dan tudung kelabu sebelah kiri. Ini antara event yang aku join dengan Nuffnang. Best tau. =)


4. Tulisan Yang Jelas

Aku ni rabun tau. Bila korang tulis kecik-kecik tenonet, memang buat aku pening dan serta merta aku tutup. Bukan kejam tapi buat apa aku nak menyeksa diri baca sesuatu yang membuatkan aku sakit kan kan kan? Hehe. Memang blog korang, hak korang but kalau rasa korang nak tulis itu untuk diri sendiri sampai tak hirau orang lain nak baca, senang je. Privatekan. Sebab dengan cara itu korang tak adalah membuatkan orang lain bengang. Lepas tu jangan promote pula nanti paham-paham sendirilah ye. 


5. Mesra Pengunjung

Ini paling aku suka. Kita kenalah friendly dengan sesiapa yang komen dekat blog kita. Walau sesibuk mana pun kita, kalau dah approve komen pengunjung sila balas. Tak banyak pun tak apa janji balas. Sebab tak adalah orang cakap kita sombong sampai tak ada komen pun dibalas. Aishh... *gelengkepala



6. Muzik Mu, Pilihan Ku

Yang ini lagilah. Tak ada dalam kamus hidup semua yang Muzik Mu, Pilihan Ku pon. I know that you all designed and choose what to be displayed on your blog but please... Tak best bila buka-buka dengar lagu yang membuatkan orang tu rasa teringat zaman bekas pakwe dia ke, bunyi kuat sangat ker atau pun lagu yang korang pilih tu, korang je yang tahu siapa penyanyi dia. Well, tak semua orang punya citarasa yang sama. Apa kata korang berhenti dari letak apa yang korang rasa sesuai dari melihat sudut kebaikan pandangan sesiapa yang datang membaca. Tak semua yang korang suka tu sesuai. Kadang kala kita kenalah tanya pendapat orang lain dan belajar menerima teguran. Barulah ramai orang yang follow dan singgah blog kita. =)


Apa-apapun, aku rasa ada banyak lagi banda yang kita boleh kongsi dengan topik macam ni. Nanti aku update lagi tips yang berguna untuk blogger yang sedang tercari-cari apa yang korang perlu buat. Insyallah. Kalau salah, tegurlah ye. Tinggalkan komen. Chill!








nota kaki: berpeluh tulis tips nie. Aish...hahaa




















4 comments:

DeltaCharlie said...

Hye..I have tutorial for you. Visit me ya.

http://thepureheartoftheemptysoul.blogspot.com/2012/06/tutorial-5-justifying-about-me-text.html

Cik Jajika said...

Ok..done dear.. =)

jal said...

tQ cik jajika 4 the tips

Cik Jajika said...

Welcome jal.. =)