Thursday, June 14, 2012

Maria Elena Private Blog!

Assalamualaikum dan Hi,


Tadi aku baca blog Mr. Jocko mengenai blog Maria Elena. So bila aku check, sah. Maria Elena sudah limitkan reader beliau kepada invited reader sahaja. Oh my english... hehe






Nampak tak apa yang berlaku? Bagi aku it's okayla. Itu hak dia nak tutup ke, nak buat apa pun. Aku paham. 


Sesiapa yang selalu follow dia mesti perasan sejak akhir-akhir ini sebelum dia bertunang lagi, dia sudah banyak menunjukkan minat untuk berubah ke islamic. Aku selalu baca dan kadang kala tersentak juga sebab apa yang dikatakannya ada benarnya.


Aku bukan nak berceramah tau tapi cuba korang fikir. Apa guna pakaian dah ala muslimah tapi upload dekat blog untuk tatapan umum. Semua yang ada dekat badan kita semua ditenung dan dijamah oleh pembaca. So, dekat mana aurat kita dan manakah relevannya kita sebagai seorang muslim? 


Aku tahu aku pun banyak buat salah. So, bila korang baca entri dia yang berunsur islamic secara tak langsung korang akan rasa nak berubah kan? Fyi, aku sendiri tak ada akaun facebook sekarang. Bukan tak pernah buat. Tipulah kan? Tapi aku dah delete. 


Dulu aku memang obses dengan Facebook. Sejam kalau tak bukak or tak update rasa nak mati tau tak?? haha. Banyak kenangan manis dan pahit aku bersama Facebook. Sekarang aku dah delete dan tidak mempunyai Facebook peribadi aku sendiri. 


Ajaibnya aku rasa tersangatlah gembira tanpa Facebook. Betul. Aku punya banyak masa untuk buat benda lain. Untungnya blog aku juga sering dikemaskini tau. Hidup aku memang berbeza tanpa Facebook malah ianya ke arah kebaikan pula tu. 


So, aku nak bagitau walau Maria Elena nak delete akaun dia pun aku boleh faham. Semua orang ada hak. Lagipun kita bukan tahu kalau dia tengah nak renovate blog dia kan? Siapa tau kan?? Hehe 



nota kaki: sokong Maria Elena sepenuhnya!

5 comments:

Anonymous said...

saya ada FB tp x berapa nak aktif ler!

JQ said...

Yeke? Saya tak ada Fb...hehehe =D

Prince of Noob said...

biar betik maria elena da hijab tutor nak tutup blog... lepas ni dah tak dapat la nak tgk aksi2 gediknya utk tatapan kami... done follow - Noob

MISS Z BERCELOTEH said...

mungkin dia sibuk kot.. sbb tu dia buat macam tu :)

done follow kat sini = 132

JQ said...

Prince of noob : itulah...tetiba je...


Miss z: myb. kita pun tak tahu... =)