Friday, May 21, 2010

Long time....

Aku sendiri tak tahu pe maksud title yang aku tulis tu. Tapi tadi baru aku baca blog rico. Post yang die tulis banyak mengingatkan aku pasal waktu dulu. Waktu mula mengenali die... dan waktu bersama Arwah ayah aku.

Ramai yang tak tahu pasal arwah ayah aku tu. Sebab bagi aku, kisah aku bersama die terlalu sedikit untuk dikongsi bersama sehingga aku sendiri menganggap bahawa kisah itu suatu privasi untuk aku. Tetapi bila mereka menyebut mengenai arwah, aku tak kisah pun sebab aku memang dah biasa. Dah biasa dengan keadaan macam tu.

Aku selalu cakap dekat diri aku yang even ayah aku dah meninggal, semangat die masih ada dalam diri dan hidup aku. Aku tahu ayah aku tak lah sehebat ayah orang lain tetapi bagi aku, die amatlah istimewa dalam hidup aku. Tak banyak memori manis antara kami even aku mengharapkannya. Dialah lelaki yang amat aku rindui seumur hidup aku.

Bagi aku, aku tak rasakan diri aku amat sedih kerana aku mempunyai mama dan adik-beradik yang ramai serta Aiman yang amat aku cintai. Aku akui bahawa keluarga kami tidak begitu rapat. Mama dengan aku tidak selalu berhubung. Tidak seperti kawan2ku dimana mak mereka call dieorang semua. Tetapi aku tidak. Hanya mesej or on9 kt fb je skali skala dgn mama.

Banyak yang keluarga kami kurang. Tidak seperti keluarga lain. Aku tahu dan aku sendiri tak tahu macam ne nak betulkan keadaan ini but i love u mama. U r our guardian. I will study hard and make u proud of me!! Aku tahu aku jarang buat mama bangga. Kat skolah pun sama. Bukan tak pernah tapi jarang..Sebab tu aku belaja betul-betul kt kolej ni. Sebab tu aku tak kisah bile budak-budak kelas aku benci kat aku bile aku nak belajar. I dont care n i never care. I'll do anything to make mama proud of me. I want mama see that i'm here!! I don't want mama cry for me. She make a lot of sacrificed for us. Aku tahu aku bukan anak emas die or anak yang die boleh dibanggakan. I know that!! Sebab tu aku berusaha bersungguh-sungguh untuk buktikan yang aku pun boleh berjaya. Aku nak mama tengok aku..nampak siapa aku..Biar orang lain tak nampak semangat aku sebab aku bukan orang yang suka menunjuk. Biar semua nampak aku main-main, tak nampak aku blaja kat kolej, tak selalu g library even tak penah g kolej pada ari tak de klas. Tapi aku tau pe aku patut buat dan aku akan capai pe yang aku nak!

Papa cuma tak dapat dilihat. Namun hati aku tetap ada die. Love u forever. U r my spirit, soul and my reason to stay alive. Miss u so damn much...

*Jangan baca pe yang aku tulis dan pikir yang aku ini patut di kasihani..!!! I hate that. Tengok aku sebagai seorang manusia biasa sudah memadai untuk aku. Aku tak hebat, tak pndai tapi aku akan berjaya.. Itu yang korang kene pikir k.. Kepada yang telah kehilangan seseorang yang tersayang, jangan tangisi pe yang telah berlaku tetapi buktikan apa yang berlaku, ada hikmahnya....

No comments: