Tuesday, June 12, 2012

Shila Amzah Demand Harga, Berlagak Diva?


Assalamualaikum dan Hi,


Di bawah ini merupakan temu bual antara seorang wartawan dengan Shila Amzah. Benarkah Shila sudah berlagak diva dan demand harga? Ikuti temu bual di bawah.


******************************************
bold : Wartawan
Biasa : Shila Amzah




APA yang menyebabkan Shila buat keputusan menaikkan harga? 

Setiap tahun tentunya kita mahukan perubahan yang lebih baik. Sebagai artis, kami juga mahu perubahan yang baik dari segi hidup dan pendapatan. Zaman sekarang, semua benda naik harga. Jadi, apa yang saya lakukan ini demi kelangsungan hidup, sesuai mengikut perkembangan ekonomi semasa.


Adakah kerana naik harga sebab Shila menyertai program realiti Mania baru-baru ini?

Harga saya sudah naik sejak saya menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) Februari lalu. Tak ada kena-mengena dengan program Mania.


Layakkah Shila naikkan harga begitu sekali?

Sebenarnya ini bukan satu masalah. Harga yang saya letak adalah sejajar dengan kualiti persembahan yang saya tawarkan. Rasanya ini terletak kepada sejauh mana kesanggupan pihak pengurusan majlis itu untuk membayar saya pada harga yang saya tetapkan. Terpulang pada mereka. Kalau mereka mahu, mereka bayar. Kalau mereka tak mahu, tak jadi masalah.


Tak bimbangkah nama Shila terjejas kerana isu ini?

Sebenarnya, situasi yang saya selalu bimbang ialah bila mana ada pihak ejen yang menguruskan soal bayaran dan kemudian menaikkan harga bayaran berkali ganda. Sedangkan harga sebenar sudah saya tetapkan. Namun apabila di pihak ejen, mereka telah menaikkan harga contohnya dua kali ganda. Itulah sebabnya kebanyakan klien mengatakan harga saya terlalu mahal. Walhal, pihak ejen yang menaikkan harga yang melampau.




Dah pernah kenakah sebelum ini?

Ya. Sebab itulah saya risau kerana mereka inilah yang merosakkan nama saya sebenarnya.


Dalam keadaan sekarang, Shila dikatakan masih menaikkan harga walaupun harga Shila sememangnya sudah mahal?

Orang yang kerja di sektor kerajaan pun mahu kenaikan gaji. Ingat kami artis ni tak mahu kenaikan pendapatan jugakah? Sudahlah kami ni kerja pun tak tentu masa, berkejar ke sana ke mari. Dah tentulah artis macam saya ni pun mahu pendapatan yang sejajar dengan kerja yang kami lakukan. Saya ni bukannya penyanyi budak sekolah lagi. Usia pun dah 22 tahun. Saya ada tanggungjawab dan komitmen macam orang lain juga.


Bila Shila naikkan harga, ada juga yang kata Shila dah mula berangan diva. Kononnya dah rasakan diri tu setaraf dengan Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain. Apa komen?

Ini bukan soal diva atau tidak. Tak ada kaitan pun. Saya ni artis yang bekerja sendiri dan nyanyian adalah satu bisnes, jadi bila soal kerja, saya kena serius. Lagipun, harga yang saya letak boleh dikatakan masih berpatutan berbanding artis lain setaraf saya. Ada artis lain, harganya lebih tinggi berbanding saya. Tetapi kenapa saya saja yang asyik diiritik? Tak adillah macam ni.


Kalau letak harga tinggi, persembahan juga haruslah mantap. Apakah persembahan Shila memang cukup hebat?

Saya tak kata 100 peratus saya ni bagus tapi sekurang-kurangnya saya cuba berikan yang terbaik setiap kali buat persembahan. Orang bayar saya untuk tengok persembahan yang berkualiti, jadi saya tak boleh ambil mudah. Saya nak kerja dalam bidang ni lama lagi jadi kenalah jaga nama baik. Saya tahu sejauh mana kredibiliti saya dan yang penting ia bersesuaian dengan harga yang saya letak.


Adakah tindakan ini menunjukkan yang Shila cuba menjadi jaguh di kalangan artis muda seangkatan Shila dalam soal bayaran persembahan?

Saya tak anggap begitu. Apa yang saya buat ini adalah untuk saya. Lagipun atas kapasiti apa untuk saya seru artis lain buat benda yang sama. Itu terpulang pada mereka sebab hanya mereka yang tahu di mana tahap mereka.


Tak adakah peluang untuk klien buat tawar-menawarkah dalam soal harga?

Saya ni orang yang fleksibel dan sentiasa boleh berbincang. Tapi kena lihat dari segi apa. Kena timbang-tara soal lokasi, lagu, masa dan sebagainya tetapi yang penting harganya mesti munasabah.




sumber : sini 








No comments: