Panas..panas... Iskh korang ni. Bukan panas sebab cuaca kat Malaysia yang panas dan kering ni. Ini panas lain la... Tadi aku baca gosip tau...ye.. hot and spicy. Korang baca dan nilai sendirilah ye..
Heboh seketika apabila portal-portal hiburan yang menyiarkan foto seorang penyanyi lelaki yang bertatu di lengan. Walaupun mukanya dikaburkan, ramai yang dapat meneka bahawa penyanyi itu adalah Awi Rafael.
Menyedari dirinya kini ‘diburu’ ramai pihak, pelantun Bila Aku Jatuh Cinta ini tampil memberi kenyataan dalam laman Facebook rasminya, kelmarin. Menurut Awi, gambar yang dimuat naik itu adalah sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk.
Mengakui sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama, Awi mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah.
Malah, Awi juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran. - SH
sumber: sini
Jeng! Jeng! Jeng! Terperanjat jugak kami terima email ni. Masakan masa awal tahun ini, heboh gosip apabila Awi Rafael mempunyai tatoo di badan dan gosip menuduhnye sentiase memakai baju lengan panjang untuk menutup tatoo di badannye.
Ketika itu, Awi Rafael menafikan gosip tersebut dan mencabar mereka yang menyebar gosip untuk menunjukkan gambarnye bertatoo. Salah seorang peminat Media Malaya telah menghantar dua keping gambar dengan kiriman teks bertajuk Awi Rafael penipu serta keterangan bahawa Awi Rafael mempunyai tatoo di lengan dan bahu serta satu gambar kelihatan seperti dia sedang memegang segelas air beralkohol.
sumber: sini
So, sekarang macam mana? Kita yang melihat, mendengar dan berkata perlu ambil ikhtibar. Setiap orang pun pernah buat salah kan? Kalau betul dia dah berubah, rasanya dia perlu cari inisiatif untuk menghilangkan tatu tersebut.
Aku pernah dengar yang tatu boleh dihilangkan dengan cara pembedahan laser. Tapi bukan sekali buat terus hilang! Kena banyak kali dan bayaran untuk pembedahan tu pun mahal tau.
Semoga Awi Rafael dan kita semua berubah ke arah kebaikan. Insyallah. Sama-sama kita menuju jalan yang benar. *ayatpoyosikit..kehkeh
nota kaki : tetiba teringat lagu kumpulan Tatu- All the thing she said... *google
5 comments:
mcm2 retis melayu islam skang ni!
Kesilapan lalu akan selalu mengejar kita. Sebab itu kita kena berfikir sebelum buat.. =)
mcm mana nak buang tu!!
Kalau tak silap ada guna cara laser...tapi mahal sikit las kos dia dan perlu beberapa kali buat...
sadis....
Post a Comment