Thursday, June 21, 2012

Tips : Simptom dan Pemulihan Migrain

Assalamualaikum dan Hi,


Woo....siapa pernah rasa sakit migrain ni? Wa rasa seyes macam nak hentak kelapa dekat dinding tau tau... Opsss...sorry ter-emo sebentar.. -_-*




Semalam aku tengah relax-relax nak buat kerja dan baru je update blog tetiba datang pula sakit yang kureng asam tak bagi salam mengetuk-ngetuk kasar. Ini bukan bebudak nakal kampung berlari sana sini dengan lastik dieorang dan aim sesiapa dieorang nak dan terus lastik melulu. bukan ye...


Korang boleh rujuk gambar di bawah. So senang aku nak terangkan apa yang berlaku pada aku semalam *macam cikgu sekolah dan mula keluarkan pembaris kayunya yang panjang




Simptom atau Petanda yang pertama *sila lihat dari kiri

1) Sinus ataupun bak kata Mak Jemah yang baru balik dari kedai Pak Tam hujung kampung tu, hingus. Nak sopan sikit macam anak gadis sunti baru umur 18 tahun, kita boleh panggil dia Selesema. Okey? Paham tak? Hehe.. Doktor ada cakap kalau kita selesema, hingus itu akan menjadi salah satu faktor pencetus Migrain. Lagi-lagi kalau tersumbat ye. 


2) Cluster ataupun pem-fokus-an di satu tempat sahaja. Semalam aku rasa yang berlaku kat mata aku ialah sebelah kiri. Aku nampak macam lampu-lampu kecik kat mata aku. Tapi lampu tu buat mata den silau je. Rasa macam ada taik mata pun ada juga cuma dah pakai eyemore pun sama juga. Selain itu, orang kata kalau nampak garis-garis cahaya ke, bentuk tegak ke, zig zag ke... sama je.... Korang kena get ready la...


3) Sakit kepala. Oh...Ini yang berlaku kat aku lepas semua simptom tu muncul ala-ala hint nak menang duit 3 juta konon jela. Sakit dia... Masyallah.. Memang korang akan rasa satu sakit yang korang sendiri tahu ianya bukan sakit biasa. Belakang leher pun sakit-sakit. Semalam doktor ada tanya pasal history aku. Penah sakit ala-ala macam ni ke tak. Baru aku teringat yang dulu-dulu memang ada sakit macam ni. Sampai aku kena duduk dalam bilik gelap baru okay. Cuma kali ini memang tak tahan la pulak... hihi

Time ini juga simptom lain seperti mual, loya, sakit perut dan pening semua bergabung menjadi satu. Aku pun macam orang tak tentu arah semalam tau. Harap-harap tak ada orang ingat aku ni adik beradik hantu Kak Limah...kehkehkeh


4) Ini paling kronik. Sebab peringkat ini dah sampai Migrain. Semalam sebenarnya aku baru sampai tahap no 3 je. Tapi disebabkan aku fikir baik aku pergi jumpa doktor dulu sebelum melarat. Doktor pun tak dapat detect dan tak boleh nak declare aku ada Migrain sebab badan yang mengada ni bila jumpa doktor tetiba sihat. Tak sakit pun.. Ni kalau Mak Jemah sebelah umah tahu pun confirm dia lari balik Thailand nyahhh.. hihi

So doktor berikan aku pain killer atau pun ubat tahan sakit sebab dia tak berani bagi aku ubat Migrain. Nak tahu apa jadi? Keluar je dari bilik doktor, terus sakit tu datang balik. Memang bengang gila la kot.. *fuhhh..fuhh..sabar...

Doktor pun ada nasihatkan aku, kalau perlu sahaja baru makan pain killer tu. So naik ke opis dan sakit tu macam tak boleh blah, terus aku call klinik nak minta MC. Lepas dapat MC, aku pun terus makan ubat pain killer tu sebab kepala pun lain macam je. Sebelum balik, aku rehat dulu dalam bilik..tup tup..terus kena Migrain tau. Sakit sesangat. Memang hentak hentak kepala pun tak lega. 


Seyes...macam nak lompat sana sini bila sakit tu datang. Lesu sesangat tau semalam. Balik umah terus rehat. Nak makan pun tak lalu sebab kat tekak rasa loya semacam je. *buat muka comels mintak perhatian


Jom tengok beberapa tips untuk pulihkan Migrain yang aku baca, dengar, lihat dan paling penting rasa ye. Bezanya tak rasa manis pun..pahit je pengalaman Migrain ni..hehe




Tips Pemulihan Migrain:

1) Tido. Setakat ini, tidur memang menyelesaikan masalah. Kadang-kadang salah satu punca Migrain bila tak dapat rehat yang mencukupi. So bila tidur, seluruh anggota badan akan berehat. Alhamdulillah semalam balik rumah dan tidur puas-puas. Lepas tu terus lega.


2) Muntah. Ini kawan aku yang beri petua ni. Katanya kalau muntah baru lega. Sebab semua pun keluar cuma sakit bila tang nak uwekkk uwekkk tu ler..hihi


3) Hindari cahaya lampu yang terang dan bunyi yang bising. Berehat di tempat yang redup dan sunyi. Macam sesedap rasa secubit sahaja..cewahhh... 


4) Tadi ada juga baca yang kalau boleh kita pergi akupuntur, buat bekam dan pape yang boleh buat kita relax. Okey, seyes cara ni aku tak pernah cuba pula. Hah, lagi satu kena amalkan cara hidup yang sihat dan banyakkan bersenam ye. Biasalah. Bila badan sihat dan kuat penyakit pun susah datang menyerang...hihi


*letakkan pembaris di atas meja


Ini antara yang aku boleh kongsi dengan korang supaya korang tak adalah dapat susah pula nanti kan. Bila dah baca at least ada ilmu yang aku kongsikan. Bila korang amalkan insyallah dengan izin Allah aku pun dapat ler tempias serba sedikit pahala. 


Anyway kalau korang ada tips lain, boleh share juga. Jangan malu jangan segan. =)







nota kaki : sharing is caring

6 comments:

Anonymous said...

tq dear sgt membantu!

JQ said...

welcome..huhu

Dhea Ahmad said...

saya dlu kerap migrain and saya amalkan supplement minyak ikan..

JQ said...

Owh..info berguna ni... thanks nadia..

Unknown said...

sye rawat migrain saye lepas layari blog ni : http://farah155.ads4blog.net/2012/10/23/bantuan-segala-masalah-kesihatan/

skrg dh okay sgt2, tade migrain lgsung dh tau tau :)) happy, alhamdulillah

meesrting said...

nice, saya mau share bnda ni.. tapi ble tlg letakkan reference. terima kasih.. :)

-saya blogger juga ahli migrain tegar.