Thursday, May 24, 2012

Nenek Angau Ditipu!

Assalamualaikum dan Hi,


‘Jeneral’ umpan cinta


Korang tahu kan kes-kes yang macam ni? Aku serius tak suka dengan orang yang macam ni. tak kisah lau kau dari mana, orang apa, bangsa mana atau kau kat buat apa. Tapi bila kau nak menipu, memang aku tak suka. Siapa yang rasa-rasa berkenalan dengan mereka yang tidak dikenali, diharap dapat berhati-hati.


Well, aku sendiri pernah jumpa orang yang aku rapat hampir ditipu. Tak pasti dari email atau Facebook tapi ianya hampir menjadi teruk. Dia sudah memberi no akaun cuma nasibnya sangat baik kerana dia tidak tahu mengenai no switch / swiss *aku tak sure ejaan* akaun banknya. 


Apa yang aku tahu, no switch / swiss adalah satu no kod bank yang membolehkan sebarang transaksi dilakukan di luar negara. Jadi berhati-hatilah sebelum korang sesuka hati memberi apa yang diminta. Sebab itu aku setuju dengan kata-kata orang dulu-dulu. Kalau sayang berpada-pada. Jangan kau nak serahkan semua. 


Itu saja aku nak bagitahu. Kesian dalam kes di atas *gambar* sebab nenek tu dah serahkan banyak hartanya pada lelaki afrika yang menipu tu. Lain kali, gambar pun jangan dipercaya. Ada yang siap call bagai sebab nak cairkan hati perempuan. Ingat! Jangan layan sesiapa yang menelefon tanpa korang kenali!














nota kaki: berhati-hati juga ketika berbelanja online! 











No comments: