Wednesday, March 31, 2010

Optimo Enterprise

Lebih sebulan aku bekerja kat kedai baju nie
Banyak yang aku belajar
Baru aku sedar yang aku ada banyak kekurangan
Aku juga alami pelbagai dugaan dan pengalaman baru yang amat aku hargai
Sepanjang aku bekerja di Optimo
Tak pernah sehari pun aku rasa menyesal kerana memilihnya sebagai tempat mencari rezeki sepanjang cutiku ini
Malah aku sememangnya menantikan pengalaman sebegini dalam hidup aku
Iaitu pengalaman bekerja
Aku akui yang aku dahulu amat takut menghadapi alam pekerjaan
Tetapi aku sedar yang bekerja membuatkan aku lebih dewasa dan matang
Aku bersyukur kerana aku memilih untuk bekerja
Aku mendapat kawan-kawan baru di Kuala Lumpur ini seperti Kak Laila, Ferda, Emy, Ija dan Kina..
Ija dan Kina tidak ku kenali selama mereka yang lain
Aku tak dapat kongsi pic yang lain-lain sekarang sebab aku tak ada pic dieorang
Harap memori bersama kita tetap di dalam ingatan
Segala salah silap juga harap dimaafkan...





Ni pic Emy (bertudung) dengan Ferda...will miss u..Len kali kita g karaoke or main bowling same2 k....Bye

No comments: