Showing posts with label Sabar. Show all posts
Showing posts with label Sabar. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

JOBLESS part 1

Assalamualaikum dan Hi,


A very warm intro that could make me more sad. As you know, itu pun kalau ada yang mengikuti dan berharap aku kembali menaip... it's been such a long break from blogging. Yeah..really... but unfortunately I could not say that my break is something that wonderful. Not at all..


Sorry for bothering all of you with my long sad story that merapu. Well... i bet yes I am. I'm totally live with all these ridiculous issues around. 


No picture that I could upload even the fact is my phone was fulled with pictures that could tells millions of story. 


I guess I will kept myself mumbling about all of this thing that going on in my life. No picture will describe my real feeling. 


As far you can see, this entry totally about my current situation that 'JOBLESS'. Well...well... yeah.. Mungkin korang akan cakap benda yang aku selalu dengar... Usaha lagi.. Mesti ada kerja yang lebih baik.. Cuba je kerja apa-apa pun....


Well... Stop it. I'm tired and really sick with all of this. Really...


It bothering me and make me sad. Aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana dan kalau korang rasa blog aku ini tak sesuai dengan korang, it's okay. Stop wasting your time and stop come here.


I just update this entry as it comes from my bff who seem wondering why I'm kept myself away from Twitter and Blog. Well my dear, this is the main probs here. I'm just sick of it and hoping the time will stop for a while. 


I dunno what else to say. Just let it end here. Selamat BEKERJA buat yang bekerja... 

Thursday, August 2, 2012

Berbuka Nasi Ambeng, Bazaar Ramadhan Wangsa Maju

Assalamualaikum dan Hi,


Memula sebelum korang baca dan komen pape, aku nak habaq mai yang gambar yang aku upload ini adalah kualiti paling rendah tahap cipanzi punya tau. Sorry sesangat. Moral of the story, sempena Ramadhan ni korang sila jangan taruk harapan tinggi aku akan amik gambar makanan teror tahap Annas Easkay pulak. Nak jadi photographer majlis akikah anak Mak Jemah pun kompem tak lepas. -_-"


Well, sudah puas membaca kata alu-aluan aku? keke... Oleh itu mari kita tuju ke tajuk utama. Siapa yang tahu atau penah dengar pasal Nasi Ambeng. Ala, kalau tak tahu jangan kunun-kunun tau la..ngaku je tak tahu.. <@_@>


Kalau nak sebut sila sebut betul-betul ya. Ianya bukan disebut 'Ambang' tapi 'Ambeng'. I'm a Johorean and as one of Jawaish *sesuka hati je hentam ini makanan wajib dan paling basic aku perlu tahu. 


Asal usul tok nek depa memang cheq tak tau. Yang cheq tau harga dekat Johor jauh lebih murah dari KL punya harga. Dekat kampung aku boleh dapat dalam RM3.50-RM4.00 sahaja malah kuantiti pun sama / lebih kurang.


Disebabkan sekarang tengah puasa oleh demikian korang pun sedia maklum nafsu makan yang datang dari mana memang akan membuak-buak malah makanan entah pape pun boleh craving gila. Oh tidakkk!!


Semalam aku telah berjaya membawa pulang Nasi Ambeng ini yang telah aku beli di Bazaar Ramadhan Wangsa Maju. Fyi, telah beberapa minggu aku meng-ushar nasi ini. Bukan apa, kekadang takut tak sedap. Kat KL ni bukan boleh percaya. Tak semua makanan rasanya masih kekal original. 


Nasi Ambeng RM6.00


Macam telah aku katakan gambar ini memang terukz nyahh. Sila skrol lelaju kalau tengok tak best je.. keke. Dalam Nasi Ambeng ini ada Sayur Goreng (makanan orang Jawaish), Ayam Kicap, Serunding, Ikan Masin, Mihun goreng (sikit je kuantiti dia) dan sebemban nasi putih. Oh, telur asin / masin itu aku sengaja bubuh. 


Dari segi rasa ok jugak cuma kalau dia bubuh kuah kicap banyak sikit kompen sama sebijik dengan yang ori. Ayam pulak sedikit keras. Kalau korang tak berkenan dengan ayam kicap dieorang ada juga sediakan lauk-lauk lain seperti ayam masak merah. 


But as I said before, aku suka lagi original punya. So kita pilihlah ayam masak kicap. omnomnom ..Kalau korang datang dah pukul 7 lebih, peniaga ni tak kedekut nak bagi RM6.00 untuk 2 bungkus tau. Seyes sebab incik abang penah beli. Untunglahhh.... ~~~~


Paling tidak boleh dilupakan adalah tahap kekenyangan aku semalam adalah tahap dewa ke 89..keke.. Seyes nak habiskan pun rasa terseksa jiwa dan raga... tak akan nak buang? Sayang kan? So kita makan makan dan makan..hehe..


Sekarang tengah pikir balik ni nak makan apa pulak? Masak or beli Ayam Berempah Nasi Kukus fave aku sepanjang bulan Ramadhan ni. Mana taknya, ayam dahlah gebu. Sedap pulak tu. Setakat 13 hari puasa hampir 7 kali aku pi beli kat kedai tu tau. Nak tau kedai yang mana? Tunggu up coming entri.. Doa-doa jela aku pi beli jap lagi. Boleh aku update esok..kekeke








nota kaki: perut sudah start jamming...oh noo..... #_#

Monday, July 23, 2012

Feeling Indah Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Hi,




Alhamdulillah sudah masuk hari yang ketiga. Maaplah sebab aku sangat sibuk sejak minggu lepas dan agak sukar untuk aku mengupdate blog aku ni. Aku cuma sempat mengimprove beberapa calon untuk giveaway Ramadhan aku dan juga mereka yang join Bloglist Ramadhan Ben Ashari. yay yay


Setelah semalam rasa nak golek-gelok kelaparan di tepi highway, haruslah hari ini aku berpuasa dengan lebih gigih. Hujung minggu lepas iaitu hari Jumaat aku telah menggagahi diri ini untuk pulang berpuasa bersama keluarga yang jauh tak jauh sangatlah..


Korang tau tak betapa sesaknya di Stesen TBS tu? aish.. sepatutnya aku naik bas pukul 7.30 petang tapi cuma teka pukul berapa bas aku tiba? ce ce ce.. salah salah... Aku naik bas pukul 9.00 malam. fuh... memang rasa macam nak nanges dah tau tau. Dahlah penat sebab direct dari opis terus g. Makan pun tak tau. Lapa sesangat.


Tah pesal tetiba feeling macam nak balik raya je time tu. kehkehkeh. Kalau macam ni lah raya, confirm aku nanges guling-guling. Ada aku kisah? Mak Jemah confirm duk gelakkan aku time tu kan sebab kalah citer Karookomedia punyer show dah. -_-'


Alhamdulillah pukul 12 aku sampai ke rumah dan sempat menonton cerita fave ku iaitu incik Harry Potter. Perghh...


Tengok-tengok ternampak si gemoks ni pulak. Aigoo. Geram sesangat.. so apa lagi, aku pun duk picit-picit la dia... Gila gemok dan comel tau takk. Si miley yang tompok-tompok dan yang hujung tu mak dia warna coklat / hitam , Kiki. Mak dia pregnant ye.. Kalau nak boleh bagitau. Aku boleh bagi for free tapi kena pi amik sendiri la ye..hehehe




Buat korang yang sudi membaca, aku doakan yang terbaik buat korang sempena bulan Ramadhan yang mulia lagi indah. Aku nak mintak maap dari hujung rambut hingga hujung kuku jari ibu kaki andai terkasar bahasa sepanjang penulisan aku di alam maya atau di alam realiti. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya dan moga dipanjangkan rezeki buat semua. Amin Ya Rabbal Alamin~~~


nota kaki: hari ini nak berbuka apa ya? 

Monday, December 19, 2011

BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT Mana ?

Assalamualaikum,




Okey, tadi aku skodeng sekejap blog abang Ben Ashaari. Memang rutin aku pun singgah sekejap kat sana kan. So ada pulak segmen khas untuk budak sekolah bertajuk BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT Mana ? Tapi disebabkan aku dah habis belajar (buat masa sekarang) aku juga ada perancangan aku sendiri untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. So, rasanya tak salah kan nak join? hahaha *muka tak malu


Tekan untuk besarkan


Tajuk : BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT mana ?


1. IPT pilihan. Sebenarnya aku teringin sangat nak masuk Universiti Petronas (UTP). Yela, aku tahu aku tak pandai tapi itu memang salah satu cita-cita aku which agak kabur di situ. hahaha. Sekarang aku bekerja dalam bidang Occupational Safety and Health, so kalau boleh nak ambil course yang lebih kurang dengan major aku. Kalau tidak pun mungkin ke UPM atau UiTM.


2. Paling best idaman kalbu hampir ramai pelajar. Nak sambung belajar OVERSEAS macam incik Kamal Effendi or semua yang femes buat VLog tuu. Hehe.. Aku mungkin akan sambung ke Curtin University di Australia which dalam course yang sama. Bestnyer...hahahaa. Boleh tengok kangaroo kan? Hahhaa


3. Dulu masa kecik memang banyak gila kan cita-cita aku. Dari seorang guru ke pilot, ke pramugari ke doktor dan akhirnya aku telah sesat ke bahagian Safety and Health. Gila kentang kan? Hhahaa. So, aku cuma berdoa dan berharap (jangan lupa usaha) untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada sekarang. Semoga aku dapat menjadi seorang pekerja yang cemerlang dan seorang ibu yang berjaya. Insyallah..=))


4. Setiap impian atau cita-cita mestilah perlu disertakan dengan usaha. Ya, aku begitu berusaha memohon kerja untuk masa depan yang lebih baik. Aku tak lupa bertawakal dan sentiasa berdoa usaha aku ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Aku juga tak lupa sentiasa berasa bersyukur. Penting ni supaya setiap yang aku lakukan akan diredhai-Nya. Paling aku selalu buat, keraplah bukak general website Universiti dan Jobstreets ye. Penting bagi orang macam aku. Hehehe =P


5. Sumber Inspirasi? Bagi aku sumber inspirasi aku sekarang adalah mereka yang sudah berjaya sekarang. Rakan-rakan, orang luar malah Mama. Ya, Mama tu mak aku la. Macam mana Mama boleh menyara kami anak-beranak memang buat aku terdorong untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Aku nak sara Mama dan aku tak nak Mama pikir pasal kami anak-beranak lagi. Aku nak tolong keluarga aku macam mana Mama buat. Insyallah. Doakan aku ya semua. =)


Kepada abang Ben Ashaari; walaupun saya sudah terlebih umur untuk segmen ni, tapi saya rasa setiap peringkat umur masih ada cita-cita macam saya which nak pergi lagi jauh kan? So rasanya tak salah kalau saya nak buat entry ini. Cita-cita perlu ada dalam setiap individu tak kira umur. Terima kasih kerana sudi baca. Saya sekadar mengisi masa lapang menulis segmen ini. Hehehe



Nota kaki: Semoga impian semua akan dipermudahkan. Insyallah...

Thursday, September 29, 2011

Duet oH Duet

Assalamualaikum,

Maap sebab dah lama tak singgah kat blog cabuk aku nie. Walaupun aku sedar berapa kerat je yang sudi singgah and baca tapi tak mengapa. Okey lah tuu..


Hari ni mood tak berapa ok sangat. Agak mood tapi still ok lagi la. Bila aku moody or rasa macam tak best je mesti nak makan. Tak tahu kenapa. Haha. Dah la aku puasa arini. Sabar~~~


Alhamdulillah rezeki bulan ni bagi aku ok. Insyallah ari sabtu or ahad ni aku akan jaga booth untuk booth pengantin di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Jemputlah datang ye. Hehe


Semalam juga ada akak ofis tegur sebab aku tak buat kerja and main game je. Sorry and thanks akak sebab tegur. Kalau tak mesti aku akan melarat nanti.


So sekarang ni kira macam process pemulihan diri. So berpuasa agar diri ini kuat. Hehe.

Monday, September 5, 2011

Sayu di pagi Isnin

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya buat semua. Tak putus-putus aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni.


Hari ini adalah first day aku sebagai YES trainee kat tempat aku penah training sebelum raya ni Bulan ini adalah bulan ke 7 aku berada di sini. Agak gembira jugak lah kan tapi datang-datang je dapat lak tengok benda sayu.


Memang sedih jugak bila tahu pe yang berlaku ni. Masa kejadian tidak dapat diketahui. Saksi utama yang melaporkan kejadian melihat semuanya sudah terjadi. Tidak dapat melakukan apa-apa.



Mesti korang nak tahu kan apa yang berlaku??



Jeng jeng jeng...



Kalau tengok sila sedih. Tq..=(







....


Berdasarkan gambar, aquarium kat department aku ni sudah pecah yang menyebabkan isi-isi di dalamnya mati dan hanya beberapa hidupan yang dapat di selamatkan. Akibatnya hampir seluruh department aku basah dan berbau hanyir ikan.


Aquarium ni dulunya penuh dengan ikan-ikan serta hidupan yang hidup di dasar lautan. Air dan semua punca hidup sama dengan di laut tuu. So bila basah, abisla carpet semua berbau hanyir air laut.


Pekerja-pekerja cleanerlah yang paling kesian. Kena bersihkan, keringkan, basuh dan keringkan balik. Dari pagi sampai sekrang tak siap-siap lagi (7.00 am - 4.30 pm). Penat giler koottt... Sejarah aquarium tuu pun dah lama kat syarikat ni. Sejak MD yang lepas lagi.



Kini hanya tinggal baki2 aquarium yang kosong. Lepas nie, aquarium nie pun akan dibuang kott..



Memang sedih gaklah bagi aku sebab aku selalu berhenti depan ikan-ikan nie dan kacau dieorang semua. Aku selalu kagum dengan ciptaan Alllah S.W.T. apabila aku melihat batu karang dan semua hidupan dalam tuu.



Sekarang semua tak ada. Ingatkan pagi-pagi ni boleh la bersuka suki kejap tapi malang memang tak berbau. Sedih sebab semua ikan tuu mati. Lagi sedih bila tengok bangkai-bangkai ikan terdampar macam tuu je...


Sedihnyer tengok ikan comel nie.... ;(



Aku doakan ikan-ikan nie akan bahagia di sana. Aku sayang dan suka ikan-ikan nie. Sedih sangat bila tengok semua terdampar sayu tidak bergerak. Selamat tinggal ikan sayang. Will be missing all of u soo muchh..... !!!!





;((

Saturday, September 3, 2011

Future

Assalamualaikum,

Selamat hari raya buat semua yang membaca blog cabuk ni. Tak banyak yang boleh aku cakap but berjuta terima kasih sebab singgah sebentar walau apa pun niat sebenar kehadiran anda semua di sini. Terima kasih tidak terhingga.


Kali ni memang tak ada entry gembira hari raya seperti mana rakan-rakan lain upload. Bagi aku detik kesedihan dan kepayahan aku hampir tiba. Sesuatu yang aku takuti hampir menjadi realiti. Sedih dan amat menyesal atas semua yang aku pernah lakukan sebelum ni.


Orang kata nak menyesal pun tak berguna sebab dah terlanjur semua yang kita nak sesali tu. Tapi bila aku taip entry nie aku masih tidak berputus asa. Insyallah. Aku masih berusaha hingga ke titisan terakhir sebab aku perlu lakukan sesuatu terlebih dahulu. Aku taknak menyesal sebab tidak berusaha.


Dalam kepayahan aku ni, aku banyak melukakan hati Aiman. Maap sayang sebab aku terlampau stress dan bingung sebab masalah ni. Bagi aku memang serius dan cukup menakutkan aku. Aku mungkin melukakan hati keluarga aku, diri aku malah orang-orang disekeliling aku.



Semua sebab duit. Memang kadang kala wang itu sungguh berkuasa. Tapi aku tersepit sebab wang. Susah aku nak cakap sebab semua itu buat mood aku tidak menentu.



Andai aku tak dapat menghabiskan pengajianku pada masa yang ditetapkan, aku ingin meminta maap dengan semua orang yang telah terluka dan sedih. Aku amat-amat menyesali semua ini dan semua ini bukan atas kerelaan aku. Aku telah cuba sehingga ke saat yang terakhir. Aku minta maap.....








sorry again for everything~~





Monday, August 22, 2011

Her Tears Breaks My Heart

Assalamualaikum,


So sad when someone that you well-known or one of your family member crying in front of you. I might be not a perfect person in my life but I do have feeling and this freaking situation really make me mad.



Yes, I'm only the outsider in this case that's why I'm not taking any action while the moment occur. It's really hurting me when he's hurting her. How could him. Really sad when she falling her tears again and again.


I should give her some advise. Maybe. Should be? Dunno. Really blank. I think I should voice out what I think and felt. Can I? Really confusing with this damn situation.


As a woman, I know what another woman felt maybe not fully understand at least more than 70%. For those guys that think that they are not ready to make a serious relationship PLEASE do not give any hope to the girl. Stay away from them. Find another women that suitable with your on-off relationship. It is really hard for woman to survive with that stupid behave!


When you do not want any serious relationship, PLEASE tell them. Make everything clear. Do not wait and delay your real intention until they really love you ever after! It is really damn stupid action guys!


For 'she' that I didn't mention your name, I really know (maybe) you. I know how soft your heart could be. I really understand you. I know that I might be younger than you but I want you to know that I also have my own experience and I totally learned from my past. I know I'm only the outsider and it is hard for you to take my advice. But please do listen and read what I want to tell you.


Guy is a guy. Whether you like it or not, totally a guy will always picks his friend from us, his lover. Different goes with us. We usually picks our lover first from our friend. This situation is only a 'totally' not 'all' okay. So, you really need to read and listen carefully what I can advice you.


Firstly, let him go. Don't stop him from meeting his friends because he will hate it so much. When he's out from home, just ask where and with who he meet in infrequently time only. You don't have to call him until 100 missed calls and almost hundred messages. When you do that, it only make them uncomfortable.


If he mad with you because you always disturbing and stopping him from his SOCIAL LIFE, just let him go. Don't ever asking again bout him. No more question where he is, have he eat or not, with who he meet and etc. Let he go just the way he want it. He's grown up already. He can do anything. You are not his wife or his mom to know everything bout him unless he really pleasant to tell you.


When you stop your 'normal' routine which before this always take care of him, if he really love you, he will realize that changes and felt the 'abnormal' or felt something does not goes in the same ways anymore. You need to keep strong to IGNORE him and let him be what he really LOVE to be. You can keep 'spying' what he doing but do not show in front him.


Be independent in your own. Go anywhere without asking his help. Do everything without him. Let him see that you can do everything without him. This situation will make him lil mad because it shows that he's not important at all. Insyallah he will automatically want to help you. But you really need to keep independent.


Make him feel what they loss when he don't want to listen to you. If he wake up late to get to work, let him late. Your word will not affected him so let him take the lesson on his own action. His choice so his responsibility. You just need a BRAVE, STRONG WILL, and COOL ATTITUDE in yourself dear.


Lastly, the things that important that you should do is DO NOT EVER CRYING in front of him because it will make you look weak. I know that you sad but NEVER do it. He will like it and make you just like a small piece of THINGS that he enjoyed to hurt.


I do understand if all of my advice is really hard to be done but if you really love him, do it! Insyallah it will change the situation. Keep praying for his positive changes and don't ever skip my advice. Believe and keep strong dear!! I know you can do it! I believe in you!

I always keep in my mind these simple words that always be my motivator:


"If I need to stand in this world without a person called 'GUY' I will not crying for that. If he need to stand in this world without 'ME', he will crying for that."


"Loved the one that loved the way you are. Don't be sad if the one you're loved is not the one that loved you."




*i know that we might not ever share a story regarding our feeling but i do hate people that hurt the one i love. please take note bout that!










Tuesday, July 5, 2011

MTV OhsEm!!!

Assalamualaikum,

Untuk beberapa hari yang aku rasa tension nie, aku pun didedahkan dengan my BFF sorang nie untuk mencuba nasib. Ini bukan cuba nasib pe tau. Ini untuk mendapatkan tiket ke MTV World Stage Live kat I-City. Wahh.. Giler Ohsem ler tuu..hehe

So bile aku tension je, aku pun pergi jela kat laman web tuu sebab aku nak dapatkan free tiket. Serius susah dowh. Sebab ini semua bergantung pada nasib. Kalau nasib kau orang baik, dapatlah bukak kotak yang ada tiket tuu tapi itu semua belum tentu lagi. Kalau dah dapat page tuu, korang kena isi and click send cepat-cepat. Line internet kena pastikan laju la kan kalau takk, memang haram jadah. Aku penah kena. Isi-isi semua tapi tak dapat tiket sebab lambat and ada orang lagi laju dari aku. Hahaha...


Bile aku try and try and try tah bpe ratus kali, akhirnya mengena gak tapi melopass. Macam aku cakap tadi, aku lambat sikit je dah ada orang lain dapat. Tak ada rezekikan. Nak buat macam mana. Hehe.. So aku try and try and try dengan perasaan blur sambil dengar lagu Beast - Special untuk mendapatkan semangat and sebagai sumber inspirasi konon ler kan. hehhe.. Last2 aku dapat lagi beb. Dengan kuasa veto aku menaip dowh... Dan AKU MENANG 2 Tiket!!! Hahahahah. Serius aku gembira betul hari nie even aku stress gak lah kan nak menang tuu. Hehe..(tengok ler bukti aku menang. Jangan jeles nyah..Hahaha)



Yes...Sekarang aku nak pergi click lagi sebab aku nak menang lagi banyak tiket. Boleh aku ajak ramai-ramai pergi sana nanti. Heheh... Jom ler click kt MTV Page... =)

Monday, July 4, 2011

Wordless for future

Assalamualaikum,

Lama tak berkunjung di dunia ku ini. Dunia yang sentiasa buat aku terbuai bila aku singgah di sini. Banyak yang berlaku dan akan berlaku. Perkara yang buat aku rasa tak selesa dan tak sabar menanti.

Apa yang aku perlu lakukan sekarang? Jauh di sudut hati aku, aku rasa sedih sangat-sangat. Kenapa aku perlu terikat dengan tempat yang aku tak suka ni. Aku penat dan betul-betul terseksa. Aku tak suka. Aku nak pergi jauh. Aku harap aku tak perlu sambung kat tempat ni lagi. Serius aku tak suka.

Banyak benda yang buat aku tak suka dengan tempat nie walau berjuta kali aku memaksa hati dan diriku supaya kekal ceria dan terima semuanya. Tapi aku tak boleh. Ini bukan tempat aku. Aku terpaksa hipokrit bila berada kat sini. Aku tak boleh terima dan aku tak rela memberi. Aku jadi orang lain kat sini. Aku benci. Semua aku pendam. Aku tak nak sambung kat sini lagi.

Aku perlu buat keputusan. Keputusan yang aku sendiri tak tahu penghujungnya. Aku kelu dan kaku menghadapi hari tu. Aku perlu pergi jauh dari sini. Aku tak suka. Aku betul-betul tak suka. Jangan sape-sape paksa aku lagi. Cukuplah. Aku nak cari tempat aku. Tempat yang betul-betul buat aku gembira. Aku tahu tak ada sape kisah mana tempat yang aku suka and gembira. Tapi aku kisah dan aku akan cari tempat tu juga.

Aku tak kisah even aku terpaksa lari dari bidang aku sekarang sebab aku betul-betul rasa tak suka dengan tempat sekarang nie. Tak siapa tahu yang aku sentiasa menangis dalam hati sebab aku benci tempat ni. Tak ada perkataan yang mampu menggambarkan kenapa and apa yang terjadi sampai aku tak suka tempat nie. Tak ada. Hati dan perasaan aku dapat rasa ini bukan tempat aku. Aku akan pergi juga. Kalau bukan sekarang, nanti bila tiba masanya aku akan pergi.

Aku sentiasa berdoa agar aku dapat kekal menghadapi dugaan aku sekarang. Lindungilah aku. Sebelum aku melangkah pergi. Aku perlu kekal utuh dengan keputusan aku nanti. Aku nekad.

Tuesday, June 28, 2011

Aku

Assalamualaikum,

Semalam memang penuh dugaan betul. Semua buat aku rasa tension je. Macam-macam hal yang berlaku. Dengan si Aiman nye lagi, itu lagi, ini lagi. Sekarang aku isytihar merajuk dengan dia sebab semalam die yang beria-ia mencabar aku. So, kena lah rasa kan. Dulu memang aku sabar je tapi sekarang memang aku tak tahan sangat. So aku decide memang aku buat je.

Aku nak tolak ke tepi dulu pasal kes merajuk laki bini tuu. Aku nak cerita pasal diri aku. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu tapi aku rasa benda nie memang penting.

Aiman tak bagi aku aktif dalam JPAM nie even dari mula-mula aku dah bagitahu die awal-awal yang aku memang nak aktif. Alasan die tak bagi aku aktif sebab die takut aku dengan laki lain la...lupa die la... Apa yang die tak paham, apa yang aku minat. Aku paham die minat apa. Tapi kenapa die tak nak paham apa yang aku minat?

Serius bila dah 2 kali pergi kem, aku rasa inilah diri aku. Benda yang mencabar nie memang aku minat. Dari sekolah dulu. Cuma time skola dulu tak berpeluang nak join sebab aku dulu jenis pemalu dan segan giler.

Kem hari tu buat aku rasa lebih yakin. Inilah diri aku yang sebenar. Aku join bukan sebab laki ke, ada peluang nak menggatal ke...Tak ada keje aku nak buat semua tuu. Makin aku geli tengok sesiapa yang menggedik tuu ada la. Bile kat sana, aku memang fokus dengan misi kem tuu.

Bila kena panjat bukit, aku panjat. Bila kena turun bukit, aku turun. Bile kena seberang sungai, aku seberang. Penat memang penat tapi aku dapat rasa ini yang aku mahukan. Aku yang mintak dan ini yang buat aku rasa puas bila at the end aku sampai gak ke garisan penamat.

Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi supaya dia paham. Aku memang dah lama tak rasa macam nie. Tapi 1 je yang aku nak cakap. Sepanjang kem tuu aku tak pernah lupa kat Aiman. Bila aku rasa penat or tak larat sangat-sangat nak panjat bukit yang serious curam giler, aku pegang beg Aiman tuu and rasakan semangat dia. Umpama dia sentiasa ada dengan aku. Bagi aku kata-kata semangat.

Walaupun penat macam mana sekali pun, aku teruskan jugak even ketua aku kata nak tinggalkan aku sebab aku dah penat. Memang aku penat. Sape tak penat? Tapi aku bukan sakit. Cuma penat je. Bila aku tak larat nak panjat and beberapa kali tergelincir, memang aku takut. Tapi aku pegang semangat Aiman and aku teruskan memanjat. Aku cuma fikir yang aku kena selamat sebab aku kena balik jumpa family aku and Aiman. Tu je yang aku fikir.

Tapi kenapa die tak nak paham? Kenapa die susah nak percayakan aku? Aku tak tipu die. Kat sana semua aku anggap kawan. Aiman seorang yang paling aku sayang. Tiap masa aku ingat die. Aku jaga tingkah laku aku. Setiap apa yang aku buat, aku tahu batas pergaulan aku. Siapa aku. Tapi kenapa die tak paham? Aku akan teruskan usaha aku. Jangan halang aku sebab aku memang suka dengan apa yang aku buat sekarang. Kalau boleh, aku tak nak sambung kerja dengan tempat aku sekarang nie. Aku tak rasa ini tempat aku. Doakanlah aku...

Monday, June 27, 2011

Seriously!!

Assalamualaikum,

Firstly, aku memang perlu banyak-banyak isytifar(xsure ejaan). Aku perlu banyak bersabar harinie. Really. Aku rasa fed-up je.

Harini start kerja balik lepas Jumaat bercuti dan join kem di Teratak Naly's yang memang best. Nanti aku grab pic and buat review sikit.

Tapi sekarang memang aku sedih sangat. Aku rasa macam nak give up je. Betul-betul penat. Air mata nie asyik bergenang je. Aku tahan supaya ia tak jatuh. Sedih sangat-sangat. Macam-macam dugaan yang aku terima. Stress sangat.

Boleh takk aku nak pergi jauh? Aku nak pergi ke tempat yang sunyi. Hanya ada tempat untuk aku mengadu dan lupakan semua nie. Penat sangat.

Bila stress macam nie, aku pun tak ada selera. Makan roti je untuk sehari nie. Badan lak masih lenguh-lenguh and penat sebab kem hari tu. Tak ada mood. Nak nanges macam budak kecik boleh tak? Tapi nak nanges sorang-sorang. Tak nak ada orang dengar or nampak. ........ ... ...

Friday, June 17, 2011

Aku Bukan Boneka

Assalamualaikum,

Hari nie totally tak de mood. Kepada si dia, memang aku akan update blog nie dengan meluahkan apa yang aku rasa. Lagipun itulah sebabnya aku buat blog. Untuk tulis apa yang aku rasa semua. Bukan sekadar perhiasan je.

Saya nak mintak maap la kalau saya komen pape yang buat awak marah. Tapi saya tak pernah nak main-mainkan awak. Awak ada tanya kenapa saya buat macam tuu kan(komen2 tuu semua)? Bukan saya sengaja nak sakitkan hati awak dengan komen yang macam tu. Tak pernah terlintas pun.

Awak pun ada tanya kenapa bila dengan awak, saya msg pun kurang. Saya bukan tak pernah bagitahu. Pernah kan. Tapi awak selalu tak amik endah apa yang saya cakap. Apa yang saya bagitahu awak selalu lupa.

Saya tahu saya salah bab komen-komen tu walaupun saya sendiri tak dapat kawal apa yang orang lain pikir and tulis. Tapi bila sampai bab kenapa saya tak selalu msg awak, awk kena ingat balik apa yang saya pernah bagitahu awak.

Antara cinta kepada kekasih dengan agama kita. Awak tahu apa yang saya cakapkan k. Sebab tu saya tak selesa nak msg dengan awak banyak-banyak. Saya rasa macam semua yang saya buat nie tak betul. Awak tak rasa apa-apa ker? Saya tahu awak selalu guna alasan yang awak memang panas baran semua. So? Lagi dunia boleh berubah takkan awak tak boleh? Dari seorang budak kecik awak pun dah berubah kepada seorang yang dah boleh kawen dah pun. So bile masa awak tak boleh berubah?

Saya cuma harap awak paham apa yang saya rasa. Memang saya ada salahnya. Banyak yang saya buat silap. Cuma jangan awak buat saya rasa menyesal dengan hubungan kita nie. Saya tak sempurna. Setiap orang pernah buat salah. Awak pun sama. Parents kita, kawan-kawan, semua orang pernah buat salah.

Yang paling saya sedih sebab bila saya terangkan pe saya rasa, awak perli dan tak nak paham. Awak akan kaitkan dengan kesilapan saya yang dulu. Okey, FINE. Saya memang jahat dulu. MACAM AWAK. Cuma bezanya kita buat silap yang berlainan k.

Awak nak sangat jadi macam 'KAWAN' awak tuu kan? Buat awek die macam tu. Kawan-kawan yang lain semua tak suka awak, pinggirkan awak, benci tengok awak, parents lak tak suka tengok kita. Macam tu???

Saya sedih dan saya memang malas nak cakap pape lg sebab saya BERIBU kali cakap benda yang sama. Saya memang penat. Penat sebab awak selalu buat saya rasa bersalah. Tiap kali jumpa awak, saya cuba elakkan rasa tuu tapi awak lak? Tak pernah nak berhenti.

Awak boleh jaja cerita dan kemarahan awak tuu kat semua orang. Malukan saya semua. Tapi Allah tahu apa yang berlaku sebenarnya. Saya tak takut pun sebab kalau dah takdir hidup macam nie, saya redha wak. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Saya seriusss penat sebab berbelah bagi. Bila awak baca apa yang saya tulis nie, saya bukannya cakap saya tak buat salah. Salah saya memang banyak. Saya komen dengan orang lain, saya tak berterus terang dengan awak sejak awal-awal lagi. Tapi saya rasa saya dah banyak kali cakap dengan awak. Benda yang sama. Berulang kali. Sampai saya kadang-kadang fed-up. Fed-up menjadi diri saya yang malang nie.

Macam yang saya cakap, kalau awak berani nak malukan saya...Saya tak teragak-agak jatuhkan awak sama. Sebab kita sama-sama buat silap. Cuma masalahnya saya sedar silap saya. Tapi awak tak. Saya bukan ugut awak tapi saya cuma ingatkan awak je. Ingat Umi, Abah, Adik-adik awak, dan 'adik-beradik' awak tuu. Lagi-lagi abang awak.

Sekarang saya memang dah tak kisah. Deal ke pe ke.. Saya rasa hidup saya nie memang tak de maknanya langsung. Saya pun memang malas nak hidup lagi kalau kena jadi hamba orang. Boneka? Maybe. Macam pinocchio. Kayu semata.

Lepas nie awak mesti datang mengamuk kat saya lagi. As usual.... Dah dapat agak dah. Kalau nak kata tak sayang, saya memang sayang awak. Tapi kalau sayang masti macam nie ker? Kena ikut apa yang laki tuu cakap. Nikah pun belum, tunang jauh sekali tapi kena jadi hamba je?

Awak tak jahat. Saya memang sayang awak. Awak banyak tolong bila saya susah. Tapi macam nie ker cara nak balas jasa orang tuu? Kena ikut je apa die cakap. Terima kasih atas semua yang awak bagi kat saya. Saya tak tahu nak buat macam ne lagi. Perasaan saya pun dah sama macam pinocchio. Tak penting untuk awak amik tahu lagi. Tak guna dah. Saya macam dah mati pun. Mati dalam hipokrit yang awak bina untuk saya. Terima kasih banyak-banyak.

Bila awak cakap saya bajet good-good je, pernah awak pikir tak sape je yang selalu cakap macam tu?? Awak je k. Saya rasa saya nie tak pandai pun. Saya mengaku kelemahan saya. Apa yang saya dapat tuu bukan saya curik? Rezeki saya. Saya dapat apa yang saya patut dapat. Saya tak pernah menjaja cerita result saya. Bagi saya tuu cuma atas sekeping kertas je. Saya tak bangga pun. Kalau awak masih pikir saya macam tuu, awak sememangnya tak pernah kenal siapa saya!

Tuesday, June 14, 2011

Miserable!

Assalamualaikum,

Yup...I am horrible right now. Quite dizzy for some reason that either myself not sure why. So hopelesss la..

Sorry...this entry doesn't meant to hurt myself with harsh or abrasive word. Ermm.. I just felt nothing. Hard. Difficult. Complicated etc. All this feelings make me hard to easily breath every single moment in my life.

I know I should thankful to have a LIFE. I totally knew okay. Just things come like a stone that being throw from 10 miles away. How suppose am I be cool always?

I'm not an angle that could be smiling to whatever happen in her life even yess, I really want to be like that. Maybe just in my dream only.. I'm never be an angle. Ever. Unless, I can make an angle to be my idol. I may not become her but I still can learn to be cool and smiling to others.

For those that read this entry, I want to say my apologize because this entry just like 'tin kosong' only. I just write everything that I felt. What I face, heard or even smell will be translate to an entry.

Sad. That's my feeling. Sooooo sad. But I tried to be thankful. Always tried. I'm not perfect. Sometimes tears might be fall down even though I need to hold it. Yes... I need to hold it for a while. Just a moment before something come to release my burden.

I don't want to be fake. Everything does not okay. I hate plastic people. But when I forcing myself to smile, I hope I'm not a plastic people too. Hope not... Really.....

*needtoholdmyappetitetoday...=(

Monday, May 23, 2011

Ladies or what??

Assalamualaikum,

Ni yang nak marah nie. Bukan marah korang ye. Maap kalau salah paham..huhu.. Aku nak marah sebab perangai manusia nie. Aku rasa semua dah besar dan pandai pikir. Nak tahu kenapa aku marah takk?? ce cite ce cite

Tadi aku pergilah ke toilet opis aku nie. Geram betul aku tengok toilet tuu kotor. Padahal selalunyer boleh je bersih. Bukan tak pernah jadi, pernah gak. Tapi selalunyer aku sabar jela. Part tadi memang aku angin. Bukannyer dieorang tak flush or pe. Memang flush tapi tandas tuu die biar macam tuu.

Kadang-kadang tuu aku tengok ada tisu terlekat sana sini. Gantung sana sini dalam mangkuk tandas tuu. Aku nie nak masuk pun tak berselera. Kan tuu tandas perempuan. Susah sangat ker lepas guna pastikan ia selesa digunakan oleh orang selepas kita. Takk susah pun kan kan kan. Adab macam tuu kan kita selalu diajar dengan ibu ayah kita sejak kecil.

Bile kess macam ni terjadi, aku terus ingat kat entry Cik Fatin Suhana yang cute nie. Lebih kurang sama tapi kess beliau nie lagi ganas ler...Hahhahaa... Kalau orang macam tuu ada kat opis aku, ciap r die. hahahaha


Toilet comel. Sape pandai jaga boleh masuk..haaha

Monday, May 9, 2011

Monday Comes!!!

Good morning Monday. Happy to work again and smile in wonderful day today. A lot of story happen to me during this weekend. From bad to good. First thing that I made worst to my old schoolmate when I'm directly scratch her feeling. I should not say that. I knew it already before I do it but unfortunately I made it!! Damn..Opss...hehehe... What should I do. She remove me from her friend list and the most worst thing is she block me. I can't say my apologize to her at all. Luckily Syafiqa (my old schoolmate aka my neighbor) commented on my post. She said that girl really mad on me. Totally make me felt guilty. Really. I'm so sorry about my bad mouth. Soooo sorryyy.... Please anyone say my regrets to her.. Please... I can't communicate to her, talk or even do anything right now. I need someone that have a kindness heart to be our mediator. Please.... =(

My sad face.. =(


Let put aside my first problem. Second occurrence happened was Futsal Tournament okay. Quite awkward to attend with less of people I known. Hahaha. Just sit at the spectator's place and talk a lil bit with some people that say 'hi' to me. Others, just see and smile only. No word at all..hahaha.. Congrats to batch 9A again after winning the championship for straight 3 years (for 3 times its being organize). You all really talented, young and have passion on what you do. This is your last tournament right? All of you (Insyallah) will be go for On Job Training (OJT) soon. Good luck and well done.. =)

After hangout with them at upper NZ (NZ atas, Wangsa Maju), I go back home but the other boys gone for swimming at Jeram Kemensah while I'm taking a nap..Hahhaa... I think it has been long time that I'm not taking a nap on the evening. Hehhe...It felt so good...Hehhee

Happy 21st Birthday Jaja!!!! =)

Today ( a moment ago) Jaja, my BFF called and said its her Birthday today!! OMG, how could I forgot bout that? Hehehe... I wish her to be always happy and hope she will stay away from any bad guy that always make she sad. I luv u dear. May Allah bless you wherever you are. Amin..=)

Lastly, a lot of things I need to pay. All my allowances will be gone as soon I get it..=( ...How suppose I save my money?? Ermm...Never mind, all my fault okay. So I should face it with full of regret... hahhahaa...... =P Next time I should not planning or use the money. But can I?? Hhahahhaa









Saturday, January 22, 2011

Bebelanku

Bebel..bebel..bebel...tu je lah yang aku nak buat sekarang. Hahahah...Nak membebel pasal ape ye? Pasal stdy dulu k. Sekarang minggu exam tgal 2 mggu lagi je. Tah r..rasa biasa je... Paling pening pikir pasal OJT...Semoga Allah tolong aku kali ni. Cepat2lah call panggil interview....Rasa macam lambat sangat la pula kan....Leceh betullah..tp aku kena sabar. Aku dah berusaha dan kini masa untuk aku sabar....Hehehe

Sabar Menghadapi Ujian Hidup

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13