Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Sunday, November 12, 2017

Budget Trip To Melaka

Assalamualaikum,

Yes Melaka. Since we'oll dari Johor, Melaka ni kiranya jiran sebelah jela...Hahhaa.. It's not kitaorang tak pernah jalan Melaka or apa. It just untuk travel lebih mendalam, kami decide Melaka is our choice for 2016 trip. 

One of major throwback jugalah ni..hahhaa... Dulu masa kecik Melaka memang famous dengan background sejarahnya. Cuma bila dah meningkat dewasa ni, kita kadang kala lupa atau kurang mengingati tempat bersejarah begini. Lagipun since zaman dah berubah, banyak tempat viral dan menarik kat Melaka. 

Paling sedih skali, first tempat yang kami excited nak datang adalah Mee Besen Ori Melaka. Sedih sebab tunggu punya lama tapi tempat penuh!! Perut lapar gila. Last-last pergi AEON makan KFC. Hahaha...


For this trip lebih kurang sama dengan Ipoh Trip. Bajet dalam RM300 tapi this time we'oll tidur dekat hostel which only cost each of us around RM8 per night. Quite okay dan comfortable. Parking juga provided. Malkumlah Melaka ni macam Penang gak. Susah nak parking sebab jalan sempit dalam town. So memang jimat sebab dari segi mileage, tak jauh dari Johor. Also, mostly we'olls spend untuk kos masuk tempat berbayar dan makanan.


Pekena Cendol Durian dan Coconut Shake. Malas nak beratur beli keria tu..hahaa


Mendalami sejarah Pahlawan Melayu


Opss...ada orang jeling la..aahaha


Amik mood diraja



Fefeeling naik cruise memalam


I'olls bawak dua orang yang gayat ni..hahaha


Si ketot membebel sebab tak boleh tengok teropong yang tinggi



This is my last time datang bukit pasir ni. Sumpah rasa nak maki hamun sebab jauh! hahaha




*Btw, Melaka sekarang jadi kampung no 2 sejak dah berlaki orang Melaka ni..hahaha




BYE!



Budget Trip To Ipoh, Perak

Assalamualaikum,

Fuhh.. bersawang dah blog ni. Post yang berzaman pun masih dalam mood draft. Actually just be honest. Since tempat kerja baru tak provide laptop malah PC dekat office pun kena block internet etc, that's why tak update. Nak update dekat handphone rasa tak convenient sungguh.

So, this will be a major throwback sebab trip ini aku dan BFF lakukan sebelum aku berkahwin. Like seriously almost 2 years or lebih dah... hahaha..

We love to do the backpack style trip and small budget. For Ipoh trip we'oll bajet around RM300 per pax. Btw, kiraan ni memang aku keep dalam draft folder blog, so jangan risau memang tak lari jauh pun malah lagi murah sebenarnya..hahaha...Tapi ini kiraan masa minyak dan tol tak naik harga lagi la. So after we decided untuk pergi, kami bertiga lakukan kira-kira as below:  


Ipoh Budget Trip

1. Cost minyak + Tol ( 2 jenis cara travel)
    i. Car (bp-kl-ipoh-kl-bp)  total= rm300
                  150   +  150
    ii. (kl-ipoh-kl-bp)rm150 + 60 = rm210

2. Minyak utk jenjalan kt ipoh = rm60 (kos ini memang kurang. Pendek kata just backup)

3. Total for minyak + Tol only:
     i. 300+60=360 / 3 pax = rm120 per pax
     ii. 210+60=270 / 3 pax = rm 90 per px

4. Hotel checkinn (rm198/3pax=rm66per px) - Luckily this hotel memang terletak dilocation yang best! Strategik katanya :)


Grand total for trip with 2 type of travel :
1. Rm120+66=rm186 per pax
2. Rm90 + 66 = rm156 per pax
If Bajet rm300, Balance = 114 / 144 untuk makan, minum, souvenir, dll.


Personally aku memang suka Ipoh sebab quite banyak tempat bersejarah dan menarik. Oh, jika ada yang tanya kenapa ada 2 jenis travel, sebab kawan-kawan aku tu duduk johor. That's why ada alternatif 2 jenis trip...hee



Nasi Ganja is the must!! Superb and one of my fav



Sebelum balik singgah Kellie's Castle dekat Batu Gajah, Perak.


Bazaar Karat / Pasar Karat. Peminat barangan antik mesti pergi.



They are my BFF yang gilos but best for backpack travel




Banyak lagi tempat menarik yang kami pergi tapi basically i just love to travel with both of them. Hopefully our next backpack berjalan terlaksana..hahaha..


*Terkenang zaman kurus sikit masa ni.. hahaha


BYE!


















Friday, May 11, 2012

Happy Birthday Syaza Hazwanie!!

Assalamualaikum,


Maaf sesangat buat rakan baik aku ni sebab aku terlupa ulang tahun kelahiran kau. Hari ini walau agak lewat tapi aku nak buat special entry buat kawan baikku bernama Syaza Hazwani binti Md Shah aka Jaja yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 9 Mei 2012 yang lalu. Yela, sejak tukar handphone semua reminder yang aku dah save dah tak ada. So maaf sesangat tau. Hehe


Ok, mari bercerita. Sebenarnya aku kenal budak nakal ni dah lama. Sejak sekolah rendah lagi cuma bezanya aku tak kenal sangat dia ni. Rupanya satu sekolah agama kot. Dulu aku tak ada member sangat so aku pun bukan jenis duk amik port pasal orang lain. Janji diri aku selamat sudah. =P


First time aku perasan kau, time aku ikut rombongan sekolah mak aku. Fyi, ibu bapa kami adalah guru sekolah rendah dan mak kami pula mengajar di sekolah yang sama ketika itu. Time rombongan koir sekolah tu aku perasan kau. Kau jadi induktor koir, ala yang pegang besi kat depan tu. Hehe. Aku nampak kau smart giler dowh! 




Inilah dia kawan sengal ku. Untuk pengetahuan korang, aku ada beberapa jenis kawan baik. Ini semua disebabkan perpindahan kelas selepas tingkatan 3 *sebabtakbelajarbetulbetul. Aku jadi rapat dengan dia sebab secara semulajadi hubungan kami jadi rapat. Balik sekolah sesama naik motor. Pergi tuisyen Fikrah sesama naik bas, motor dan kekadang parent atau family dia hantar. 


Dia juga ajar aku minum air kelapa letak gula merah. Serius kepala aku nak ting tong. Macam hisap gam je rasanya. Haha. Tapi lama-lama sebati juga dengan aku. Bila balik kampung lalu depan tempat-tempat yang pernah menjadi tempat persinggahan kita, aku terkenang balik. This time geng kami bertiga, disertai oleh cik Nur Siti Syaffiqah Md Yasin *notsurehowtospellherdaddy'sname*. 


Pqa and Jaja


Teringat je kenangan kita hangout sesama time dulu kala. Cewahh. Bila lepas SPM, tak ramai yang aku jumpa balik. Kebanyakannya lost contact. Kadang-kadang pun cuma chat atau tegur di Facebook je. Pasal Facebook pun satu hal. Sorry sangat-sangat sebab aku dah delete Facebook aku sebab aku selalu dapat masalah peribadi akibat Fb. Bukan aku ada masalah besar sangat pun ye. Cuma aku rasa lebih baik tak ada terus. Lagi senang dan yang penting tolong percaya yang aku okay. Tiada masalah dan sihat *gemuk sentiasa ye. 


Bukan aku sengaja nak menjauhkan hubungan yang kian menjauh. Dulu kita duk dekat pun jarang jumpa. Duk KL sesama tapi dalam masa 3 tahun lebih, kita jumpa pun dalam 2 kali je. Pe cer? Haha. Aku tahu aku bukan jenis nak up-to-date kengkawan semua. Tapi aku sayang dan sentiasa ingat kawan aku. Ini cara aku dan aku senang dengan cara ini. Kadang-kadang nak mesej atau call tak ada kredit. Sebab tu aku jarang nak contact korang.




Aku nak ucapkan selamat ulang tahun ke-22 ye cik nakal Jaja. Semoga berbahagia dan berjaya dalam hidup. Kalau tunang atau nak kahwin jangan lupa jemput aku. Rumah kita pun dekat je kan? Aku sayang kawan-kawan aku. Nanti aku balik aku belanja kau ye. Muah!!


Tak kira apa yang berlaku, aku sentiasa berdoa agar hubungan kita ini berkekalan hingga ke akhir nyawa. Walau berapa ramai kawan yang hadir dalam hidup aku, setiap dari mereka mempunyai tempat yang berbeza dalam hati aku. Setiap tempat itu juga mempunyai erti dan kelebihan yang tersendiri. Tiada ganti dan tiada yang sama. *hatiakuadabanyaktingkatbolehpilihnakyangmana















nota kaki: sayang kawan aku semua. love you!

Sunday, February 19, 2012

Happy Birthday Nur Raihan Dayana Khamis!!

Assalamualaikum,


Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya aku berjaya jua menyempurnakan entry khas ini. Mungkin bagi mereka, ianya tidaklah sepenting mana namun buat aku yang entah mengapa berubah menjadi skema dalam penulisan aku ini ingin menyempurnakan sesuatu yang telah diamanahkan buatku.


Hari ini adalah tarikh keramat rakan baikku sejak sekolah lagi iaitu gadis jelita dan tinggi lampai Nur Raihan Dayana Khamis. 19/02/2012 adalah tarikh yang menandakan kematangannya (bukan tua ye..nanti kena marah..hehe).


Alhamdulillah hubungan kami masih seperti dahulu. Baik dan mesra. Betul tak Fida? Lepas je baca entry Fida terus aku tergelak besar. 'So sweet' bila kau pecahkan rahsia kita ponteng kelas kan. Kelas kau Jahhh.. ahhaha


Well, aku tidaklah rapat dengan cik Yan (nama panggilan kepada Raihan) ini selama dengan Fida. Namun kami mula rapat sejak menjadi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi SMK Semerah seawal tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.


Rehat makan biskut Munchy's cheese or coklat, roti sosej, air kotak @ air botol, biskut rokok (ala yang panjang-panjang tuu...), dan macam-macam lagi. Semua dapat free sebab jaga jualan kat koperasi time lunch.


So, oleh demikian kami amatlah jarang dapat makan di kantin sekolah sehingga kami lupa harga makanan.. hahaha. Serius tak tipu.



Kenangan paling kelakar bila aku tak siap kerja sekolah bi cikgu Hawa. Kena rotan kat punggung depan kelas. Malu la jugak. Eh, cik Yan kena tak time ni? Aku tak sure tapi rasanya macam kena. Hehehe...


Kalau time sekolah agama pun best jugak. Kena kejar dengan angsa jahat. Hahaha. Kelakar gila. Rasa macam nak sembelih je angsa tu semua. Kalau kat darjah khas semua memang berlagak gangster. Kelas pun jarang datang lepas tu bila datang buat bising. Bila cikgu tanya soalan tak tahu jawab. Heheh.. Tapi cik Yan memang bijak, still result darjah khas gempak jugak..=)


Bila hari Jumaat selalunya aku tumpang kau balik rumah. So bila balik nampak 'kereta hijau' kita jadi macam orang gila ketawa dalam kereta sampai ayah kau tanya kenapa gelak-gelak. Hahaha. Malu gila kan. Dapat pegang kereta pun dah naik gila. Hehehe... Hah, macam cik Yan tulis dalam blog hari tuu, bab novel pun ada kisah kita kan? Komik yang pertama pun sama jugak. Komik jepun tuu terbeli yang lucah. Gila malu kan nak baca? Sampai tolak-tolak sebab masing-masing tak mahu simpan... Hahahhaa


Aku rasa memang banyak story dan kenangan yang boleh kita cerita semula. Bak kata Fida, memang masa tak boleh diputarkan. Aku rasa bagus juga sebab kita akan menghargai setiap saat yang kita pernah lalui dahulu dengan sebaiknya. Kenangan itu semua tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Aku sayang dan rindu dengan semua kawan-kawan aku dahulu. Mungkin aku bukanlah rakan terbaik korang yang selalu follow up, rajin tepon and message. Tapi bagi aku kalau aku selalu hubungi korang, adakah ia akan menjadikan aku rakan terbaik korang? For me the best friends ever will always appreciate each moment that we spend together. Kenangan kita bersama aku akan ingat sampai aku mampu *kecualiakukenasakitnyanyukla


So, cik Yan.. aku nak tujukan video ini buat anda. Semoga anda kekalkan senyuman dalam diri ye. Selamat ulang tahun kelahiran ke-22 ... =)





nota kaki : entry khas ini ikhlas dari hati buat seorang rakan baik

Monday, December 5, 2011

Happy Birthday Ridzwanah Zamkhasri

Assalamualaikum,


Today is 5.12.2011 which fall on one of my besties' birthday. She is my lovely friend that always made me laugh. Love her because the way she is. She is very humble and quite clumsy. Really miss her so much.


Okay, since dah lama tak jumpa cuma sekali sekala hubungi cik adik manis ini melalui ruangan maya or phone call, so aku cuma boleh wish kat ruangan maya juga lah kan.


Aku rindu gila nak hangout dengan kau dekat surau Giatmara tu. Rindu nak pukul-pukul manja dengan kau, makan lunch sama-sama dan gotong-royong bersihkan kawasan Giatmara lebih-lebih kat toilet tuu. huhu


Walau kita berjauhan, aku harap kau tak lupa dengan aku. Tak lupa dengan kenangan kita. Lagu favorite kita dulu, lagu Letto. Ingat lagi tak?


Kadang-kadang aku jadi sebak bila aku teringat dekat korang. Aku tahu aku tak ramai kawan rapat dan kita jadi rapat dalam masa 6 bulan kita dekat sana. Banyak gelak ketawa kita bersama-sama yang membuatkan aku rindu sangat dengan kau.


Ingat tak kau tolong aku buat nota yang aku skip sebab aku malas nak salin panjang-panjang? Really missed your lovely hand writing. ~~~


Ridzwanah aka Wana (Left with spec)


Maaflah kalau gambar kau tak cantik. Ini saja gambar kau yang aku simpan dalam handphone cabuk aku dari dulu sampai sekarang.


Today is your 22nd birthday. So wish you supaya cepat-cepatlah bertemu jodoh dan dikurniakan rahmat daripada-Nya. Sayang dan rindu kau. Aku janji aku akan jumpa kau sebelum kau or aku khawin. Aku akan cuba untuk tunaikan janji aku ni. Sangat-sangat merindui rakan-rakan lain di Giatmara dulu. =)




nota kaki: Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Insyallah kita akan ketemu jua...=)

Monday, May 9, 2011

Monday Comes!!!

Good morning Monday. Happy to work again and smile in wonderful day today. A lot of story happen to me during this weekend. From bad to good. First thing that I made worst to my old schoolmate when I'm directly scratch her feeling. I should not say that. I knew it already before I do it but unfortunately I made it!! Damn..Opss...hehehe... What should I do. She remove me from her friend list and the most worst thing is she block me. I can't say my apologize to her at all. Luckily Syafiqa (my old schoolmate aka my neighbor) commented on my post. She said that girl really mad on me. Totally make me felt guilty. Really. I'm so sorry about my bad mouth. Soooo sorryyy.... Please anyone say my regrets to her.. Please... I can't communicate to her, talk or even do anything right now. I need someone that have a kindness heart to be our mediator. Please.... =(

My sad face.. =(


Let put aside my first problem. Second occurrence happened was Futsal Tournament okay. Quite awkward to attend with less of people I known. Hahaha. Just sit at the spectator's place and talk a lil bit with some people that say 'hi' to me. Others, just see and smile only. No word at all..hahaha.. Congrats to batch 9A again after winning the championship for straight 3 years (for 3 times its being organize). You all really talented, young and have passion on what you do. This is your last tournament right? All of you (Insyallah) will be go for On Job Training (OJT) soon. Good luck and well done.. =)

After hangout with them at upper NZ (NZ atas, Wangsa Maju), I go back home but the other boys gone for swimming at Jeram Kemensah while I'm taking a nap..Hahhaa... I think it has been long time that I'm not taking a nap on the evening. Hehhe...It felt so good...Hehhee

Happy 21st Birthday Jaja!!!! =)

Today ( a moment ago) Jaja, my BFF called and said its her Birthday today!! OMG, how could I forgot bout that? Hehehe... I wish her to be always happy and hope she will stay away from any bad guy that always make she sad. I luv u dear. May Allah bless you wherever you are. Amin..=)

Lastly, a lot of things I need to pay. All my allowances will be gone as soon I get it..=( ...How suppose I save my money?? Ermm...Never mind, all my fault okay. So I should face it with full of regret... hahhahaa...... =P Next time I should not planning or use the money. But can I?? Hhahahhaa