Monday, December 19, 2011

BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT Mana ?

Assalamualaikum,




Okey, tadi aku skodeng sekejap blog abang Ben Ashaari. Memang rutin aku pun singgah sekejap kat sana kan. So ada pulak segmen khas untuk budak sekolah bertajuk BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT Mana ? Tapi disebabkan aku dah habis belajar (buat masa sekarang) aku juga ada perancangan aku sendiri untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. So, rasanya tak salah kan nak join? hahaha *muka tak malu


Tekan untuk besarkan


Tajuk : BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT mana ?


1. IPT pilihan. Sebenarnya aku teringin sangat nak masuk Universiti Petronas (UTP). Yela, aku tahu aku tak pandai tapi itu memang salah satu cita-cita aku which agak kabur di situ. hahaha. Sekarang aku bekerja dalam bidang Occupational Safety and Health, so kalau boleh nak ambil course yang lebih kurang dengan major aku. Kalau tidak pun mungkin ke UPM atau UiTM.


2. Paling best idaman kalbu hampir ramai pelajar. Nak sambung belajar OVERSEAS macam incik Kamal Effendi or semua yang femes buat VLog tuu. Hehe.. Aku mungkin akan sambung ke Curtin University di Australia which dalam course yang sama. Bestnyer...hahahaa. Boleh tengok kangaroo kan? Hahhaa


3. Dulu masa kecik memang banyak gila kan cita-cita aku. Dari seorang guru ke pilot, ke pramugari ke doktor dan akhirnya aku telah sesat ke bahagian Safety and Health. Gila kentang kan? Hhahaa. So, aku cuma berdoa dan berharap (jangan lupa usaha) untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada sekarang. Semoga aku dapat menjadi seorang pekerja yang cemerlang dan seorang ibu yang berjaya. Insyallah..=))


4. Setiap impian atau cita-cita mestilah perlu disertakan dengan usaha. Ya, aku begitu berusaha memohon kerja untuk masa depan yang lebih baik. Aku tak lupa bertawakal dan sentiasa berdoa usaha aku ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Aku juga tak lupa sentiasa berasa bersyukur. Penting ni supaya setiap yang aku lakukan akan diredhai-Nya. Paling aku selalu buat, keraplah bukak general website Universiti dan Jobstreets ye. Penting bagi orang macam aku. Hehehe =P


5. Sumber Inspirasi? Bagi aku sumber inspirasi aku sekarang adalah mereka yang sudah berjaya sekarang. Rakan-rakan, orang luar malah Mama. Ya, Mama tu mak aku la. Macam mana Mama boleh menyara kami anak-beranak memang buat aku terdorong untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Aku nak sara Mama dan aku tak nak Mama pikir pasal kami anak-beranak lagi. Aku nak tolong keluarga aku macam mana Mama buat. Insyallah. Doakan aku ya semua. =)


Kepada abang Ben Ashaari; walaupun saya sudah terlebih umur untuk segmen ni, tapi saya rasa setiap peringkat umur masih ada cita-cita macam saya which nak pergi lagi jauh kan? So rasanya tak salah kalau saya nak buat entry ini. Cita-cita perlu ada dalam setiap individu tak kira umur. Terima kasih kerana sudi baca. Saya sekadar mengisi masa lapang menulis segmen ini. Hehehe



Nota kaki: Semoga impian semua akan dipermudahkan. Insyallah...

No comments: