Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Happy Birthday Syaza Hazwanie!!

Assalamualaikum,


Maaf sesangat buat rakan baik aku ni sebab aku terlupa ulang tahun kelahiran kau. Hari ini walau agak lewat tapi aku nak buat special entry buat kawan baikku bernama Syaza Hazwani binti Md Shah aka Jaja yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 9 Mei 2012 yang lalu. Yela, sejak tukar handphone semua reminder yang aku dah save dah tak ada. So maaf sesangat tau. Hehe


Ok, mari bercerita. Sebenarnya aku kenal budak nakal ni dah lama. Sejak sekolah rendah lagi cuma bezanya aku tak kenal sangat dia ni. Rupanya satu sekolah agama kot. Dulu aku tak ada member sangat so aku pun bukan jenis duk amik port pasal orang lain. Janji diri aku selamat sudah. =P


First time aku perasan kau, time aku ikut rombongan sekolah mak aku. Fyi, ibu bapa kami adalah guru sekolah rendah dan mak kami pula mengajar di sekolah yang sama ketika itu. Time rombongan koir sekolah tu aku perasan kau. Kau jadi induktor koir, ala yang pegang besi kat depan tu. Hehe. Aku nampak kau smart giler dowh! 




Inilah dia kawan sengal ku. Untuk pengetahuan korang, aku ada beberapa jenis kawan baik. Ini semua disebabkan perpindahan kelas selepas tingkatan 3 *sebabtakbelajarbetulbetul. Aku jadi rapat dengan dia sebab secara semulajadi hubungan kami jadi rapat. Balik sekolah sesama naik motor. Pergi tuisyen Fikrah sesama naik bas, motor dan kekadang parent atau family dia hantar. 


Dia juga ajar aku minum air kelapa letak gula merah. Serius kepala aku nak ting tong. Macam hisap gam je rasanya. Haha. Tapi lama-lama sebati juga dengan aku. Bila balik kampung lalu depan tempat-tempat yang pernah menjadi tempat persinggahan kita, aku terkenang balik. This time geng kami bertiga, disertai oleh cik Nur Siti Syaffiqah Md Yasin *notsurehowtospellherdaddy'sname*. 


Pqa and Jaja


Teringat je kenangan kita hangout sesama time dulu kala. Cewahh. Bila lepas SPM, tak ramai yang aku jumpa balik. Kebanyakannya lost contact. Kadang-kadang pun cuma chat atau tegur di Facebook je. Pasal Facebook pun satu hal. Sorry sangat-sangat sebab aku dah delete Facebook aku sebab aku selalu dapat masalah peribadi akibat Fb. Bukan aku ada masalah besar sangat pun ye. Cuma aku rasa lebih baik tak ada terus. Lagi senang dan yang penting tolong percaya yang aku okay. Tiada masalah dan sihat *gemuk sentiasa ye. 


Bukan aku sengaja nak menjauhkan hubungan yang kian menjauh. Dulu kita duk dekat pun jarang jumpa. Duk KL sesama tapi dalam masa 3 tahun lebih, kita jumpa pun dalam 2 kali je. Pe cer? Haha. Aku tahu aku bukan jenis nak up-to-date kengkawan semua. Tapi aku sayang dan sentiasa ingat kawan aku. Ini cara aku dan aku senang dengan cara ini. Kadang-kadang nak mesej atau call tak ada kredit. Sebab tu aku jarang nak contact korang.




Aku nak ucapkan selamat ulang tahun ke-22 ye cik nakal Jaja. Semoga berbahagia dan berjaya dalam hidup. Kalau tunang atau nak kahwin jangan lupa jemput aku. Rumah kita pun dekat je kan? Aku sayang kawan-kawan aku. Nanti aku balik aku belanja kau ye. Muah!!


Tak kira apa yang berlaku, aku sentiasa berdoa agar hubungan kita ini berkekalan hingga ke akhir nyawa. Walau berapa ramai kawan yang hadir dalam hidup aku, setiap dari mereka mempunyai tempat yang berbeza dalam hati aku. Setiap tempat itu juga mempunyai erti dan kelebihan yang tersendiri. Tiada ganti dan tiada yang sama. *hatiakuadabanyaktingkatbolehpilihnakyangmana















nota kaki: sayang kawan aku semua. love you!

Sunday, February 19, 2012

Happy Birthday Nur Raihan Dayana Khamis!!

Assalamualaikum,


Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya aku berjaya jua menyempurnakan entry khas ini. Mungkin bagi mereka, ianya tidaklah sepenting mana namun buat aku yang entah mengapa berubah menjadi skema dalam penulisan aku ini ingin menyempurnakan sesuatu yang telah diamanahkan buatku.


Hari ini adalah tarikh keramat rakan baikku sejak sekolah lagi iaitu gadis jelita dan tinggi lampai Nur Raihan Dayana Khamis. 19/02/2012 adalah tarikh yang menandakan kematangannya (bukan tua ye..nanti kena marah..hehe).


Alhamdulillah hubungan kami masih seperti dahulu. Baik dan mesra. Betul tak Fida? Lepas je baca entry Fida terus aku tergelak besar. 'So sweet' bila kau pecahkan rahsia kita ponteng kelas kan. Kelas kau Jahhh.. ahhaha


Well, aku tidaklah rapat dengan cik Yan (nama panggilan kepada Raihan) ini selama dengan Fida. Namun kami mula rapat sejak menjadi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi SMK Semerah seawal tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.


Rehat makan biskut Munchy's cheese or coklat, roti sosej, air kotak @ air botol, biskut rokok (ala yang panjang-panjang tuu...), dan macam-macam lagi. Semua dapat free sebab jaga jualan kat koperasi time lunch.


So, oleh demikian kami amatlah jarang dapat makan di kantin sekolah sehingga kami lupa harga makanan.. hahaha. Serius tak tipu.



Kenangan paling kelakar bila aku tak siap kerja sekolah bi cikgu Hawa. Kena rotan kat punggung depan kelas. Malu la jugak. Eh, cik Yan kena tak time ni? Aku tak sure tapi rasanya macam kena. Hehehe...


Kalau time sekolah agama pun best jugak. Kena kejar dengan angsa jahat. Hahaha. Kelakar gila. Rasa macam nak sembelih je angsa tu semua. Kalau kat darjah khas semua memang berlagak gangster. Kelas pun jarang datang lepas tu bila datang buat bising. Bila cikgu tanya soalan tak tahu jawab. Heheh.. Tapi cik Yan memang bijak, still result darjah khas gempak jugak..=)


Bila hari Jumaat selalunya aku tumpang kau balik rumah. So bila balik nampak 'kereta hijau' kita jadi macam orang gila ketawa dalam kereta sampai ayah kau tanya kenapa gelak-gelak. Hahaha. Malu gila kan. Dapat pegang kereta pun dah naik gila. Hehehe... Hah, macam cik Yan tulis dalam blog hari tuu, bab novel pun ada kisah kita kan? Komik yang pertama pun sama jugak. Komik jepun tuu terbeli yang lucah. Gila malu kan nak baca? Sampai tolak-tolak sebab masing-masing tak mahu simpan... Hahahhaa


Aku rasa memang banyak story dan kenangan yang boleh kita cerita semula. Bak kata Fida, memang masa tak boleh diputarkan. Aku rasa bagus juga sebab kita akan menghargai setiap saat yang kita pernah lalui dahulu dengan sebaiknya. Kenangan itu semua tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Aku sayang dan rindu dengan semua kawan-kawan aku dahulu. Mungkin aku bukanlah rakan terbaik korang yang selalu follow up, rajin tepon and message. Tapi bagi aku kalau aku selalu hubungi korang, adakah ia akan menjadikan aku rakan terbaik korang? For me the best friends ever will always appreciate each moment that we spend together. Kenangan kita bersama aku akan ingat sampai aku mampu *kecualiakukenasakitnyanyukla


So, cik Yan.. aku nak tujukan video ini buat anda. Semoga anda kekalkan senyuman dalam diri ye. Selamat ulang tahun kelahiran ke-22 ... =)





nota kaki : entry khas ini ikhlas dari hati buat seorang rakan baik

Friday, December 23, 2011

Special Birthday Wishes

Assalamualaikum,


Hari ini 23 December 2011 jam 11.50 malam waktu aku taip entry ini. Entry khas untuk insan yang aku rindui selama beberapa tahun. Hampir lebih 8 tahun. Waktu yang aku rasa agak lama untuk mematangkan aku dan ahli keluargaku yang lain.


Dulu aku pernah tulis satu entry khas mengenai Dia dan keluargaku yang lain. Sapa-sapa yang nak tengok boleh tekan SINI. Entry yang aku tulis tahun lepas.


Bila masa berlalu, aku sedar makin lama perasaan Dia ada di sisi aku makin pudar. Tiap masa aku cuba kekalkan perasaan itu. Aku rindu perasaan itu. Perasaan yang sepatutnya aku kekalkan dan jangan pernah hilang.


Aku rindu Dia dan aku akan selalu kenang Dia. Bagi aku perasaan itu tak pernah mati walau kadang kala aku terlupa. Bukan aku sengaja melupakan perasaan itu namun aku cuba untuk kekal kuat. Tiada tangisan buat Dia lagi. Aku ingin Dia bahagia di sana. Tempat yang hakiki buat Dia malah buat semua insan di dunia ini.


Bila aku tulis entry ini bukanlah kerana aku mahukan simpati malah aku benci bila simpati yang diberi. Layan aku seperti yang lain. Tiada beza walau status berbeda. Tiada Dia tak bererti aku tak bernyawa. Kerana Dia aku inginkan perbedaan malah membuatkan setiap saat dalam hidupku bermakna. Dia pendorong dan pembakar. Dia adalah separuh dari diriku ini.


Yes...I really love Him even I've made a lot of mistake with Him. I'm really sorry. I will do my best next time. Please do trust me because I really will made it happen soon. Pray for Him and I need His prayer too....


Kalau korang nak tahu siapa yang aku maksudkan, sila scroll ke bawah. Gambar lama yang sememangnya menggamit perasaan aku berulang kali aku menatapnya.




Dia kekasih aku. Sampai bila-bila. *tahan air mata wooo*


Semoga Dia kekal bahagia disana. Walau apa pun yang berlaku dulu, aku tetap sayang Dia. Hingga bila-bila. Dia hanya satu tiada dua. Dia tiada penggantinya.


Letter to Ahamad Jailani A. Hamid:


Papa,
Ika rindu papa. Setiap kali terpikir pasal papa ika rasa nak nangis. Ye, papa pun tahu ika memang gembeng (cengeng) kan? Ika sedih sangat bila pikir pasal papa. Bila tahu orang tuu buat papa ika sampai macam tuu. Kalau ika tahu siapa yang buat, sampai bila-bila ika tak dapat nak maafkan apa yang dieorang buat. Semua yang dieorang buat kat keluarga kita pun ika tak dapat maafkan. Mungkin juga ini hanya perasaan sekarang. Masa depan mungkin kemaafan itu akan hadir. Ika tidak pasti akan itu.

Ika tak tahu kenapa. Tapi ika selalu dapat rasa papa di sekeliling ika. Walaupun ika tahu i'm not your best child kan. Ika tahu. Ika sedar hakikat itu. Walau pun macam itu ika selalu harap papa sokong ika. Dan memang itu yang ika selalu pikirkan. Ika harap benda yang ika pikir tuu betullah...

Sayang dan maaf antara dua benda yang sukar dalam keluarga kita. Sukar untuk meluahkannya. Tapi ika nak bagitahu even papa dah tak dapat baca andai kata papa ada disekeliling ika, I really LOVE and MISS you papa. Maaf jika ika banyak buat salah dahulu. Jika dapat diputarkan masa, ika tak nak semua ini berlaku. Ika akan cuba ubah semuanya walau ika tahu sukar keadaannya nanti.

Kami sayang papa. Kami mintak maaf jika kami sekeluarga banyak susahkan papa. Sayang papa. Tahun depan ika wish lagi ye. Jumpa nanti. Selamat ulang tahun kelahiran ke-60 papa. Wish you live there full of peace.



*Doakan lah Dia disana. Amin~~


nota kaki: Ahamad Jailani A. Hamid (23 December 1951 - ** December 2002)

Wednesday, December 7, 2011

Monday, December 5, 2011

Happy Birthday Ridzwanah Zamkhasri

Assalamualaikum,


Today is 5.12.2011 which fall on one of my besties' birthday. She is my lovely friend that always made me laugh. Love her because the way she is. She is very humble and quite clumsy. Really miss her so much.


Okay, since dah lama tak jumpa cuma sekali sekala hubungi cik adik manis ini melalui ruangan maya or phone call, so aku cuma boleh wish kat ruangan maya juga lah kan.


Aku rindu gila nak hangout dengan kau dekat surau Giatmara tu. Rindu nak pukul-pukul manja dengan kau, makan lunch sama-sama dan gotong-royong bersihkan kawasan Giatmara lebih-lebih kat toilet tuu. huhu


Walau kita berjauhan, aku harap kau tak lupa dengan aku. Tak lupa dengan kenangan kita. Lagu favorite kita dulu, lagu Letto. Ingat lagi tak?


Kadang-kadang aku jadi sebak bila aku teringat dekat korang. Aku tahu aku tak ramai kawan rapat dan kita jadi rapat dalam masa 6 bulan kita dekat sana. Banyak gelak ketawa kita bersama-sama yang membuatkan aku rindu sangat dengan kau.


Ingat tak kau tolong aku buat nota yang aku skip sebab aku malas nak salin panjang-panjang? Really missed your lovely hand writing. ~~~


Ridzwanah aka Wana (Left with spec)


Maaflah kalau gambar kau tak cantik. Ini saja gambar kau yang aku simpan dalam handphone cabuk aku dari dulu sampai sekarang.


Today is your 22nd birthday. So wish you supaya cepat-cepatlah bertemu jodoh dan dikurniakan rahmat daripada-Nya. Sayang dan rindu kau. Aku janji aku akan jumpa kau sebelum kau or aku khawin. Aku akan cuba untuk tunaikan janji aku ni. Sangat-sangat merindui rakan-rakan lain di Giatmara dulu. =)




nota kaki: Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Insyallah kita akan ketemu jua...=)

Hello Mr December

Assalamualaikum,


Selamat tinggal November dan selamat datang December. Well, this is the last month for this year and my last month before I reach into my 21st birthday. Yeah, I'm big enough..big?? Yes, I'm fat but what I try to say that I've become more mature in positive way. Alhamdulillah.


Tiada sambutan hari lahir pada peringkat umur yang sebegini ye. Hehe.. Aiman saja pernah buat sambutan untuk aku. Since 2009 I guest? =)


Dalam peringkat umur macam ni, I don't think celebration will be the best for me. The precious moment is better sebab kita boleh mengingatinya. Things goes same on the birthday presents. Tak payah la. Susah-susah je..=)


Aku amat bersyukur dalam hidup aku atas apa yang aku ada dan dapat. Semua yang berlaku amatlah aku hargai. Family yang aku sayangi. Aku tahu aku memang menyusahkah orang sekeliling aku terutama Mama and Aiman. Sorry...


I really tried to be the best in my life. Tapi walau aku cuba sekalipun, aku hanya mampu mencapai terbaik untuk diri aku. Kita tidak boleh menjadi sempurna tetapi kita boleh cuba yang terbaik. Itulah yang aku sering katakan kepada family aku. Aku tahu aku sekarang kerja cabuk je. Tapi tolong percayakan aku. Aku sedang dan telah mencuba. Bagi aku masa dan lebih sokongan. Itu saja yang aku boleh katakan.


Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan aku apabila jejaknya umur aku ke-21 pada 8 December 2011 ini. Semoga semuanya akan berjalan lancar. Insyallah.




nota kaki: Nantikan ucapan hari lahir untuk diri aku sendiri pada 8 December 2011 di Facebook. Sekarang aku tengah busy. Malam ni ada annual dinner di Mines. Aiman pula demam. Ermmm...