Showing posts with label Shawl Satin. Show all posts
Showing posts with label Shawl Satin. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Offical Limited First Batch Released of Adinda by JeyqaJovita

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,


Ehem Ehem.. rasa berhabuk tak update kan? haha.. Sorry sebab agak sibuk kebelakangan ini dan banyak benda berlaku. Even di FB pun aku lebih suka menjadi silent reader sejak akhir-akhir ini. Malas nak update sangat or komen.. hehehe


Hah, aku nak share (promote sebenarnya) our own business. Well, memang tak banyak sangat item tapi masih mampu menggoyangkan kegagahan iman seorang wanita.. kekeke.. Sorry, gurau je..


Jemput scroll dulu kalau tak sabar nak view ye. 


Ini adalah Selendang Satin atau pun Sateen Shawl dalam bahasa omputih gituuww.. huhu. Limited design sebab ianya adalah custom made. Hanya satu design bagi setiap warna. Menarik bukan??? So memang tak akan sama dengan orang lain punyalah.








 Booked by Maya Maria


Berikut adalah details tudung:

Panjang : 170 cm X 55 cm 
Harga : RM 45 tak termasuk postage. Tapi kita bagi discount sebab first batch baru release so hanya RM40 tak termasuk postage... Yay!!


Hah, kalau berminat boleh wassup or mesej kat no aku, 016-6654530 ye. Atau boleh juga pergi dekat Facebook , Page Rasmi atau Instagram ye.


Happy Ramadhan @_@



Friday, August 19, 2011

Opening a booth at Citta Mall, Ara Damansara

Assalamualaikum,

Di hari Jumaat yang mulia nie, aku just nak bagitahu sesiapa yang suka jenjalan boleh la datang singgah at Citta Mall, Ara Damansara.


Mall ni kira baru jugak lah sebab tak ramai yang tahu. Sesiapa yang selalu pergi ke area sana maybe tahu tempat nie. Dengan sadiss nyer aku pun nak bagitahu yang aku sendiri tak tahu dan tak pernah pergi ke sana. hehe


Tak ape lah. Kita boleh jenjalan sama-sama kat tempat baru. Sesiapa yang tahu or tak tahu boleh datang ke sana sebab aku sendiri pun first time koot nak datang menyemak kat sana. Hehe


So kat bawah nie aku curik pic mall tuu dari sini. Agak besar dan macam tak banyak kedai. Dunno yet. Tunggu jela esok..





Tempat : Citta Mall, Ara Damansara
Hari: Sabtu, 20hb Ogos 2011
Masa: 11.00 pg - 8.00 mlm


Okey, saya nak buat pengumuman yang best giler nie. Sesiapa yang datang and bagitahu u all pembaca blog princessofhemp, akan dapat DISKAUN!! Serius...diskaun tuu beb.. Nak raya mesti nak diskaun kan? Betul tak? Heehehe


So, jom datang and dapatkan diskaun anda sebelum anda terlepas. Booth kami menjual bakes' product, shawl and banyak lagi... Jom..jom..


Thursday, August 4, 2011

Yeah Part 2

Assalamualaikum,

First sekali aku sendiri tak ingat or tak pernah nak kisah yang aku penah ada entry 'Yeah' sebelum ni. Atau memang ada cuma aku je yang fail untuk mengingati semua tu. Sebab bila aku taip Yeah, ada tulisan yang keluar which bila kita pernah tulis then benda alah tu akan kuarlah kan. Kira macam past history la. Tak tahu aku yang tulis or orang lain yang meminjam lappyku ini. Hehe

Papejela kan. So apa bendalah yang aku happy sangat ni kan. Bulan ramadhan ini memang aku rasa sangat-sangat special dan lain dari yang lain. Lebih-lebih lagi hari ini. Aku rasa setakat jam 1222 ni, ada 2 benda yang baik berlaku pada aku. Alhamdulillah.

First sekali shawl satin aku sudah sampai so sapa-sapa yang nak order better cepat. Ada certain warna dah fully booked pun. Amacam? Terlepas? Tak pe, pergi jela rembat color pape yang ada dulu. Then, kalau stock kali ni tinggal sket baru aku pi amik lain. huhu

Lepas seronok-seronok dengar lagu (layan korea) dapat lak panggilan menggumbirakan yang memang agak lama gak lah aku tunggu iaitu kedatangan duit elaun aku. Haha. Giler lah dah berapa haribulan baru dia nak bagi. Nasib baiklah bulan ramadhan nie rezeki aku melimpah ruah. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga aku kepada rezeki-Nya.

'Ala, duit elaun sikit je'. Aku tahu ramai kott yang cakap macam tu but for intern comel macam aku ni, penting tauu. Siapa yang free-free nak belanja kau? Bagi duit macam tu banyak tanpa balasan? Jangan harap. Aku tak kisah pun jumlah dia berapa but aku still bersyukur dengan apa yang aku dapat. Yeah!

So aku plan lepas ni nak pergi KL Sentral jap nak pergi men'topup' pass perjalanan Rapid KL aku then pergi 'cash'kan cek nie. Hehe..

Daa =)