Showing posts with label Positive. Show all posts
Showing posts with label Positive. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Tarikh Keramat 12.12.12

Assalamualaikum dan Hi,


Firstly aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah ke atas limpahan rezeki-Nya buat aku. Tarikh keramat yang aku maksudkan bukanlah sebab aku dah kahwin or tunang pun.. Jangan salah paham. Tatkala di Facebook dan Twitter kecoh pasal event yang berlaku pada tarikh tersebut, aku pulak tak masuk campur.


Memang rasa bersyukur sesangat sebab semalam aku pergi interview dan syukur alhamdulillah. Rezeki aku memang di situ gamaknya. 


Bila aku tengok tarikh, memang cantekklah.... Syukur sesangat. Dah lama aku cari kerja yang aku nak. Lepas semua yang berlaku, memang banyak dugaan. Aku yang serba hina ni pun ada yang tak suka. Walhal aku pun baru kerja sekerat jangung muda. Pengalaman pun tak banyak sampai ada yang nak menganaiya aku.


Tak apalah. Mintak dijauhkanlah. Kalau rezeki aku ada, insyallah. Aku akan berusaha untuk membina kerjaya yang lebih baik di masa mendatang.....

Thursday, June 21, 2012

MENAGIH SEKS LELAKI NIGERIA (18SX) SATU LAGI KISAH BENAR DICERITAKAN SECARA EKSKLUSIF


Saya berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan perasannya dari hati tulus ikhlas.

"Kita kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana masih dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan sedang mereka lakukan," ujar saya.

Jun bersetuju.

Saya berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.

"Saya dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari situ kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu, Charles beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia  hanya mengguakan avatar kartun sahaja," ujar Jun.


Berikutan pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong, Selangor.

"Waktu itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan harga RM1,250 sebulan. Charles memberitahu  saya, ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik. Saya pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia? Charles kemudian berkongsi kisah sedih ditempuhnya. Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayah meninggal dunia, dia dan adik beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka, diketepikan oleh keluarga ayah. Akibat hasad dengki, ahli keluarga ayah didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo, terhadap dirinya. Berikutan itu Charles terpaksa melarikan diri. Katanya, dia datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai 200 US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat saya terlalu cepat berasa simpati apabila  mendengar kisah sedih diceritakan kepada saya," kata Jun.

Tambah Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas kekasihnya itu.

"Kalau dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles berpeluang menuntut di kolej di Puchong?," soal saya.

"Satu hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan mendakwa ada orang bertanya hendak belajar ke tidak? Dia kata ditipu semasa memasuki kolej itu. Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan. Cerita itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah orang berada dalam kesusahan. I felt terrible for him. Charles memaklumkan saya, dia mengambil jurusan teknologi maklumat, IT. Pada awalnya, dia mendakwa berasal dari Bahamas tetapi di kad pelajar mencatatkan dia warga Nigeria," kata gadis itu lagi. 


Menurut Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika bersama rakan, mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.

"Antara ayat digunakan awak suka dengar?," tanya saya.

"Dia selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I will dream of you in my sleep tonight and hopefully that you will be safe out there, I love you always. Dia selalu cakap, no matter what, I am in this  with you forever. Dia juga berjanji untuk mengahwini saya," jelas gadis berusia 30 tahun itu.

"Berapakah lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan mengahwini awak?," soal saya lagi.

"Selepas seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia memuji saya kerana pandai memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk saya ketika berada di rumah dia. Keluarga saya memang tidak mengetahui  perhubungan kami. Tetapi kemudian kakak saya terjumpa gambar kami berdua dan my sister called me stupid sebab dia kata lelaki Nigeria tidak boleh dipercayai, tujuan mereka hanya untuk menagih wang, kegembiraan dan seks," terangnya.

"Your sister is right," celah saya.

Menurut Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang pinjaman pelajarannya kepada Charles. 

"Kalau kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak pernah memberitahu saya samada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi apabila sampai di kaunter juruwang, tiba-tiba duit tidak tidak mencukupi, dia akan meminta saya menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia masih berhutang dengan saya lagi," kata Jun.

Ternyata beberapa entri saya nukilkan berhubung lelaki Nigeria di blog ini memberikan kesan kepada tindakan dan fikirannya.

"Bila saya terbaca entri di mazidulakmal.com dan berita di akhbar, saya mula bercerita hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah dia pegawai polis di Bukit Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya mula tersedar. Saya membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali membaca, saya berada di dalam state of denial. Kekadang ada masanya, Charles menyuruh saya menghantar dia kekelas dan pernah dia meminta saya  membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri Sembilan, kononnya ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah berhubung thesis dia. Bila saya bertanya dia mengambil degree, master atau Phd? Dia hanya berkata, IT," jelas Jun.

"Sepanjang perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah awak rasa dicurangi?"

Soalan itu saya kemukakan.

"Pernah saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah. Apabila saya berkunjung ke apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa toilteries, baju perempuan, tuala tetapi bukan milik saya, rambut panjang sedangkan rambut saya pendek pada ketika itu. Bilik pula bersepah. Bila saya bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik angin, meluru keluar bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah. Tetapi dia tidak pernah memukul saya, selalunya hanya memberikan amaran supaya saya tidak mengambil tahu dengan siapa dia berkawan. Jangan sesekali mengusik barangan di rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia ," ujar Jun.

"Penah terjumpa kondom terpakai?," tanya saya.

"Banyak sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan dia. Kondom terpakai di dalam bakul sampah," jelasnya.

Tambah Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu dilengkapi peti ais besar dan televisyen berskrin besar. 

"Menariknya, selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk seorang rakan serumah dia, kononya pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak pernah pergi ke kelas," kata Jun.

"Saya tidak mahu tahu tentang perincian kerana mungkin terlalu peribadi. Bilakah awak mula mengadakan hubungan seks dengan Charles?," tanya saya.

"Hujung November 2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang di laman sosial pada pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi semakin serius," ujarnya.

"Adakah hubungan itu kerana duit atau seks? Seperkara lagi, adakah lelaki Nigeria ini memang pandai membelai wanita tempatan sebelum dan selepas seks?"

Berat rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.

"Dia tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya. Fasal soalan kedua itu, yes! It is true.They really treat you like a queen. Sebelum mengadakan hubungan seks, Charles membelikan saya barangan, melayan dengan baik, membawa saya keluar makan dan kemudian memberikan urutan kaki. Bila dia membawa saya balik ke rumah, dia akan mengurut tubuh saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu, seks menjadi satu ketagihan. Dia bijak menyentuh bahagian tubuh dan tahu titik kelemahan wanita sekaligus membuatkan saya berasa khayal. Kalau kita kata jangan, dia akan berhenti dan kemudian memujuk kembali sehingga dia berjaya. Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya lakukan salah tetapi dia membuat saya berasa selasa. Baby, this is a way how to experiance life and normal for adults and you are a woman now," terang Jun tanpa ragu.

"Itu kali pertama awak mengadakan hubungan seks?," soal saya.

"Ya," balasnya ringkas.

Tambah Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arak.


"Apabila saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arak), untuk mengambil hati saya, dia mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti ais dan buang. Dia kemudian berkata, I don't drink anymore because of you baby," katanya.

"Awak memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita lain?," soal saya.

"Gadis Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar. Saya percayi gadis Cina itu sering datang ke rumah Charles terutama pada hujung minggu. Dia juga menjalinkan dengan gadis orang asli berasal dari Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin dia bekerja. Menurut Charles bil internet Maxis dia lebih murah kalau menggunakan nama rakyat tempatan, nama gadis orang asli itu. Dia pada awalnya mendakwa, gadis itu teman wanita rakan lelaki dia," jelasnya.

Charles mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan terkini memaklumkan Jun, dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membiayai kos pulang semula ke negara asal. Selama kira-kira 7 tahun berada di Malaysia dia mendakwa menyara kehidupan dengan menjual barangan kenderaan.

"Dia pernah beberapa kali bertanya kepada saya, bagaimanakah cara untuk ke Pulau Pinang dan kemudian menaiki bas ke utara," celah Jun.

Tambah Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih kerap ditemuinya.

"Kalau lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan mereka hanya menagih wang dan seks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis tempatan, majoriti mereka berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat berkahwin atau janda, ramai berbangsa Cina tetapi saya dilarang untuk bertemu  dengan mereka. Jika menghadirkan diri ke keraian seperti sambutan hari ulang tahun kelahiran rakan dia, saya tidak begitu bergaul," jelas Jun.

Jun dikatakn pernah dijemput oleh Charles untuk merayakan Krismas di Nigeria tetapi ditolaknya. Perbualan kami kemudian dirumuskan dengan kenyataan berikut.

"Lelaki Nigeria sebenarnya memburu gadis tempatan berkerjaya, mesti memiliki kenderaan dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa. Menurut mereka, wanita berusia lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakkan. Jelasnya, lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa amat dihargai. Mereka tahu bila waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak. Sentiasa berada di sisi, apabila kita dilanda keresahan dan amat mengambil berat tentang diri kita, caring"

HEBAHKAN

Sumber : sini







Monday, June 18, 2012

Cornetto Uda & Dara Mengganas!

Assalamualaikum dan Hi,


Jangan salah faham pulak tau. Jaji bukan gatal dan tak curangs pun dengan korang. kehkehkeh. Uda yang Jaji maksudkan bukanlah seseorang yang pernah ada skandal dengan Jaji tuu.. Salah orang ni.. -_-*





Korang suka ais krim tak? Oh, rugi kalau tak suka. Betapa nikmatnya kalau Jaji dapat ais krim lebih-lebih lagi Cornetto yang marvelous ni tau. Korang yang sama fave macam Jaji mesti paham tahap kesedapan yang boleh menjadikan semua manusia terguling-guling menggilai Cornetto. Wah...ayat canggih sungguh! haha


Nyum nyum *tetiba terbayang tengah makan Cornetto. Bila korang tengok Cornetto baru ni, apa korang rasa? Jaji yang baru lepas makan nasi 48 kali tambah pun rasa lapar Cornetto! Macam mana tuu?? *tampar muka lelaju


Sebenarnya apa yang Jaji nak cuba bagitahu dekat korang semua, Cornetto Uda & Dara ni merupakan kontes la. Ye....Jaji tak tipu korang la..


Kalau korang tak percaya, boleh semak sijil sirim dekat FB Cornetto ni... hehe.. Siapa yang akan memenangi kontes terhebat tahun 2012 ini dan bertuah untuk meraih RM20 000?? Sama-sama kita tunggu keputusan kontes dekat kedai mamaks berdekatan sambil Cornetto ala-popcorn. -.- 


Apa lagi?? Jom cuba dan rasai sendiri keajaiban Cornetto keluaran terbaru ini. Sokonglah Uda dan Dara pilihan korang... Yeah....!!! *lompat tinggi-tinggi sambil makan Cornetto 








nota kaki : meleleh air liur..nyum nyum..

Wednesday, June 6, 2012

PENGAKUAN MARSHA SI PEREMPUAN SIMPANAN (18SX)



Petang semalam, saya dihubungi melalui telefon oleh gadis memperkenalkan dirinya sebagai Marsha, 32 tahun.

"Sejak berusia 25 tahun, saya berkenalan dengan ahli perniagaan, 20 tahun lebih tua berbanding usia saya. Sejak awal perkenalan, saya tahu dia telah berkahwin dan mempunyai dua anak. Dia memang penyayang dan selalu mengambil tahu mengenai diri saya. Beberapa bulan setelah bertemu, dia membelikan saya kereta dan membayar sewa rumah saya duduki," ujar Marsha.

"Berapa bayaran sewa rumah?," soal saya.

"Lebih kurang RM600 sebulan," balasnya.

Tambah Marsha lagi, biarpun sudah berkeluarga, lelaki terbabit sering menghantarnya pergi ke pejabat pada waktu pagi dan menjemputnya ketika pulang.

"Hampir setiap hari, kami makan bersama. Sesekali, jika kami terserempak dengan kawan dia, saya diperkenallkan sebagai 'kawan'. Saya tidak pernah berasa berkecil hati kerana amat memahami keadaan dia. Dia sudah berumah tangga, nanti bimbang jika kisah hubungan kami sampai ke telinga isterinya," celah Marsha.

"Berapa lamakah perhubungan itu?,' tanya saya.

"Kira-kira 7 tahun, sehingga ke hari ini," balasnya spontan.

"Jadi apakah sebenarnya masalah awak?," soal saya.

"Terus-terang, beberapa kali saya cuba melarikan diri daripada dia tetapi perasaan sayang itu semakin menebal. Pernah saya tidak mengangkat panggilan telefon dia selama dua minggu tetapi akhirnya saya tewas dan menjawab juga. Dia tidak pandai marah, dalam erti kata lain, penyabar. Apabila panggilan telefon tidak berjawab, dia berulang kali menghantar pesanan ringkas, 'You di mana?', 'Apa terjadi?, sebab dia tahu kami tidak bergaduh. Seperkara lagi, dia tidak pernah cemburu tetapi tidak tahulah sekiranya perasaan itu disembunyikan. Contohnya, kalau hendak keluar dan berjumpa dengan kawan lelaki, saya hanya memaklumkan dia," jelasnya.

"Status awak, perempuan simpanan?"

"Entahlah! Kalau dia bujang dan mempunyai ramai teman wanita, selain saya, saya dianggap perempuan simpanan juga ke?," soal Marsha.

Sukar saya menjawab soalan dilontarkan kerana pada hemat saya, 'perempuan simpanan' lazimnya wanita mempunyai hubungan sulit dengan suami orang dan dia dibayar oleh lelaki terbabit.

"Dia memberikan wang tunai bulanan kepada awak?"

Soalan itu saya kemukakan.

"Bagi kalau saya minta. Untuk pengetahuan encik Mazidul, dia bukanlah berstatus 'Datuk' tetapi hasil perniagaan membekalkan barangan keperluan pejabat dijalankan mencukupi untuk dia menampung kehidupandengan selesa," terang gadis itu lagi.

"Adakah dia kekasih pertama awak?," tanya saya.

"Ya. Atas sifat ingin tahu, saya juga mengadakan hubungan seks pertama kali sekaligus menyerahkan dara saya pada usia 26 tahun. Kejadian itu berlaku di rumah sewa milik dia. Kini perkara itu sudah menjadi rutin, purata 4 kali sebulan kami akan bersama di apartment saya huni. Pada awalnya saya aktif sewaktu mengadakan hubungan seks, maklumlah usia ketika itu lebih muda dan pastinya bertenaga. Sekarang berbeza, saya mahu dia melayan saya bak puteri raja di katil," ujarnya.

"Adakah awak pernah mencurangi perhubungan sejak mengenali 'Sugar daddy' itu?"

"Secara jujut pernah beberapa kali namun nafsu saya tidak pernah terbuka, saya menjadi seperti batang kayu. Mungkin saya mampu kembali normal jika ditakdirkan bertemu dengan lelaki lebih baik berbanding dia," balas Marsha.

Marsha meminta saya tidak mendedahkan lokasi dia tinggal dan identiti dirinya.

"Fikiran saya runsing, terasa diri ini bodoh kerana tidak mengetahui hala tuju perhubungan ini. Sejak mengenali  dia, empat lelaki lain cuba mendekati saya. Saya berterus-terang kepada mereka. Saya katakan, saya bukan perempuan baik dan tidak sajak untuk mereka. Sebilangan lelaki itu menerima kenyataan secara terbuka dan kemudian mengundurkan diri, ada juga masih menunggu. Kusut bila memikirkan, kalau saya tua kelak tanpa suami dan anak, siapakah bakal menjaga saya? Saya dapat menjangka, majoriti pembaca blog encik Mazidul akan melabelkan saya perempuan bodoh tetapi ketika ini saya memang sudah tidak mampu untuk melarikan diri," katanya.

Perbualan terhenti buat seketika. Terdengar suara tangisan Marsha di hujung talian, dia teresak-esak.

"Mengapakah awak perlu menangis? Sedangkan keputusan  samada untuk meneruskan perhubungan itu atau sebaliknya berada di tangan awak?," soal saya.

"Itulah. Ramai orang tidak berupaya memahami jiwa saya. Dia terlalu menyayangi dan ...," celahnya.

"Oh! Barangkali dia bersikap seperti lelaki Nigeria, menitipkan ayat manis dan kerap dianggap caringoleh gadis tempatan?," usik saya.

Dia tertawa. 

Marsha mengaku, seorang daripada pelayar blog ini dan pernah membaca entri mengenai hubungan lelaki warga Nigeria dan wanita tempatan.

"Biarpun sudah berusia. lebih 50 tahun, dia tidak pernah gagal menghubungi saya setiap hari. Kalau tidak pada waktu pagi, dia menelefon saya pada waktu petang. Saya dapat merasakan, isteri dia mengetahui perhubungan kami tetapi mungkin enggan berbuat bising. Jika saya berpindah ke lokasi jauh dari tempat saya tinggal sekarang, mungkinkah saya berupaya mengelak daripada terus bersama dia?," soal gadis itu.

"Alah! Sejauh manapun awak melarikan diri, andai hati dan perasaan telah 'diikat', rasanya awak akan tetap kembali kepada dia," celah saya.

"Betul! Amat sukar untuk saya melupakan dia," keluhnya bersuara perlahan.

"Apapun, itu keputusan awak sendiri," balas saya.

Sebelum ini saya pernah memaparkan entri kisah benar berhubung perempuan simpanan, Sofea, klik di sini.

Lazimnya jika perempuan simpanan bergantung hidup sepenuhnya dengan bantuan ekonomi dihulurkan oleh 'Sugar daddy', sebaik ditinggalkan, wanita terbabit akan kehilangan arah tuju dan kurang pandai berdikari untuk meneruskan kehidupan.

Barangkali kerana sebelum itu, majoriti mereka hanya perlu mengangkang untuk memperoleh kemewahan dikecapi.



sumber : sini
















Friday, February 17, 2012

Perubahan

Assalamualaikum,


Dah lama tak menaip rasa sedikit janggal. Blog yang kelihatan kosong dan usang ini memerlukan perhatian aku. Walau aku jarang memperbaharui inti pati serta kandungannya namun aku sering berkunjung ke sini.


Ya, berkunjung tanpa sebarang pembaharuan. Sorry. Salah aku.


Well, tahun baru dan walaupun memang sudah hampir 2 bulan berlalu namun alhamdulillah sesuatu telah berubah. Alhamdulillah sekali lagi kerana ia adalah perubahan ke arah kebaikan.


Aku boleh kategorikan perubahan kepada dua. Yang pertama adalah perasaan. Ya, perasaan amat penting dalam hidup kerana perasaan pelbagai reaksi akan timbul. Ternyata ia memang benar sekali.


Aku cuba untuk mengawal perasaan aku itu agar ia menjadi lebih natural dan kembali 'baik'. Walaupun ternyata ia agak kurang berhasil. Aku amat khuatir keadaan ini akan kembali seperti dahulu. Perasaan sakit hati, benci, tak ikhlas dan macam-macam.




Sungguh aku risau kerana ia mungkin akan kembali merosakkan perhubungan kami sebagai kawan. Sungguh.. Mungkin lebih baik aku berhijrah? Mungkin. Ini demi perasaan. Perasaan ini hadir apabila perbuatannya.


Perbuatan ataupun perlakuan. Ia adalah perubahan no 2 yang aku usahakan. Apabila perasaan kotor itu hadir aku cuba naturalkan ia melalui perbuatan. Aku akan kembali kepada-Nya. Aku akan minta supaya aku kekal ikhlas, sabar dan lapangkan dada.


Kadang kala aku terpikir mengapa seseorang itu sukar berfikir secara matang dan berubah apabila keadaan memerlukan mereka untuk berubah? Ya, hakikat yang jelas lagi nyata bahawa tak semua manusia mampu mencapai tahap kedewasaan apabila berhadapan sesuatu keadaan.


Aku jua tidak sempurna. Kadang kala aku masih bersikap kebudak-budakan dan sikap panas baran arwah papa masih aku warisi. Sangat sukar untuk aku bendung.


Sekarang aku masih memerlukan masa untuk menstabilkan semula jadual, perbuatan, dan ruang aku. Walau aku rasa dia masih tak berbuat demikian. Berhijrah mungkin pilihan aku jika keadaan ini semakin mencengkam perasaan malah perbuatan aku.


Semoga Allah makbulkan doa aku. Insyalllah. Terus sabar dalam menghadapi cabaran hidup.




nota kaki : sabar itu separuh daripada iman =)

Monday, June 13, 2011

MUET Oh MUET!!!

Assalamualaikum,

Past two days ago, my friend Ekin told me that she's going to take MUET at the end of this year. So she ask if i'm taking it too or not. Oh dear, the registration date is just a round the corner. How am I get ready on MUET in short time?

Yess I felt really bellyache while thinking about that over and over again. So disappointed if I can't continue my study with her. She's preparing herself with MUET to enter UiTM on January intake. OMG...Once again.. I should run right now. Really...

Since I totally fuss with all this thingss kan..So I prepare myself first with listening and reading some articles at online english teaching which I guess it quite helping me a lot larh... =) *ishouldbemorehardworkingLOL!!!

Therefore, I need to register myself to MUET examination BEFORE 20th June 2011 which is NEXT WEEKK!!!! Gilo apo? Really...next week dear. This is really tough to me right now. I must paid rm1 for pin number and around rm60 for examination fees. Oh..Tidakk!! Hahahaha.. There is anyone may be my hero today?? Easy, just give me your notes that values RM60 and just get lost...Hahhahaa... Who's that crazy want to do that right?

Everything just make me felt so burden larh.. I want to do my further study with her.. Really.. But how? There are many things lines up behind me to get paid. Feel sooo horrible la macam nie...Hahaha...*facepalm

Okay2..just chill... If there is my luck, I will take it too.. If not, maybe next time. Just relax and chill. Problems is the best thing happen in our life to teach us how to be a independence and experiences person in this world. I love it and I will take it positively! Go go chaiyokk..!!!Hahhaa

Before I forgot, I grab some hints on MUET examination from someone that I don't know but I think his hint is very very da very good larh...hahaha...For Malays that do understands Malay, I hope you guys do not have any problems in reading it. For those that don't understand Malay, please refer to someone that may help you.. Thank you for the readers and for the owner of the hints...hehehe =) >>>JIWAGUA<<<


Kali ini gua mahu memberi topik ilmiah.Bukan apa.Kata blog rojak.Semua campur.Cerita rojak nanti gua cerita lain entri.Malas nak bagi korang pening bila baca entry gua nanti.
MUET terbahagi kepada 4 komponen.
  1. Reading
  2. Writing
  3. Listening
  4. Speaking
*malas nak translate.Buat leceh.

Okayh,Gua menulis ini mengikut apa yang gua rasa sebagai calon persendirian MUET 2010.

Reading
Article yang di beri memang banyak.5 artikel rasanya.Tapi words dia perghh,macam belajar denfan Oxford.Susah dan sangat susah untuk mencari hint.So,ini antara tips yang gua rasa agak berguna
  • Membaca banyak buku.Kamus dan sebagainya.
  • Masa menjawab sangat singkat.So,jawap mana yang boleh dulu.
  • Ambil masa untuk membaca.Gariskan isi-isi yang penting.
  • Baca soalan dulu.So,masa baca terus boleh detect.

Writing
Ini gua tak tahu nak cakap apa.Gua punya grammar memang tunggang langgang.So,ini sedikit tips.
  • Buat rangka karangan dulu.
  • Buat ayat yang sedap.Simple dan senang.
  • Kalau bagi yang siapa lemah dalam grammar,lebihkan kepada isi.
  • Ingat,karangan perlu fakta.Belek-belek artikel ke journal.Ini membantu.

Listening.
Sila korek telingan malam before pergi.Ini serius.Sebab perlahan gila bila mendengar.
  • Baca soalan betul-betul.
  • Ingat,bila bagi masa baca soalan,baca SEMUA soalan.Bukan part A sahaja.Macam gua,gua lantak pergi baca part A je.Part B sudah kelam kabut.
  • Latih daya ingatan.Ingat point sudah.Ayat sendirian berhad.
  • Conteng jawapan dengan kertas dulu.Memang tak sempat.

Speaking
Ini antara yang paling best.Gua suka part ini.
  • Bersedia dari awal jika anda menjadi speaker A.
  • Korang akan diberikan masa untuk menanyakan pelbagai soalan selepas sesi membaca soalan secara berjemaah di lakukan.Tanya puas-puas.
  • Tips penting:Suruh ahli kumpulan korang tanya sahaja apa-apa words.Macam gua,budak group gua tanya accomodation dan so on.
  • Cakap je apa yang kau nak cakap.Bantu kawan.Jangan bangkang.Kesian kalau kena.
  • Bersedia,Kalau nak markah lebih,sila hafal ayat sebagai pengacara majlis.Best.
So,ini antara serba sedikit tips yang gua boleh berkongsi dengan korang semua.Kepada yang mengambil MUET,semoga berjaya.Kalau boleh,cuba yang terbaik dan dapatkan band yang best-best.Semoga berjaya semua.:)


____________________________________________________________

Daaaa

Tuesday, May 10, 2011

Cita-cita (Ambition)

Assalamualaikum (setelah sekian lama buat entry tak bagi salam..ehehe),

Good morning Malaysia (acting lebey), today entry is about my ambition. As you know if you really knew me better I'm a person that love to have a day dreaming (according to Pn. Roziyanah aka my Mum). FYI, I'm not only day dreaming without any effort. I know that I totally mess at my high school and full with laziness until my mum always nagging at me..hahaha . I believe that I can do it but i don't have passion and I'm not inspire to do it that's way I will not fight to study hard either smart.


Right now, I've changed okay. I study smart and I don't like to let go any opportunity at all. Today I'm new me. A lot of people from high school can't get into me because I'm not the old me that lazy and always be negative person. Now I'm standing here with positive atmosphere to accept and face anything in front me.

Actually I take quite some time to finish this entry because my pack schedule on my job... Hehe.. Below are few of my ambitions:

1. Be a mom to my child =P
2. Be a wife to my husband
3. Have a good work
4. Travel to any place I want
5. Live in a medium standard (don't prefer at High Standard types..ehehe)
6. Have my own asset
7. Buy a car
8. Have a home (kampung style hehehe... bestnyerrr....huhu)
9. At least have a business whilst working as a housewife
10. Got a happy family either with husband's family or mine (a huge wish okay!)

Still standing and waiting =)