Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Giveaway By TMCorp at Twitter!!!!

Assalamualaikum dan Hi,


Sejak dua menjak kebelakangan ni aku rasa macam dimurahkan rezeki. Alhamdulillah. Rezeki murah ertinya perlu banyak bersyukur. So, baru-baru ni ada join giveaway dengan Telekom Malaysia @TMCorp dekat Twitter. 


Untung sesangat sebab dua kali berturut-turut dapat hadiah dari incik TM yang best. First hadiah paling aku suka sesangat. Nak tau apa dia? Meh tengok bawah...




Datang 1 sampul pagi isnin. Yela, kan hari Jumaat aku cuti sebab ada event dekat Genting. So agak suprise tapi sebenarnya dah dapat agak dah apa isi dia. Dengan gelojoh, terus cari gunting dan cekidout apa isi dia...jeng jeng jeng *bajetnebes..haha




Wahh...tiket yang aku menang tuu dah dapat la.. Happy sungguh. Dapat pula dekat Signature, Garden. Memang hebat TM ni. Thanks la bebanyak. Tapi tiket ini boleh redeem di Times Square juga. Bagi aku, baik aku pergi ke Gardens je. Lagi best. kehkehkeh..




Bila bukak je sampul hitam tu terus nampak macam banyak gila isi dia. Haha. Ada 2 keping tiket yang valid sampai September 2012, kad ucapan tahniah dan paling cute dapat button ! love TMCorp. Hehe.. Memang happy la aku rasa.




Meh aku zoom in bagi korang nampak sikit apa dia tulis. Sesiapa yang ada Twitter, boleh follow TM dulu dan tunggu hari Jumaat untuk join giveaway. Kalau tak follow tapi korang menang giveaway tu, tak guna juga sebab korang akan terbatal dari dapat hadiah tu. 


Petang tu pula bila tengah berdiskusi dengan supervisor aku, datang pula 1 lagi bungkusan. Wah.. yang ini lagilah aku tau apa. Memang aku tunggu dah lama dia sampai. Dari TM juga. My friend and I berebut nak hadiah ni tau. Hahaha




Bungkusan misteri....jeng jeng jeng...




Tengok ucapan tahniah dulu k. Hehe. Sama je ucapan dia dengan yang mula-mula tu. Tak ada beza pun.




Yang ini dapat baju Panthera Jersey atau Tigris Team Malaysia!! Hahahha *silagelakkuat-kuat. Serius aku memang dah lama tunggu baju ni. Nak beli memang tak lah kan. So bila dapat free, sayang nak bukak plastik dia. Baju dia tersangatlah lembut dan sedap tau. Dalam plastik tu pun dapat 2 biji button. So sekarang total Button aku ada 3 biji! Hahhaha


Kalau korang nak rasa dapat hadiah free yang memang best, apa lagi? Jom join Giveaway dengan TM. Tak rugi... yeah yeah yeah...!! Tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni. Nak menang lagi!! hehe




nota kaki : senyum sampai telinga..kehkehkeh




Thursday, May 24, 2012

Nazmi Faiz Ke Luar Negara

Assalamualaikum,


Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu? Untung sungguh pemain bola sensasi Malaysia ini. Umur baru setahun jagung tapi pengalaman setinggi bukit. Kita doakan yang terbaik buat Nazmi Faiz Mansor untuk masa depan beliau serta negara kita yang tercinta, Malaysia.


SELESA...Nazmi (tiga dari kiri) bersama rakan sepasukan.


TIADA jalan mudah buat pemain muda berbakat negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor untuk merebut tempat dalam skuad utama SC Beira-Mar biarpun dia dianggap permata baru kelab Liga Divisyen Satu Portugal itu.
Menurut ejen pencari bakat, Marco Guimaraes yang bertanggungjawab membantu Nazmi mendapatkan kontrak tiga tahun dengan Beira-Mar, pemain muda negara itu akan beraksi bersama pasukan remaja terlebih dulu.



“Nazmi akan berlatih bersama pasukan utama namun perlawanan pertamanya dengan pasukan remaja untuk membolehkannya menyesuaikan diri dengan corak permainan di sana.

“Mungkin dia memerlukan sedikit masa kerana bukan mudah untuk beraksi di Portugal kerana permainan lebih fizikal.



“Tapi saya yakin Nazmi boleh melakukannya kerana dia pemain muda yang berkebolehan beraksi di Eropah. “Saya ibaratkan dia seperti Pablo Aimar, pemain Benfica yang bertubuh kecil namun bila bola berada di kaki mampu melakukan sesuatu yang hebat.




“Bagi saya dia akan menjadi pemain terbaik Asia selepas ini kerana untuk mendapat kontrak selepas tiga hari (ujian percubaan) adalah sesuatu yang jarang berlaku,” katanya yang ditemui bersama Nazmi sebaik tiba di Budapest, Hungary kelmarin.

Guimaraes yang mengesan bakat Nazmi selepas menyaksikan salah satu perlawanan Harimau Muda A dalam Liga Singapura sebelum ini turut menjelaskan kenapa beliau memilih untuk membawa Nazmi ke Beira-Mar dan bukannya kelab gergasi Portugal, Sporting Lisbon.



“Memang idea asalnya untuk membawa Nazmi menjalani ujian pemilihan dengan kelab Sporting Lisbon tapi anda boleh lihat kelab itu terkenal dengan pemain hebat sebelum ini seperti Cristiano Ronaldo, Luis Figo dan Nani. “Mereka mempunyai ramai pemain berbakat dan kenapa harus hantar Nazmi ke sana, ia hanya membuang masa jika dia tidak akan mendapat peluang bermain,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah gaji yang diterima Nazmi.



Ketika ditanya adakah ada lagi pemain yang akan mengikut jejak Nazmi selepas ini, Guimaraes mengaku sedang mengikuti perkembangan dua pemain Harimau Muda A.

“Ada dua pemain lagi dan sudah ada kelab Portugal berminat dengan salah seorang pemain itu, namun saya enggan mendedahkan nama pemain dan kelab itu hingga perkara ini dimuktamadkan,” katanya.


Sumber : sini








nota kaki: kecewa Malaysia tersingkir di Piala Thomas




Thursday, November 24, 2011

Malaysia 0 - 2 Syria

Assalamualaikum,


Semalam telah berlangsungnya perlawanan kumpulan untuk kelayakan Olimpik 2012. Malaysia menentang Syria bertempat di Stadium Bukit Jalil.


Okey, semua dah tahu bahawa Malaysia tidak menang (tengok tajuk entry dah tau..hehe) tetapi masih berbisa ye malam tadi. Pasukan Harimau Muda tidak menurunkan Baddrol Bakhtiar dan Asraruddin kerana perlawanan kelayakan Olimpik 2012 ini menurunkan U22 (bawah 22) sahaja. Manakala atas faktor kesihatan Fadhli Shas dan Irfan Fazail tidak diturunkan kerana demam dan mengalami kecederaan lutut.


Mereka berdua dijangka pulih untuk berdepan dengan Bahrain beberapa hari lagi. Harap-harap mereka dapat melakukan sesuatu pada perlawanan yang akan datang. =)


Walaupun tidak mendapat kemenangan, kita dapat lihat pemain berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan Syria walaupun gagal. Khairul Fahmi adalah antara hero yang berjaya mengurangkan margin kemenangan Syria. Dapat dilihat juga Khairul seakan-akan kepenatan akibat desakan pemain Syria yang menyerang bertubi-tubi ke gawang Malaysia. Dalam perlawanan kali ini, Khairul Fahmi mengambil alih tugas Baddrol sebagai Kapten Malaysia memandangkan sebelum ini, Khairul Fahmi bertindak sebagai Penolong Kapten sepanjang Sukan SEA-26 di Indonesia.


Apa-apa pun, kami masih faham. Syria memang kuat dan laju ketika di padang. Kecuali beberapa pemain yang bila terjatuh menunjukkan sakit yang teramat. Boleh percaya ker? Sebab macam over..hehehe



Hah, cuba tengok gambar kat atas. Yang ni paling best. Kenapa? lagi mahu tanya. Pemain Syria melakukan Sujud Syukur sejurus menjaringkan gol dan mencapai kemenangan. Sangat-sangat aku kagum! Bukan nak cakap apa tapi pemain Malaysia yang Islam pun tak ada buat. Mungkin ada buat tapi aku je kot yang tak pernah nampak..hehe.


Sebab tuu bila Syria menang, aku tak kisah sangat. Well, we must support them too kan? Negara Islam jugak so tak apa lah. Lagi pun, kalah atau menang masih kena kekalkan semangat kesukanan tu. Benda paling penting dalam sukan..=)




Dalam gambar di atas, Wan Zack Haikal Wan Noor pemain tengah (midfielder) dikagumi jurulatih Syria kerana sering kali melakukan serangan balas tetapi gagal kerana disekat dengan pemain Syria. Well, tak mengapa. Tunggu Fadhli dan Irfan join ye..hehe...




nota kaki : tunggu next game... tapi kurang best sebab Asra dan Baddrol tak join..hehe

Wednesday, November 23, 2011