Thursday, November 24, 2011

Malaysia 0 - 2 Syria

Assalamualaikum,


Semalam telah berlangsungnya perlawanan kumpulan untuk kelayakan Olimpik 2012. Malaysia menentang Syria bertempat di Stadium Bukit Jalil.


Okey, semua dah tahu bahawa Malaysia tidak menang (tengok tajuk entry dah tau..hehe) tetapi masih berbisa ye malam tadi. Pasukan Harimau Muda tidak menurunkan Baddrol Bakhtiar dan Asraruddin kerana perlawanan kelayakan Olimpik 2012 ini menurunkan U22 (bawah 22) sahaja. Manakala atas faktor kesihatan Fadhli Shas dan Irfan Fazail tidak diturunkan kerana demam dan mengalami kecederaan lutut.


Mereka berdua dijangka pulih untuk berdepan dengan Bahrain beberapa hari lagi. Harap-harap mereka dapat melakukan sesuatu pada perlawanan yang akan datang. =)


Walaupun tidak mendapat kemenangan, kita dapat lihat pemain berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan Syria walaupun gagal. Khairul Fahmi adalah antara hero yang berjaya mengurangkan margin kemenangan Syria. Dapat dilihat juga Khairul seakan-akan kepenatan akibat desakan pemain Syria yang menyerang bertubi-tubi ke gawang Malaysia. Dalam perlawanan kali ini, Khairul Fahmi mengambil alih tugas Baddrol sebagai Kapten Malaysia memandangkan sebelum ini, Khairul Fahmi bertindak sebagai Penolong Kapten sepanjang Sukan SEA-26 di Indonesia.


Apa-apa pun, kami masih faham. Syria memang kuat dan laju ketika di padang. Kecuali beberapa pemain yang bila terjatuh menunjukkan sakit yang teramat. Boleh percaya ker? Sebab macam over..hehehe



Hah, cuba tengok gambar kat atas. Yang ni paling best. Kenapa? lagi mahu tanya. Pemain Syria melakukan Sujud Syukur sejurus menjaringkan gol dan mencapai kemenangan. Sangat-sangat aku kagum! Bukan nak cakap apa tapi pemain Malaysia yang Islam pun tak ada buat. Mungkin ada buat tapi aku je kot yang tak pernah nampak..hehe.


Sebab tuu bila Syria menang, aku tak kisah sangat. Well, we must support them too kan? Negara Islam jugak so tak apa lah. Lagi pun, kalah atau menang masih kena kekalkan semangat kesukanan tu. Benda paling penting dalam sukan..=)




Dalam gambar di atas, Wan Zack Haikal Wan Noor pemain tengah (midfielder) dikagumi jurulatih Syria kerana sering kali melakukan serangan balas tetapi gagal kerana disekat dengan pemain Syria. Well, tak mengapa. Tunggu Fadhli dan Irfan join ye..hehe...




nota kaki : tunggu next game... tapi kurang best sebab Asra dan Baddrol tak join..hehe

No comments: