Monday, June 24, 2019

Ikhlaskan Hati

Assalamualaikum,


This lately aku rasa agak serabut juga. I need help. Cara nak ikhlaskan hati dan bagi diri ni lebih bersemangat untuk bekerja.

I'm struggling with myself. Berlawan untuk ikhlas setiap yang dilakukan dalam bekerja. Semangat makin pudar dan luntur.

Aku tak sabar nak berhenti kerja. Tapi aku fikir, kalau berhenti, apa pekerjaan yang aku nak buat. Hutang banyak nak bayar. Mesti suami aku marah.

I just cant take it. Aku try bercuti, ambil masa aku tapi seriously aku still tak boleh. Aku cuba usaha, sebelum sampai tempat kerja, aku ambil mood, bersemangat nak buat macam-macam kerja. Aku juga ada cuba fokus dan plan semua nak buat kerja tu tapi masih sama. Dah apply macam-macam kerja tapi masih gagal dapat lagi.

Aku doa juga supaya Allah SWT tunjukkan mana yang terbaik untuk aku, bagi aku kuat. Tapi kemanakah hilangnya semangat aku tu,,,,,


Someone please help me.......................


I just want to tender and left this freaking place by the soonest!

Saturday, February 23, 2019

Viral Dr Huda Anti Vaksin dan Doula Puan Hayati

Assalamualaikum,


I know its been a long time until I wrote this post out. Recently aku ada baca dengan issue viral mengenai Dr Huda Anti Vaksin dan Issue Doula di Malaysia. Aku memang tak tengok live sebab aku jarang follow sangat local show dekat tv. 


Apa yang buat aku rasa nak tengok ulangan sebab rentetan dari live show, banyak komen dan issue diperkatakan. Aku juga tengok ulangan kedua episod itu back to back dalam 2 jam tu.


Yes, aku admit as normal netizen yang tak mahir istilah perubatan, banyak terms dan situation bila diolah dan dihujah, aku hanya mendengar agar dipahami sepenuhnya tanpa soalan. Semua ini berlaku jika penghujah mampu menyakinkan kita dengan kata-kata mereka.


Apa yang aku nak cakap tak ada kaitan dengan isi kandung perbualan atau cara Dr Huda dan Puan Hayati ini berhujah. Namun, aku rasa pelik dengan netizen ini semua. Bagaimana sesuatu topik atau issue itu bila seseorang menghurai dan cuba putarkan sesuatu, mereka terus percaya dan tiada kajian terperinci dilakukan dahulu.


Yes aku tahu orang selalu mentioned, dunia dihujung jari. Semua boleh google. Tapi tahu kan, benda yang korang google tu pun ditulis oleh mereka yang merupakan manusia juga. Penulisan dan semua info boleh diolah, ditokok tambah. Mungkin juga tidak lengkap. Bagaimana mudahnya mereka terus berkata berlandaskan agama, semua harus dipertikaikan? Apa bukti yang korang sudah melakukan kajian bertahun-tahun? Meneroka seluruh negara? Melakukan statistik dengan teliti di setiap pelosok tempat? Paham tak maksud aku? Means, korang tak boleh semudahnya lepas dengar orang cerita sana sini, baca benda yang tak disahkan kebenarannya, tiada kajian menyeluruh tapi terus percaya bila orang baca sikit ayat al-Quran. 


Ayat Al-Quran juga perlukan cara yang betul untuk memahaminya. Dikuatkan dengan hadis dan sunnah. Main point aku dekat sini, korang tak boleh fikir, korang dah belajar sikit, maksudnya korang tau lebih baik dari mereka yang sekarang. Dapatkan fakta tu dulu sebelum berhujah. Tak perlu cakap, dia ni ckp, dia tu beritahu. You know, kind of things yang buat nampak sebenarnya korang tak ada fact langsung. Mudah terikut.


For me, its simple. Benda ni jadi issue bila korang over thinking. Semua benda nak diragui dan apa yang korang baca, mudah untuk korang terus tergugat dan menjadi extreme. Even case Doula pun aku tak faham kenapa mudah ikut orang yang korang tak tahu dia tu okay or psycho ke tak?? Sebab korang bukan kenal dia pun. Even doktor yang ada pengikhtirafan pun korang meragui, macam mana mudahnya boleh percaya dengan Doula yang cakap pun tak meyakinkan. Aku tak sure dia boleh jawab ke tak kalau ko tanya dia, bila dia last makan ubat??? 


Aku pun tak suruh semua orang fikir mudah cuma kadang-kadang bila korang over thinking pun tak bagus juga. Just kena be balance. Refer dengan ilmuwan yang sesuai, berdiskusi dan buat kajian terperinci which mungkin boleh ambil masa 10-50 tahun atau lebih. Wallahualam. Bukan ko kaji 2 bulan dekat google, ko boleh declare sesuka hati ko je. Tu pasal la, lecturer marah jangan copy paste jeeee. Baca dan kaji semua tu. Pergi library, check sejarah semua. Tak akan aku nak ajar pula kan??


Minta dijauhkan semua ni dari keluarga dan diri aku. Semoga yang baik-baik saja akan datang. Ini semua apa yang aku rasa. If korang rasa tak setuju, tiada apa aku boleh buat. Sebab semua orang punya pendapat berlainan. Cuma jika korang nak merisikokan nyawa korang dan semua orang sekeliling tu, fikir-fikirkanlah. Jangan pentingkan diri sendiri dan ikut kemahuan sendiri saja. Fikirkan mereka yang lain juga. Semua mempunyai hak masing-masing.



-THE END-

Wednesday, July 25, 2018

VOLUMIZING LIP BALM BY CATRICE



Assalamualaikum,

First of all, I'm not yet trying this lip balm. Perhaps I'm just looking at it because it is so attractive. Warna dan wording yang sangat menarik. Ada sesiapa pernah cuba this product atau yang seangkatan dengannya?

Jujur aku cakap yang aku rasa aku tak memerlukannya sebab aku punyai bibir yang sudah cukup ketebalan. haha

For those yang tertanya, this lip balm selalunya untuk menghasilkan bibir yang montok dan tebal. Bak kata orang, mengiurkan gitu. Ada je yang ambil alternatif lain seperti mencucuk vitamin, botox dan pembedahan plastik. Sorry girls, semua tu memang aku tak sokong. 

So lip balm begini tujuannya untuk menggantikan semua itu tapi lebih selamat dan tak perlu meragukan para penguuna. Maklumlah kita stay dekat Malaysia dan semua islamic matters mestilah kita concern. 

Jika sesiapa nak share pengalaman korang menggunakan lip balm sebegini, boleh share di ruangan komen. Also, aku kalau nk bibir mungil, sebelum tido sapu Vaselin petroleum gel tu je. hahaha

Tuesday, November 14, 2017

Trip ke Langkawi

Assalamualaikum,


Trip ke Langkawi ni aku dan suami pergi pada bulan September 2017. Kami pergi 2 pasangan dengan kawan suami aku. Flight dah book 6 bulan awal dan kami dapat harga promo dalam RM20 seorang kalau tak silap (tak termasuk luggage).

Hotel pula kami memilih sekitar kawasan Chenang 3 bulan selepas itu. Mostly yang penting adalah kawasan parking kereta dan harga bilik yang berpatutan. 

Mulanya nak book kereta awal tetapi memandangkan kami pergi hari weekdays, kawan-kawan lain cadangkan kami sewa bila sampai ariport sahaja.

First plan bila landed pukul 8 pagi, terus carik breakfast dan menuju ke Cable Car. Malangnya masa kitaorang datang tu, tak boleh naik. Cable car in maintenance and only open at 12pm. 

So, we all masuk dulu dalam tempat museum 3D dan dinasor adventure 3D. Which nothing much yang menarik untuk kami yang dewasa ni. hahaha.. tapi sejak pakej kereta kable ni sekali masuk tempat-tempat ni, kitaorang layan jela. 

Pakej dia pun ada banyak. Boleh jungle trekking naik atas atau pakej ke jambatan gelas/kaca. Semua harga berlainan.





Kedai makan sebelah hotel. Sedap juga. Harga set RM39.00


Balkoni dalam bilik



Wajib bawak balik coklat ye jika ke Langkawi


Pulau Dayang Bunting





Basically Langkawi memang best tapi perlukan bajet yang besar juga. Jika tak termasuk flight dan hotel, kami spend dekat RM1800 untuk 2 orang. Ini termasuk shopping, makan dan belanja lain.

Aku tak tulis full story sebab kadang aku lupa dan rasanya terlalu banyak pula nak diceritakan. Tapi korang boleh komen jika nak tau nama hotel, cara nak book or apa-apa saja tips yang berkaitan. In Shaa Allah aku akan reply :)




BYE!


Sunday, November 12, 2017

REVIEW : Ahmad Lim Black Pancake

Assalamualaikum,

Siapa pernah dengar or makan Ahmad Lim Black Pancake ni? Bagi yang belum cuba boleh try tapi sila jangan komen pasal harga sebab memang mahal sikit sebab kos bahan yang digunakan. 

Korang boleh datang order dulu. Kadang kalau ramai customer amik masa sikit dalam sejam dua sebab diaorang masak bila order masuk. Bukan ready made. 

Rasa dia macam apam balik tapi besar dan ada banyak flavour. Korang boleh pilih. Best kalau makan panas-panas. Nutelaa dia sebemban dia bagi hoi. Berbaloi dengan hargalah..hahaha






Korang boleh tengok gak Facebook page Ahmad Lim Black Pancake untuk tengok lokasi cawangan diaorang. This one aku beli dekat cawangan Wangsa Maju. Dekat dengan Balai Polis depan AEON, Wangsa Maju ye.




BYE!









Budget Trip To Melaka

Assalamualaikum,

Yes Melaka. Since we'oll dari Johor, Melaka ni kiranya jiran sebelah jela...Hahhaa.. It's not kitaorang tak pernah jalan Melaka or apa. It just untuk travel lebih mendalam, kami decide Melaka is our choice for 2016 trip. 

One of major throwback jugalah ni..hahhaa... Dulu masa kecik Melaka memang famous dengan background sejarahnya. Cuma bila dah meningkat dewasa ni, kita kadang kala lupa atau kurang mengingati tempat bersejarah begini. Lagipun since zaman dah berubah, banyak tempat viral dan menarik kat Melaka. 

Paling sedih skali, first tempat yang kami excited nak datang adalah Mee Besen Ori Melaka. Sedih sebab tunggu punya lama tapi tempat penuh!! Perut lapar gila. Last-last pergi AEON makan KFC. Hahaha...


For this trip lebih kurang sama dengan Ipoh Trip. Bajet dalam RM300 tapi this time we'oll tidur dekat hostel which only cost each of us around RM8 per night. Quite okay dan comfortable. Parking juga provided. Malkumlah Melaka ni macam Penang gak. Susah nak parking sebab jalan sempit dalam town. So memang jimat sebab dari segi mileage, tak jauh dari Johor. Also, mostly we'olls spend untuk kos masuk tempat berbayar dan makanan.


Pekena Cendol Durian dan Coconut Shake. Malas nak beratur beli keria tu..hahaa


Mendalami sejarah Pahlawan Melayu


Opss...ada orang jeling la..aahaha


Amik mood diraja



Fefeeling naik cruise memalam


I'olls bawak dua orang yang gayat ni..hahaha


Si ketot membebel sebab tak boleh tengok teropong yang tinggi



This is my last time datang bukit pasir ni. Sumpah rasa nak maki hamun sebab jauh! hahaha




*Btw, Melaka sekarang jadi kampung no 2 sejak dah berlaki orang Melaka ni..hahaha




BYE!



Budget Trip To Ipoh, Perak

Assalamualaikum,

Fuhh.. bersawang dah blog ni. Post yang berzaman pun masih dalam mood draft. Actually just be honest. Since tempat kerja baru tak provide laptop malah PC dekat office pun kena block internet etc, that's why tak update. Nak update dekat handphone rasa tak convenient sungguh.

So, this will be a major throwback sebab trip ini aku dan BFF lakukan sebelum aku berkahwin. Like seriously almost 2 years or lebih dah... hahaha..

We love to do the backpack style trip and small budget. For Ipoh trip we'oll bajet around RM300 per pax. Btw, kiraan ni memang aku keep dalam draft folder blog, so jangan risau memang tak lari jauh pun malah lagi murah sebenarnya..hahaha...Tapi ini kiraan masa minyak dan tol tak naik harga lagi la. So after we decided untuk pergi, kami bertiga lakukan kira-kira as below:  


Ipoh Budget Trip

1. Cost minyak + Tol ( 2 jenis cara travel)
    i. Car (bp-kl-ipoh-kl-bp)  total= rm300
                  150   +  150
    ii. (kl-ipoh-kl-bp)rm150 + 60 = rm210

2. Minyak utk jenjalan kt ipoh = rm60 (kos ini memang kurang. Pendek kata just backup)

3. Total for minyak + Tol only:
     i. 300+60=360 / 3 pax = rm120 per pax
     ii. 210+60=270 / 3 pax = rm 90 per px

4. Hotel checkinn (rm198/3pax=rm66per px) - Luckily this hotel memang terletak dilocation yang best! Strategik katanya :)


Grand total for trip with 2 type of travel :
1. Rm120+66=rm186 per pax
2. Rm90 + 66 = rm156 per pax
If Bajet rm300, Balance = 114 / 144 untuk makan, minum, souvenir, dll.


Personally aku memang suka Ipoh sebab quite banyak tempat bersejarah dan menarik. Oh, jika ada yang tanya kenapa ada 2 jenis travel, sebab kawan-kawan aku tu duduk johor. That's why ada alternatif 2 jenis trip...hee



Nasi Ganja is the must!! Superb and one of my fav



Sebelum balik singgah Kellie's Castle dekat Batu Gajah, Perak.


Bazaar Karat / Pasar Karat. Peminat barangan antik mesti pergi.



They are my BFF yang gilos but best for backpack travel




Banyak lagi tempat menarik yang kami pergi tapi basically i just love to travel with both of them. Hopefully our next backpack berjalan terlaksana..hahaha..


*Terkenang zaman kurus sikit masa ni.. hahaha


BYE!


















Friday, August 21, 2015

Silk Saree Classic

Assalamualaikum,

Meh kak non nak jual menjual ni.

Silk saree
RM85 include postage
Material: silk saree
panjang: 5-6 meter
Lebar: 45"
.
Sangat trend dan sesuai untuk dijadikan sebagai baju kurung moden, Blouse, baju kanak-kanak malah boleh memenuhi imaginasi anda. Stok terhad. First come first serve.
Jom wassup laju-laju 0166654530 untuk Order tau.. 📱📱 Sepantas kilat kita Reply.. 😝😝
.


Lunch Treat + High Tea

Assalamualaikum,

Today just a simple entry about my lunch. We decided to eat at Aeon Big, Subang Jaya as we are looking for some item too.


Special Bee Hoon RM7.90 + Tea Tarik Ice RM1.80



Bun by Aeon Big. So delicious and cheap too. Overall price is RM11 for this 5 pcs of bun.. Nyummmyyy



Okay baiiii

DIY Hantaran Nikah Belah Lelaki Part 1

Assalamualaikum,

Syukur sebab majlis abang aku dah settle. Now time for us untuk baling belakang all the preparation and memories.

Well, as usual, entry ni memang aku dah delay agak lama. Semua aku campak dalam draft je.. kahkahkah.. Sorry geng... heee..

Okey, untuk majlis ni memang aku plan nak buat DIY sedaya yang mungkin. As recommended by my BFF, Floristika Bangsar menjadi tempat buruan aku. Lepas balik half day, aku dengan adik aku terus serang tempat tu.

Jom cekidout bunga yang aku survey dan beli.



Gambar bawah ni adalah Rose Petal. Dijual mengikut timbangan. Kalau jenis yang kuntum tu pula, satu pcs 50sen je.


Grand total aku spend dalam untuk bunga kat bawah dengan rose petal ni kalau tak silap aku bawah RM110 (aku lupa lak.hahahah)


Dan gambar bawah ni adalah contoh DIY hantaran yang aku buat. Next entry aku update gambar full hantaran ye... sabar... heeee



Ok baiiiiii


Thursday, June 11, 2015

Wedding Liza & Suami, Plat PKNS Keramat

Assaamualaikum,


Meriah betul hujung minggu ni kan. Sempena cuti sekolah, ramai member yang amik kesempata untuk membina masjid.


Alhamdulillah selamat sudah seorang rakan yang pernah bekerja dengan aku di Watson, KLCC dulu. Ye dik non semua. Hakak ni ex staff sana. Kerja kejap je sebab masa tu mengganggur.


Congrats ye Liza dan suami. Semoga perkahwinan korang bahagia ke akhir nyawa. heeeee




Ini time pengantin tukar persalinan, kiteorang pun apa lagi..hahaha



Barakallah Liza



Ini antara rakan yang rapat time kerja Watson. Rindu Minah!!!



Papai!!!!

Vegetarian Food di Medifood, Subang Jaya

Assalamualaikum semua,


Ehem ehem.. This time tak mahu cerita betapa berhabuknya aku punya laman sesawang ni ye. haha. Well, kali ini simple post on our lunch menu.


Disebabkan tak ada idea lagi nak makan kat mana, so one of hakak opis ni mencadangkan nearby dengan opis ni saja. Ada satu kedai Vegetarian.


Hah, mula la tu mencebik, tarik muka bila cerita pasal vege food kan kan? Sabar dik non. Hakak tak abis cerita lagi ni. Kang bebel banyak, kau orang lari terus tak mai blog hakak ni pula. hahah


Okey, setakat ni, alhamdulillah makanan dia memang sedap okey. Serius. Tak muak langsung. Disebabkan lapar, hakak order set lunch, Set lunch dia 1 nasi, 4 lauk.


Taraaaaaa





Mau menangis gua cakap lu. Nampak macam biasa je kan. Tapi silalah percaya tahap kesedapan dia. Tak macam vege food langsung yang macam korang cuba masak dekat rumah tu yeeee. Berharga RM 9. 40 (termasuk tax).




 Ini pula air epal juice yang hakak opis aku order. Cantik dan sangat style tapi sorry to say yang ini agak kurang sikit. Bukan kurang apa, kurang air dia la.. hahahahaha.. Tak puas tekak hakak ni panas-panas minum air cenonet je kot.. hahaha.. Nasib baik aku tak order air. Just plain water yang free je. Hah, lupa pula. Untuk makluman korang, air ini berharga RM 8.++ okey.. Agak mahal bagi aku.. 


Sekian berita makan-makan hari ni,





Wednesday, April 22, 2015

Blur

Assalamualaikum,


Tomorrow night we will be depart to Kuala Terengganu for our Redang Trip. Unfortunately, the earlier passion are not here.

I'm not in the mood at all. Seriously I hate this!

I hope that i can turn back time and prepare better.

Bye..................

Wednesday, April 15, 2015

Budget Trip to Singapore

Assalamualaikum,


It's been so long aku tinggalkan ruangan comel ni... (comel la sangat..hahah). Well, story ini berlaku pada Disember 2014. Sempena hadiah birthday diri sendiri kononnya. Memula plan memang nak pergi ramai but ramai yang last minute cancel. Then yang paling ohsem, secara tak sengaja yang pergi trip ini adalah December Birthday Girl sahaja.. Sangat-sangat teruja okey!!

Actually sebab dah lama sangat, so ada gak benda yang aku lupa. Contoh aktiviti dan nama tempat. Mana yang aku ingat, aku akan tulis la ye. Sorry.. *facepalm

Berbekalkan hanya SGD80 (which masa aku tukar duit currency jual RM2.58, so aku bayar RM206.40 untuk SGD80). Well, ramai yang tanya aku pasal duit tu. Cukup ke SGD80 tu untuk trip 2 hari satu malam??? Bagi kami, inilah percutian bajet kami. Seriously memang aku tekankan makna bajet untuk setiap ahli yang join. Sebab ini memang bajet okey... 

Prepare air botol (sebab dekat SG, sebotol air berharga SGD2.. sangat mahal okeyyyy). Beli maggi cup standby dalam bag dan beberapa makanan kunyah-kunyah sikit. 

Aku dengan nurul turun dari KL Khamis malam. Stay back dekat umah aku malam tu. Disebabkan aku dengan member aku lagi sorang, Fida memang orang Batu Pahat so agak senang bagi kami. Tips bagi orang Batu Pahat, tiket ke SG sangat murah ye. Hanya berharga RM 11.50 dari Batu Pahat > Larkin (transit bas lain) > SG. 


Gerak dari Batu Pahat bas pukul 7.30 pagi. Sampai Larkin dalam pukul 9 pagi macam tu. Then kiteorang makan nasi dulu dan beli pape yang patut. 

Berbekalkan tiket yang sama (JANGAN BUANG TIKET NI), kami naik bas transit Causewaylink ke Bugis MRT station). Aku rasa paling pening time dekat Kastam. Maklumlah semua first time, terabur..hahah.. 2 kali check Kastam la juga. Di Malaysia satu dan SG satu. Pastu nak cari bas lagi payah. Means naik jela mana-mana bas Causewaylink warna kuning ke Bugis station. Jangan lupa tunjuk tiket ke depa. Paling best semua macam teruja tengok tiket kiteorang sebab aku rasa tak ramai beli tiket tu.


Waktu transit tu korang kena alert la nak turun dekat mana. Kami pilih Bugis station ye sebab kalau pergi tempat lain, nanti susah nak beli SG Tourist Pass. Paling dekat adalah Bugis station yang jual. Rerajin la google pasal Pass ni ye dekat SINI. Bagi backpackers macam kami, memang berbaloi la. Perjalanan kami tidak ada limited.. cewahhh... hhahaa. Pass ini  SGD16. Tapi kena bagi extra SGD10 sebagai deposit. Kalau korang pulangkan balik, dapatlah depo SGD10 tu. 


Ini Cik Nuyui kita naa.. pura-pura baca maps... Kami check in agak lewat ke hostel kami. Maklumlah first time jejak kaki. So sesat tu perkara biasa. Instead naik bas, kami menapak jela. Sebab memang tak tahu jalan kan. Based on maps yang kami ambil dari Bugis Station tadi. Semua maps free so semua pun kami ambil. Alhamdulillah, hostel kami provide juga maps SG. So maps tu sangat berguna untuk kami jenjalan pusing-pusing sampai lebam. 



Around pukul 3 macam tu barulah kami mulakan pengembaraan kami. Kami minta advise pihak hostel. Dieorang advise untuk naik bas sahaja ke station. Sebab kes jalan kaki kami, agak jauh la nak menapak. hahaha




Kami Qada' solat di Little India (kalau tak silap)





After berjalan sakan, perut pun berkeroncong. Jam menunjukkan pukul 5 lebih. Then kami menuju ke Restoran Zam Zam yang femes amos tu. Makan pun jimat je. Sebab portion dia besar, then kami order 2 Beriyani ayam dan satu air. Sebab dah memang ada air bekal bawa dari Malaysia..hehe.. SGD14.50 (bahagi 3 orang, sorang hanya SGD4.83)


Jenjalan area Masjid Sultan


Souvenir pun banyak tapi kiteorang tak beli sebab orang kata ada tempat lagi murah




Pastu masuk macam tempat bersejarah sebelah masjid ni. Malay Heritage kot nama dia. Lupa..haha


Sementara menunggu maghrib, kami jenjalan area Masjid Sultan ni




Ini area Orchard Road. Meriah dengan pengunjung.



Tu dia tempat orang kaya di Marina bay



Yang macam durian tu, nama dia Esplanade ye..


Tu dia Merlion. Disebabkan kepenatan, malas nak turun ke sana.. Kiteorang duduk lepak kat jambatan je tengok pemandangan.




Then bila nak balik, kami lalu jalan lain untuk ke Raffles Place melalui belakang Fullerton Hotel. Belakang tu ala Paris. Cantik boleh bergambar. Paling best kiteorang terjumpa dengan orang Jepun ni. Dieorang katanya ada kerja dekat SG. Then jenjalan kejap. So kami sesama jalan mencari station MRT ni. 


Sampai di hostel semula dalam pukul 11 malam. It's time to rest dan melonggarkan lenguh-lenguh kaki dan badan semua. zzzzzzzzzz



So bangun pagi, makan maggi bekal yang dibeli. Hostel ni memang tema Green ye. Sangat nyaman je suasana. Usually hostel ini merupakan pilihan para bikers seluruh dunia. Sebab owner dia adalah seorang bickers.


Hujan mula membasahi bumi SG. Pembantu hostel yang peramah bagi kami pinjam payung depa. So kami terus menuju ke Chinatown for SHOPPING!!!!



We spend our money to buy some souvenir. Around SGD20 boleh dapat baju t-shirt SG (3 pasang for SGD10), key chain (25 pcs, SGD5) dan magnet (4 magnet, SGD5). Itu pun share dengan Nurul sebab nak jimat ye..hehe



Fida request untuk cari this kedai. Sedikit lost tapi tak susah nak jumpa pun. Kedai yang sangat menarik. Kalau korang book lover, then boleh datang ke sini.




After shopping dan jenjalan cari buku, kami terus menuju ke USS Studio. Makan dekat Mall. Tak ingat nama dia. Spend around SGD10 sorang.haha.. Tapi paling tak best, toilet tak ada air. Pakai tissue.. oh nooooo!!!!


Ada 2 cara nak pergi ke USS Studio, either naik kete cable or lalu je walk escalator ni. Free tak perlu bayar. Sambil enjoy view dia. 



Kalau nak pergi waktu genting, sila beli sesiap tiket ye. Sebab yang queue sangat ramai. Kami tak masuk pun tapi just pusing-pusing Pulau Sentosa ni.


Ini dia nama hostel kami pilih. Sangat best dan comfortable. Provide pantry dan water dispenser. So kami refill je air botol yang kosong. More jimat!!





It's the end of our journey. Kami lepak di Bugis streets untuk jamak solat zohor asar. Lepas pulang Tourist pass, ada balance SDG12.60 macam tu. Buat bekal balik sebagai kenangan. Tiket bas balik Larkin pula, kena bayar RM6 macam tu. Queue nak naik bas pun sangat panjang dan ramai. Kami beratur dari pukul 5.30 petang macam tu.

Unfortunately sebab lambat, tiket balik BP dah abis sebab bas akhir adalah pukul 8.30 malam sahaja. Kami lambat sampai ke Larkin sebab hectic dekat Kastam. Terlalu ramai queue nak naik bas. Around pukul 9 baru sampai Larkin. Nasib baik adik aku ada rumah, Then aku minta tolong dia datang amik aku jela..hahaha

Sekian saja trip bajet kami which aku rasa tak mahal pun untuk 2 hari 1 malam. Kami tak masuk USS semua tapi kami dah puas pusing 1 SG tu. Pengalaman ini amat aku hargai. 

Ok baiiiiii