Tuesday, November 14, 2017

Trip ke Langkawi

Assalamualaikum,


Trip ke Langkawi ni aku dan suami pergi pada bulan September 2017. Kami pergi 2 pasangan dengan kawan suami aku. Flight dah book 6 bulan awal dan kami dapat harga promo dalam RM20 seorang kalau tak silap (tak termasuk luggage).

Hotel pula kami memilih sekitar kawasan Chenang 3 bulan selepas itu. Mostly yang penting adalah kawasan parking kereta dan harga bilik yang berpatutan. 

Mulanya nak book kereta awal tetapi memandangkan kami pergi hari weekdays, kawan-kawan lain cadangkan kami sewa bila sampai ariport sahaja.

First plan bila landed pukul 8 pagi, terus carik breakfast dan menuju ke Cable Car. Malangnya masa kitaorang datang tu, tak boleh naik. Cable car in maintenance and only open at 12pm. 

So, we all masuk dulu dalam tempat museum 3D dan dinasor adventure 3D. Which nothing much yang menarik untuk kami yang dewasa ni. hahaha.. tapi sejak pakej kereta kable ni sekali masuk tempat-tempat ni, kitaorang layan jela. 

Pakej dia pun ada banyak. Boleh jungle trekking naik atas atau pakej ke jambatan gelas/kaca. Semua harga berlainan.





Kedai makan sebelah hotel. Sedap juga. Harga set RM39.00


Balkoni dalam bilik



Wajib bawak balik coklat ye jika ke Langkawi


Pulau Dayang Bunting





Basically Langkawi memang best tapi perlukan bajet yang besar juga. Jika tak termasuk flight dan hotel, kami spend dekat RM1800 untuk 2 orang. Ini termasuk shopping, makan dan belanja lain.

Aku tak tulis full story sebab kadang aku lupa dan rasanya terlalu banyak pula nak diceritakan. Tapi korang boleh komen jika nak tau nama hotel, cara nak book or apa-apa saja tips yang berkaitan. In Shaa Allah aku akan reply :)




BYE!


No comments: