Assalamualaikum dan Hi,
Hah, sekarang aku nak share sedikit info dan cerita pasal Watson Music Festival ni. Well, disebabkan jadual waktu kerja aku yang pack (cewahhh) memang aku tak tahu langsung samaada Watson Music Festival ni dah keluar dekat tv or radio. Iklan dia sumpah aku tak pernah lihat atau dengar ye. Sorry..my bad...
Whateverlah.. just nak share dengan korang. Dalam entri hari tu aku ada share pasal Watson Music Festival (WMF) kan? So korang patut tahu bukan senang-senang dapat tiket tu sebab korang kenalah membeli dan menepati syarat-syarat yang sepatutnya.
Well, kalau tak tahu lagi meh aku bagitahu. Semua benda pun sebenarnya memanglah ada terma dan syaratnya ye. Ini semua info WAJIB korang tahu. So tak payahlah korang nak pertikaikannya ye. Penat nak bagitau banyak kali.
Hari tu ada seorang customer ni. Dia memang ada Watson Member Card dan time tu dah beli RM60 ke atas. Which dia pun memang dah layak nak dapat 2 keping tiket ke WMF. Masalah timbul sebab dia nak lebih lagi. Walhal dia hanyak layak 2 keping tiket sahaja.
Bila nak lebih, dia harus membeli RM120 ke atas untuk dapat 4 keping tiket. So dia pun pergilah beli RM120 ke atas dan kad dia memang dah activated online. Malangnya dalam kad hanya ada RM0.15 sahaja. Untuk dapatkan 2 keping tiket WMF tu, sistem akan tolak sebanyak 100 points = RM0.50 ye. So bila dia nak ambil 4 keping tiket, dia perlu ada 200 points = RM1.00 dalam kad untuk melayakkan beliau memperolehi 4 keping tiket.
Korang paham tak apa yang aku cuba terangkan ni? So bila tak cukup points untuk ditolak, dia tak puas hatilah. Dia pun cakap dia dah lama join member card la dan berkeras nak 4 keping tiket. Tapi Manager memang tak boleh bagi. Kalau bagi, sapa nak bayar kos kerugian tu? Sekeping tiket dah RM999 dan kalau dua keping tiket dah RM1998 tau. Dekat RM2K tuu...
Agak lama jugalah dia dekat kaunter tu. Lepas tak dapat 4 keping, anak dia pun makan Chocolate Cadbury. Bayangkan, Anak dia makan dan dia nak FREE sahaja! Perangai yang sangat teruk ye. Kalau nak lihat, dia seorang wanita islam yang bertudung. Anak dia pun sama. Umur pun sah-sah dalam sekolah menengah. Dah besar pun. But perangai 1 family memang teruk. Cuma warganegara apa memang aku tak sure. Rasanya bukan orang tempatan.
Last-last pihak management kena tanggung kerugian yang anak dia makan tu dekat RM11. Dieorang share duit tau untuk bayar apa yang anak dia makan.
Apa yang aku nak cakap dekat sini, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Tak semua juga yang kita buat tu betul. Apa agama korang pun even korang seorang muslimat, belum tentu pegangan agamanya kuat sehingga perbuatan korang betul.
So fikir-fikirkanlah apa yang korang buat dan rasa. Semoga cerita ini menjadi iktibar ye... $_$
No comments:
Post a Comment