Thursday, November 1, 2012

BR1M 2.0

Assalamualaikum dan Hi,



Hah, sekarang tengah hot pasal duit yang kerajaan nak bagi buat kali kedua tapi direndahkan nilainya kepada RM250 buat mereka yang berkelayakan. 


Lepas aku tilik semua syarat-syaratnya, aku kompem boleh dapat. Tapi kesian pulak untuk mereka yang macam bf aku ni. Sebab salah satu syarat tu dia tak lepas walaupun dia dah keje sekarang iaitu dia dah terima baucer buku hari tu. 


Oleh demikian, aku bolehlah apply untuk diri aku. Kalau dia nak cuba, terpulanglah. Hehe... 


Tadi aku ingat tak boleh apply online rupanya boleh. Cume kena pergi ke website yang betul atau pun klik dekat sini saja.. =)


Cepat-cepat aku pi beli surat khabar dekat kedai nak tengok form tu. Duit tu bukan free tapi memang hak kita sebagai rakyat. Usaha sikit je untuk dapatkan duit tu. Bak kata Store Manager (SM) aku, duit tu dah letak depan mata tinggal kita je nak amik duit tu. So, aku pun nak rembatlah jugak  $_$


Ada sesiapa nak share pandangan korang mengenai BR1M 2.0 ni? Mari kita kongsi pendapat bersama... yeay....!!! 

No comments: