Assalamualaikum dan Hi,
Sabtu yang lepas sepatutnya aku menghadiri majlis DiGi WWWow Awards di Shah Alam tetapi kalau korang ada baca entri aku lepas, aku sendiri tak sure nak pergi ke tidak. Walaupun dalam hati memberontak tau nak pergi.
Last minute tukar plan. After lunch dengan incik bf, balik tu fikir-fikir terus tukar plan. Dating with my room mate dan menuju ke lokasi yang men jadi pilihan iaitu -Wangsa Walk. Paling dekat dengan rumah dan paling senang nak pergi. hehe
Merancang untuk menonton wayang dan memilih cerita Madagascar 3. Nanti aku update review citer tu k. Ambil tiket pukul 6.50 petang. Agak lewat tapi apa kan daya. Semua sold out. Yang penting, harga tiket tu memang berbaloi kot. hehe
Jenjalan sambil cuci mata sebelum wayang start sebab masih ada 2 jam lebih lagi ye. So masuk sana, sini dan terpikat dekat 1 kedai ni. Jom review kedai ni....
LINNEA BOUTIQUE, WANGSA WALK MALL
Kedai ni bagi aku agak barulah sebab rasanya tahun ini baru mula beroperasi. Lokasi kedai berdekatan escalator dekat dengan kedai asam dan sederet dengan Ayam Penyet. Kedai berdekatannya aku tak sure pula apa nama. hehe. Dari luar nampak macam mahal. Tapi bila masuk...masyallah....
Aku pun sambil tengok-tengok terpikat dengan cardi ni. Harga pun murah juga bagi aku RM39 selepas diskaun ye. Sebelum diskaun dalam RM79 macam tu. Sangat berbaloi. Jarang jumpa kedai dalam Wangsa Walk Mall ni yang jual harga murah tau...hehe
Ini kawan aku yang menggila bila nampak baju sale. Korang boleh pilih baju mana korang nak. Harga pula dari Rm9.00 hingga RM29 sahaja. Baju pun ok pe. Biasalah, kenalah pandai pilih. Stok pun ada tau. Korang boleh tanya promoter size apa yang ada lagi bagi baju dalam timbunan ini. Aku tak beli sebab aku dah terpaut dekat cardi tadi..hehe.
Harga semua hebat-hebat dan oklah. Yang mahal sikit tu pun ada. Standard je. Janji kain dia pun ok. Harap akan sentiasa ada sale supaya next time aku boleh shopping lagi dekat sini..ehhe
Korang pun boleh guna kad janji kad korang kena ada tulis Mastercard la ye. Minimum pula RM20 kot kalau tak silap. Sangat best dan yang penting dapat pula beg kertas dari Linnea. hehe. So, apa lagi? Kalau korang berada di lokasi berdekatan sila menyerang ye. =)
nota kaki: pokai aku bulan ni.hahaha
No comments:
Post a Comment