Friday, November 18, 2011

Kegemaran

Assalamualaikum,


Hati senang membuai perasaan . Leka dengan kerja yang tidak seberapa sambil badan bergerak mengikut alunan irama . Sungguh hebat nada yang dialunkan sehingga saya mula menjadikannya kegemaran . Serius saya leka dan terasa sungguh damai mendengar lagu itu .


Saya tahu tatkala ramai yang membaca dan mempertikaikan apa yang saya suka mungkin tiada gunanya . Mungkin . Tetapi siapa tahu jika bukan diriku sendiri . Susunan iramanya sangat-sangat merdu dan dengan mudahnya telah menambat hati ini .


Saya tahu bukan al-quran yang saya dengari walaupun begitu deria pendengaran saya tidak boleh lari terlalu jauh dengan irama yang sudah sebati dengannya itu . Kadang-kadang terasa juga seperti leka dan lalai dengan urusan Allah . Masya-Allah . Saya mintak dijauhkanlah . Sedaya upaya saya cuba mengawal walau masih gagal.


Akan saya cuba memperbaiki diri ini . Ye , saya cuba . Sungguh kalau tidak percaya . Jika terlupa mintaklah menolong diri ini disedarkan . he he he . 


Sekarang kegemaran saya mendengar lagu dendangan Greyson Chance - Home Is In Your Eyes . Sungguh menggamit hati . Mengguntum hati apabila mendengar suara dan lenggok nada lagu tersebut . Moga perjalanan beliau di industri muzik akan berjalan lancar . Sangat suka dengannya dan akan berdoa untuknya di kemudian hari . 


Masih banyak kerja yang menanti . Sebelum tiba waktu makan tengah hari saya perlu menggambil gambar tempat berkumpul aka assembly point sempena dengan latihan kebakaran yang akan dilakukan bulan depan. Semoga semuanya berjalan lancar . Insyallah . 



nota kaki = maaf jika sesiapa rasa sejak akhir-akhir ini penulisan blog saya menjadi agak poyos atau skema =)

No comments: