Assalamualaikum,
Sekarang nie memang aku jarang update blog aku nie. Update bila perlu sahaja. Ermm... Masalah dalam hidup memang tak pernah habis dan tak akan berhenti walau sekalipun. Aku masih cuba untuk menghadapi setiap masalah dengan sewajarnya.
Gaduh yang tak melibatkan sebarang serangan fizikal memang selalu pun. Cuma sejak kebelakangan ni aku rasa kitaorang dah selalu sangat bergaduh. Semuanya kadang-kadang atas alasan yang aku rasa tak munasabah langsung. It should be a small matter but for him it such a big deal until can be a sin just like you are cheating. What the ****!
Apa yang berlaku nie memang buat aku marah. Aku akui aku memang tertekan. Dia memang banyak membantu aku tapi pada masa yang sama dia nak aku balas semua yang dia pernah buat tuu. Dia selalu cakap dengan aku yang dia nak berubah. Tak nak marah-marah. Tapi macam mana nak buang benda tuu kalau dia tak nak cuba sendiri dan mengharapkan aku untuk meredakan marahnya?
Aku tahu yang aku sendiri banyak buat salah dulu. Tapi dia kena paham yang itu dulu. Bukan sekarang. Aku tak curang. Aku tak tipu. Aku tak buat salah macam dulu. Tolonglah paham. Nasib baik aku belum kahwin dengan dia lagi. Kalau tak, aku rasa aku boleh menyesal dikemudian hari. Aku tulis benda nie bukan sebab yang mengarut-ngarut. Cuma aku rasa tertekan. Tertekan sebab aku ada BF macam tuu.
Bukan aku tak bersyukur. Aku sentiasa berdoa semoga Allah bukakan pintu hati dia dan panjangkan jodoh kami. Tapi kalau dah tiada jodoh apa nak buat kan? Redha je la. Aku hampir penat. Penat untuk sentiasa sabar dan menjadi mangsa amarahnya. Itu belum kira nafsunya. haha.
Setiap yang aku lakukan aku sentiasa ingatkan dia. Cuma kadang-kadang jela aku terlupa. Nak buat macam mana kan, Melayu mudah lupa. Hehe. Tapi aku tak suka and pantang bila dia duk mengungkit apa yang dia pernah buat dulu kat aku. Kadang-kadang memang aku yang minta tapi bukan selalu. Kadang-kadang dia gak yang bagi. Tapi biasalah. Nama pun laki. Sama je. Aku pun dah mula nak bosan dengan karenah lelaki. Penat.
Dia kata aku dah kedekut. Kedekut? Dari dulu lagi aku dah penah cakap. Kalau tak ingat mari aku tolong ingatkan. Siapa yang dulu time mula-mula couple minat kat aku? Siapa yang mula-mula langgar janji yang aku pernah syaratkan dulu? Sebenarnya start dari hari tuu aku dah tahu dia laki macam mana. Sama je dengan yang lain. Janji pun tinggal janji. So jangan nak cakap aku yang lupa dengan janji kalau dia sendiri yang mulakan dulu.
Aku sering duduk sendirian dan rasa rendah diri teramat. Aku selalu mohon diampunkan segala dosa aku. Aku nak jadi seorang muslimah yang diredhai Allah. Susah ke dia nak faham? Kenapa macam nie? Aku tahu seorang perempuan jahat akan ditemukan dengan pasangan yang setaraf dengan nya. Tapi kalau macam nie, aku rasa tak ada jodoh pun tak apa. Aku lebih rela tak kahwin sampai tua. Aku sentiasa pegang pada prinsip, Perempuan boleh hidup tanpa lelaki tapi Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan!
To Aiman-
Saya sayang awak even kadang-kadang saya akui rasa cinta tu makin pudar. Tapi kadang-kadang ia juga bersemai menjadi semakin kuat. Awak sentiasa cakap yang awak paham saya. Adakah awak pasti awak betul-betul paham dengan diri saya? Kalau betullah yang awak paham saya kenapa awak masih tak paham apa yang saya mahukan?
Ye, saya memang jahat dulu. Tapi itu dulu. Bila awak nak berubah saya boleh tolong tapi kenapa bila saya nak berubah awak nak halang? Berubah ke jalan Allah sepatutnya disokong dan dibimbing. Bukannya dirosakkan dan disesatkan.
Saya tahu saya tak cukup baik sekarang. So? Bukannya saya yang tergila-gilakan awak dulu. Saya memang tak kisah siapa BF saya tapi saya nak dia bimbing saya dan bukannya rosakkan saya. Awak memang baik tapi mungkin awak bukan untuk saya. Saya tak layak untuk awak. Saya tak layak untuk jadi menantu Umi.
Taraf saya sangat rendah di mata awak. Saya nie memang tak layak untuk dijadikan seorang isteri malah seorang ibu. Saya redha dengan apa yang berlaku. Andai ini takdir hidup saya. Saya tak kisah untuk kesorangan bersama DIA yang satu. DIA yang mendamaikan saya dan membuatkan hidup saya lebih tenang. Saya percaya dan saya pegang dengan janji-NYA.
Sekarang saya akan slow dan ikut apa yang awak nak tapi bergantung pada apa yang awak nak. Andai ia melampaui batas yang ada, saya mintak maap jika saya menentang. Sayang saya pada awak tapi sayang saya lagi dengan DIA. Maap sayang. Perasaan saja tak mampu membawa kita ke syurga.
Saya bukannya nak putuskan hubungan dengan awak tapi macam biasa, saya ingin menyedarkan awak dan meluahkan perasaan saya. Untuk pengetahuan awak, sayang saya pada awak bukan sekadar 16sen tuu ye. Ia lebih dari itu. Jangan nak menilai sayang yang saya beri kepada awak.
Saya penat dan betul-betul penat. Andai satu hari nanti tiada jodoh antara kita, saya doakan agar awak berbahagia bersama jodoh awak. Saya sentiasa di sini dan akan sentiasa merestui awak. So, sekarang saya akan slow dan relax. Kalau kita ada jodoh suatu hari nanti, ada lah.
Yang ikhlas,
Kasihmu.

No comments:
Post a Comment